Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, February 25, 2011

Rainbow Chiffon Cake


Assalamualaikum.... selepas tengok Kak Nor tayang raibow Chiffon ni..hatiku terus terpikat dengan keayuan cipon Kak Nor membuatkan ku tak sabar2 dah nak menerainyer. Kebetulan pula semua bahan memang dah sedia, telur pun ada lagi tu..klu nak buat memang ler cukup2 bahannyer tuh.
Tengahari tadi selepas kastemer datang amik cheesecake, Tun godek2 resipi cipon nih. Alhamdulillah, walaupun tak susah tapi kena berhati2 juga masa menuang adunan ke dalam baking pan. Nasib baik ada chat ngn Kak Nor sebelumnyer, bolehla dijadikan panduan sebelum menyipon nih..hihihi...terima kasih banyak2 kak.
Terima kasih juga kepada tuan empunya resipi...kalau nak tengok hasil mabeles diorang leh la klick kat link kat bawah nun yer. Mekasihhh banyakkk2..

RAINBOW CHIFFON CAKE
source : Gert, Kak Nor & Rima
source : Rabiatun @ Sweettouch

Ingredients A
8 egg yolks
50 grm sugar
20 grm milk powder
20 grm cornflour
150 grm cake flour
1 tsp baking powder
½ tsp salt
100 ml vegetable oil
100 ml coconut milk

Ingredients B
8 egg white
120 grm sugar
1 tsp cream of tartar (Tun tak letak)

Ingredients C (for the rainbow)
A few drop of pandan paste
A few drop of pink coloring
A few drop of strawberry flavoring
2 oz of melted chocolate
A few drop of yellow coloring
A few drop of lemon flavoring
1. Shift cake flour, corn flour, milk powder, salt and baking powder. Set it aside. Combined the coconut milk and oil together.
2. In a mixing bowl mix the egg yolk and 50 grm of sugar until well combined. Add in the coconut milk and oil mixture. Mix well. Lastly add in the flour mixture. Mix until th
e mixture is smooth.
3. Divide the egg yolk mixture into four equal portions. Mix one portion with pandan paste, one with strawberry flavoring and pink color, another one with the melted chocolate and the last one with lemon flavoring and some yellow coloring. Mix all the four portions well and set it aside. Pre-heat the oven to 350 degree F.
4. In a mixer whisk all the ingredients B on high speed unti
l soft peak. Divide the egg white into 4 equal portions and fold it into the different egg yolk mixture. Pour each of the batter mixture into an ungreased tube pan and bake for 50 minutes or until golden brown and tested the skewer comes out clean.
5. Take out the cake and invert the cake immediately. Leave it to cool completely before removing the cake from the baking pan by running a long sharpe knife to the side and bottom of the baking pan. Cut and serve.
** ni yg Tun ikut Kak Nor buat:
1. pewarna purple + paste blueberry
2. pewarna kuning + vanila ( Tun guna Lemon paste)
3. pewarna hijau + paste pandan
4. pewarna merah + paste strawberry

Note Rabiatun:
* Tuang adunan chiffon dengan berhati2 dan secara perlahan2 ke dalam baking pan, sebab adunan boleh tenggelam.
* Tips dari Kak Nor, tuangkan adunan ke atas spatula dan tak perlu spread (ratakan sangat).
* Tun just kaut adunan guna spatula dan layerkan terus adunan layer by layer. Alhamdulillah..menjadi.

Gulai Udang

Tak tahu apa lagi nak masak untuk hari ni....teringat udang yang dibeli dari Kemasik hari tu ada lagi duk bertapa dalam s'box. Pikir2 akhirnya teringin plak nak makan gulai udang. Lagipun dah lama betul tak makan gulai udang camni.
Masa amik Darwis tgh tadi, singgah pasaraya jap, beli timun untuk masak gulai udang ni.hihihii...Alhamdulillah...

