Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, April 30, 2011

Bulu Bebiri ...?

~Assalamualaikum~

Suspen tak baca title..hehehehee... Sebenarnya semalam Tun buat Chicken Floss Bun ni..guna resipi Ros Jintan Manis..resipi lain tapi hasil lain pula kan..takper lah..janji sedap. Memang takde niat nak konar2..tapi belek2 takde plak bahan untuk dijadikan filling roti ni, so tu yang amik jalan pintas guna apa yang ada kat dapur ajer...Untuk resipi akan di update nanti..Tuan rumah nak kena keluar jap ni...Layan gambor yang tak seberapa dulu ler yer. Terima kasih jika ada yang sudi drop by here. Luv u all!
Okies, sambung citer noooo...seperti yang dijanjikan..ni ler resipi yang Tun gunakan. Manakala resipi original Chicken Floss Bun dari Mamafami leh tengok sini. Izinkan Tun link yer Mama, untuk rujukan Tun next project meroti. Terima kasih juga buat Ros. Mintak izin yer Ros.

Roti Putih Madu Harum Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Pagi ni bekpes dengan roti ni dan maggi goreng ajer.......hehehehe...



Water Roux

Water roux ni boleh dijadikan bahan ganti bread softener..Tun memang tak pernah guna bread softener walaupun dulu tak pernah kenal dengan water roux ni bile meroti. Sejak Kak Nor kenalkan water roux ni, boleh menghasilkan roti yang gebu dan lembut..memang Tun tak ketinggalan menggunakannya. Insya-Allah. Lagipun bahan ni kita buat sendiri, jadi lebih yakin sikit la kan. So, kalau kat rumah kehabisan stok bread softener ker..boleh la cuba2 buat water roux ni pula kan..
Resipi asal Tun amik dari rumah Mamafami. Mintak izin Tun letak kat sini yer Mama..buat rujukan Tun dilain kali. Terima kasih juga buat Kak Nor.

WATER ROUX
Source : The Wandering Gourmet
Source : Mamafami
(Yields about 520g Water roux)

Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem* To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.

Ingredients :
50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.

Tun masak lama sikit, jadi Water Roux ni agak pekat sikit ler.

Friday, April 29, 2011

Ikan Rangup dengan Sambal Bunga Kantan

Kisahnyer, hihihih..gelak dulu ler kan..apa daaaaa... Tun ni kan..main2 gelak plak..huhuhu...
Cik abang bagitahu kena balik lambat sebab nak ke Seremban malam tu, kiter pun takde la masak banyak cuma panaskan balik lauk2 lunch tengaharinyer tu cuma tambah sayur ajer la kan. Memang gitu kalau time anak ada kelas malam, masak lunch tu terus reserve untuk dinner sekali..Jadi takdela Tun penat terkejar2 nak masak. Nak2 kalau Nabil ada kelas belah petang..Pukul 4 petang pergi hantar dia ke sekolah, pukul 6.30 nak kena keluar lagi ambik dia pulak.. Kul 7.30mlm, anak2 dah kena ready siap makan, solat Maghrib, ulangkaji Iqra' dan Al-Quran, Maths dan juga English...sebab Pukul 8mlm kelas dah mula...jadi tu yang buat kejar2 dan tak sempat nak masak..Jalan senang reserve ajer la terus dish for dinner masa masak untuk lunch tu. hehehee..
Okies...berbalik kisah cik abang tadi yer..hehehe..Dah siap anak2 gi kelas kecuali Muqri ajer la..Dalam pukul 8mlm, hubby bagi tahu yang tak jadi lah nak gi Seremban sebab hari hujan lebat jadi cancel programnya..pukul 8.45mlm Insya-Allah sampai rumah...Kiter pun dengan cepat keluarkan balik ikan patin yang baru dimasukkan ke dalam fridge (cadang nak masak asam pedas tp tak jadi..hehehe) terus ajer teringat menu simple tapi sedap dari Along Roz..Nasib baik mudah ajer..nak2 bahan2 pun dah ready. Alhamdulillah, hubby sampai, makanan untuk dinner pun dah siap. Tun tak masak banyak, cuma 4 ketul ikan Patin ajer. Alhadulillah juga Cik Abang cakap sedap..hihihi..

