Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, June 30, 2009

Muqri Uzair Demam


Kesian anakku yang kecik ni..seminggu demam panas...dan seminggu tu jugaklah dia takde selera makan.
Jenuh aku dan hubby bertungkus lumus menurunkan suhu badannya. Dalam pukul 1 pagi mesti Muqri terbangun dan merengek sebab time tulah suhu badannya mula meninggi. Dahlah begitu, ditambah lagi dia kena batuk, lagilah tak boleh tidur dibuatnya.
Dalam seminggu tu 3 kali dibawa ke klinik..demamnya cuma kebah bila makan ubat, then lepas 4 jam tinggi balik. Time kebah tu ligatlah..bila time demam tu melepek tak larat.
Semoga anak ibu cepat sembuh dan active semula.

Mee Goreng


Ni menu breakfast last weekend..mee goreng.Layan jelah ye..

Asal2 nak buat mee goreng basah, dah tu semua orang duk tido lagi..kang kembang setaman lak mee ni. Tu yang goreng kasik kering kit. Bukan salah orang kat umah ni..salah diri sendiri sebab bangun awal.hehehee.....

Ayam Goreng Rempah


Ayam Goreng Rempah ni hasil dari campak2..semua rempah ku masukkan termasuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Memang selalu aku rembat je asalkan ianya sedap.hehehe
Kepada sesiapa yang berkenan, di bawah ni kusertakan resipinya:

Ayam Goreng Rempah
Bahan:
6 ketul paha ayam
1 1/2 tbsp jintan manis
1 1/2 tbsp jintan putih
1/2 tbsp ketumbar
1-2 inci halia
1 inci kunyit
3 tangkai daun kari
garam

Cara:
1). Ayam dibersihkan dan toskan.
2). Sangai sekejap jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Hati2 jangan sampai hangus pula.
3). Kemudian tumbuk bahan yang disangai td hingga lumat. Ketepikan.
4). Tumbuk pula halia, kunyit dan garam. Bila dah lumat, masukkan jintan dan ketumbar, tumbuk sebati.
5).Gaulkan ayam tadi dengan bahan tumbuk dan masukkan sekali daun kari. Perap 1/2 jam.
6). Goreng dengan api sederhana sehingga garing. Sedia di hidang.

Ayam goreng rempah ni sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi beriani.

Dalca


Masak ni. Actually dah lama tak masak ni. Guna resipi my mummy. Time nak masak ni punyalah dah prepare barang yang nak masak. then cari2 rempah dalca takde dalam stok pulak. Apalagi taram jelah guna rempah kari daging dan tambah sikit rempah gulai darat serta sedikit serbuk kunyit. Alhamdulillah, nasib baik rasanya tetap ok.

Layannnn.......

Mango Mousse


Malam tadi balik je dari kerja, buat mango mousse ni. Resipi ni ambil dari MyR (Yani). Minta izin kopipes yer Yani. Mekasih.. >__<
Sekarang ni banyak mangga dijual..buat jelah nak habiskan stok mangga kat rumah ni. 


Mango Mousse

source :Rabiatun @ sweettouch

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 200g yogurt tanpa perisa
  • 100ml susu segar
  • 1-2 biji mango
  • 16g gula
  • 5g gelatin + 1 sudu besar air panas

Cara-cara

  1. Kupas kulit mango. Masukkan semua bahan kecuali gelatin ke dalam blender or mixer. Mix sehingga semuanya sebati.
  2. Masukkan pula gelatin. Mix lagi dalam 1-2 minit.
  3. Tuang ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
  4. Hiaskan dengan mango yg dipotong dadu sebelum dimakan.
  5. Note: Kalau mango tu manis, boleh kurangkan gula. Kalau takde fresh mango, boleh guna yg dalam tin.

Layannnn....

Sosej Roll


Morning, pepagi ni aku menyediakan breakfast for my family. Roti gulong sosej. Anak2ku suka sangat dengan dish ni. Lagipun sebab ianya crispy dan wangi. Resipi ni aku create sendiri...ingat nak bawak masuk ke MyR, tapi banyak benda yang aku kena settlekan dulu. Namun hingga kini aku belum jugak bawak masuk resipinya.
Kepada sesiapa yang nak mencuba, kat sini aku ada letakkan resipinya.