Gulai Udang
by Rabiatun

Bahan:
1 mangkuk udang - dibersihkan
1 batang timun - dipotong
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 biji cili merah
200ml santan + air (supaya bancuhan santan sederhana pekat)
garam
cili api (optional)

Cara:
1). Tumbuk bawang merah, kunyit, bawang putih dan cili api hingga lumat.
2). Masukkan ke dalam periuk bahan tumbuk dan santan serta timun. Kacau sentiasa sehingga mendidih.
3). Masukkan udang, cili dan juga garam. Kacau hingga udang masak. Siap dihidang.

Bendi Sambal

Sayur Bendi lagi ehhhh...tak boring tau makan sayur ni sebab dipelbagaikan cara memasaknya. Yang ni request oleh Mr. Hubby..dia sendiri yang belikan bendi semata2 untuk di goreng camni. Resipinya pernah Tun letak kat sini dan juga kat MyR...very D' simple tauu..cuma kali ni Tun tambah sedikit ikan bilis. Hasilnya bertambah lagilah rasa ummmpppnyer..hihihi..Jom tengok resipi;

Bendi Goreng Bercili

Bahan:
6 biji bendi - dibersikkan dan dipotong serong
* 2 biji cili merah
* 4 biji bawang merah
1/4 kiub pati ikan bilis -optional (Tun gantikan ikan bilis)
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis.

Cara:
1). Tumbuk bahan bertanda (*) hingga hancur.
2). Panaskan sedikit miyak, tumis bahan kisar dan kiub ikan bilis hingga wangi. Masukkan sedikit air. Kacau.
3). Masukkan bendi dan kacau sebati.
4). Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
5). Bila bendi berubah warna, tutup api. Tidak perlu masak terlalu lama cukup sekadar sayur itu sedikit layu.


Thursday, February 24, 2011

Sotong Tiga Rasa

Assalamualaikum....citer pasal resipi yang Tun ceduk dari rumah Kak Nor hari tu. Ntahlah, sejak balik dari Ganu ni memang ketandusan idea nak memasak. Masak ajer lah apa yang ada dalam s'box. Alhamdulillah sedap juga rasanya. Terima kasih kepada penyumbang resipi. Izinkan Tun letak kat sini pula yer. tq
SOTONG 3 RASA
sumber: PeriukTanah@Raihan
sumber: K.Nor@SecubitGaram

500 gm sotong sederhana besar- bersihkan, potong ik citarasa
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 labu bawang besar dicincang
5 biji cili api akar-dicincang ***ikut ketahanan pedas
4 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang
1 sudu makan cuka
3-5 sudu makan sos Thai
garam dan gula secukup rasa
minyak masaksayuran seperti bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis-ikut citarasa
Takde sayuran pun, just sotonggg..hihihii..Alhamdulillah kenyang.


Monday, February 21, 2011

Kembali Bersiaran...

Assalamualaikum, tuan rumah kembali bersiaran setelah tinggalkan rumah ni kosong tak berpenghuni...adalah juga singgah2 dan buka blog ni serta baca komen kat shoutbox mahupun kat N3, tapi tak berkesempatan nak membalas. Mohon ampun dan maaf yer. Terima kasih juga di atas kesudian semua singgah di sini.

Last 3 days, tuan rumah hadiri kenduri kawin sepupu kat Kerteh, Terengganu...disamping itu buat gader2 family Mohamed Din bin Deraman aka my loving father. Yelahkan, bukan senang dapat kumpul bercuti sama2, kan..kecuali musim perayaan jer lah.

Nantilah kiter citer N3 seterusnya gader2 tu yer. Ni nak letak salah 1 resipi kegemaran semasa kecik2 dulu. Masakan simple ajer tapi cukup bermakna nak2 bila kita dah besar panjang dan berjauhan dari family s'pecially parents yang tersayang. Winduuuuu....

Sotong Rebus

Bahan:
10 ekor sotong size sedang
1 - 2 btg serai ~ dititik
3 ulas bawang merah ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dimayang
air secukupnya
garam
Cara:
1). Cuci sotong, buang kulit, dakwat dan sebagainya. Toskan.
2). Masukkan semua bahan kecuali garam kedalam periuk. Didihkan dengan api yang perlahan.
3). Bila dah hampir nak angkat, masukkan garam.