Mintak izin yer Along, Tun tayang resipinya kat sini..untuk rujukan lain kali. Terima kasih di atas resipi yang best. Jika nak tengok versi English, boleh la singgah rumah AlongRoz yer. (^_^).

IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN

Recipe By: Roz@HomeKreation
Hidangan 5 orang

BAHAN2:
1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat)
Tpg Jagung
Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak) ~ Tun letak 5 bijik cili api hijau
2 biji Cili Merah*
2 biji Cili Hijau*
1/2 biji Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
1 btg Serai*
1 btg Bunga Kantan* (* blender)
1 Tomato - potong2
1/2 biji Bwg Besar - hiris
1 biji Limau Kasturi
Garam

CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas.
RAtakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.

2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.
Masak sebentar sehingga bwg layu.
Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.

Sedap!..percayalaaahhh..hihihii...Insya-Allah lain kali buat lagi.. (^__^)



Apom Lenggang Pandan Bonda


APOM LENGGANG PANDAN BONDA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-

· 500 gm tepung gandum

· 6 gm yis segera - (Tun letak 5 g ajer)

· 2 cawan air

· 1/3 cawan gula pasir

· 1 biji telor - dipukul sikit

· 1 1/2 cawan santan

· 1 1/2 sudu pes pandan

· gula pasir secukupnya untuk tabur

Cara-Cara:-

1. Gaul bersama tepung, yis dan gula pasir.

2. Masukkan air dan telor, gaul/kacau sebati.

3. Perapkan semalaman pada suhu bilik (tutup dengan plastic wrap) selama lebihkurang 5 - 6 jam.

4. Kemudian (keesokannya) campurkan dengan santan dan pes pandan, gaul sebati bancuhan. Adunan hendaklah pekat se

dikit dari bancuhan kuih dadar. (Boleh tambah air jika perlu)

5. Panaskan kuali dengan api perlahan. Titiskan sedikit minyak dan bila minyak panas, tuangkan sesenduk adunan dan lenggangkan atau ratakan (diameter 6 in).

6. Tabur 1 - 1 1/2 sudu besar gula pasir di permukaann

ya. Tutup dengan penutup kuali.

7. Bila nampak menggelembung dan berlubang permukaanya, angkat dan lipat dua. Hidangkan panas-panas.

Balance dari 6 keping Apom kak Ummi dah Tun versikan apam plak..hihihih. Tun tambah 3 tbsp gula, gaul seketika dan letak dalam acuan apam., letak sikit filling dan tutup balik dengan adunan dan kukus hingga masak....sajer gatai tangan..ampun yer kak Ummi.. :) Tun letak filling strawberry di dalamnya.
Pehtu yang versi kosong ni, Tun makan dengan sos coklat..dari resipi kak Wan. Sedap gak..hihihi..



Sambal Sosej

~Assalamualaikum~

Selamat pagi Jummat semua..hmmmmm..dah berapa hari tak letak N3 kan..Bukan tak masuk rumah ni..tapi mood kureng sikit la...kurang bersemangat..hati pun terasa macam nak majuk ajer...hihihihi...bukan ada isi yer...hehehehe..
Nak tayang menu simple untuk lunch..request by kids.... Sosej Sambal..

Sosej Sambal
by Rabiatun

5-6 batang sosej (dicelur seketika, toskan dan dipotong 2)
4 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
4 sudu besar cili kisar
sedikit kicap manis - untuk warna sambal yang menarik
beberapa hirisan bawang besar
1 biji cili hijau- dipotong
sedikit air
garam dan gula
Cara:
1). Tumis cili kisar hingga naik minyak dan masak. Masukkan bahan tumbuk. Kacau.
2). Masukkan sedikit gula dan kicap manis. Jika terlalu kering, masukkan air.
3). Perasakan dengan garam. Masukkan sosej, cili hijau dan juga bawang besar. Kacau hingga semuanya sebati. Angkat dan hidangkan.



