Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, June 21, 2013

Paru Hitam Manis

Assalamualaikum.. Selalu Tun masak Paru Sambal jer..hari ni try variasi lain plak.. Paru Hitam Manis. Sedap gak..Resipi asal dari Noorma Cendana Kasih tapi ambik dari Dapur Suzi. terima kasih semua.

Paru Hitam Manis
Resipi :Cendana Kasih 
Tested : Rabiatun

Bahan-bahan
-300gm paru-yang telah direbus dan dipotong kecil
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia* (semua bahan2 * ditumbuk halus)
-2 sudu besar cili kering kisar
-2 sudu besar sos tiram
-kicap pekat secukupnya -ikut kehitaman masing2 la
-gula
-garam/perasa
-lobak merah-dipotong baji
-kacang pea
-daun sup & daun bawang
-cili merah/hijau dihiris
-bawang merah-dipotong bulat
* Sedikit air asam jawa (Tun tambah)
Cara-cara
1.Tumis bahan2 yang ditumbuk halus ditumis hingga naik bau.
2.Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
3.Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Tambah sedikit air.
4.Masukkan paru. Boleh masuk lobak merah untuk empukkannya
5.Tambah gula, garam dan perasa
6.Biar kuah kering sedikit dan bolehlah masuk kacang pea, cili dan bawang merah yang dipotong bulat.
7.Tutup api dan campak daun sup dan bawang. Siap

6 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam
menyelerakan pulak lauk paru ni..biasa buat grg kunyit atau grg belada je..nnt nak cari paru lah kat pasar PJ....tegoda

Rabiatun Adawyah said...

w'salam..cuba tau..sedap jugak ni.. :) maceh yang

Anonymous said...

Assalamualaikum Tun wah menggoda sungguh paru ni.Saya suka intai blog Tun ni semua resepi nampak sedap...nnti bole ler saya cuba yer.Jika ader kesempatan waktu singgah lah ke blog saya yer....tkasih.
http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

Unknown said...

lontong dicampur,kuah kacang,sambal nasi lemak ,paru hitam manis mmg terbaik

Nurul said...

resepi paru sedap ni, mohon share ye :)

المجموعة المثالية said...

غسيل سجاد
نظافة سجاد

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...