Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, July 29, 2011

Wordless....?

 Assalamualaikum..selamat pagi Jumaat... Hari ni takde citer, aci tak? huhuhu..WORDLESS ler plak...huhuhu......
Menu malam tadi yang simple ajer...Sambal Ikan Bilis dan Petai...Layannnn....

Thursday, July 28, 2011

APAM PISANG COKLAT

Assalamualaikum...Kuih sarapan pagi tadi ni, tapi tak berkesempatan nak post..huhuhu... Layan jelah ehhh....Pagi tadi Tun dan keluarga bersarapan dengan Apam Pisang Coklat yang dibuat lewat malam tadi. Alhamdulillah, sedapnyer Apam Pisang ni, gebus tak terkata. Nak2 lagi ada coklat membuatkan apam ni lebih menarik dan sedap.
 Resipi asalnya dari Kak Zunainah Paiman kenalan di FB. Tun dan mintak izin untuk share resipinya dari Kak Zunainah. Tun ada membuat sedikit olahan dari resipi asalnya ikut selera tekak kami anak beranak. Alhamdulillah sedap betul. Insya-Allah lain kali akan di buat lagi dan lagi.. Terima kasih banyak buat Kak Zunainah yang sudi berkongsi resipinya ni. Mintak halal yer Kak.
APAM PISANG COKLAT...
resipi : Zunainah Paiman FB

BAHAN2:
2 cwn tpg gandum
1 s/k perisa coklat(x de x pe)
1 1/2 cwn gula
2 s/b serbuk koko
2 biji telur
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1 cwn pisang di lecek
1 s/k garam
1 s/k bicarbonat
1 s/k b.powder

CARA2:
Ayak tepung+serbuk koko+bicarbonat+b.powder..
Blender telur+gula hingga kembang...+susu cair+minyak masak
+garam+pisang lecek..diblender sekejap...tuang dlm bekas dan masukkan tepung dan bhn2 yg telah diayak...kacau hingga rata..
boleh lah dikukus...sapukan acuan dulu ngan minyak @ majerin.....kukus dalam 15-20 minit...

APAM PISANG COKLAT (olahan dari resipi Zunainah Paiman)
Sumber Olahan : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 tsp serbuk koko
1 tsp coklat emulco
5 tbsp gula (ikut manis pisang)
2 biji telur
2/4 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan pisang lecek
1/2 tsp garam
3/4 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder

Cara:
1). Panaskan kukusan.
2). Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk adun.
3). Blender telur, minyak masak, pisang, gula, coklat emulco, susu cair dan garam hingga hancur dan sebati.
4). Tuangkan bahan blend ke dalam mangkuk adun dan kacau dengan spatula hingga sebati.
5). Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan 3/4 penuh acuan.
6). Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.


Sajer je ni..nak background berbeza...hihii..

Insya-Allah, lain kali akan buat lagi ni..

AYAM PANGGANG MAGHRIBI

Assalamualaikum. Menu dinner malam tadi ni. Ayam Panggang Maghribi. Resipi asalnya dari Kak Nuridah. Sedap tau Ayam Panggang ni. Ada rasa kelainan dari resipi Ayam Panggang yang biasa kita makan.. 
Memang ada rasa makanan Timur Tengah gituew. Daun ketumbar yang diblend bersama rempah dan bahan2 lain untuk menghasilkan rempah perapan Chermoula menjadikan ayam panggang ni lebih special dari segi rasanya. Memang berbeza dan sedap. Tambah2 lagi ada perahan jus lemon, menjadikan ayam ni lebih membangkitkan selera. 
Terima kasih banyak buat Kak Nuridah Salleh di atas resipinya ni. Minta izin letak sini yer. Mekasih. Jom intai2 resipinya. ^___^ 

Ayam Panggang Maghribi
Sumber: Nuridah Salleh
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch


Bahan-Bahan
1 ekor (2 kg) ayam, dibersihkan dan dipotong dua
garam, daun salad disiat kasar-kasar
timun, tomato dihiris-hiris
ubi kentang direbus, dikupas dan dihiris-hiris
lemon dipotong baji
daun pudina

Rempah Chermoula (dikisar halus)
3 tangkai cili merah
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar paprika
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/4 cawan minyak zaitun
air perahan daripada 1/2 biji lemon


Cara-Cara 
1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan kembali ke suhu bilik.
3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 45 minit, dengan membalikkannya setiap 20 minit.
4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.