Tuesday, April 26, 2011

Kuih Dadar Coklat

~Assalamualaikum~

N3 pagi ni Kuih Dadar Coklat..Kisahnyer hari tu gi merempit kat rumah Izah..sumer buat tertarik kalau merempit ke sana nun..cantik2 dan sedap2 belaka...tapi yang lebih tergudanyer yang nih hahhhh..Lagipun sonang yo nak membueknyo tu. Tun cuba buat Inti coklatnya, tp agak cair ler..mungkin sebab Tun panaskan sekejap ajer kot..tp klu tengok hasil dari Kak Wan pun memang agak cair coklat tu....melt...jadi Tun pelbagaikan intinya guna yang readymade ajer..ada yang letak Nutella, filing strawberry dan juga Blueberry..sedap! hihihi..
Resipi asal dari Kak Wan, tapi Tun kopipes dari rumah Izah. Terima kasih yer sumer..Jom check resipinyer..

KUIH DADAR COKLAT

Bahan Inti Coklat

100 ml susu cair
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung - Tun letak 4 tbsp
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam

Bahan Dadar

200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit - (Tun letak sebijik ajer + dengan baki putih telur dalam Inti Coklat)
1/2 sdt garam
2 sdm majerin dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser *saya tak guna.
Cara-cara :

1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

Monday, April 25, 2011

Sambal Tumis Tempoyak Bilis & Petai

~Assalamualaikum~

Selamat pagi Isnin...semoga semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera. Pagi ni Tun nak letak N3 Sambal Tumis Tempoyak Bilis & Petai. Resipi dari Kak Madiha....sedap betoiiiii, Tun suka ya amat tauuuu..hihihi...Tun buat sikit ajer ikut bahan yang ada di dapur ni..tp based on resipi dari kak Madiha. Okies tanpa membuang masa, izinkan Tun letak resipinya kat sini pula ya..kak Madiha. Terima kasih... (^_^)
Sambal Tumis Tempoyak Bilis & Petai

Bahan2
4 papan petai ~ kopek kulit & belah 2 atau 4
secekak besar ikan bilis dibersihkan
1 biji bawang besar ~ dimayang
Garam secukup rasa
Gula secukupnya (jika guna tempoyak yg lama/masam) -Tun tak letak
Minyak masak secukupnya

Bahan2 ditumbuk
20-30 biji cili padi (ikut pedas masing2.. MaDiHaA guna cilipadi merah/masak.. kalau guna cilipadi hijau.. warna sambalnya akan jd warna kuning2 sikit)
1 cm kunyit hidup
3 ulas isi durian (kalau takde.. lebihkan sikit tempoyak)
3 sudu besar tempoyak (seeloknya tempoyak yg baru ~ yang tak masam)
1 cawan air (untuk bancuh ramuan tumbuk tadi)

Cara2 Membuatnya
1. Tumbuk cili padi & kunyit hidup hingga lumat kemudian campurkan isi durian & tempoyak. Bancuh dengan 1 cawan air hingga menjadi pes yg pekat.
2. Panaskan minyak dlm 1 cawan. Goreng ikan bilis hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula bawang besar hingga layu kemudian angkat & ketepikan.
4. Gunakan minyak yg sama.. tumiskan bahan2 tumbuk/pes tadi hingga masak.
5. Masukkan 1 cawan air / lebih jika perlu (jika suka sambal cair). Masukkan petai dan masak hingga petai lembut/masak. Masukkan bwg & ikan bilis dan masak lagi.
6. Perasakan dengan garam, perasa & gula (jika perlu).
7. Jika terlalu pekat boleh tambah air lagi.. rasakan biar secukup rasa. angkat & bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas2. Boleh jugak dicicah dengan jemput2 bawang/bilis & juga lempeng. Memang sedapp!!!
Ni sukatan yang Tun buat:

