Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, September 30, 2011

KEK KARAMEL

Assalamualaikum....mohon ampun yer...baru nak bersiaran semula...Hari ni pun bersiaran seketika ajer ni..dek kerana ada tugasan yang menanti. Maklumlah, kat rumah ramai skang ni dan ada program shopping serta jalan2 dengan adik Tun yang no.2. Terima kasih buat yang sudi singgah dan meninggalkan komen.  Insya-Allah Tun akan reply dan BW bila berkesempatan nanti..Harap ampun maaf semua kawan2 semua. Lebiu all. Meh layan kek Karamel ni dulu...
Malam tadi adik Tun dari Kelantan tiba, jadi petang semalam Tun buatlah Kek Karamel ni. Mula2 nak buat Light Blueberry Cheesecake kes terguda cheesecake Izah Daut posing sakan golek2 tu..Bahan2 pun ready..alih2 Kek Karamel ni plak yang jadi..huhuhuhu..Takpelah...nanti nak buat gak cheesecake tu..coming soon..hihihi..
Kesnyer, mula2 Kak Ita Masam Manis la yang bawak virus ni, berani dah cuba buat banyak kali sebelum postkan N3 kek  ni tau..Salute..Salute.....hihihi...memang salute akak sorang ni..Hasil tangannya memang ler berseni sungguh..Ni pun sebab tips yang diberikan..follow seratus peratus..Kalau tak, memang Tun tak berani nak mencuba..hihihih...Fobia wehhh..telur banyak guna..pastu banyak step..Terasa buat kek ni dak dik duk jugak...lebih daripada buat Chiffon Cake.hehehehe...Tapi sebenarnya, tak cuba jer..klu dah try dan follow step yang kak Ita kasi ni memang takde la terasa susah..cuma nak kena try test ler jugak dulu..baru tau, ye tak? hehehehe....Alhamdulillah menjadi...dan sedap gebus..nak potong pun dah macam Slice Cheesecake, kena berhati2 potong,..gebus betul. Family adik Tun pun cakap sedap..

Kek Karamel ni dah merantau jauh dah ni...hingga ker obersea lagik..hihihi...Dah tiba ke Japan nun, W.P Labuan pun tah tiba...Kalau tak caya singgah ler dapur Juwita , takpun leh tengok kat Rumah Diana ., Anna Qawina pun dah try juga ni. Sejak 2 menjak ni duk nampak orang duk post..Kat FB toksah citer la..memang demam kek Karamel ni jugak..hihihihi...

Terima kasih buat Kak Ita, Juwita, Diana dan juga Anna yang telah menambahkan keyakinan Tun untuk mencuba kek Karamel ni. Resipi Tun refer dari Dapur Kak ita, tapi Tun kopipes dari Dapur Ita Juwita..Terima kasih semua..minta halal yer.. ^___^

Kek karamel
Recipe by: Munirah Baharum
Source: Kak Ita dan Juwita

Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan
Bahan Karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
  5. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  6. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
  1. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.
Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2 ~ Tun tak letak
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Melapis 
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
  3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  4. Belang- belangkan adunan
  5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  7. Akhir sekali dengan satu sudu.
  8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  10. Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Tips dari kak Azlita
  1. Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
  2. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

Tuesday, September 27, 2011

Kerabu Betik Nostalgik....

Assalamualaikum...masih N3 tertangguh lagi ni. Hari ni Tun nak cerita mengenai Kerabu Betik yang begitu Nostalgik buat Tun. Terkenang di zaman2 anak dara dulu.  Time tu Tun dah bekerja...kisahnya keluarga hb (masa tu belum hb lagilah...hehehehe...) datang bertandang ke rumah Tun di kampung. Sebelum mereka tiba, Tun balik awal untuk membuat sedikit persediaan. Antaranya menu untuk dijamu kepada tamu nanti.

Pada mulanya Tun nak buat nasi Ayam...pikir2 orang Selangor mesti dah biasa sangat dengan nasi ayam..Terlintas dipikiran untuk menyediakan juadah istimewa Kelantan. Lagipun sure dorang belum biasa...takpe..tawakkal ajelah pada Allah swt. Antara juadah lunch yang Tun senaraikan dan yang Tun ingat, ialah Gulai Darat Ayam dan Kerabu Betik, Teresek ...ada beberapa lagi gandingannya..tapi Tun tak boleh nak recall. Alhamdulillah...hasil tangan keluarga terdekat dapatlah menu ni disediakan dengan sebaik mungkin.

Tun ingat Gulai Darat dan Kerabu Betik ni kerana ia antara dish yang menarik perhatian tetamu..hinggakan lepas kawin pun MIL serta keluarga belah hubby duk sebut2 dan bertanyakan resipinya..hihihihi..Tu yang buat Tun dapat ingat.

