Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, December 28, 2011

Ayam Masak Kicap Campur

Assalamualaikum. Hari ni Tun nak post masakan untuk lunch atau dinner plak. Ayam masak Kicap Campur. Resipi dari MamaHawa, Tun sekodeng dari dapur Kak Nor SG. Resipi ni menggunakan Kicap Campur dari resipi Mas Duniaku. Alhamdulillah, rasanya sungguh tak mengecewakan...sungguh sedap dan membangkitkan selera.

Semasa Kak Nor, post resipi ayam ni, memang Tun dah ada sedikit lagi Kicap Campur kat esbox...lebihan dari Tun masak KuewTiaw Haufan resipi dari Mas Duniaku...tapi Tun belum post kat sini resipinya. Tu yang senang, sebab kicap campur dah sediada..terus jer Tun masak Ayam ni. Sedap!

Terima kasih buat semua, Mas, Mamahawa dan juga Kak Nor yang berkongsi resipi dan panjang2kan lagi dan buat Tun teruja nak mencuba. Semoga apa yang di'share'kan akan dapat dimanfaatkan buat semua. Insya-Allah...
AYAM MASAK KICAP CAMPUR
resipi : MamaHawa
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2
1 ekor ayam sederhana besar - diptg, cuci bersih, garamkan & kunyitkan goreng setengah masak
Bawang besar - dihiris kasar2 utk ditabur atas
cili merah & hijau - pun dihiris serong.
secukup kicap campur

Bahan utk ditumbuk halus
1 inci halia
3 - 4 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam biji - kalau nak pedas sikit blh tambah
Rempah tumis 4 sekawan
2 sudu makan tomato sos
2 sudu makan kicap manis
secukup air utk kuah
minyak
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah

Cara2 memasak:
  1. Ayam yg telah dibersih, digoreng separuh masak ketepikan. 
  2. Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga harum masukkan bahan2 yg telah di tumbuk halus/dikisar. 
  3. Tumis sehingga wangi baru masukkan kicap campur dlm 2 senduk kecil, tomato sos, kicap manis dan akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng. 
  4. Balikkan sehingga ayam rata dgn sos2x dan kuah kicap mula pekat & berbuih2 baru masukkan sedikit air jika hendak berkuah. 
  5. Rasa masin, manis kuah dah sesuai rasa biarkan ia mendidih sebentar blh lah tutup..taburkan cili merah & hijau dan jgk bawang yg telah dihiris . Siap!
* setelah rempah 4 sekawan wangi, tumiskan cili mesin hingga garing. barulah dimasukkan bahan2 yg ditumbuk dan seterusnya..
Untuk memudahkan, Tun pastekan sekali resipi kicap campur dari Mas. TQ Mas. Tun kopipes dari dapur kak Nor SG tq kak. Tun buat half dari resipi ni.

KICAP CAMPUR
Resepi : MasDuniaku
Sumber : Kak Nor


Bahan :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto ~ k.nor skip tp gantikan dgn gula nisan

Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

Tuesday, December 27, 2011

Muffin Pandan II

Assalamualaikum...lamanyer tak updated blog..lebih2 lagi BW..huhuhu...mesti banyak cerita dari teman2 semua, kan. Hinggakan nak mengarang ni pun ketiadaan words..huhuhuhu...Apapun mohon ampun dan maaf buat semua yer. Yang mana sudi singgah dan meninggalkan jejak serta komen..terima kasih banyak diucapkan..Insya-Allah, jika kelapangan Tun akan reply dan ziarah balik yer. Ampun dan maaf terlambat atau ketinggalan reply..takde niat di hati tau.. Cuma masa agak terhad lately..on9 pun dah jarang sangat. Weekend memang tak lekat di rumah...Apapun, Selamat Tahun Baru buat semua yer..
Meh layan pandan muffin yang Tun buat semasa adik Tun sekeluarga singgah rumah Tun last week. Sedap gak mapin ni..tersturnya seakan2 cukcake..gebus gituew. Resipi yang Tun kopipes dari rumah Izah. Resipi asal dari Kak Yatie. Ni sebenarnya tergoda dgn mupin Izah yang sungguh menggoda tekak..ekekeke...Mekasih semua..lebiuuu...
Gebus, kan...tak caya, leh try..betul tak Izah dan Kak Yatie? hehehe...

MUFFIN PANDAN
resipi: kak Yatie
Sumber: Izah Daut


Bahan-Bahan
180 g mentega (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste

Cara membuatnya

  1. Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..
Yang ni Tun letak cream..baru laju anak sedara ngap..Biasalah budak2 kan kurang kalau yang plain..Dorang mintak nak ada cream ajerlah.. Apapun Tun suka mapin ni..sedap gak.!

