Snow Effect
Tq To My Dear Followers
Tuesday, July 28, 2009
Gader With Fieza's Family
Fieza ni cukup peramah orangnya, begitu juga hubby dia. Seronok dapat beramah mesra dan berkenalan. Jika dulu cuma di alam maya sajer. Itupun jumpa dan bertegur sapa kat MYR forum.
Untuk kami sekeluarga, Fieza masak nasik ayam dan puding strawberry (lupa nak snap). Sedap sangat juadahnya tu, hingga anakku (Nabil) makan bertambah2. Nabil ni memang jenis yang kuat makan. hehehe..tapi dalam hati segan jugak kat tuan rumah...hahaha.
Hubby ku dan Hubby Fieza..ntah apa topic yang they all borakkan tue...hehehe
Aku dan Fieza, tak sangka bila jumpa seperti dah lama kenal pulak.. Topic kami biasalah, pasal makanan, cakes decorations... hehehee. Banyak benda nak sembang, sampai lupa nak bergambar.
Anakku yang 2nd., Darwis berpeluh2 rancak bermain..Ni si abangnyer lah yang snap picture ni. Anak2 Fieza masih tidur masa kami sampai. Lupa pulak nak take picture..
Sebenarnya, tujuan aku ke rumah Fieza adalah untuk mengambil Nozzle Set dari India ni ler. Aku memang idamkan Nozzle set ni, siap dengan boxnya sekali tue..memang cantik. Agak lamalah jugak aku order ni, maklumlah jauh, kan. hehehe....Tapi, apapun aku memang berterima kasih kepada Fieza sekeluarga.
Ni, closed up isi perut box nozzle set tu.
Dalam rancak2 berborak tu hampir2 aku lupa nak amik nozzle set ni, dah nak naik kereta, nasib Fieza teringat..hahaha... Thanks a lot Fieza and family. Nanti kalau senang2 datanglah ke rumah kami pula yer.
Sunday, July 26, 2009
Jom Bekpes..di pagi Ahad
Kad cantik dari Kak Nor.
Ho..ho..ho..pagi2 lagi dah pergi ngendap kat umah Kak Nor..dapat hadiah kad lagi..tak sia2 gi ngendap.hahahah. Cantik lak tuh kadnyer. Red roses yang menyala.hehehe..Kak Nor bagi kad ni kepada setiap pengunjung rumah dia, maklumlah ramai guest rumah dia tu setiap hari, salah sorangnyer, aku ler... Dan...aku pula dengan berbesar hati menerima kad pemberiannya ni. Mekacih yer kak. Lebiu..muahhhhh...Kak Nor, Tun amik yer..
Ikan Tongkol Goreng Asam Jawa
Resipi ikan goreng asam jawa ni daripada Hasue MyR. Thanks Sue, sedap ikan tongkol goreng ni. Rasanya seperti ikan yang direbus / kukus goreng yang selalu mummy ku buat..hehehe
Sue, akak mintak izin C&P resipi kat sini yer. thanks,
Ikan Tongkol Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan ( Bergantung saiz ikan )
1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..
Jom kita makan...
Ayam Gajus Simple
Ayam Gajus Simple
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
400 gram isi ayam (sy guna 2 ketul dada ayam - dihiris nipis)
6 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
1 cm halia (ditumbuk/dikisar)
2-3 sudu makan cili boh (boleh ditambah/kurang)
2 sudu makan sos tiram
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dipotong serong)
1 biji cili hijau (dipotong serong)
1/2 cawan gajus (sy beli yg siap digoreng)
1 sudu makan tepung jagung
Garam + Kunyit
Minyak
Cara-cara :
Perasakan ayam dengan garam kunyit, gaulkan dgn tepung jagung.Goreng 3/4 masak dan ketepikan
Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, kemudian masukkan cili boh.Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan ayam.Kacau sebati
Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan gajus. Kacau sebati. Dah pun siap, enak disajikan dgn nasi putih.