Sosej Roll
Bahan:
6 batang sosej
6 keping roti sandwich
1 biji telur
1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh
1 1/2 cawan nestum (boleh juga guna cornflakes yang diramas skit)

Cara:
1). Celur sekejap sosej dan toskan.
2). Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis. Jika menggunakan roti yang agak kering, elok roti itu dikukus sekejap, kerana roti yang kering agak kurang cantik bila digulung. Aku selalu menggunakan roti Gardenia.
3). Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
4). Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (jika sosej itu sudah masin, tak perlu tambah garam)
5). Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
6). Kemudian masukkan pula roti itu ke dalam nestum. Biar semuanya diselaputi dengan nestum. (Jika suka tebal, boleh diulangi dengan mencelup ke dalam telur, then ke dalam nestum lagi sekali). Ulang hingga habis.
7). Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan nestum diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.

Layannnn......

Kacang Panjang Goreng Dengan Telur


Untuk lunch, aku masak kacang panjang goreng dengan telur. Masak ni untuk anak2 kat rumah. Memang ruttined ku masak dish untuk anak2..sebab aku lebih suka anak2 makan dari air tangan ibunya dari air tangan maid, kan. Kalau tak sempat, apa leh buat, terpaksalah.
Semalam maid masak sayur untuk lunch anak2ku..Hasilnya bila nak dinner malam tadi, sayur tu masih ada tak terusik pun. Bila ku tanya maid, kenapa masak sayur ni untuk dinner, sebab aku akan masak sendiri. Dia cakap itu yang lunch punya, budak2 taknak makan. Bila ku rasa sayurnya..ntahlah rasa pelik. At last kami suami isteri pun tak makan. Malas dah nak bising2, kenkadang camtulah..kubiarkan jer. Habih2 pun aku suruh maid habiskan..yelah dari membazir je, baik dia makan.

Tuesday, June 23, 2009

Sandwich Telur Mata Kobau


Pagi ni aku menyediakan roti sandwich telur mata kerbau ni..Familyku lebih gemar makan begini dari scramble eggs.
Bibik ada buat nasik goreng, tapi ntah..budak2 ni dah bosan agaknya. Aku buat ni pun sebab nak bawak bento gi office..nak diet kenkonon..tapi itulah, tengoklah isinya tu siap mayonise segala..camne nak diet..aisehhh..
Ni pun oklah jugak, kalau tak lagi banyak ku isi..siap dengan cheese, timun, salad, tomato, bawang, mayonise dan cili sos. Untukku cukuplah banyakkan sayurnyer je.huhuhu..Maklum lerr..badan makin mengembang ni...

Ni khas buat kenkawan yang singgah kat umah..walaupun dah lunch, tapi kalau nak leh la ambik ni ye..jemput..jemputtt...

Kuey Tiaw Goreng


Mmmmm....ni menu untuk breakfast last Sunday tapi lupa nak post..sorry yer..Kuey Tiaw Goreng dengan Vege. Chicken Ball.
Kuew Tiaw ni menjadi kegemaran hubby dan juga anak-anakku. Aku juga lebih suka yang dimasak tanpa kicap seperti ni. Tapi hubby dan anak2 lebih gemarkan yang berkicap.

Sesekali ku ubah selera, bosan lah kan asyik makan yang sama je. Kali ni aku cuma letak cili potong dan sos tiram jek.
Sorry ye Darlin'...nanti B masak ikut selera Darlin' pulak ye..hehehe

Monday, June 22, 2009

Kailan Fried With Squids


Aku suka sangat sayur kailan ni..tak kira la masak apa. Paling ku suka kalau masak dengan udang dan sotong ni. Kalau dengan ikan masin pun sedap.
Menu ni ku combined with sup ayam, sambal belacan ikan bilis, udang nestum dan makan dengan nasi panas2.
Bagi ku cukuplah tu kan. Lagipun kami sekeluarga sahaja yang nak makan.
Biasanya ku masak 2 lauk dan 1 sayur dan ada 1 dish yang pedas untuk hubby.