Ayam Panggang Maghribi


Wednesday, July 27, 2011

LOMPAT TIKAM SAGU

 Assalamualaikum....dari pagi tadi nak letak N3 ni, tadi dek kerana kena keluar, tak sempat lah plak. Dah siap edit2 dan pilih2 gambar, terus save kat folder. Jenuh heret anak ke hulu ke hilir sebab ada 3 tempat yang kena pergi..cuaca plak panas elok jer.
On d' way back, hujan mula turun dengan lebatnyer, memang tak nampak jalan..terpaksa la merayap2..takut ada lubang ker per..huhuhu...Sampai kat rumah, syukur si abangnya belum balik lagi dari sekolah. Punggah anak2 dari kereta ke rumah..basah lencun dibuatnya..huhuhu...Sejukkk wehhh..
Okies, tinggallah citer jap tadi tu, meh kita tengok Lompat Tikam Sagu resipi dari AlongRoz ni plak yer. Sedapnyerrr...Tun buat ikut resipi Along ni, tapi tang Kuah, Tun buat pekat macam resipi Lompat Tikam "Original"...(betul ker istilah ni yer..huhuhu) dengan menambah 1 sudu besar rata tepung beras. Manakala untuk Air Gula tu, Tun tambah1 keping Nisan untuk pekatkannya lagi spt resipi yang biasa2 tu.

Okay, tanpa membuang masa, jom kita tengok resipinya pula. Halalkan share sini yer Along, Terima kasih banyak di atas resipi yangmemang sedap ni.

LOMPAT TIKAM SAGU
Makes 9" x 12" casserole

By: Roz@HomeKreation
Sourse : Rabiatun @ Sweettouch

INGREDIENTS:

  • +/- 400g Sago
  • Red Coloring 
Top Layer:
  • 160g Rice Flour
  • 200ml packet Coconut Milk
  • 800ml Water
  • 1 tbsp Pandan Paste
  • 1 tsp Edible Lime Liquid
  • 1/2 tsp Salt 
Sauce:
  • 200ml packet Coconut Milk
  • 250ml Fresh Milk
  • 1/4 tsp Salt
  • 5 tbsp Palm Sugar
  • 3 tbsp Sugar
  • Pandan Leaf
METHOD:
1. Soak sago with water & red coloring for about 10 min.
Place in container and add some water just enough to cover the sago (I did not measure but roughly about 3/4-1 cup).
Steam for 20 minutes.

2. Mix all top layer ingredients until smooth.
Stir above low heat until slightly thicken.
Pour on top of sago layer & steam 20 min.
Cool and chill.

3. To prepare santan sauce, mix coconut milk, fresh milk & salt.
Heat up but not boiled. Cool.

4. To prepare palm sugar syrup, mix palm sugar, white sugar and some water to obtain thick consistency.
Add pandan leaf & cook above medium heat. Cool.

5. To serve, slice Lompat Tikam and pour coconut milk sauce and palm sugar syrup.

LOMPAT TIKAM SAGU
Resipi oleh: AlongRoz@HomeKreation
Sumber: Rabiatun @ Sweettouch
Saiz 9"x12" casserole

BAHAN2:
+/- 400g Sagu
Pewarna Merah

Lapisan Atas:
160g Tepung Beras
200ml peket Santan
800ml Air
1 sb Pes Pandan
1 st Air Kapur
1/2 st Garam

Kuah:
200ml peket Santan
250ml Susu Cair Segar
1/4 tsp Garam

Air Gula:
5 tbsp Gula Merah
3 tbsp Gula
Daun Pandan

CARA2:
1. Untuk Sagu
Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn).
Kukus 20 min.

2. U
ntuk Lapisan Atas 
Campurkan kesemua bhn2 lapisan atas sehingga sebati.
Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
Tuangkan ke atas lapisan sagu & kukus 20 min.
Sejukkan di suhu bilik & kemudian dlm peti sejuk.