Jom makan..
Baby Kailan With Oyster Soy Souces Lagi...
Aku masak baby kailan lagi untuk dinner malam ni..tapi bezanya aku combainedkan dengan tauhu sikit. Tadi after lunch, bos besar comment, kenapa yer kali ni kailan ni kurang manis dan agak kurang crunchy. Aku cuma diam sajer. Aku pun perasan tadi..agaknya aku terlama sikit celur sayur tu kot.ho..ho..ho... berangan atau ntah apa2 yang kufikir tadi..ngeh..ngeh..ngeh..
Ikan Keli Bakar & Air Asam
Air asam..dalam tu ada baby tomatoes, bawang merah, cili api dan belashannnn!!!!hahahaah..
Kerabu Selom Kak Nor
Tadi lunch aku buat kerabu ni, tak sangka pulak semua suka termasuklah si kecik yang umur 2 tahun tu pun turut makan sama. Dinner pun si Nabil tanya lagi kerabu ni. Aku cuma tersenyum, dan janji akan buat lagi esok sebab lunch dengan dinner kena lain2 menu.huhuhu..
Terima kasih banyak2 Kak Nor..cedappp kerabu nih..Tun nak C&P ye kak, kat sini..leh yer..
Kerabu Daun Selom
daun selom ~ basuh bersih dan toskan
3 sudu besar udang kering (ganti dengan kiub ikan bilis)
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 btg serai1 bj cili merah ~ nak lebih pedas tambah jer cili padi
1/2 besar lada hitam serbuk
1 bj limau nipis
garam dan gula secukup rasa
Hiris daun selom dan ketepikan.Goreng kelapa parut dan udang kering (goreng tanpa minyak). Tak perlu goreng lama, sekejap jer.Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama bawang merah, serai, cili merah/cili padi.Masukkan bahan2 yg ditumbuk ke dalam bekas daun selom.Masukkan juga serbuk lada hitam, perahan limau nipis serta garam dan gula secukup rasa.Gaulkan hingga sebati dan boleh la dihidangkan.
Kaedah ke2:
Tumbuk kesemua bahan2 ~ kelapa parut, udang kering, bawang merah, serai dan cili.Lepas tu goreng (tanpa minyak) bahan2 yg ditumbuk dan masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.Jgn goreng terlalu lama, tutup api dan masukkan ke dalam bekas daun selom yg dah dihiris.Masukkan perahan limau nipis dan gaul hingga sebati.
## kalau suka boleh masukkan sedikit belacan yg dibakar, dan tumbuk sekali dgn bahan2 yg lain.
Untuk resipi ni, aku gantikan udang kering kepada 1/2 kiub ikan bilis.Tak berani nak letak udang kering memandangkan hidungku berdarah kembali last Friday. Agak2 mesti lagi wangi bila letak udang kering, kan.huhuhu..
Sunday, July 19, 2009
Baby Kailan With Oyster Soy Souces
Baby Kailan With Oyster Soy Souces
Bahan: ( 1 family-5 orang)
6 batang pokok baby kailan
2 ulas bawang putih-dicincang
3 hiris halia-dicincang
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin (kalau takde, boleh masukkan garam)
1 sdb nampla sos (optional-jika suka)
2 sdb sos tiram
1 sdk tepung jagung (dibancuh dengan 3 sdb air)
1/3 cawan air (jika nak banyak kuah, boleh ditambah)
1/4 batang karot (dihiris memanjang)
Sedikit minyak masak
Cara:
- Cuci baby kailan dan potong sedikit pangkalnya. Kemudian jerang air dalam periuk dan tambah 1 sudu besar minyak masak, biarkan ia mendidih.
- Susun baby kailan ke dalam penyejat aluminium, dan masukkan ke dalam air mendidih. Bila daunnya sudah agak layu, celup bahagian batangnya lebih sikit manakala bahagian daun diangkat ke atas sedikit. (Ini untuk jadikan sayur tadi masak sekata). Masukkan pula karot beberapa saat dan angkat. Buat asing2 karot dan kailan.
- Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk sekejap. Kemudian toskan. Susun dalam pinggan.
- Tumis bahan cincang dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan wangi. Masukkan sedikit air, kicap manis, sos tiram, kicap masin dan nampla sos. Kacau seketika.
- Bila mendidih, masukkan air tepung jagung dan rasa masin manisnya. (Untuk resipi ni saya tidak tambah garam sebab ia sudah seimbang dengan gabungan pelbagai sos tadi).
- Kemudian tuang kuah di atas kailan yang telah disusun dalam pinggan tadi. Siap dihidang.
Singgang Sotong Kak Nor
Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )
500gm sotong
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
1/2 in lengkuas
2 btg serai - diketuk
3 kpg asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam dan gula
500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah
Cara-cara
Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa.
Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan.. Masa makan2 tu, tetiba Nabil cakap :"sedap, kan..ibu sotong ni. Nabil suka, rasa masam2 macam tomyam". Aku senyum jer sambil bagitahu "ni namanya singgang la abang". Aku pun suka hirup kuahnya..sedap sungguh...thanks Kak Nor..
Lychee Smothie Love
Love, akak mintak izin C&P resipi Love kat sini yer..tq
Lychee Smoothie Love
Bahan-bahan ( 2 gelas )
15 buah laici dlm tin (laici fresh pun okey)
250ml susu segar
100ml susu cair
1.5 sb susu pekat
200ml air laici dlm tin
Ketulan ais
Cara-cara
Masukkan semua bahan kedlm blender. Blend hingga halus.
Tuang ke dlm gelas dan tambah ketulan ais. Sedia diminum!
Bagi yang nak smoothie kurang manis, boleh kurangkan susu pekat. ;) Selamat mencuba! Yang ni untuk Nabil, Darwis dan Muqri. Aku takdelah buat guna lychee fresh pun, just guna yang dalam tin jerr ni.hehehe..nanti kalau balik kampung nak try yang fresh pulak, kat sini bukan takde lychee fresh tu, ada..tapi last Saturday pergi pasar takde la pulak nampaknyer..hari tu ada...hishhh..dah macam biskut lak yerr..huhuhuLayannnnnn....zasssss!!!hehehe
Fish Steak With White Souces Skyblue
Mintak izin yer sky nak C&P resipi you kat sini yer..toce...toce..
Solmon Steak With White Souce Skyblue
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt)
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
*1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (@nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit.
Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam
Cara-cara
Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.
Untuk steak kali ni, aku combined dengan pasta, gerkins, lemon dan baby tomatoes. Ini pun memang dah buat kami sekeluarga kenyang..alhamdulillah...Kata Nabil tadi, sedap ikan ni. Hubby aku pun tersenyum je tadi..sedap ler tu...tambah pula dengan sedikit perahan lemon di atas steak fish, tu yang buat menyelerakan.heheehe..Thanks again Skyblue for this great recipe.
Jom Bekpes..
Dalam kesibukan, masih sempat aku buat tart favourite family ku ini. Sebab Portugese Egg Tart ni memang mudah disediakan, tak ambik masa yang lama. Resipi ni dari Skyblue MyR. Mintak izin nak C&P kat sini yer..tq skyblue.
Portuguesse Egg Tart Skyblue
Bahan-bahan ( 6 biji )
1 keping Puff Pastry
*Bahan-bahan A*
1/4 cawan Gula Halus
1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
1/4 cawan Whipping Cream
3 biji Telur Kuning
1/4 sudu kecil Vanilla Extract
Cara-cara :
Panaskan oven, 200ºC.
Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan. Ni closed up...layannnnn.............. Portuguesse Egg Tart ni, memang kegemaran Nabil, aku pun suka jugak. Paling best jika bar keluar oven, crispy jer kulitnya. Sesiapa yang nak mencuba, boleh la ambik resipi kat atas nun yer.
