Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, November 25, 2009

Cendawan Goreng Mixed


Menu orang males juga ni..digandingkan dengan stim fish tadi.

Menu Lunch Last Weekend


Menu last weekend...setelah ikan tu agak seminggu kat fridge. Pikir2 apa nak dimasak..stim fish yang selalu buat macam dah bosan pula...terasa nak cari kelainan dari segi rasa...lagipun males nak masak sebenarnyer..ngeh..ngeh..ngehhh... Lagipun aku agak sibuk dengan order.
Timbul lak idea nak stim ikan ni dengan cara kerabu pulak seperti kerabu sotong atau kerabu daging yang selalu aku buat. Alahamdulillah, nampaknya anak2 dan hubby enjoy dengan hidangan ini. Bila kesempatan, nnt aku update resipinya yer.

1st. Cupcakes For Sale


Inilah 1st cupcakes aku buat untuk dijual. Sebelum ni ada juga buat, tapi just untuk suka2 dan minat..lagipun memang aku tak ambil sebarang bayaran pun. Lebih kepada minat semata2.
Last weekend, sekembalinya aku dari Shanghai, aku buat cookies untuk majlis cukur jambul. Yelahkan, orang sudah order, kalau tak buat tak eloklah kan.. Sesambil tu, aku sediakan cupcakes ni untuk dijual di kedai kat tempat aku bekerja dan juga kat sebuat emart di Ampang.

Saturday, November 7, 2009

Udang Goreng Kunyit

Masakan bila time malesss..muahahahaa....resipinya seperti di bawah yer atau leh refer sini.
Udang Goreng Kunyit
Bahan: (1 family)
1 mangkuk udang-dibersihkan dan ditoskan)
1 biji cili merah dan hijau
1/2 biji bawang besar-dimayang
sedikit serbuk kunyit dan garam
sedikit cili api-optional
3 tbsp minyak masak
Cara:
1). Udang digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam - agak2 jangan terlalu banyak pula.
2). Masukkan udang di dalam kuali, dan buka api. Masak udang sambil kacau sehingga udang tadi agak masak dan kering sedikit airnya, masukkan pula sedikit minyak masak.
3). Kacau hingga udang agak garing dan masukkan bawang besar. Kacau mesra. Bila bawang sudah layu, masukkan cili . Kacau sekejap, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bila Malas Ke Dapur

Hari ni memang malas betul ke dapur..mungkin agaknya sudah lama bercuti dan lepas pada maid untuk memasak ( cuma kupantau jer apa yang perlu dimasak dan cara2nya). Walau bagaimana pun, takleh dibiarkan lama kang makin menjadi2 malasnya..muahahahaa..
Buat permulaan, menu pun memang cukup simple dan mudah..cepat pula tu memasaknya.
Lunch hari ni, aku masak udang goreng kunyit, sotong rebus serai (resipi turun temurun dari bondaku tercinta), kacang buncis goreng kicap dan digandingkan dengan lauk pauk semalam yang tak habis. Lagipun aku ngn hubby balik lambat malam tadi dan telah makan kat luar.

Basic Cupcake Deco

Picture semasa aku di kelas Kak Lea...aku ambil kelas basic cupcake deco ni selepas raya hari tu..Aku ambik kelas ni pada hari Sabtu, manakala untuk kelas fancy cookies pada hari Ahad...memang teruja sangat dapat attend kelas Kak Lea..banyak yang dapat belajar. Sebelum ni aku ingat susah untuk buat gumpaste dan fondant. Di kelas ni aku belajar semua tu..ternyata senang rupanya. Aku juga dapat belajar deco menggunakan gumpaste.
Ros Kecil Untuk Cupcakes
Ini bunga ros dan butterfly dari gumpaste. Gumpaste yang diwarnakan disimpan di dalam plastic zip lock supaya ia tidak cepat kering dan keras. Apabila hendak digunakan, cuma ambil secubit dan gelek dengan menggunakan rolling pin.

Untuk membuat ros seperti ini, ambil sedikit gumpaste dan bentukkan ia seperti cone yang tajam sedikit. Then, roll sedikit lagi doh dengan menggunakan rolling pin. Kemudian, terap doh tadi dengan acuan untuk buat roses. Guna acuan yang paling kecil dahulu. Gunting sedikit, letak atas sponge nipis (set yang dibeli kat Wilton) layangkan hujung deco tools di hujung kelopak. Ini bertujuan supaya ia nipis dan menarik beralun.

Sapukan sedikit air ditengah2 kelopak menggunakan berus kecil, then ambil kudup yang cone tadi letak di atasnya. Angkat 1 persatu kelopak dan lekatkan pada kudup bunga.

