Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, April 19, 2012

Bingka Susu

 Asslamualaikum..lama tak berupdated blog ni..maafkan Tun..Nasib ingat password tadi..ekekeke..Apapun tqvm kepada yang masih sudi singgah..walaupun tuannya kenkadang on, kenkadang off..hehehe...

Okies, today, Tun nak share resipi kuih Bingka Susu, resipi dari kak Fida. Sebelum ni, Tun pernah try resipi kak Fida versi Original, tapi rasanya Tun belum pernah letak resipi tu kat sini. Kali ni, insya-Allah..ehehehe..., cuma kali ni. Tun tambah sedikit pandan paste, sebab mertua suka Bingka Pandan..hehehe...

Resipi Tun kopipes dari Dapur Izah Daut dan juga Mas Duniaku..Terima kasih banyak buat adik berdua ni..hehehe..TQVM juga buat kak Fida yang berkongsi resipinya..

BINGKA SUSU
Resepi : Kak Fida @myR

Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6

1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
  1. Satukan Bahan A dan ketepikan
  2. Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
  6. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
* Tun tak masak adunan ni, blend, pastu terus tuang dalam loyang yang bergriss sebelum dibakar hingga masak. Sebelum tu, panaskan loyang tu dulu...macam buat kuih bingka pandan biasa. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...