Note Rabiatun:
* Jika suka kuahnya agak kehitaman sedikit, boleh masukkan sedikit dakwat sotong.


Monday, February 14, 2011

Strawberry Mousse

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul, sebelum tutup tirai malam ni, Tun nak post 1 N3 dessert, sebenarnya dah 2 hari lepas buat...tapi tak berkesempatan nak post kat sini. Jadi, sebelum terlupa...Tun ingin paparkan resipi Strawberry Mousse dari Yani MyR ni supaya senang lain kali nak buat dah ada resipinya kat sini, kan. Buat Yani, terima kasih banyak2 di atas resipi ni, izinkan Tun kopipes kat sini pula yer. Terima kasih.
Strawberry Mousse
recipe by Yani MyR
source: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( 6-8 orang )10g(2tbsp) gelatin
  • 100ml air panas
  • 200g strawberry
  • 70g gula
  • 200ml fresh cream/whipping cream
  • 1 sudu besar lemon jus

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
  2. Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
  3. Masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
Baru kuar peti `s' tu yang nampak sejuk tu...nyamannnnn >__<


Assalamualaikum....

Sejak 2, 3 hari kebelakangan ni, puan rumah agak sibuk sikit sampailah hujung minggu ni. Kepada sesiapa yang sudi menjenguk dan tinggalkan jejak kat shoutbox mahupun tinggalkan comment, puan rumah amat menghargainya. Dan, kepada yang berminat nak copy resipi, silakan lah..semoga resipi yang ada ni sama2lah kita gunakan dan dapat memberi idea dalam menyediakan juadah buat family tersayang.

Puan rumah ada project sikit dan sampai hujung minggu nilah, kalau berkesempatan insya-Allah...bolehlah puan rumah online nanti.

Apapun, puan rumah nak bagi clue sikit sebab apa puan rumah agak bz nooo...
Inilah dia projectnyer tu...hujung minggu ni untuk wedding cake dan cupcake pula. K, tak boleh nak citer banyak sebab ada tugas menanti dah ni..kita jumpa lagi yer.

Saturday, February 12, 2011

Choco Mousse Brownies

Assalamualaikum, selamat petang Sabtu, mesti ramai kawan2 keluar hari minggu camni kan. Hari ni, puan rumah nak postkan N3 Choco Mousse Brownies untuk minum petang. Resipi ni merupakan salah 1 resipi yang dah lama dalam simpanan, baru sekarang ler berkesempatan untuk membuatnya..yelah kan, dulu bekerja skang ni duk rumah kena la merajinkan diri untuk family pula.. hehehe..

Resipi asal dari Yani Myr, memang dah ramai yang mencuba resipi ni. Bagi penggemar chocolate, boleh la nak try, insya-Allah menepati citarasa anda semua. Tun buat ni petang semalam, biarkan ianya bermalam kat s'box dulu..ptg ni baru dikuarkan utk dinikmati. Alhamdulillah...nyaman jer tekak..hihihi..best!

Sebagai rujukan Tun lain kali, izinkan Tun paste kat ruangan ni dulu yer. Thanks a lot Yani di atas resipi mabeles ni.
Choco Mousse Brownies
source: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( 18cm )

  • Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Chocolate Mousse
  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus

Cara-cara

  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
  13. TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

Ayam Cencaluk

Asslamualaikum..selamat malam, nak post N3 ni dulu sebelum masuk kelambu malam ni..terasa jugak ngantuknye nie..Mr. Hb dah lama titun, sebab dah 3 hari asyik kena balik midnight ajer. Biarlah, bagi peluang dia rest..kalau tak dia pun mesti duk ngadap lappy dia dan Tun ngadap lappy tua Tun yang banyak berjasa nie.