Sup Ayam


Masak sup ayam ni special for my kids...s'pecially yang kecik tu (Muqri) suka sangat sup ayam. Muqri dan Darwis suka hirup kuah sup ni. Kenkadang ku campur je nasik sikit kat dalam mangkuk diorang. Tak pun ku masukkan sedikit pasta yang telah direbus. Sedap tau sup ni makan dengan pasta. Mummy ku selalu buat sup ayam dan letak pasta bila kami tak demam. Rindunya mummy..

Layan jelah closed up ni..tak tahu dah nak cakap apa...sowiiii...ye

Sambal Belacan Ikan Bilis


Haaaarrrr....ini memang favorite ku..Kalau takde lauk lain pun takpe..ada sambal ni pun dah cukup.. makan dengan nasik panas2..Maunya bertambah2 tak hingat dah.hehehe
Itu yang buat naik badan ni hah.
Untuk sambal ni memang sengaja ku lebihkan ikan bilis, sebab aku memang tak boleh makan yang pedas2 sangat..(jenis tak tahan pedas). Cili tu pun ku kurangkan cili apinya dan tambah cili merah..hehehe takut pedas sangat..hehehe..ngelat kan.

Birthday Cake For Darwis


Sunday, aku buat sebijik cake untuk my 2nd. son birthday. Inilah pertama kali aku membuatnya, maksudku bukan pertama kali buat cake tapi deco cake guna buttercream. Bagiku yang paling mencabar bila nak ratakan buttercream keseluruh cake.,.yelah aku bukannya ada turn table pun...susah jugaklah.

Choc. Moose With Banana's Sponge Cake ni pertama kali aku buat. Kalau diikutkan resipinya menggunakan loyang saiz 20 inch. Tapi aku masukkan dalam loyang yang bersaiz 22 inch. Masa tuang dalam loyang tu memang sudah 3/4 penuh..sudah berkira2 nak buat 2 x bake ke tak. Ntah macamana, aku ignore je...then bila bake this cake melimpahlah..cepat2 aku bukak dan keluarkan, bersihkan oven, then bake it back. Tawakkal je moga2 ia ok. Nasib baiklah jugak walaupun takdelah secantik mana kan..sbb ada kesan melimpah kat tepinya.


Then bila time nak potong untuk bahagi kepada 2 bahagian..aku bukannya ada leveler. Nasib baik jugak time tu aku terfikir nak guna benang. Caranya ambik 1 benang then letak ditengah2 ketinggian cake, (pastikan kedudukan benang sama high pada bahagian yang nak dipotong). Bila dah sama tinggi, then silangkan benang tersebut (macam kita nak ikat) dan jerutkan. Insya-Allah sama je hasilnya seperti kita guna leveler.

Birthday boy (Darwis) dengan abangnya Nabil seronok dapat cake Spiderman. Ibu pun happy tengok anak2 happy. Happy Birthday Awis, semoga menjadi anak yang soleh, bijak, sihat2 selalu. Ibu selalu mendoakan anak ibu.
Hmmmm...kek sudah selamat di potong. Inilah sponge cake yang dilapisi dengan choc. moose dan juga pisang. Sepatutnya seluruh cake dicover dengan choc. ganache. Saja tukar letak buttercream sebab bila nak letak edible imange tu macam tak kena je..
Rupanya telahan ku ternyata salah. Ingatkan colour edible image tu gelap rupanya tak. Kalau letak dengan ganache kena sebenarnya...takpelah, lain kali buat lagi betul-betul ikut resipi pulak.

Hmmmm...ni dia...cubalah sepotong...and bagi feedback how it taste! Begitulah kataku pada kenkawan officeku. Rasanya oklah..tapi aku tak tahulah yang secret resipi tu macamana pula..sebab memang aku tak pernah beli yang ni.
Sebenarnya aku dapat resipi ni kat forum MyR, Kak Nor jugalah yang pastekan resipi ni kat situ. So, aku just nak mencubanya...n' nak tengok result. Hmmm...not bad!!!