Okies, tanpa membuang masa meh kita tengok resipinya...Resipi biasa ajer sebab bahan asasnya sama bagi Kerabu Kelantan ni..tak lari jauh mana..hihihi...cuma tukar bahan utama ajer samada betik, jantung pisang, pucuk paku dan sebagainya.. Masa raya hari tu mak Tun buat Kerabu Peria...sedap woooo...Insya-Allah 1 day Tun akan cuba buat sendiri kerabu peria tu..Apapun, Meh layan kerabu betik dulu..nooo...

Kerabu Betik Kelantan Style
by: Rabiatun

1/2 biji buah betik yang masih keras ~ disagat
4 ulas bawang merah
1 ekor ikan kembung size kecil - dibersihkan dan dibakar tanpa garam
3 tbsp keresek ~ ditumbuk sedikit
2 batang serai - dihiris halus
2 biji cili api - dihiris
sedikit jus limau nipis
sedikit garam
1/4 cawan santan sederhana pekat - optional jika nak ada kuah

Cara:
1). Buah betik yang telah disagat diramas2kan dengan sedikit garam hingga agak lembut. Bilas dan perah airnya. Ketepikan.
2). Tumbuk bawang merah dan serai hingga lumat. Masukkan isi ikan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sekali dengan bawang dan serai tadi tu. Tambah garam. Jika suka, boleh tambah sedikit dalam 4-5 biji lada hitam..Tun tak letak.
3). Masukkan betik yang disagat ke dalam mangkuk dan tambah bahan tumbuk, cili api dan sedikit jus limau nipis. Gaul sebati. Rasakan garamnya.
4). Jika suka agak basah, tambahkan sedikit santan, dan gaul sebati. Pindahkan kerabu ke dalam pinggan hidang...dan sedia dinikmati.

Monday, September 26, 2011

Cerita ceriti Ahad

Assalamualaikum...N3 tertangguh lagi ni...Weekend yang cukup memenatkan Tun. Banyak peristiwa yang berlaku.. Anak sulong pula kena food poisoning sejak hari Jumaat lagi...tak boleh nak makan langsung..asyik mengulang ke toilet ajer. 2 hari jugaklah perutnya meragam. Alhamdulillah lepas tu dah beransur pulih. Tambah pula Tun ada order serta undangan dari kenalan beraya ke rumah mereka.. Boleh kata tak lekat kat rumah. Sabtu juga full house dengan undangan open house hingga ke malam. Balik tu dah kepenatan..nasib Tun siapkan kek dan cupcakes ni di pagi hari, jadi balik tu rest kejap, baru mula mendeco.
Esoknya Ahad, dah nak kena delivery tier wedding cake dan juga cupcakes ni. Order dari regular customer dan merupakan kawan kepada adik ipar Tun. Beliau menempah untuk perkahwinan adiknya. Alhamdulillah dapat Tun siapkan juga akhirnya. Terima kasih tak terhingga buat hubby tersayang yang banyak membantu..Lebiuuu dear!

Cake tier ni dihantar ke Hulu Langat di sebuah bungalow di dalam kebun. Tun dan keluarga bertolak dari rumah pukul 9.30pg. Dek kerana hujan lebat menyukarkan proses nak mengangkut..hihihi...Alhamudlillah, sampai juga ke tempat yang dituju.
Picture yang sempat disnap oleh hubby..Tun agak kelegaan sebab semuanya berjalan lancar, walaupun hari hujan dan agak mencabar juga terpaksa ditempuhi ....alhamdulillah ..syukur pada Allah swt.

Setelah selesai, dalam pukul 11.30 tgh, Tun terus bertolak balik, dan kami singgah ke gerai2 makan kat Hulu Langat. Sebab pagi tadi sempat breakfast kat dalam kereta ajer..tupun dengan roti jer..hahahaa...Kali ni breakfast dengan menu berat juga nih..hehehehe...Meh layan menu beakfast merangkap lunch kami.
Tun, hubby dan Darwis order cendol ni...manakala Muqri dan Nabil order laici. Untuk menu utama...jeng..jeng...jeng....
Ni diaaaa...pilihan Tun dan hubby..Chaw Kuey Tiaw Kerang..Penang mari..Mula2 tengok, alamak..sikitnya..dah merasa..alahaiii..sedapnyer..kena lagi dengan cili jeruk tuh...fuhhhh..Kenyang..hihihi..
Anak2 memilih nasi ayam madu. Ada cucur udang dengan sosnya lagi tu..Sedapnyer cucur udang ni..lembut jer dan spongy gituew...best.!! Tu pun jenuh nak ngabihhhh..hahahahaaa...Hakap sangat..hahahaha...Alhamdulillah kenyang..