Kay, berbalik kepada midnight N3 nih, Tun postkan menu sedap dari CMG. Tapi Tun copy resipi ni dari rumah k.Nor Ganu setelah puas duk ngendap kat rumah cik Mat cari resipi nak paste kat sini tak jumpa2.huhuhu..agaknya dah kelabu mata nantuk lah tue.
Rasanya dah ramai kot yang mencuba resipi ni termasuk blogger femes Kak Ayu nun di S'pore pun dah terai. Apapun Tun berterima kasih pada CMG di atas resipi sedap ni. Kepada CMG dan juga Kak Nor, izinkan Tun tayang resipinya kat sini pula. terima kasih daun keladi....
AYAM CENCALUK by CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram
sumber : Rabiatun @ Sweettouch

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya ~ Tun tak toskan pun
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
1). Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
2). Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
3). Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih.
4). Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
5). Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali m
asukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...Takde rasa sangat cencaluknya tau..kepada yang alah bau cencaluk pun boleh makan..Insya-Allah. Rasanya masam2 limau kasturi dan masin pun just nice. Bau cencaluk tu dah tenggelam dek campuran bau daun limau purut, serai dan limau kasturi...sedap leh bertambah2 nasi tauuu..hehehehe..

Wednesday, February 9, 2011

Daging Dendeng

Jom makan daging dendeng resipi dari Yani Deco Choco ni..sedap! Tun buat tak banyak, sebab daging pun sikit ajer kat s'box tu, ada dlm 1/2 kg ajer. Cukuplah untuk dinner malam ni. Ikan masak sambal ada lagi tu, kang tambah sayur ajer lah.

Meh kita tengok resipi Daging Dendeng dari Yani ni..mintak izin publish resipinya kat sini pula yer Yani. tq :)

Daging Dendeng

Bahan-bahan:-

1 kg daging lembu
1/2 cawan kicap pekat manis
1/4 cawan sos tiram
15-20 biji cili kering - dikisar ( boleh tambah jika nak lg pedas)
3-4 biji bwang besar - dikisar
6-8 ulas bawang putih - dikisar
1inci halia- dikisar
Cara:
  1. Cuci dan toskan daging. Potong besar-besar. Rebus sehingga empuk.
  2. Kemudian potong daging nipis-nipis.
  3. Tumbuk daging sehingga pecah-pecah.
  4. Gaulkan daging yang ditumbuk tadi dengan kicap dan sos tiram. Perap 1-2 jam. Lagi lama perap lagi sedap. Nak perap semalaman pun boleh. ;)
  5. Goreng daging dengan minyak banyak sehingga garing.
  6. Blend bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis bahan blend ni sehingga naik bau.
  7. Masukkan cili kering, masak lagi sehingga pecah minyak.
  8. Kemudian masukkan daging. Goreng sekejap sehingga daging serasi dengan bahan-bahan tumis tadi. Rasakan daging.. kalau kurang masin boleh tambah kicap lagi.

Tuesday, February 8, 2011

Happy Besday specially For My Hb & Son

Happy Birthday buat my Laling yang tercinta dan juga buat anakanda tersayang. Buat Hubby yang lahir pada 8 February~Semoga sihat ceria, dipanjangkan umur, mendapat keberkatan dan mendapat Rahmah-Nya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala apa yang dicitakan dan mendapat kejayaan serta kebahagiaan di Dunia dan di Akhirat. Amin...Amin..Ya Robbal A'lamin..
Buat Anakanda Muqri Uzair yang lahir pada 8 February 2007, semoga Sentiasa Sihat Ceria, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, mendapat kefahaman, daya ingatan dan kefasihan dalam berilmu dan beramal ilmu tersebut utk sekalian umat, Cintakan agama Allah s.w.t dan dipermudahkan segala apa yang dicitakan serta mendapat kejayaan di Dunia dan Akhirat dan juga semoga diberkati oleh Allah s.w.t. Amin..Amin...Ya Robbal A'laminnn..
Sempena Birthday hubby dan anakanda Muqri Uzair pada 8 February, Tun hanya berkesempatan menyediakan Strawberry Cheesecake. Hajat di hati nak buat serentak 2 biji kek - 1 biji lagi kek (Red Velvet) untuk Muqri Uzair...tapi nak wat camner..keadaan tak mengizinkan. Insya-Allah akan menyusul kemudian. Ibu minta maaf banyak2 ye cayang. Lagipun minggu ni saja dan 3 biji kek dibuat.. larat ler tu nak ngadap kek aje pulak, kan..kang naik muak pula.. huhuhuhu...