Kemudian, teruskan roll lagi gumpaste dan ulang cara di atas untuk kelopak seterusnya dengan menggunakan acuan yang agak besar dati yang pertama. At last, ambil pula sedikit gumpaste dan warnakan dengan pewarna hijau, roll senipis yang boleh, dan terap dengan menggunakan penerap untuk tampuk bunga. Letak sedikit air, dan lekatkan pada bunga ros yang telah siap.

Untuk butterfly pula, roll sedikit gumpaste, jangan terlalu nipis, then roll sekali lagi dengan roller yang berpattern. Terap doh dengan acuan butterfly. Keringkan butterfly tadi dengan meletak di dinding loyang. Apabila sudah agak kering, pipekan royal icing di tengahnya..untuk dijadikan badan butterfly.

Bunga-bunga Kecil

Untuk bunga kecil ni, sama juga caranya.. rolled sedikit gumpaste, terap dengan acuan daisy n' then letak atas sponge tebal spt di atas, biarkan beberapa saat, baru ditekan ditengahnya menggunakan deco tools. Ini bertujuan jadikan kelopaknya ada kesan kedut. Pipekan sedikit royal icing ditengahnya. Pipekan berhati2 supaya ia nampak kemas dan bulat.

Untuk deco yang lain akan kukongsikan nanti yer..

Sekotak cupcakes idaman. Syok kan kalau dapat sekotak camni.

Sudah lama kuidamkan rose swirl camni, akhirnya tercapai jua. Dapat juga 1 nozzle untuk buat swirl ni harrr.

Wednesday, November 4, 2009

Fancy Cookies


Fancy Cookies ni sebenarnya dah lama buat masa attend kelas lepas raya hari tu..alhamdulillah, berjaya juga akhiri kelas kat Lea Oven. Terima kasih kepada sifu Daalia (formal yer kak Lea) di atas tunjuk ajar beliau yang sememangnya tidak lokek ilmu. Insya-Allah, akan ku guna ilmu yang ada ini sepenuhnya nanti..yelah kan, kalau nak buat bizz memanglah kena ada pengetahuan sikit walaupun tak banyak kan.
Aku juga ada amik kelas Basic Cupcakes, juga di tempat yang sama. Gambar2 di kelas akan ku pastekan nanti yer. Layan gambar2 cookies ni dulu...

Botol susu, cupcakes, duckling & etc. memang sesuai dijadikan door gift untuk baby shower dan juga untuk majlis cukur jambul.

Ini pula butterfly dan dragonfly (tuyup dalam bahasa Kelantan). Cuba lihat perbezaannya, rama2 tu menggunakan fondant manakala dragonfly menggunakan royal icing. Hasilnya memang berbeza kan. Dari segi rasa sama saja sebab kedua2 nya tu gula jer. Tapi kali ni fondant yang dihasilkan menggunakan mint flavour, sedap juga bagiku. Tapi kalau budak2 sure kurang gemar perisa mint.
Bunga2 kecil tu pun dari fondant juga. Aku memang suka terap lebihan fondant yang kuwarnakan. Kak Lea pun bagi jer aku bawak balik..hehehehee... thanks kak. (katanya, kerja dengan dialah buat bunga2 ni)..muahahahaa...kalau aku tinggal berdekatan memang takku tolak punya..seronok kalau dapat bekerja dengan Kak Lea ni.
Sebahagian dari fancy cookies yang sesuai untuk dijadikan door gift di hari perkahwinan.
Ni pula memang sesuai dijadikan door gift untuk majlis perkahwinan,

Puding Lapis Pelangi


Puding ni sebenarnya dah lama buat time jiran2 datang beraya hari tu..tapi skang ni la baru nak tepek...mintak maaf semua yang tinggalkan mesg. kat chat box lambat betul baru leh reply. Skang ni sibuk jer memanjang.
Ok, berbalik pada puding ni, namanya puding lapis pelangi resipi dari Azie (akak mintak izin C&P yer zie). Sedap puding ni, bukan saja ia nampak cantik. Alhamdulillah juga ia tidak lekang. Petuanya masa nak lorek tu kena betul2 lorek tapi hati2 jangan pula sampai ia tembus. Hubby ku pun teruja tengok puding ni.

Bahan-bahan ( 22 cm )
Bhn A
2 sudu makan serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula (aku kurangkan sebab manis)
Pewarna- hijau, merah dll
Bhn B
2 sudu makan serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula (aku kurangkan juga sebab manis- tapi lupa pulak berapa gram)
1/2 sudu teh garam
Cara-cara

1) Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
2) Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
3) Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
4) CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
5) Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
6) Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
7) Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...

Note: Gula perlu dikurangkan sebab ianya memang manis (seperti kata Azielah kan). Tapi lupa pulak nak ku tanda masa membuatnya maklumlah rush kan. Insya-Allah bila ku buat lagi akan ku update.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...