Dah selesai mengisi perut, kami terus ke Subang pula. Dah selesaikan hal2 kat Subang dan memunaikan solat Zuhur, kami berangkat ke Gombak untuk menghadiri open house group hubby pula. Perut masih kekenyangan...namun tetap layan jugalah sate, mee goreng, mihun goreng, ais kacang (yang ni mmg sodap) dan banyak kuih muih serta kek. Mula2 suapkan anak2 makan jer...pastu asyik tak habihhhh...dahnyer maknyer la plak kena habihhkan..huhuhuhu...ni pun terasa gumukssss saban minggu makan sedap2..ahahahahaa...Jangan serik jemput kami lagi yekk..Terima kasih banyak..kalau buat open house tahun depan, jangan segan2 jemput kami lagi..hihihihii....Seronok mengenali anda semua...Ada jodoh kita jumpa lagi..insya-Allah..

Jom Minum Petang...

Assalamualaikum...Selamat petang.. Tengah menikmati minum petang ker tu? Kalau belum, meh la sekali..Goreng Pisang panas2, hidangan kami petang ni..

Resipi Goreng pisang rangup ni Tun ambik dari rumah kak Dayang. Rangup tau, walaupun ianya cuma guna tepung gandum ajer. Macam kata kak Dayang, walaupun ia dah sejuk, tetap rangup tapi lembut bukannya rangup tapi keras..hihihi...Mekasih kak..izin kopipes yer kak....:)

Pisang Goreng Rangup
resipi : Kak Dayang Jack
sumber: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan :
Pisang secukupnya (cth pisang abu : dibelah dua)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
1 sudu makan gula (optional)
3 sudu makan kelapa parut
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara :
  1. Satukan tepung, baking powder, garam, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit di dlm bekas yg agak besar. Ratakan.
  2. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan. 
  3. Masukkan pisang yg telah dibelah dua tadi ke dlm batter dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
  4. Panaskan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng.
  5. Gorenglah pisang hingga masak keemasan.
Tips dari Kak Dayang:
* boleh juga letak sedikit baking powder jika suka.
* campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.

Timun Betik

 Assalamualaikum...maafkan kiter yer..terasa lama plak tak mengupdates...ni pun menu dan N3 tertangguh ni. Tak berkesempatan nak letak N3 ikut masa..Banyak juga gambar2 yang masih belum diupload..huhuhuhu....

Pernah dengar timun betik tak? Atau pernah makan? ihihihihi...Sebenarnya Tun pernah merasa sekali, itupun dah lama dulu ler. Hari tu balik beraya kat kampung hubby, (seminggu lepas raya sebab MIL dan FIL ke Mekah dan beraya di sana) FIL beri buah Timun Betik ni untuk dibawa balik ke KL..Banyak betul..siap pass kat jiran2 terdekat. Tun tak arif sangat mengenai buah ni..cuma apa yang pernah Tun makan just dibuat dessert mudah ajerlah...samada dimakan dengan santan bersama gula atau air gula Melaka..Ada juga dibuat jus.



Sebenarnya buah ni takde rasa pun..just tawar ajer..Tapi bila digandingkan dengan santan dan gula, sejukkan..mulalah tak stop sua ke mulut dibuatnyer..hihihi..

Dessert Timun Betik
by Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
1 biji Timun Betik saiz kecik
2 cawan santan sederhana pekat
gula @ air gula Melaka (ikut suka nak banyak mana)
secubit garam (untuk menambah rasa lemak)

Cara:
1 ). Cuci buah timun betik. Kupas kulitnya dan potong kiub. Isikan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
2). Bancuh santan, garam dan gula. Kacau hingga gula dan garam hancur.
3). Tuangkan ke dalam mangkuk berisi timun betik tadi. Sejukkan seketika sebelum dinikmati.

Friday, September 23, 2011

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK IKAN BILIS

Assalamualaikum...
Hari ni Tun agak bizi kerana nak siapkan order wedding cake dan juga cupcakes..Jadi, Tun masak menu simple ajer untuk lunch merangkap dinner sekali. Alhamdulillah, siap juga hidangan untuk mengisi perut kami anak beranak. Ayam goreng simple, Jantung Pisang celur + Sambal Belacan dan juga Budu dannnn...Jantung Pisang Masak Lemak Ikan Bilis. Jantung pisang lagi..ekkkk...hiihihih...Minggu jantung pisang..hehehehe...
Hasil campak2 ajer ni..ikut apa yang pernah dirasa kat mulut..masakan yang pernah dimasak oleh Mom Tun..Jadi Tun main campak ajelah..Alhamdulillah, dah siap masak dan rasanya kena dengan selera Tun.. Tak sedar dah sepiring Tun duk ratah..hihihi... Meh tengok resipinya pula.