Apapun, ni cheesecake yang Tun main bancuh ajer..sebab cheese pun ada balance dari last order..Tun habiskan kesemua cheese yang berbaki..memang jenis tak boleh tengok bahan2 bakery tersimpan lama...tu yang membuatkan Tun jadi susah hati..heheheheee..

Strawberry Cheesecake
by Rabiatun @ Sweettouch

Bahan Base:
250 g Digestive biskut
120g mentega ~ dicairkan

Cara:
1). Sediakan springform pan 8". Hancurkan biskut dan campurkan mentega yang dicairkan tadi.
2). Tekan rata ke dalam springform pan. Chilled sehingga perlu digunakan.

Bahan Filling:
270 g cream cheese
100 g gula icing
160 g sour cream ~ Tun letak ajer sebab nak habiskan stok
120 g whipped cream ~ (Klu takde, boleh ajer guna fresh cream sepenuhnya)
120 g fresh cream
13 g gelatin
80 ml air

Cara:
1). Taburkan gelatin ke dalam air. Biar seketika dan double boiled kan hingga ia larut.
2). Pukul cream cheese dan gula hingga sebati.
3). Masukkan gelatin, pukul lagi agak2 sebati.
4). Dalam mangkuk lain, pukul kedua2 whipped cream dan fresh cream hingga pekat. Guna wisk shj.
5). Masukkan no.4 ke dalam no.2. Kacau sebati.
6). Tuang ke dalam springform pan separuh, dan letakkan sedikit strawberry filling (nak letak fresh fruit pun boleh). Letak lagi baki adunan. Chilledkan semalaman.
7). Bila dah nak makan, tuang sos topping di atasnya.

Bahan Topping:
5 tbsp Strawberry filling
1 tbsp gula pasir
1/2 tsp gelatin ~ Tun tak letak sebab tak bawa kek ni keluar travel
1/4 cwn air

Cara:
1). Masak ke semua bahan hingga sebati. Tunggu suam2, baru tuang atas cheese cake tadi.
.... Ni Tun guna loyang 8"...
Note Rabiatun:
** Resipi ni sesuai untuk semua buah termasuk blueberry, strawberry, mango, kiwi dan sebagainya.
** Apapun, Tun ada 1 lagi resipi chilled cheesecake yang pernah Tun buat sebelum ni iaitu Mango Cheesecake.
** Resipi ni hasil dari pemerhatian dan hasil banyak try n error Tun dalam pembuatan cheesecake ni.

Yogurt Chiffon Cake

Malam tadi lepas jer Maghrib, terus godek2 resipi Chiffon kek ni dari Yani Deco Choco. Alhamdulillah, menjadi dan sedap pula tue :) .
hmmm...Takleh nak cakap banyak dah ni..kebizian melanda..huhuhu..apapun Izinkan Tun kopipes kat sini yer Yani. Mekasih.
Dah lulus ker ni Sifu? hihihii.. rasanya tak cantik mana Tun buat ni maklumlah baru pertama kali main2 ngan cipon nih, bahagian atasnya merekah maybe sebab oven tu panas sangat dan mengejut..alhamdulillah, rasanya tetap sedap...terima kasih banyak2 Yani.
....ni tin size 18cm...

Yogurt Chiffon Cake
source : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan:
4 biji
60g gula kastor
110g yogurt ( takde stok, jd Tun gantikan dengan sour cream)
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder


Cara-cara:-
1). Asingkan putih dan kuning telur.
2). Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
3). Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi, minyak masak, jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
4). Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
5). Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
6). Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
7). Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
8). Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.

Jom minum petang sama2 :-)

Bubur Kacang Hijau

Jom kita makan bubur, lagi best kalau biarkan ianya bertapa kat s'box semalaman...nyaman jer masuk tekak.
Resipinya, Tun main campak jugalah..ikut selera anak tekak ajer..hihihi..