Tuesday, December 13, 2011

Butter Prawn

 Assalamualaikum....kemalasan ker apa lately..huhuhu...naik lemau nak mengupdate blog. Apapun meh layan meu dinner malam tadi..Butter Prawn. Kali ni Tun cuba resipi yang dikopipes dari rumah Kak Nor. Kak Nor ambik dari rumah Nita.  Terima kasih semua. Minta izin Tun letak sini pula yer. Mekasih :)

Butter Prawn
Resipi: Nita
Sumber: Kak Nor 

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. 
  3. Bila dah msak,ketepikan. 
  4. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. 
  5. Panaskan minyak dan masukkan butter. 
  6. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  7. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  8. Matikan api bila minyak tu panas2. 
  9. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. 
  10. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. 
Tips Dari Kak Nor:
  • Jika guna acu jala yang biasa tu yang lubang halus kena tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
  • boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kenasentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
  • buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
  • jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Thursday, December 8, 2011

Cucur Donut

Assalamualaikum....project untuk minum petang. Tun sebolehnya mencari resipi mudah dan cepat untuk dibuat ..nak2 time kesibukan dengan order.. Alhamdulillah, hasil singgah ke dapur Izah, terpaut dengan Cucur Donut ni..Cucur Donut ni Izah bagi nama sebab time tu dia guna kaedah seperti membuat cekodok ataupun cucur semasa menggoreng. Asalnya guna kaedah picit antara ibu jari dan juga jari telunjuk..Kalau nak tengok hasilnya boleh singgah sini. Resipi yang telah di cut oleh Izah jd 1/2 portion dari resipi asalnya iaitu MasterChef Jam Doughnut..Kalau nak tengok cara yang betul dan juga tutorial boleh singgah dapur Kak TTM. Resipi dari MasterChef TV Programme...Ehhh..betul ker? hahaha...Kalau salah betulkan ehh..

Memang tak rugi mencuba resipi ni..Bukan sahaja gebus dan sedap, malah ianya cukup mudah untuk disediakan. Tun pun ambik peluang buat macam jemput2 ajer..hahahaha...Suka sangat bab2 resipi mudah dan cepat begini... :)
Buat Izah dan juga Kak TTM, terima kasih banyak atas kesudian share resipi mudah ni..Senang kerja Tun. TQ..TQVM :)

MASTERCHEF JAM DOUGHNUT
sumber: TTM dan Izah Daut

Bahan-bahan:
  • 220ml susu segar , panaskan 37C. *suhu agak2 je hingga dapat mencairkan butter
  • 50g unsalted butter, lembutkan * izah letak 3 sudu besar
  • 30g gula kastor *izah letak 4 sb
  • 2 biji telur
  • 5g dried yeast *izah letak 1 3/4 sk
  • 2 cwn tepung gandum
  • Minyak masak untuk menggoreng

  • 200g raspberry jam *izah tak letak
  • clotted cream, to serve *izah tak letak
  • 2 tsp lavender flowers* izah tak letak
  • 100g caster sugar
Caranya:
  1. Panaskan susu segar ke 37 C. *Agak2 sehingga boleh mencairkan butter pada suhu bilik.
  2. Masukkan butter dalam susu dan sebatikan.
  3. Masukkan pula gula dan telur ayam. Sebatikan.
  4. Ceduk 1/2 cawan adunan susu tadi letak ke dalam mangkuk kecil.
  5. Kemudian bancuh yis dengan 1/2 cawan susu tadi.
  6. Masukkan semuLa bancuhan yis ke dalam adunan susu.
  7. *izah tak bancuh yis tu dengan susu pun. Izah satukan yis bersama tepung. Kemudian tuang susu n telur. Kacau rata. 
  8. Tepung di masukkan ke dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengahnya.
  9. Curah adunan susu tadi ke dalam lubang tepung dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
  10. Biarkan adunan selama sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
  11. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
  12. Cara menggorengnya adalah ambil adunan menggunakan tangan dan ramas sehingga adunan keluar diantara jari telunjuk dan jari ibu. 
  13. Coated dengan jem kegemaran atau gula. 
nota izah: goreng menggunakan api kecil. Lamakan sikit menggoreng donut ni supaya donut cukup masak hingga ke dalam.



Wednesday, December 7, 2011

Udang Black Pepper


Assalamualaikum..Variasi masakan udang..Kali ni Tun masak lain sikit hasil sekodeng dapur Kak Dayang Jack. Udang Black Pepper..Sedap udang ni..memang tak rugi mencuba..Kalau tak caya leh try yer...hihihi..