Jantung Pisang Masak Lemak Ikan Bilis
resipi oleh : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
1 biji jantung pisang
* 4 ulas bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1 " kunyit hidup
* 1 biji cili merah
* 6 biji cili api
* sedikit belacan
1 mangkuk kecil ikan bilis ~ kopek (Tun guna yang halus)
1/4 kiub pati ikan bilis Knorr
2 cawan santan cair
100 ml santan pekat
Garam dan sedikit gula
Cara:
1). Buang kelopak jantung pisang yang keras. Hiris dan rendam jantung pisang bersama sedikit garam selama 30 minit. Ramas2kan.
2). Tumbuk bahan bertanda (*) hingga lumat. Kalau suka, tumbuk2 manja ikan bilis bersama bahan tumbuk tadi tu. Kalau tak tumbuk pun takper
3). Masukkan jantung pisang yang ditoskan ke dalam periuk bersama santan cair, bahan tumbuk dan pati ikan bilis. Didihkan hingga jantung pisang lembut. Sesekali kacau kuahnya.
4). Apabila jantung pisang dah lembut, masukkan santan pekat, garam dan sedikit gula. Jika tak suka kuah pekat boleh tambah sedikit air, atau sebaliknya. Didihkan. Sedia dihidang..

JANTUNG PISANG GORENG RANGUP

Assalamualaikum... Last few days, Tun ada nampak AlongRoz post resipi Jantung pisang goreng rangup ni..teruja nak mencuba..lebih2 lagi jantung pisang banyak yang dibawa oleh MIL that day. Dah beri pada jiran2 tapi masih lagi la ada ni. Dah tak tahu nak masak aper..teresek dah buat, celur pun sudah..hihihihi...
Dah nampak AlongRoz letak resipi, Tun berpeluanglah mencubanya. Alhamdulillah sedap, rangup dan ringan seperti keropok..Tak sangka betul. Anak2 pun suka. Tun hidangkan sebagai hidangan sampingan di samping nasi dan lauk lain..Sedap wooo....Menurut Along, hidangan ni amat popular di Indonesia.
 Memacam resipi kat dapur Along, nanti nak try masakan Jantung pisang yang lagi satu..nampak sedap juga tuh..Along ni rajin, siap buat 2 version ~ English dan juga dalam bahasa Malaysia lagi..sebagai contoh, seperti kat bawah ni..Minta izin kopipes yer Along. Terima kasih banyak mencetuskan idea buat Tun mencuba..kalau tak, asyik celur ajelah..hihihi...

Crispy Deep-Fried Banana Flowers
By: Roz@HomeKreation
Source : Rabiatun @ Sweetouch

INGREDIENTS:
1 Banana Flowers
1 tsp Turmeric Powder
Salt

METHOD:
1. Peel the banana flower to throw away the hard & unedible part.
Slice it & rub with salt & turmeric powder.
2. Deep fry with a lot of oil until crispy like chips.
Serve as side dish with rice.


Jantung Pisang Goreng Rangup
By: AlongRoz@HomeKreation
Source : Rabiatun @ Sweettouch

BAHAN2:
1 bj Jantung Pisang
1 st Serbuk Kunyit
Garam

CARA2:
1. Kopek jantung pisang sehingga bahagian yg lembut sahaja.
Potong2 & gaul dgn serbuk kunyit & garam.
2. Goreng dgn mu=inyak yg dalam sehingga rangup seperti kerepek.
Hidangkan dgn nasi sebagai lauk sampingan.

Thursday, September 22, 2011

Blueberry Cheese Cuppies


Assalamualaikum. Tun baru nak post N3 untuk hari ni. Meh layan dessert yang Tun buat malam tadi, tapi untuk dijadikan santapan hari ni. Yelahkan..sebab ianya kena chilled beberapa jam sebelum dinikmati..memang kenalah dibuat malam, dinikmati siangnya..atau klu nak makan belah malam, buat ler di pagi hari ^___^

Malam tadi, sebelum Tun mengulit bunga2 gumpaste untuk cake dan cuppies tier bagi majlis kawin Sabtu ni, Tun sediakan Cheese Cuppies ni. Mudah ajer membuatnya. Tun buat 1/2 dari resipi ni..Sayangnyer Tun tak buat dalam paper cup, jadi hasilnya agak rendah tak macam cuppies ler plak..huhuhu..
Rasanya tetap yummmyyyy..tak puas makan...Ishhhh...ni yang tak tahan nih...dah terasa gumukssss dibuatnya...takut nak gi timbang...satgi ..toiiiinnngggg...spring timbang tercabut dibuatnyer plak kang..ngeriii sehhhh...huhuhu...

Apapun, meh layan Cheese Cuppies ni..Resipi asal Tun ambik kat Joy of Baking. Sedap..lain kali mesti buat lagi..sebab ini pun tak cukup ler...hihihi..