Bubur Kacang Hijau
by Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
Kacang hijau - dibersihkan
Air
Beberapa keping manisan - ikut suka nak manis camner
sedikit garam
Santan sederhana pekat
Daun pandan

Cara:

1). Masak kacang hijau dengan air hingga empuk.

2). Masukkan manisan dan sedikit garam.

3). Masukkan santan dan daun pandan. Kacau sebatik dan sehingga mendidih. Sejukkan sebelum dinikmati..

Makan bubur kacang ni sejuk2..alahai..sedapnyer..lagi sedap kalau ada tambah durian di dalamya..perghhhh...

Kisah Sehari Sebelum Nabil Berkhatan

Assalamualaikum, kisah ni last year masa cuti sekolah...masa tu jugalah majlis Khatan si abang (anak sulung Tun) Nabil. Dan masa ni jugalah Tun ada big order budget cuppies for wedding yang 1500pcs tu.

Sehari sebelum si abang selamat dikhatankan, my hubby bawalah anak2 ke pantai untuk puaskan hati yang nak kena khatan tue ler, main apa yang dia nak dan penuhi segala yang diinginkan oleh si anak ler kan.

Si adik (Muqri Uzair) berehat setelah kepenatan bermain dan berlari.

Darwis yang sememangnya tak tahu penat bermain, manakala si abang kat belakang tu tengah main layang2 dengan kakak sepupu.

Seronok Darwis main layang2 ditemani si adik (Muqry Uzair)
Dalam keseronokan tu, Darwis terjatuh dekat batu yang ada cengkerang laut. Kelam kabut si ayah angkat si anak dan cuci luka, letakkan ubat dan balut luka sebelum di bawa balik ke rumah. Sesampai di rumah MIL, semua diammmm aje macam takde apa yang berlaku. Darwis ni memang jenis tak nangis dan keras semangat masih lagi boleh main sepak2 bola kat laman rumah MIL. Tun ingatkan luka di kakinya biasa2 ajer, tak hiraukan lagi sebab duk nak kemas2 bunga2 gumpaste yang dikeringkan..lagipun masa tu dah hampir Maghrib.

Camnilah rupa cengkerangnya..gambar pinjam dari Pakcik Google

Gambar ihsan dari pakcik Google


Sesudah Maghrib, baru Tun tengok luka di kaki Darwis..memang terkejut dibuatnya. Time tu jugak Tun gesa hubby hantar kami ke klinik. Akhirnya Darwis diberi suntikan
kerana cengkerang tu ada poison dan supaya lukanya tak melarat serta lambat sembuh. Kami di bawa ke bilik yang lain untuk luka kaki Darwis dicuci dan diletakkan cream sebelum dibalut. Doctor juga sarankan agar ianya tak perlu dijahit. Alhamdulillah juga, takdelah merisaukan hati si ibu...dan syukur juga Darwis sikit pun tak menangis dan nampak cekal hatinya walaupun siibu tahu ianya sudah pasti amat menyakitkan bagi kanak2 yang berumur 5 tahun.

Kaki Darwis selepas di bawa pulang dari pantai.


Setelah dibawa pulang dari klinik.



Eggless Chocolate Cake (resipi III)


Assalamualaikum, sebenarnya kek ni dah lama wat dan duk simpan ajer dalam file. Kek ni tidak ada telur di dalamnya dan khas dibuat untuk orang pantang. Tun buat kek ni untuk kedua2 anak Tun yang tengah berpantang. Si abang sebab baru berkhatan dan si adik pula sebab kakinya luka setelah jatuh kat pantai rumah MIL. Nanti N3 seterusnya Tun ceritakan...

Berbalik kepada kek ni, Tun amik dari rumah kak Dayang Jack. Terima kasih banyak kak, bolehla orang yang tengah berpantang merasa makan kek..takdelah kena pandang ajer orang lain makan, kan. hihihi.. Mintak izin kopipes kat sini pula ye kak Dayang. tq.
Eggless Chocolate Cate (Resipi III)
resipi : Dayang Jack
source : Rabiatun @ Sweettouch

bahan:
1 cawan tepung (125g) tepung naik sendiri
1 1/4 cawan gula perang (soft brown sugar)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
1 tsp serbuk soda bikarbonat
1tsp esen vanilla
1tsp cuka / jus lemon

Cara:
1). Panaskan oven pada suhu 160 C - 170 C. Lengserkan loyang kek (DJ guna yang berukuran 17.5 cm) dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.