Bahan Tumbuk: ( Bahan untuk asas tu spt di atas)
3 biji cili merah
8-10 biji cili api hijau
1 cm kunyit
3 tbsp tempoyak
1 cawan air



Saturday, April 23, 2011

Karipap Inti Sardin dan Kentang


Actually karipap ni dah Tun buat untuk minum petang semalam...tapi tak dan nak letak N3nya. Resipi asal dari Tun Telani MyR. Tun buat 1/2 ajer dari resipi ni dan guna 2 cawan tepung serta sardin tin saiz kecil ajer. Alhamdulillah, anak2 memang sukakan karipap sardin...turut menggemari resipi dari Tun Telani nie. Terima kasih banyak..halalkan letak resipinya kat sini yer...Mekasih..

Karipap Inti Sardin dan Kentang

Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( dlm 35biji )

  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara

  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.
  2. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  3. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  4. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  5. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  6. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  7. bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap
Sedap...terima kasih ^__^




Agar - Agar Gula Merah

~Assalamualaikum~

Ni nak citer pasal agar - agar ni pagi ni..huhuhu..Pertama kali dalam sejarah hidup..hehehehe..Tun buat agar2 guna gula merah..Sebelum ni memang tak pernah pun sebab selalunya Tun akan guna Manisan (Nisan Kerek) samada untuk buat puding ataupun dimasukkan ke dalam kuah gulai. Semalam masa nak buat, tengok, stok nisan dah yillekkk...jadi terpaksala selongkar amik gula merah. (Gula merah ni memang ada jer sebab untuk stok buat Carrot Cake hari tu kan)..hehehe..Dalam hati, takpelah, cuba dulu guna gula merah..leh la rasa dan apa bezanyer, kan..hhihihi..
Oleh kerana kenkonon nak bagi color cantik sikit la kan, Tun gi tambah setitik Brown Color dalam puding ni. Apapun rasa sedap ler juga, kan. Resipi Tun kopipes dari rumah kak Nor, Kak Nor plak amik dari rumah Hana Kuantan... resipi asal dari Kak Watie. Terima kasih semua yer.Hari ni takleh nak potpet banyak...ada kerja sikit nak kena buat..pehtuuu.......jeng...jeng...jeng.... ^__^
~Misteri tak kenapa agar2 Tun tak jadi 2 layer? hehehe..Tun sengaja taknak bagi jadi 2 layer, sebab kang anak2 duk makan belah yang santan ajer...yang transparent tu nanti tergolek-golek plak dalam piring..hehehehe ^__^

AGAR2 SANTAN GULA MELAKA
sumber: Hana

Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar (12gm)
  • 1/2 cawan gula merah (nisan)
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air (1100ml)
  • 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA) (170ml santan pekat)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  2. bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api
  4. kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  5. Tuang kedalam acuan yang anda suka
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.
* yg kaler merah tu sukatan yg K.Nor buat. ~ Tun ikut Kak Nor


Friday, April 22, 2011

Gulai Ayam Terengganu Style



~ASSALAMUALAIKUM~

Dah tengahari rupernyer...kejap ajer yer..ni pun pejam celik, pejam celik dah tiba Jumaat..terasa macam baru ajer. Apapun bersyukur atas nikmat Mu ya-Allah.
Okey, ni nak citer pasal menu lunch hari ni, Tun masak Gulai Ayam Terengganu Style. Bukan rempah gulai kari yer..tapi rempah original Ganu mari nih..hihihi..Asalnyer rempah ni sebenarnya Makcik Tun bagi masa kenduri kawin anak bongsunya kat Kerteh hari tu. Banyak plak balance rempah ni..tu yang makcik suruh amik..Dapat ler 1 plastik beg sorang..bahagi2 dengan adik beradik serta mak Tun. Masa tu ada mak Tun ajarkan, tapi oleh kerana takde catat...harrrr dah terlupa pula.