Individual Cheesecakes
recipe: Joy of Baking
source : Rabiatun @ Sweettouch


Crust:
1 cup (100 grams) graham wafer crumbs or crushed digestive biscuits
1 tablespoon (15 grams) granulated white sugar
4 - 5 tablespoons (55-65 grams) butter, melted

Filling:
2 - 8 ounce (454 grams) packages of full fat cream cheese, room temperature
2/3 cup (130 grams) granulated white sugar
1/8 teaspoon salt
2 large eggs, room temperature
1 teaspoon pure vanilla extract
1/2 teaspoon grated lemon zest
1/2 cup (120 ml) sour cream, room temperature
Cheesecakes: 
Preheat oven to 300 degrees F (150 degrees C) and place oven rack in the center of the oven. Line 12 muffin cups with paper liners. (Can also use silicone baking cups.)

For Crust:
In a small bowl combine the graham cracker crumbs, sugar, and melted butter. Press a heaping tablespoon of crumbs onto the bottoms of the 12 muffin cups. Cover and refrigerate while you make the filling.

For Filling:
  1. In the bowl of your electric mixer (or with a hand mixer), beat the cream cheese on low speed until creamy and smooth. Add the sugar and salt and beat until combined.Scrape down the sides of the bowl as needed. Add the eggs, one at a time, beating until incorporated. Add the vanilla extract, lemon zest, and sour cream and beat until incorporated. Remove the crusts from the refrigerator and evenly divide the filling among the 12 muffin cups. 
  2. Bake for about 18 - 22 minutes or until firm but the centers of the cheesecakes still wobble a little. Remove from oven and place on a wire rack. Let cool and then cover with plastic wrap and refrigerate (a few hours or even overnight).
  3. To serve, gently peel off the paper liners and place on your serving plate. Serve with strawberry or raspberry sauce, fresh berries, or drizzle with melted chocolate. These cheesecakes can be covered and stored in the refrigerator for several days.
  4. Makes 12 individual cheesecakes.
* Tun tambah blueberry filling di dalamnya. Tun buat 1/2 resipi ni.
Yummmyyyyy...yummyyyy...in my tummy.... hihihi...

Wednesday, September 21, 2011

KUNG PAO CHICKEN AGAIN...

Menu tambahan malam tadi. Tun masak Kug Pao Chicken ni digandingkan bersama Ikan Patin Tempoyak. Kung Pao Chicken ni untuk anak2 sebenarnya..sebab Ikan Patin Tempoyak tu agak pedas..budak2 tak layan sangat..hehehehe.... Jadi, nak imbangkan menu, Tun tambah ajelah lauk ni.. Masakan ulang tayang yang mana Tun pernah buat sebelum ni..
 Resipi dari Cik Wan Taipei, seperti biasa Tun dapat idea dari Kak Nor. Terima kasih semua..minta izin kopipes sekali lagi yer.. :)

KUNG PAO CHICKEN
sumber : Cik Wan Taipei
sumber : Kak Nor


Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepung jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil

Cara:-
goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepung jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.

Cara-cara:
  1. Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu.
  2. Kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng.
  3. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
  4. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan.
  5. Sedia untuk dihidang.
## Tun ikut Kak Nor tambah capsicum hijau dan merah yg dipotong dadu.

IKAN PATIN TEMPOYAK PEKAT & KACANG PANJANG

Assalamualaikum....semalam hubby ada dinner, jadi Tun malas nak masak beria sangat..Setakat Tun dengan anak2, masak ikut selera depa ajer, dah memadai.

Alih2, nak petang..hubby call MIL dan FIL nak singgah rumah sebab esoknya MIL kena buat check up kat HUSM.. Duk pikir2 nak masak aper, teringat ikan patin dah dikeluarkan..td ingat nak kasi goreng kunyit ajer...Kebetulan plak, tengok kak Ummi post N3 Ikan Kerisi Tempoyak...Wahhhh...bagaikan pucuk di cita, ulam mendatang...tanpa m'buang masa, terus salin resipi...
Dah tu, terus ke dapur godek2.. stok tempoyak selalu ada duk simpan kat fridge ..sonang kerja..
Buatnyer pun tak payah sangat..En hubby pun cancel dianyer dinner nak makan ngan perents di rumah..So, tambah pula masakan ni memang kena dengan selera hubby.....Layan ajerlah makan.. "Sedap" katanya..bertambah2 cik abang makan malam tadi ehhh...Selera sungguh...hihihihi

Mita izin letak resipi yer kak Ummi..Terima kasih banyak berkongsi resipi yang sedap dan simple cenggini..Sedap wooo..makan dengan nasi panas2...

IKAN KERISI TEMPOYAK PEKAT & KACANG PANJANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Source : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:-
2 ekor ikan tenggiri sederhana besar - cuci dan bersihkan, kerat 2.
* 8 tangkai cili padi
* 1 tangkai cili merah
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 inci kunyit hidup - bahan * ditumbuk halus
5 sudu besar tempoyak - dikisar dgn 1/2 cawan air
1 - 2 keping asam gelugor (ikut kemasaman tempoyak)
3 cawan air
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
6 urat kacang panjang - dipatah2 3 inci pjg

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk serta tempoyak yang dikisar tadi dan masak hingga naik bau dengan api sederhana. 
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih sebentar. 
  3. Terus masukkan ikan dan asam gelugor. Reneh dengan api perlahan. 
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan seimbangkan rasanya bila ikan masak. 
  5. Masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

    Mihun goreng ..bekpes..