2). Ayakkan tepung, koko dan serbuk soda bikabonat di dalam mangkuk adunan.
Kemudian masukkan susu, air dan esen vanilla. Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu. Pastikan adunan tidak bergentel dan gula larut. (Jika perlu, boleh juga diputar dengan mixer).

3). Masukkan minyak jagung / minyak masak. Kacau lagi dengan menggunakan senduk kayu.

4). Akhir sekali, barulah dimasukkan cuka atau lemon jus. Kacau cepat2 hingga adunan sebati.

5). Tuang adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak.

6). Sejukkan kek setelah masak. Jika suka, bolehlah dihias dengan topping atau ganache.

*** sukatan dengan menggunakan cawan metrik
*** tidak perlu letak garam sebab tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam.

Sebelum di make up. :)
Setelah di make up :)

Sunday, February 6, 2011

Roti Poket

Assalamualaikum...mintak maaf banyak2 sebab 2, 3 hari lepas tuan rumah balik kampung sekejap, jenguk mertua serta anak2 sedara yang baru lahir. Kejap ajer balik, rumah pun dah berhabuk nak kena dibersihkan.

Roti ni Tun buat sebelum balik kampung hari tu, tapi tak berkesempatan nak postkan N3nya. Roti Poket ni rasanya dah ramai yang buat..resipi ni mula Tun perasan Mamazieza postkan kat N3 diblog beliau. Kata beliau resipi ni adalah idea kawan mama kat Rnet, dan kurang pasti resipi asalnya dari siapa sebab dapat gambar yang telah siap diedit kat internet jugalah. So, kepada sesiapa yang punya resipi ni, boleh la tampil kalau ada terbaca N3 ni. Terima kasih banyak2 di atas resipi roti poket yang memang sedap dan rangup..nak2 kalau dimakan segera..sedap! Tun copy resipinya dari rumah Kak Nor. Terima kasih juga buat MamaZieza dan juga tuan empunya resipi. Mintak izin untuk Tun pastekan kat sini pula yer. tq
Roti yang baru siap disalut bread crumb.

ROTI POKET

sumber : MamaZieza
sumber : Kak Nor

Bahan:
· Serbuk roti
· Telur
· Mayonis
· Cream cheese
· Lada sulah / lada hitam
· Ayam
· Bawang Besar hiris
· Cili Benggala potong dadu
· Daun salad
· Roti Gardenia jgn lupa..

Roti:
1. Lapiskan dua roti
2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..
3. Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti..
4. Celupkan dlm telur n serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.
5. Toskan.
Tun pipekan sedikit Jalapeno Cheese kat atanya. Sedap!

Inti
1. Tumiskan bawang
2. Masukkan cili benggala
3. Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam
4. Masukkan mayonis & Cream cheese
5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..
Cara hidang:
1. Potong 2 roti yg telah digoreng (guna gunting cantik sikit)
2. Letakkan daun salad
3. Masukkan inti yg siap dimasak



Tapi intinya Tun cuma guna bebola sotong ajer. malas nak keluarkan ayam dari esbox..

Inti Bebola Sotong

8 biji bebola sotong- potong 4
mayonise
1 labu bawang besar- dipotong dadu
1/2 biji cili benggala- dipotong dadu
1 batang seleri - dipotong dadu
sedikit lada hitam - ditumbuk
sedikit cili sos

cara:
Goreng seketika bebola sotong.
Tumis bawang besar, masukkan cili benggala, lada hitam dan seleri. Kacau seketika.
Masukkan bebola sotong, mayonise dan sos cili. Jika perlu, boleh masukkan sedikit garam shj sebab bebola sotong tu dah cukup masin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...