Friday, June 19, 2009

Caramel Milk Pudding


Dessert ni memang sedap dimakan sejuk2 ...lembut dan nyaman je terasa.My hubby very happy when i served it to him. Aku dapat ni setelah belek2 kat blog k.Nor. Dan di bawah ni ada resipinya dan aku telah C&P dari blog CMG (Mat Gebu), boleh ye cik Mat and thanks to K.Nor dan juga cik Mat..coz sudi share.

BAHAN-BAHANNYA :-)

8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir*(-untuk karamel)
3 camca besar air*(*aku letak 1 cawan air -untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...


Aku buat ni sementara tunggu bake birthday cake untuk my 2nd son siap. So, sambil2 tu buatlah something just nak manfaatkan masa yang ada. Lagipun boleh beri sedikit pada kakak yang jaga anakku yang 3rd (Muqri Uzair). Hari tu dia ada bagi sambal ikan bilis dan jeruk mangga. Takkan nak pulang pinggan atau bekas kosong je kan. Hehehehe..Thanks Kak Ha ye..sedap sambal dan jeruk tu...memang original perisa bukannya letak bahan atau ubat jeruk. Ori tu.

Then, kepada pengunjung, rumah ku ini...telah ku sediakan special pada u all semua. Jemputlah makan ye...yummy..yummy...

Baby (SIL)

Semalam pergi Hospital University...my SIL sudah selamat bersalin baby girl seberat 3.4++ kg.Seronoknya dapat baby. Aku yang takde baby girl ni tumpang seronok sama. Terasa teringin lah pulak.

Geramnya tengok baby..lupalah pulak namanya sebab panjang jugaklah.
Aku ni pangkat mak Ngah sebab hbku merupakan anak yang kedua dalam family dia.
Baby ni dilahirkan secara vacum pada pukul 4.47 pagi.
Akhirnya selamat jugak adik iparku.Tahniah dari kami sekeluarga pada Norhaizey dan Hafizul.Semoga tambah berbahagialah dengan kehadiran cahayamata sulung ini.Tahniah!!!

Ayam Masak Kurma



This is a 2nd. dish aku masak pagi ni, untuk lunch anak2ku kat rumah. Memang aku akan masak untuk diorang sebab aku suka anak2 makan air tangan ibu sendiri dari air tangan maid. Lagipun kalau aku tak masak, kesian pulak diorang, makan makanan yang kurang memuaskan. (bagi akula seorang ibu). Kita sebagai ibu mesti mahu beri makanan yang terbaik buat anak kita kan.


Hmmm....nak ceritanya..bangun pagi tadi, aku bukaklah fridge, cari2 ayam. Tengok2 takde seketul pun ayam...yang ada cuma sotong, udang dan ikan je.
Kalau aku masak sotong, Nabil sorang je yang suka. Kalau udang pulak, dua2 anakku kurang gemar. Memang kena masak ayam jugaklah nampaknya. Apalagi, terpaksalah aku mintak tolong hubby pergi beli sekejap. Maid aku takde pulak inform apa2 yang dah habis. Aisehhh...huhuhu...

Memang selalu, kalau end of weekdays, stok makanan pun dah kurang kat rumah ni. Selalunya on Saturday morning baru aku dan hubby pergi pasar borong dekat rumah kak Intan borong stok untuk seminggu.

Sardin Masak Kicap


Ho..ho..ho....pagi ni aku masak sardin. Ini adalah salah satu kegemaran hubby ku. Aku masak ni sebab ingat nak bawah bento pergi office nanti. It's for my lunch. Masak sardin cukup senang dan cepat bagiku..

Sardin ni aku goreng dulu sekejap, nak bagi luarnya cantik jek bila dah masak nanti. Untuk resipi ni aku ambik kat MyR dari Hana6877. Jika nak tengok boleh refer kat sini.
Sorry ye Hana, akak tukar sikit, goreng dulu ikan sardin ni, then baru masak ikut cara Hana.Thanks Hana.

Nozzles


Buat kak Nor dan Natto..
Hari tu nozzle inilah yang digunakan masa buat deco wedding cupcakes. Untuk swirl bunga purple tu tips no 847 manakala swirl yang kuning tu guna tips no 854. Untuk daun pulak tips no 67 tu..paling kecik.
Tips untuk rose tu baru beli, dia punya sticker tu pun tak tanggal elok lagi. Heheheh..tapi sebuk jek nak possing sama.
Buat masa ni, itu jelah tools aku..Tunggu nozzles dari Fieza dulu..katanya bulan 7 baru dapat.