3. Untuk Kuah
Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak).
Sejukkan.

4. Untuk Air Gula
Masak gula merah, gula putih, sedikit air (agak pekat) & daun pandan.
Sejukkan.

5. Hidangkan Lompat Tikam dgn kuah santan & sirap gula merah.
 Sedapnyer...jom makan ni..^___^
Cara yang Tun buat:
Lapisan Pertama : Sagu warna merah (Tun guna cherry red) 
Lapisan Kedua : Sagu warna kuning
Lapisan Ketiga :  Lapisan tepung beras warna hijau
Tq AlongRoz untuk resipi Lompat Tikam Sagu ni...Terasa sejuk jer tekak bila makan ni...Best!

Tuesday, July 26, 2011

AYAM GORENG ALA KAPRAU

Menu ringkas untuk dinner malam ni..Ayam Goreng ala Kaprau olahan yang dibuat oleh Kak Nor dari resipi asal yang menggunakan daging iaitu Daging Goreng ala Kaprau resipi dari Kak Jee. Okies, terima kasih semua di atas resipinya ni..Sedap betul..ringkas tapi tetap memikat rasa. 
Halalkan resipinya kat sini pula yer. Mekasih.

AYAM GORENG ALA KAPRAU olahan dr resipi asal Daging Goreng Ala Kaprau oleh K.Jee
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Sumber: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil (boleh juga digunakan bahagian isi sahaja) *
1/2 sudu kecil garam*
1/2 sudu kecil serbuk kunyit* (* digaul)
~~~~
3 sudu besar pes tomyam
5 cili api ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar gula
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
1/2 cawan
minyak

Cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam masak tp tak perlu terlalu garing.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis 1/2 dari bawang besar yg dipotong baji.
  4. Masukkan juga cili padi, pes tomyam, kicap manis, sos cili dan gula. Goreng hingga wangi.
  5. Masukkan ayam, 1/2 bahagian lagi dr bawang besar dan juga daun limau, kacau lagi hingga sebati.
  6. Masukkan air dan goreng hingga kepekatan kuah yg dikehendaki.
  7. Angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
Sedapnyer! Lain kali boleh buat lagi..^__^

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum..hidangan dessert untuk MIL dan FIL serta tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Nasib baik malam tu, Tun ada godek Devils Food Chocolate Cake ni..jadi, before lunch, Tun siapkan toppingnyer, sejukkan sekejap terus boleh dihidangkan.
Terima kasih buat Kak Ayu, Kak Nor dan juga Noorsha. Halal yer, Tun letak resipinya di sini..thanks.
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
source : Ayu S'pore
source : K.Nor@Secubit Garam


Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.


Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com

# Kalau sapa2 nak buat satu adunan pastikan guna loyang yg lebih kecil dr 8" x 8
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Resipi Asal : cupcakeschek.blogspot.com
Translation: Noorsha
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch


Bahan²
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/2 cawan gula halus - Noorsha guna 1/4 cawan saja
1/2 cawan gula perang - Noorsha guna 1/4 cawan saja
65 gm butter
1 biji telur Saiz A
1 sk esen vanila
1/4 cawan buttermilk*
1/2 cawan air suam

Bahan² untuk homemade buttermilk :
1 cawan susu segar
1 sb cuka masakan
* susu mesti berada pada suhu bilik @ suam. campurkan cuka pada susu dan ketepikan sebentar selama kira² 20 minit. ia akan mengental sedikit.guna 1/4 cawan sahaja dari buttermilk yang terhasil untuk resepi ini.

Cara²
1. panaskan oven pada suhu 170 C - Noorsha guna suhu 130C.. bergantung pada oven masing2 ya...
2. griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.
3. ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.
4. dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
5. Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata.
6. masukkan vanila esen dan kacau sebati.
7. bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama untuk menguji kek sudah masak @ belum.
6. jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar.

Bahan² Untuk Cream Cheese Frosting
250 gm philapedia cream cheese
125 gm butter
1 cawan icing sugar - noorsha guna 1/4 cawan saja
1 tsp esen vanila
1 st lemon jus

Cara² untuk Cream Cheese Frosting :
pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi. kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.

p/s : kak Ayu suggest untuk buat 1/2 saja dari resepi frosting ni bagi suukatan kek diatas.. tapi Noorsha buat 1adunan untuk cream cheese ni sebab nak rasa cheese yang lebih :)

Bahan² Untuk Chocolate Ganache
200 ml double cream @ whipping cream
250 gm dark chocolate
secubit garam

Cara² untuk Chocolate Ganache
menggunakan kaedah double boiler (satu periuk berisi air, satu lagi periuk lebih kecil di letak diatasnya. biar periuk yang kecil itu terapung), masukkan double cream @ whipping cream. biarkan ia merenih, masukkan coklat yang dicincang dan kacau hingga coklat cair. masukkan sedikit garam. kacau rata. biarkan suam sedikit, keluarkan kek yang disapu dengan cream cheese frosting dari peti ais tadi. sapu @ curah coklat ganache di permukaan kek. hias kek mengikut kretiviti anda....sedia dihidang :)

Dah selamat semua ni..hihihi....

Monday, July 25, 2011

JUS BELIMBING

Semalam (Sabtu), kami sekeluarga ke Site di Subang. Sebelum balik, hubby ada belikan belimbing 2 peket. Murah betul. 1 peket adalah dekat 10 biji buah belimbing, baru beharga $3 sepeket. Dahlah ia fresh dari ladang...bestnyer. Balik tu, Tun bahagikan sedikit pada jiran tetangga yang terdekat.
Hari ni (Ahad), Tun buatkan Jus Belimbing untuk diminum semasa menikmati Lunch. Wallaahhhh...sedap betul. Hasil dari campak2, nasib baik sedap diminum, klu tak sayang la wehhhh..hehehehe....Walau bagaimanapun, anak Sulong Tun kurang gemar jus buah yang fresh camni..biarler sedap macamana pun...kecuali Jus Carrot...Itu ajerlah yang dia minum...Susahnya dia sorang tu.. Ada jugalah dia cuba minum....tak sedap katanya..heheheee...dah tahu sangat citarasa tekak dia..."Okaylah, next time nanti Ibu buatkan jus peberet abang plak yer"....kesian pulak...huhuu..Tun pujuk si abang Nabil.. ^___^
Jus Belimbing

2 biji belimbing - dibersihkan dan potong kecil
2 cwn air masak
2 tbsp susu pekat manis (boleh tambah ikut citarasa)
2 tbsp gula ( ikut citarasa juga)
beberapa ketulan ais

Cara:
1). Blend buah belimbing bersama 1 cawan air masak, susu pekat manis dan gula hingga hancur.
2). Masukkan ais dan blend lagi sekali.
3). Tambah 1 cawan air lagi, dan blend sebati. Sedia dinikmati.
Jom minum...uiksss..tuan rumah tak boleh minum, nak kena tunggu Maghrib kang... >....<


KUIH LAPIS KACANG

Assalamualaikum...selamat pagi. Pagi ni sarapan aper tu? Mesti semua dah selesai berbekpes yer. Pagi ni Family Tun bersarapan dengan Kuih Lapis Kacang. Tun buat malam tadi. Alhamdulillah sedap jugak rasanya.  Resipi asal dari Kak Wan (Citarasawan @ MyR). Tun kopipes dari rumah Ika....yelah kan, hari tu cukup tergoda dengan hasil tangan Ika melapis...halus betul....kemas.
Abaikan jelah yer...ada tanda buih2 kat atas tu...huhuhuhu..
 Dari segi rasa, memang berbaloi jugalah mencuba... Betul cakap Ika, rasanya tak tumpah seperti kuih Kole Kacang...cuma yang ni versi kukus dan takde taik minyak ajer...Kalau kole kacang, kan ada taik minyak..Kuih peberet Tun jugak tu.