    Pagi ni goreng bihun ajer..sonang..Lagipun dah lama rasanya tak goreng bihun...Layannn...

    Tuesday, September 20, 2011

    Angel Hair Lemak Pedas..Again..n' Again...

    Assalamualaikum...Menu bekpes lagi ni...ni untuk kira menu berat la, menu sampingannya kuih Lepat Pisang tadi tu..Banyak kali dah buat Angel Hair Lemak Pedas resipi CMG ni..Sejak diperkenalkan dan dipanjang2kan resipinya oleh Kak Nor, Tun ulang buat jer..di samping yang Bolognese ler kan..
    Dah 3 hari duk makan spaghetti dengan pelbagai cara memasak..Semalam dah lunch dengan Spaghetti Bolognese, pagi ni layan versi Lemak Pedas plak. Bukannya tekak Tun yag nak makan, tapi anak bujang sorang ni hahhh...si kecik Muqri yang nak makan dan mintak spaghetti..isshhhh...tiap hari plak tuh...Si abang plak nak makan nasik, terpaksa la si emak 2 x masak.. :) Takpelah..janji anak2 kenyang..Syukur alhamdulillah..

    Meh layan menu bekpes pd tadi Tun masak untuk hubby...kasi pedas beb..hehehe...Mintak izin sekali lagi untuk Tun letak resipinya yer.. Terima kasih buat CMG dan juga Kak Nor. Jom mamam...

    SPAGHETTI LEMAK PEDAS
    resipi : CMGebu
    sumber: K.Nor @ SecubitGaram


    BAHAN-BAHANNYA :-)
    1/2 cekak spaghetti
    2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
    1/4 bahagian red capsicum, dadu
    1/4 bahagian green capsicum, dadu
    1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
    1 helai bay leaf
    3 biji cii padi, hiris halus (optional)
    1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
    2 ulas bawang putih, cincang halus
    1/3 cawan susu cair IDEAL
    1 keping meat loaf "ayamas", didadu
    1/2 kiub pati ayam "Maggi"
    Sedikit air
    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
    2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
    3. Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
    4. Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

    LEPAT PISANG

    Assalamualaikum...selamat pagi. Pagi ni terbangun awal, sebelum pukul 5 pagi lagi dah sedor. Apa taknyer, anak Tun yang paling kecik, terbuang " air kecil" kat tempat tidur, then dia kejut Tun bangun..huhuhuh..Siapkan dia kat bilik air dan tukarkan baju seluar tidur yang baru, bawak tidur kat bilik Tun ler plak sebelah ayah dia. Kiter plak yang tak ngantuk dan terasa takmo tidur...kang terlajak plak kang. Skang ni dah pukul 5.30 pg....layan depan lappy ler kejap sambil menikmati kuih lepat pisang yang Tun kukus lewat malam tadi.
     Aduihhhh...betul2 awal pagi Tun nikmatinya ehhhh...Memang dibuat untuk bekpes pagi ni di samping spaghetti Lemak Pedas..hihihihi...Nanti jap gi nak masak spaghetti tu plak. Meh layan kuih lepat pisang ni dulu. Sedap betul...tak manis sangat, peh tu plak..lembut ajer.
    Asalnya semalam, pisang2 yang FIL beri banyak yang dah masak betul..Jadi, Tun buang kulit kesemuanya dapat 1 besen. Blender siap2, pastu jenjalan ker setiap blog kenkawan. Last2 berkenan resipi dari rumah Kak Yatie. Apa lagi, malam tadi lepas dinner, terus la godek..Mudah ajer membuatnya....Cuma disebabkan Tun buat dah malam, pastu stop tidurkan anak2 kejap...haiiiihhh...lambat la plak nak dapat mula membungkus dan step mengukus tu..Lepas tu, Tun yang kena tunggu la plak kuih masak kesemuanya.. Kalau tak, takde la sampai midnight..nak buat macamana, budak berdua tu nak kena peram seketika..baru depa tidur..Kalau tak, mata yg ngantuk pun tak jadi tidur...kes duk usik mengusik dan cuit mencuit..hehehehe...Tak jadi tidur ler plak kang...

    Apapun, meh layan lepat pisang ni. Minta izin kopipes ehhh kak Yatie. Mekasih.
    Yang ni plak kiter letak dalam mould, kes tak cukup daun pisang sebenarnyer ni..huhuhu..