Cocoa Cheese Muffin


Salam..muffin ni buat last week...tp baru hari ni la nak masuk sini..tak berkesempatan..sebuk je memanjang.Resipi ni dari Kak Hani (MyR) yang duk nun jauh kat bumi Jepun(thanks kak)...senang jugak nak buat muffin ni.. Boleh tengok di sini(Sorry kak Hani..sebab ada tukar sikit guna cooking coklat instead of choc. chips.) Buat 2 adunan, itupun sekejap je anak2 ku makan..nak2 yang baru keluar oven, on top this muffin very crispy but inside it so moist.Sedap dan kurang manis...memang menepati citarasa.
Tapi rasanya kalau nak buat niaga tak bolehla kot..sebab ia mengunakan cream cheese yang agak banyak jugaklah. Kalau nak habiskan stok cream cheese, eloklah kalau nak buat muffin ni..kan.hehehe

Kepada kenkawan yang sudi melawat blogku ini..silalah rasa this Choc. Cheese Muffin....
Yummyyyy...Yummyyyy...

Wednesday, June 17, 2009

Choc. cupcakes with buttercream

Salam.untuk N3 kali ni aku nak share cupcake yang aku buat untuk wedding my hb's cousin.Sebenarnya cupcake ni baru 2nd time aku mencubanya.sebelum ni tak pernah buat deco untuk bagi orang apatah lagi untuk majlis besar camni.adalah try, itupun untuk hari guru kat sekolah anak je.Nasib baik juga sebelum tu ada belajar dari K.lily,K.B,K.yu,K.E.Ni pun memang amatur lagi ni.1st time cuba buat deco buttercream adalah untuk hari guru.Aku ada bagi cupcake kat sekolah anak.Yang tu nanti aku cerita next time ye.Apapun layan je dulu gambar2 ni.
Ni close up.Sebenarnya swirl tu takde la cantik pun..maklumlah masih diperingkat student lagi ni.Nak citer sikit pada masa buat cupcake ni.
Kami dapat undangan majlis kawin cousin hb.Majlis tu diadakan di kampung hb di Sabak Bernam.Ntah macamana kitaorg tersilap tarikh majlis tu.Memang kami ingatkan majlis pada hari Ahad tapi rupa2nya berlangsung pada hari Sabtu.
Jumaat tu, aku balik je dari kerja duduk2 la dulu..santai2 kejap then ingat baru nak mula operasi.Ntah macamana tetiba hb call cakap semua adik beradik dia dah balik kampung dan dia beritahu ku kena balik besok pagi.Discuss punya discuss, oklah aku sanggup buat cupcakes ni..tak kiralah berapa yang boleh disiapkan.
Apalagi malam tu jugakla aku macam lipas kudung kat dapur.Aku buat dalam 4 adunan choc. cupcake guna resipi k.jue.(thanks k.jue).Dalam pada tu, aku sempat lagi masak sambal ikan bilis untuk breakfast esok paginya.Yelah sambil2 tunggu cupcake tu dibakar dalam oven, baik manfaatkan masa yang ada tu, kan.


Ini pula untuk door gift pada makcik2 dan kawan2 mak mertuaku.Design so simple.
Choc. moist cupcake ni sedap rasanya bila dicombined with buttercream.


Ini sebahagian door gift yang telah siap dipacked dan.... sebelum dimasukkan dalam kotak, baik aku snap dulu this cupcake...hehehe

Kiwi Muffin


Hari tu buat kiwi muffin.saje je try buat guna yang readymade ni.Ok jugaklah rasanya.Beli kat Bagus Melawati.Sesapa yang nak try lehla gi cari kat Bagus ye.Snap kat office je tu...kebetulan bawak sikit untuk kawan2 kat off. rasa.Lagipun anak2 kurang gemar sangat kiwi so, eloklah bagi pada kenkawan ataupun jiran tetangga.,bukan selalupun, kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...