Terima kasih banyak Kak Dayang, minta izin kopipes yer..lain kali boleh Tun masak lagi. :) Kepada yang nak try, boleh ikut resipi kat bawah ni yer..Takpun boleh singgah rumah kak Dayang :)

Udang Black Pepper
Resipi: Kak DayangJack
Sumber: Rabiatun @ Sweettouch


Bahan-bahan :
1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 cm halia (dihiris)
1 labu bawang besar (dimayang)
1-2 sk serbuk lada hitam
1-2 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
2 sb kicap manis
sedikit hirisan daun ketumbar
4-5 biji cili padi (diketuk)
1 sb madu + 50 ml air + 1 sb jus lemon (dibancuhkan)
1 sudu makan sos cili
Cara-cara : 
  1. Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. 
  2. Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. 
  3. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. 
  4. Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili dan daun ketumbar. Gaul2kan. 
  5. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. 
  6. Boleh tambah garam jika perlu.
Udang Black Pepper yang sedap...

Tuesday, December 6, 2011

Konyaku Jelly

Assalamualaikum..Quick updated nih....Konyaku Jelly dessert semalam..tapi yang ni instant punya ajer..Kesnyer, semalam godek2 susun atur kat gobok, ada nampak 1 kotak instant jelly ni..tersorok sikit..Jadi, terus Tun godek..saja nak clearkan stok. Budak2 biasalah suka sangat dengan jelly mcm ni, kan..nak2 dimakan sejuk2.. :)

Jadi, takdelah resipinya hari ni..lagipun Tun ikut ajer steps yang tertera kat kotak tu. :) Buatnyer pun sonang..kan..Tapi sayangnyer takde buah2an yang diletakkan dalam jelly tu..takde stok..huhuhu..Nak gi 'Gergasi' macam malas ler plak.. Layaaannnn....

Monday, December 5, 2011

Kuih Bakar Kentang

Assalamualaikum...quick updated. Pagi ni Tun nak letak kuih yang Tun buat semalam ...Kuih Bakar Kentang. Resipi Tun salin dari rumah Izah....yang pastinya kuih ni dah ramai kenkwan lain yang buat dan try sjak virusnya menular..hehehe..Izah ada buat 2 versi klu tak silap..1 yang guna marjerin dan pandan paste manakala 1 lagi original guna minyak sapi. Kalau nak tengok boleh singgah dapur dia yer.

Satu resipi ni dapat size sedang ajer...memang sesuai sangat untuk 1 family yang tak berapa ramai. Rasanya pun sedap..lemak2. Anak2 pun suka gak ni. Oklah..tak boleh nak pot pet banyak, meh tengok resipinya yang Tun salin dari dapur Izah. TQVM buat Izah, Kak Asma dan juga Kak Jun.
KUIH BAKAR KENTANG
Source: Kak Jun
Copy: Kak Asma
Sumber : Izah Daut


Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)

Cara-cara
  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  4. * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min

Friday, December 2, 2011

Karipap Tun Telani & Inti Ros JMC

Assalamualaikum...monink..moninkkk...N3 tertunggak lagi ni..berderet duk post yang tertunggak..kan..apalaaaa..huhuhu... Dah bekpes ker belum? Dah ekkk...hehehe...

Pagi ni, Tun nak post resipi karipap dari Tun Telani. Sebelum ni Tun dah pernah buat resipi dari Tun Telani tau..tapi berintikan Sardin.. (Jangan konpius tauu..nama sama..hehehe....). Leh tengok sini. Ramai dah yang mencuba resipi ni..tapi rasanya Tunla yang paling lambat sekali yang buat kali ni..ekekeke...First, tengok, kat rumah Izah Daut..pastu mula la tersebar virusnya ni..hehehehe...Ramai yang dah mencubanya. Kalau dah ramai try tu, maksudnya memang sedaplah dan tak perlu disangkal lagi..memang best!! Masa sekodeng kat rumah Izah tu dah salin, tapi lupa letak mana..sebab duk peram...Akhirnya, sekian lama duk tunggu q, nampak plak Kak Ummi post N3 karipap ni..baru teringat balik..ekekeke...Akhirnya, dapatla buat dan merasa karipap ni lagi...
Terima kasih banyak buat penyumbang resipi yang meletop2 ni...iaitu Tun Telani cayang. Terima kasih juga diucapkan buat Izah Daut, yang selalu memberi idea dan inspirasi..Dan tak lupa juga buat Kak Ummi yang membuka kembali keinginan untuk guna resipi ni. Kepada kenkawan yang dah mencuba tu...terima kasih banyak2 jugak..sebab kalau tak kerana ada yang mencuba, resipi dan idea ni, agak susah juga kita nak jangkit virusnya..nak2 yg bz mcm Tun ni kan..hehehe..duk ulang tayang ajelah menu tiap hari..naik jemu anak2..hehehe...Minta izin kopipes yer..Mekasih semua..