Jom tengok resipinya plak...Mintak izin share sini plak yer Kak Wan..dan tak lupa juga buat Ika. Terima kasih semua... >__<

KUIH LAPIS KACANG
Resepi Asal: CITARASAWAN @MyR
Sumber : Ika
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan A 

  • 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji>>Tepung Ubi>>Tapioca starch
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau
Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi

Cara-cara
  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.
Sedap kuih ni....wangi ajer..bau kacang Ijau.....Best!


Saturday, July 23, 2011

MANGO PANNA COTTA

 Assalamualaikum.....Selamat pagi Sabtu..Hari ni mesti ramai yang keluar, kan..maklumlah time weekend macam ni bagus juga kalau bersama keluarga dan buat aktiviti di luar. Boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Pagi ni Tun nak citer sikit mengenai Mango Panna Cotta ni...Ya Rabbi sedapnyer tau. Memang best. Ini merupakan pertama kali Tun merasa panna cotta. Sedapnya di makan sejuk.
 Resipi asal dari Gert, dan Tun mendapat sumber ataupun kopipes dari rumah kak Nor dan juga Kak Ita Masam Manis. Untuk mango panna cotta ni, Tun takde letak esen mangga, sebab takde stok jadi, Tun tukarkan ker vanila powder...sedap jugak rasa vanila pada bahagian yang bersusu tu, di tambah lagi dengan puree mangga di atasnya, cukup melengkapkan lagi gabungan panna cotta ni. Tun ingin berterima kasih buat Gert, Kak Nor dan juga Kak Ita di atas resipinya. Izinkan Tun letak sini utk rujukan next time pula.. Terima kasih semua...^___^

MANGGO PANNA COTA
by: Gert
Sumber: Kak Nor

7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree
 

Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom. 
Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan. 
Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved. 
Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.

MANGGO PANNA COTA by Gert
Translation : Kak Ita
Sumber : Rabiatun
Bahan:
* 7 gm gelatin
* 3 camca besar air
* 2 1/2 cwn susu segar
* 1/4 cawan gula halus
* 1 camca teh esen manggo
* 1 biji manggo di potong dadu atau hiris
* 1 biji manggo lagi dikisar halus

Cara:
  1. Bancuh galatin bersama air hingga larut
  2. masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
  3. Angkat susu dari api dan masukkan esen manggo serta larutan galetin.
  4. Tunggu sehingga sejuk sedikit.
  5. Susun manggo yg telah dihiris di tepi gelas, dan tuang panna cota dalam gelas tersebut.
  6. Simpan dalam peti sejuk semalaman
  7. Bila telah keras letakkan puri manggo diatasnyer. Makan sejuk2 memang best!

Friday, July 22, 2011

PUDING KEJU

Assalamualaikum...selamat petang. Petang ni nak tayang Puding Cheese ni. Dah ramai kawan2 yang cuba resipi dari AlongRoz ni...memang sedap betul ni..terasa lemak2 gituew...
Resipinya dari AlongRoz tapi, Tun kopipes dari rumah Kak Nor. Terima kasih kedua kakak tersayang ni...Minta izin letak resipinya kat sini plak yer..Mekasih..

PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega

CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
  4. Masukkan susu & kacau sebati.
  5. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  6. Masukkan mentega sehingga sebati.
  7. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  8. Sejukkan sebelum di hidangkan.
Tun ikut cara Kak Nor:
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
*Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

 Yang ni, gatai tangan letak sedikit madu.......sedap jugak..bg yang suka manis
This is for u


Apakah ini??

Daunnya yang yang hijau pekat dan lebar..

Buahnya yang seakan cacat gituew rupa.....apa yekkk?