Nasib baik suatu hari nampak Kak Nor letak N3 pasal Gulai Ayam Terengganu Style ni..Dan.....hari ni, Tun gi amik resipinya dari dapur kak Nor. Alhamdulillah, sedap rasanya..dan yang paling penting anak2 sukakannya. Rasa gulai ni berbeza tau dengan kari ayam...lain sikit..mungkin sebab rempahnya yang amat berbeza la kan..pastilah rasanya juga lain..hehehe..takperrr janji sodap! heehe..Mintak izin yer kak, letak resipinya kat sini utk rujukan lain kali pula. Terima kasih.. Jom tengok resipi ^__^
GULAI AYAM TRG STYLE

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak
*Cili hijau dibelah 2 ~ Tun tambah

bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
  4. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
  5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
  6. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
  7. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
  8. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
  9. Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
  10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.
Alhamdulillah..kenyang...Terima kasih kak Nor ^__^



Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan

~Assalamualaikum~

Salam Jumaat buat semua...pagi ni Tun nak post N3 menu malam tadi. Tun ada cuba masak Gulai Udang...resipi dari Kak Nor. Selalunya anak2 dan hubby kurang gemar gulai2 ni, tapi Tun gamble ajer lah masak..Lagipun lauk dan sayur takde yang berkuah..kang tak laju pulak anak2 makan.hehehehee...

Alhamdulillah dapat feedback yang positive dari anak2..yang 1st tu pun suka makan...yang kecik ni pun cakap "sedapnyer SOUP ni" hehehee..dipanggilnyer soup plak....tapi bukan makan udangnya, duk makan nasi dengan kuah dan cendawan ajer..huhuhu..Susah betul dorang ni, tak suka makan udang kalau digulai mahupun yang dibuat sambal, tapi kalau goreng celup tepung atau butter prawn makan pula.
Okies berbalik kepada resipi ni, Alhamdulillah..Tun pun suka...SEDAP TAU! Bukan setakat tu ajer, yang penting, ianya memang mudah dimasak..masukkan ajer semua bahan dalam periuk kecuali cendawan lah kan..Dah mendidih, br leh masuk cendawan..tak sampai 1/2 jam pun..Sesuai sangat bagi yang berkerja sampai di rumah agak lewat..ni ler antara menu yang mudah tapi sedap....heheheh...terima kasih banyak kak Nor, Insya-Allah..lain kali boleh la Tun buat lagi. Halal yer kak, Tun letak resipinya kat sini..thanks.

GULAI LEMAK UDANG DGN CENDAWAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

300gm udang ~ dibersihkan
1/2 cawan santan pekat

3 cawan air
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in kunyit ~ ditumbuk
sedikit belacan
1 sudu besar cili mesin
2 batang serai ~ diketuk
3 - 5 bj cili api ~ diketuk/belah dua
1 kpg asam gelugur
garam
sedikit gula ~ jika suka
cendawan tiram secukupnya

Cara:
Masukkan kesemua bahan kecuali cendawan kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Masakan hendaklah sentiasa dikacau supaya tak naik kepala.
Masukkan cendawan dan biarkan seketika barulah dipadamkan api.
Sedap dihidangkan bersama ulam2an dan sambal belacan :)
Sedap...makan dengan sambal belacan dan ulam timun...Perghhhh! bertambah2 nasi..hehehe..



Thursday, April 21, 2011

Sticky Caramel Chicken

Tengahari tadi balik dari ambik Darwis (2nd son), Muqri (3rd. son) bawak sebotol air. Tun biasala..masuk jer dalam rumah, tinggalkan budak2 main2 kat luar seketika...boring juga siadik asyik berkurung dalam rumah jer kan.Dah puas main, masuk dalam rumah..Muqri terus dapatkan Tun..