KARIPAP
Resepi doh: Tun Telani
Sumber: Izah @ Muffin Lover dan Kak Ummi


Bahan:-
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar margerin (*akak guna mentega)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk hingga margerin cair (tak perlu didih). Tutup api.
  2. Segera masukkan tepung ke dalam periuk tadi (*akak sediakan tepung yang dalam bekas, dan tuang jek minyak dan mentega panas tadi.) Gaul guna garpu biar crumble sikit. (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. Bila adunan agak sejuk, campurkan air dan garam dan uli lebih kurang 15 minit hingga nampak doh lembut dan berminyak. Bolehlah dibuat karipap dengan inti kegemaran.
Okies...meh citer pasal intinya plak, kali ni Tun guna resipi dari Ros JMC yang sememangnyer tak asing lagi dari dunia blogging..Pernah juga keluar magazine tau..Glamer..glamerr...hihi..Jangan marah tau..pujian ikhlas dari hati akak ni. Memang tabik kat adik sorang ni, boleh kata pakar bab memasak terutamanya pembuatan roti dan juga kek..Kalau tak caya, leh gi jenguk2 kat dapur dia. Ros ni, pernah juga bagi resipi (E-Book) free jer tau..Ni pun leh gi singgah sekodeng kat blog dia. Mekasih banyak Ros.

Resipi Ros ni, lebih kurang ajer dengan resipi Mak Tun menggunakan keledek, daging ayam atau lembu..cuma resipi yang selalu mak Tun buat takde letak ikan bilis dan juga udang kering. Jadi kali ni, Tun ubah sikit, ikut yang selalu mak Tun buat dan gantikan ikan bilis kepada daging serta tak letak udang kering. Lagipun Tun jenis alah kepada udang kering. huhuhu...Tun tambah sedikit gula. Apapun, resipi Ros ni boleh dijadikan panduan untuk buat lain kali..Insya-Allah.. Terima kasih banyak buat Ros Onigiri yang banyak memberi dan menyumbang resipi yang best2. Lebiuuu my dear!! Akak minta izin letak resipinya sini yer..Makasih banyak..

INTI KELEDEK + BILIS
Resepi: Ros Jintan Manis
Sumber : Izah dan Kak Ummi


Bahan:-
  • 1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
  • 1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besa cili kisar
  • garam
Cara Menyediakan Inti:
  1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
  3. Bolehlah memulakan sesi membuat karipap... ^__^
Okies...ada yang bertanya mcmana Tun kelim tepi karipap ni..Kay..Kat sini, Tun nak citer..sebenarnya kuih ni..memang amat nostalgia buat Tun..Kerana, masa kecik2 dulu dari sekolah rendah dalam darjah 3 lagi, Tun selalu tolong mak Tun kelimkan karipap. Bak kata oranga " Alah Bisa, Tegal Biasa".  Bukannya Mak Tun niaga karipap, tak..bukan..cuma mak Tun jenis yang suka memasak dan buat kuih muih untuk kami minum petang. Kelim ni, abah Tun yang ajarkan kami adik beradik. Masih teringat lagi dulu2, kalau mak Tun buatkan, kami semua (Tun dan adik) akan keliling tunggu mak siap letak intinya..hihihi..Seronok buat ramai2. Indahnyer waktu itu...gelak tawa bersama2. Rindunya saat ituewww!!! Kalau sekarang ni, tanya mak Tun kuih2 lain tu, sure dia dah lupa resipinya..sebab dulu2 main campak2 dan agak2 dan secukup rasa ajer...tak guna sukatan yang mcm kiter ni..tepat! :( Sayangnyerrr.....

Honestly, pada pandangan Tun, lain tangan, lain sedikit hasilnya. Adik Tun jenis yang nipis dan tajam dihujungnya, manakala Tun agak bulat-bulat gituew.. Tapi Tun suka yang mcm adik Tun buat, sebab ianya mudah garing.. :) Kepada yang nak mencuba, try la..guna resipi di atas..insya-Allah menjadi...doh yang baik, inti yang sedap..insya-Allah.. Okiew..Tun out dulu..jumpa lagi..Insya-Allah..Daaaa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...