Pokok apakah ini yer....? Tengok2 belek2 dulu ler yer...Tuan rumah nak keluar jap..Lepas ni sambung...huhuhu...

2 Be Continue....


UPDATED: BELL PEPPER aka CAPSICUM 
Harrrrrr....tu diaaaaa.....kejadiannyer. Terima kasih buat kenkawan yang sudi komen. Semuanya betul...dan yang paling tepat Yani...siap bagi nama Jepun lagi tuh...apa Yani..harrr PIMAN (dalam bahasa Jepun). BELL PEPPER 
 Asalnyer pokok ni mr Hubby yang tabur benihnya...ntah mana, dia pun dah tak hingat..huhuhu...suka dia main tabur2 cenggini...Ni ada lagi penuh 1 pasu anak2 pokok lada..Mana mahu Tun alihkan pun tattau lagi ni...
Dulu semasa anak pokok ni masih kecik, Tun dah heran juga tengok daunnya...sebab agak berbeza dengan pokok cili yang lain. Bila dah berbunga, pun camtu jugak...bunganya lebih besar.  Apabila bunga tu dah berguguran dan terbit pula buahnya.. (seperti gambar di atas yang mula2 sekali tuh). Dalam hati Tun...cili apakah ini, atau buahnya terencat ker per..huhuhu...takpelah. Nak2 lepas tu, Tun dan anak2 balik kampung sebab cuti sekolah seminggu. Hubby tak ikut sebab tak dapat cuti..jadi Tun dah pesan2 agar selalu siram pokok2 Tun ni..hihihi..nak2 yang manja seperti pokok  Pudina...Lagipun cuaca yang panas menyebabkan air di dalam mangkuk tadahan pasu bunga cepat kering...memang nak kena disiram setiap hari.

Lepas lebih seminggu Tun bercuti dan hubby pun balik untuk jemput kami. Balik2 ajer, terkam kat yard dan Balcony tinjau2 pokok2 tanaman..huhuhu...Yang pastinya pokok Pudina memang dah kuning, takde daun hijau dah, dan pokok cili ni pun dah layu habih....Cepat2 Tun siram dan weekend, gi cari tanah baru dan tambah di dalam pasu. Setelah dirawat dan dibelai setiap hari, alhamdulillah, dengan izin Allah swt...pokok ni subur kembali dan mengeluarkan buah. Pokok pudina pun mula mengeluarkan pucuk2 baru. Alhamdulillah.
 Ini adalah buah yang pertama..agak terbantut sedikit, lagipun masa ni ditinggalkan lebih seminggu...tak cukup baja dan siraman...Sekarang ni dah masak... ^__^ Suka betul dengan hasilnya ni. Terima kasih banyak buat hubby.... Lebiuuu my Dear!
Berhabuk sedikit buahnya, sebab di belakang rumah Tun ada pembinaan skang ni..

Smart Reader Sport Day...

Last Sunday, uiiitttt...lamanyer, nak Sunday balik dah ni baru nak letak N3 ekkkk...huhuhuhuhuuu...tuan rumah kesibukan banget..Nak bukak lappy pun jarang2 jer ni, nak BW, lagilah...huhuhhu...Okies, berbalik citer last Sunday yer.. Anak Tun yg 2nd menyertai sport day anjuran Smart Reader. Biasanya dorang buat di Stadium Tasik Titiwangsa, tapi pada tahun ni, takde gabungan dari Smart Reader lain, so Smart Reader Ukay Perdana, buat alone lah ni. ...
Depan Darwis tu anak Opie Zamie.
Darwis tengah tunggu turn

Aksi Darwis semasa Dribble the Ball.

Programmed bermula pada pukul 8.30pg untuk registration semua peserta. Manakala pukul 9.00pg acara pun bermula...dengan Lagu Negaraku, Smart Reader Kids Song diikuti dengan Welcome by all the Kids dan juga Danceaerobics.

Pada pukul 9.30pg, bermula Game yang pertama iaitu Balancing Act, Giant Necklace, Duck Walk, Catwalk, Sweep Me Up, Dribble the Ball dan juga Build a Pyramid.. Last sekali ada Parents Game pula iaitu Dress Me Up.

Pukul 10.40 pg, Masa unutk Presentation of Kids and Parent's Awards plak. Pukul 11pg, kami semua bersurai.

Aksi Darwis semasa Balancing Act.
Si anak dan Ayah ~ time game yang last sekali iaitu "Dress Me Up".

Last, masing2 dan kepenatan semasa menerima present serta award dari Principal..Layu ajer tu, dah letih betul ler tu..huhuhu..
Uikkkk, si Ayah pun dapat rupernyer...
3 beradik yang kepenatan..Kesiannya anak2 Ibu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...