    Belebat / Lepat Pisang
    Sumber: Yatiememories

    Bahan-bahan : (dpt 25 keping kuih...bergantung saiz kuih)
    • Daun pisang secukupnya- di layurkan dan di lapkan bersih
    • 30 biji pisang kapas- dilenyek halus (lebih kurang 3 cawan pisang yg telah di lenyek)
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 5 sudu besar gula melaka- di racik halus (gula merah pun boleh)
    • 1 1/2 cawan tpng gandum
    • 4 sudu besar tepung beras
    • 1/2 cawan santan pekat
    • secubit garam

    Cara:
    1. Layurkan daun pisang secukupnya- utk resepi ni saya dpt dlm 25 keping kuih.
    2. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/ gula merah dan gaul sebati.
    3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
    4. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
    5. Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
    6. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
    7. Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

    Tuesday, September 13, 2011

    GULAI IKAN

    Assalamualaikum...

    Selamat tengahari..Hari ni masak aper tu untuk lunch? Mesti dah siap sumer kan...tinggal nak makan ajer yer...Hari ni Tun masak Gulai Ikan Style Mummy Tun.
    Gulai Ikan ni agak nostalgia bagi Tun..Lagilah plak...teringat semasa kecik2 dulu, Mummy Tun selalu juga masakkan Gulai Ikan macam ni tapi guna ikan kembung la bukan ikan yg Tun guna ni. Pastu, mummy akan bungkuskan nasi 1 bungkus seorang dan makan di atas "dangau" (pangkin).  'Dangau' atau "Gere" ni kat bawah pokok dan kami selalu duduk2 di waktu petang sambil menikmati minum petang. Seronok betul.. Pastu pulak, Mummy bungkus nasi menggunakan daun pisang..Aduhhhhhh!!! wangi sungguh aroma nasi bungkus beserta gulai Ikan dan juga Sambal apabila beralaskan daun pisang.
    Gulai Ikan ni sesuai di makan dengan Sambal Nasi Berlauk yang Tun post sebelum ni. Gulai ni sama dengan gulai  Ikan Nasi Berlauk sebab penggunaan bahan yang sama cuma ikannya Tun guna ikan segar sedangkan untuk nasi berlauk selalunya ikan di rebus terlebih dahulu sebelum di buat gulai. Selalunya takde letak cili api, tapi Tun tambah cili api sebab nak sesuaikan dengan selera my hubby yang gemarkan masakan pedas. Apapun, meh kita nengok resipinya..

    Gulai Ikan TokMi
    Resipi : Rabiatun @ Sweettouch

    Bahan:
    2 keping ikan tenggiri size agak besar ( resipi asal selalunya Tun guna 3 - 4 ekor ikan kembung)
    200 ml santan pekat
    3 +- cawan air (ikut kepekatan yg sesuai)
    1 batang mentimun - dibelah dan dipotong serong
    3 ulas bawang merah
    1/2" lengkuas ~ dihiris
    1" kunyit hidup
    2 biji cili merah @ hijau (dibelah)
    1 keping asam keping
    1 tbsp gula
    garam
    * 4 biji cili api ( resipi asal tak letak)

    Cara:
    1). Tumbuk atau blend bawang merah, cili api, lengkuas dan kunyit hidup hingga hancur.
    2). Masukkan bahan blend ke dalam periuk bersama santan dan juga air.
    3). Didihkan santan dan sentiasa dikacau. Masukkan gula.
    4). Masukkan ikan, mentimun dan juga asam keping. Kaau kuahnya..pastikan jgn kena ikan.
    5). Perisakan dengan garam dan masukkan pula cili besar. Didihkan seketika. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.

    P/S : Tun letak nama ikan tenggiri sebab tak kenai jenis ikan..tp yg pastinya ni bukan ikan tenggiri ehhhh..maaflah..tuan rumah tak kenal jenis2 ikan kecuali ikan tenggiri, kembung, bawal dan beberapa jenis yg lain..Ni hubby ckp ikan seludu..huhuhuuu.tak pernah dengor..huhuhu..jakun...maaf banyak2 yer.. 

    APAM PISANG COKLAT

    Assalamualaikum..selamat pagi...Meh layan kuih bekpes pagi ni..Apam Pisang Coklat. Sebelum ni Tun dah cuba resipi dari Kak Zunainah Paiman kenalan di FB. Memang sedap apam ni. Tun ada olah sikit resipinya. Terima kasih buat Kak Zunainah yang sudi berkongsi.. Resipi asal boleh tengok sini.
    APAM PISANG COKLAT (olahan dari resipi Zunainah Paiman)
    Sumber Olahan : Rabiatun @ Sweettouch

    Bahan:
    2 cawan tepung gandum
    2 tsp serbuk koko
    1 tsp coklat emulco (klu takde takpe)
    5 tbsp gula (ikut manis pisang)
    2 biji telur
    2/4 cawan minyak masak
    1 cawan susu cair
    1 cawan pisang lecek
    1/2 tsp garam
    3/4 tsp soda bikarbonat
    1 tsp baking powder
    Cara:
    1). Panaskan kukusan.
    2). Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk adun.
    3). Blender telur, minyak masak, pisang, gula, coklat emulco, susu cair dan garam hingga hancur dan sebati.
    4). Tuangkan bahan blend ke dalam mangkuk adun dan kacau dengan spatula hingga sebati.
    5). Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan 3/4 penuh acuan.
    6). Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.