Kelambakkan Kerja Aku yang Belum Settle..
Weekends, memang takde masa free sekarang ni. Banyak project yang mahu dibuat tertangguh sama..termasuklah nak update blog pun terhenti. Kenkonon nak gader2 dengan Fieza pun takleh.
Oleh kerana malas nak pergi office on the weekend, terpaksalah aku bawak kerja aku ni buat kat rumah. Dan tahulah bila kat rumah, malam je aku berpeluang nak buat, maklumlah dengan anak2 lagi, rutine harian, memang membataskan aku. Malam tadi baru aku mula buat separuh, malam ni kena habiskannya, sebab besok (Monday) aku sudah nak print A1 size.
Semua plan ni aku dah remarks dengan red and blue pen, tinggal nak tukar on Cad pula. Senang sikit kan kerja aku. Ini adalah project Shopping Mall kat PJ. Oklah, aku rasa cukuplah tu kan..cerita disebalik aku lambat nak update blog aku ni...hahahaa...
Wednesday, July 15, 2009
Very Sweet Flower From Ros Jepun
Semua bunga2 yang cantik ni adalah pemberian dari Ros yang berada nun jauh kat Jepun tu. All this picture adalah hasil snap beliau..memang cantik sangat. Apapun aku amat menghargai pemberiannya ini dan berharap semoga persahabatan di alam maya ini berkekalan hendaknya.
Satu lagi yang buatku terpikat..adalah bunga putih ni..terasa sungguh suci dan mulus. Betapa agungnya ciptaan Ilahi. Thanks a lot Ros. Semua picture ni buat kita menginsafi, merenung kembali betapa Allah itu Maha Pencipta, Maha Agung...dan bersyukurlah kita sebagai hambanya....Thanks!!!
Tuesday, July 14, 2009
Hadiah Dari Kak Dayang
Award Dari Kak Dayang
Monday, July 13, 2009
Jom Bekpes..Lapis Roti Berdaging Kak E
Kepada sesiapa yang nak mencubanya, bolehlah tengok resipi seperti kat bawah ni:
Lapis Roti Berdaging
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
- 3 biji kentang di potong dadu (aku suka guna ubi keledek)
- 500gm daging cincang
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu makan minyak untuk menumis
- 12-14 keping roti
- 500ml susu segar
- 3 biji telor
- secubit garam
- Parutan cheese (banyak ikut suka)
- Sedikit margerin untuk melenser
- 2 pokok daun sup dan daun bawang (aku tambah)
Cara-cara
- Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang ku tambah)
- Satukan Susu+telor+secubit garam
- Pukul susu+telor+garam hingga sebati
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (aku tak ramaskan pun, just guna garfu carik2kan).
- lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
- Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
- Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
- Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
- Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos
Kali ni aku guna slice cheese je sebab cheese for pizza sudah habehh..sebab tu licin elok je tak macam kalau kita guna Parmessan atau Mozarella cheese..kalau tak mesti nampak cam garing2 sikit kat atasnya.
Tunggulah, this weekend baru nak pergi beli lagi. This week memang sibuk, tak sempat nak jengah bakery shop.
Mari Menjala
Jom makan...roti jala dengan kari ayam. Petang semalam aku try buat roti jala ni untuk di bawa ke rumah MIL. Untuk ni, aku menggunakan resipi dari Tulip77 MyR, thanks. Buat double adunannya. Sambil tunggu hb balik dari office aku menebarkan jala.heehehehe..
Sunday, July 12, 2009
Kad dari Kak Dayang Jack
Special card from my special friend,Kak DayangJack. Thanks kak di atas kad yang nice ni. Tun memang selalu jugak melawat umah akak..walaupun umah alam maya kan.
Walaupun kita kira berjiran, akak kat Bukit Antarabangsa, Tun kat Ukay Perdana, bersebelahan..berlainan bukit je, tapi kita tak pernah bersua. Moga2 suatu hari nanti kita berkesempatan..yer akak.