Adik: "Ibu..Ibu..tadi adik dah mandikan pokok bunga ibu kat luar".
Ibu: (Terpinga2 seketika apa yang nak cuba disampaikan oleh sianak).
Adik: "Adik dah mandikan pokok bunga ibu..nanti pokok bunga ibu sihat dan cepat besarlah" (Ulang sekali lagi seolah2 paham yang siibu terpinga2 tue)
Ibu: "Oooo..adik mandikan ehhh...pokok-pokok kita tak mandikan, sayang..tapi kita kena siram..barulah pokok sihat dan segar. Macam kita juga, pokok perlukan air untuk hidup".
Muka siibu dah control tahan gelak tu sebenarnyer..hahahaaa...

Baru Tun teringat yang semalam bila hantar si abang (Nabil-1st. son) ke sekolah, time tu hujan turun, Tun cakap "Syukur padaMu ya-Allah, kurniakan hujan pada yang sekalian hidupan dibumi ni Ya-Allah". Anak2 yang memasang telinga bertanya itu ini mengenai apa yang Tun ucapkan time tu.. Tun bagitahulah yang seperti kita juga yang memerlukan air untuk minum dan mandi, macam tu juga pokok"...dan ayat itulah yang keluar..hahahhaaa..hari ni Muqri ikut apa yg Tun cakap semalam..hihihihi..
Okies, berbalik menu lunch hari ni, Tun masak simple ajer untuk santapan anak2..Sticky Caramel Chicken Wings dengan Sayur Buncis Goreng Kicap serta Telur Dadar ajer. Resipi asal dari Mutiara Azura MyR, Sticky Caramel Chicken Wings tapi Tun buat 1/2 ekor ayam bukan amik chicken wings ajer la..hihihi. Tun copy resipi dari rumah AnnaQawina. Dah ramai yang buat guna resipi ni..leh tengok kat link kat bawah ni yer antaranya Kak Nor dan juga Kak Ayu Singapore. Mintak izin share kat sini pula yer. Terima kasih.

Sticky Caramel Chicken

Sumber : mutiarazura@myresipi.com
Copy : Kak Ayu , Anna dan Kak Nor


Bahan-bahan ( 24 keping )


12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)

2 sudu besar minyak masak

3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)

1 sudu besar halia dicincang

1 sudu besar sos ikan

1 sudu besar kicap

1 sudu besar sos cili

1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar)

* Kak Nor, Kak Ayu dan Anna tambah 1tbsp serbuk lada hitam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

NASI AYAM GORENG


~Assalamualaikum~

Dinner malam tadi, Tun masak Nasi Goreng Ayam ni..mula2 ingat macam nasi tu kena goreng dulu, ruper2nyer nasi tak digoreng tapi dimasak macam biaser...Dan yang tak disangkanya, nasi yg simple mimple camni menghasilkan satu hidangan yg cukup enak untuk dinikmati. Alhamdulillah kami sekeluarga menyukainya. Lebih2 lagi anak yang sulung (Nabil) suka sangat dengan hidangan ni.

Resipi ni Tun amik dari rumah Kak Nor..dan kak Nor plak amik dari rumah Ika, tapi Tun tk pasti resipi asalnyer dari siapa namun terima kasih buat semua yang terlibat dalam menghasilkan resipi yang mabeles ni. Dan kepada yang memanjang2kan share resipi yang best ni. .Terima kasih dan Insya-Allah lain kali Tun akan buat lagi dan lagi....Minta izin share yer
NASI AYAM GORENG
sumber
Ika dan Kak Nor
Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.Versi Siam ada sup :)

Sos Pedas
2 green chilies
5 cm knob of ginger
3 stalks of coriander
3 spring onion
1/3 cup of castor sugar1/3 cup of white vinegar
salt to taste
1 tbs of water

Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...