    Monday, September 12, 2011

    APAM YOGURT AGAIN N AGAIN

     Assalamualaikum..weekend baru ni Tun balik kampung hubby plak. Sebab sejak raya belum jumpa MIL dan FIL setelah berangkat ke Mekah menunaikan Umrah di dalam bulan puasa dan menyambut Hari Raya di sana.
    Jadi, sebagai buah tangan, Tun buat 1 adunan Apam Yogurt resipi dari Rima. Dah banyak kali juga Tun buat apam ni atau lebih di kenali sebagai Yogurt Steamed Cupcake. Sedap apam ni tau..kalau tak, takdelah Tun duk ulang2 buat, kan..cuma Tun ada tambah Blueberry Filling ajer..Mak Tun suka rasa apam ni, kena dengan rasa masam manis filling blueberry membuatkan ianya bertambah sodap...hihihi...buatnya pun mudah ajer..
    Minta izin dari Rima untuk Tun letak resipinya kat sini sekali lagi. Terima kasih juga buat Kak Nor...
     1 adunan muat 1 bekas tipuware yang besor tu...Alhamdulillah. 

    YOGURT STEAMED CUPCAKE
    souce : Rima
    source : Kak Nor


    2 cups sugar ( Kak Nor letak 1 1/3cwn) - Tun letak 1 cawan shj
    1 tsp ovallete
    2 cups flour
    1 cup fresh yoghurt (thick) (Kak Nor letak 1/2 cwn yogurt + 1/2 cwn susu cair) -Tun ikut cuma ganti susu cair dengan fresh milk
    2 eggs
    1/2 tsp double acting baking powder
    1tsp cocoa powder (K.Nor skip)-Tun ikut kak Nor
    1tsp chocolate paste
    1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)

    Method
    1. Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
    2. Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
    3. Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.
    ** utk mudahkan meletak adunan dlm papercup, masukkan adunan dlm piping bag atau plastik bag bersih dan gunting bucunya. - Tun guna scoop ice-cream ajer.

    Thursday, September 8, 2011

    KUEY TIAW GORENG

    Assalmualaikum..selamat pagi...Dah breakfast ker belum...Pagi ni Tun masak kuey tiaw ajer untuk breakfast...Cepat dan mudah disediakan..Kejap jer dah boleh dinikmati..

    Okies, tak boleh nak pot pet panjang..ada tugas menanti pagi ni..Insya-Allah sehari dua ni agak bizi skit. Ada order jadi untuk resipi kuey tiaw ni insya-Allah Tun akan update soon.. Terima kasih sudi berkunjung yer.
    Sudikanlah jamah..layan diri..Air teh Halia pun ada tue...Tuan rumah kebizian jap........ ^___^

    Wednesday, September 7, 2011

    NASI BERLAUK VERSI GULAI DARAT AYAM

    Assalamualaikum....
    Hari ni Tun masak simple mimple ajer..Nasi Berlauk. Nasi berlauk ada 2 lauk iaitu Gulai Ikan dan juga Gulai Darat Ayam. Nasi Berlaluk amat sinonim dengan masyarakat Cik Siti Wan Kembang yang mana ianya dijadikan  sebagai salah satu juadah untuk sarapan pagi di Negeri Kelantan...selain nasi Dagang dan juga Nasi Kerabu terdapat juga Pulut yang dimakan dengan Ikan Masin atau Nisan sebagai breakfast. Kuih muih juga berbeza dari kuih2 untuk sarapan dan juga untuk kuih muih waktu petang.
     Nasi Berlauk sebenarnya nasi yang menggunakan beras biasa ajer, dan ditanak seperti biasa kita menanak nasi..cuma ianya digandingkan dengan Gulai Darat Ayam atau Gulai Ikan yang direbus terlebih dahulu beserta Sambal dan ulam timun.

    Sejak dari dulu lagi, orang2 di Kelantan mengambil makanan berat di pagi hari kerana kebanyakan mereka memerlukan tenaga untuk ke kebun, sawah atau ke laut. Memang dah biasa kami makan makanan berat macam ni...dah sinonim kata orang.. :)

    Okies, tak mo bebel banyak2 la ehhh..ihihihi..Kali ni Tun buat Nasi Berlauk yang digandingkan dengan Gulai Darat Ayam beserta Ulam Timun dan juga Sambal nya sekali. Insya-Allah lain kali Tun buat versi Gulai Ikannya pula yer. Meh layan Nasi Berlauk hari ni..
    Meh layan Nasi Berlauk hari ni..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...