Asslamualaikum. Lamanya tak bersiaran. Mohon ampun dan maaf sekiranya segala komen lambat benar nak direply. Kepada yang sudi bertandang dan sudi menjadi follower, terima kasih banyak. Yang Unfollowed pun ader juga. Takperlah kan.
Okies meh layan Kuih Lopes yang Tun buat semalam untuk juadah berbuka puasa. Mula2 tu tergoda dengan Kuih Lopes
Dik Ika resipi asal dari
Dik Iza kiter nun..cun ya amat posing dalam daun pisang tu. Alamakkk...daun pisang plak takde nih..terbantut sedikit hasrat di hati. Takper..jgn berputus asa..hehehe...gi sekodeng jap kat MyR, akhirnya nampak Lopes versi Mudah resipi dari Tulips..Baca dan buat research sikit kedua2 resipinya, pastu Tun ambil keputusan buat resipi Tulips. Bukannya apa, setelah dite'nang2..sekarang ni jadual Tun amat padat, mana nak mengukis, nak buat order cuppies lagi jadi masak ajer la juadah yang mudah dan cepat..Terpulanglah kepada masing2 yer..nak pilih resipi yang mana satu.. Kedua2nya Tun letak di sini untuk rujukan di lain kali...yang pastinya kedua2nya sodap dan menjadi. Insya-Allah. Andai ada stok daun pisang, nak try versi Iza plak.
Apapun, meh kiter tengok resipi yang Tulips kat MyR nun. Minta izin yer Tulips, kiter tayang resipinya sini plak...Terima kasih banyak.
KUIH LOPES I
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
Cara-cara
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
- *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
Note Tun:
1). Jika nak kuih agak berderai bila di makan dan tak terlalu padat, boleh letak 2 cawan air sahaja. Maksudnya 1 1/2 cawan santan sederhana pekat dan 1/2 cawan air pandan.
2). Bagi mereka yang suka kuihnya lembut dan padat sikit, bolehikut resipi di atas.
Untuk rujukan Tun di lain kali, Tun letak juga resipi dari Che'iza..memang dah terpaut dengan hasil tangan Ika buat. Insya-Allah lain kali nak cuba resipi ni pula. Mintak izin yer kedua2 adik cayang.
KUIH LOPES II
Bahan-bahan
300 gm beras pulut (boleh dpt dlm 10- 12kpg)
1/2 sk kapur
kelapa parut
sedikit garam
daun pisang
~ *Utk air gula*
1 buku gula melaka (dlm 150 gm lah)
100 gram gula merah
beberapa helai daun pandan
Cara-cara
- Rendam pulut dgn air kapur selama 2-3 jam ( Satu jam pun okey ). Toskan beras pulut yg telah direndam.>>Untuk yg ni kita rendamkan dgn air daun pandan
- *Utk air gula* masak gula melaka dan gula merah, masukkan daun pandan yg disimpul. Masak sehingga pekat. Biarkan air gula sejuk.
- Siat/potong daun pisang selebar 3 inci.... Ikut sukelah lagi lebar, lagi besar kuih lopes yg akan kita dapat.
- Layurkan daun pisang..... Sbb saya tak rajin, saya celur jer sikit ngan air panas....
- Buat bentuk segitiga pada hujung daun pisang dan masukkan beras pulut (dlm 2 sb) dan bungkus.... Buat 2-3 kpg dan ikat ( saya ikat pakai getah gelang jer)... Buatlah hingga habis. Pastikan bungkus pulut padat2... kalau tak pulut akan terkeluar atau pecah.....
- Rebus kuih yg dibungkus selama 2 jam.... Lagi lama lagi baik.... kueh yg terhasil lebih cantik dan tahan lebih lama....
- Bila siap rebus..... toskan kuih lopes dan biarkan sejuk......Dah sejuk buang ler daun pisang tu.... balut ngan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.... makan dgn air gula....