Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, November 30, 2010

Ikan Pekasam Goreng


Sedap sungguh dapat makan ikan pekasam nih..yang x'tra sedap tu sebab terkenangkan kat kampung bila time2 tengkujuh camni..Inilah yang akan menjadi juadah harian, disamping ikan budu, ikan2 keli, puyu dari sawah bendang, siput bendang, udang geragau, pais ikan..pais udang..perghhhh..rindu tauuuu..

Last weekend pergi pasar, nampak ikan pekasam ni, per lagi terus jer amik..walaupun agak mahal jugalah..sekor singgit..besar 2 jari jer ikannyer tuh.. Beli gak ler, teringin punya pasal, kan. hihihi

Ikan Pekasam Goreng

bahan:
2 ekor ikan pekasam
2 ulas bawang merah-dimayang
1 ulas bawang putih-dimayang
3 biji cili padi- dipotong
minyak untuk menggoreng

Cara:
1). Goreng ikan pekasam hingga garing. Tos dan ketepikan.
2). Goreng pula bawang hingga wangi, masukkan cili padi. Kacau seketika, tabur kesemua bahan goreng atas ikan tadi. Sedia dihidang dengan nasi panas2..

Ayam Goreng Herba

Last night, cuba resipi hasil dari sekodeng kat rumah kak Nor..hihihi..tak rugi mencuba resipi ni..memang leh kata semuanya suka..sedapppp. Rasanya ramai dah try resipi ni, at last...jangkit plak le kat orang sininnn..hihihi..
Mintk izin ngan kak Nor nak C&P sejibik cilok dari rumah kak Nor...tq kak Nor.

AYAM GORENG HERBA
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana
sumber: Kak Nor

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
2 sm halia*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya.
cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah
1/2 labu bawang besar (ni sy tambah, sbb anak suka makan bawang)

bahan *----> dikisar.

Cara Memasak:
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya./
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan hidang.

updated:
lupa nak mention, k.nor tambah 2btg serai yg dihiris halus dan ditumis sekali dgn bahan2 tumis.. lg syok bila ada extra serai gitu :)..yang ni saya lupa nak follow.


P/s: Maaf sesangat kalau sejak akhir2 ni, tak letak link ker mana2 blog utk refer sebab lappy ni dah sakit sebenarnyer..lembab semacam, kenkadang tak boleh nak type, kenkadang photoshop pun takleh guna.. Last week, seminggu lappy demam, terbakar wire kat adapter tu yg kena pinjam lappy hb, kenkadang cilok pc anak2..tau2 je lah bila pinjam ni..hihihihih..apapun, maaf banyak2 yer.

Cendawan dan Kacang Buncis

Cendawan dan Kacang Buncis Goreng
bahan:
1 mangkuk 2 jenis cendawan
5 btg kacang buncis
2 tbsp ikan bilis
2 ulas bawang putih-dimayang
2 ulas bawang merah-dimayang
1 tbsp sos tiram
1 cawan air (ikut suka nak banyak mana kuahnya, jk nak lebih..kena tambah sedikit lagi sos tiram)
1 biji cili merah
garam secukup rasa

Cara:
1). Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2). Masukkan ikan bilis, kacau seketika.
3). Masukkan sos tiram, kemudian masukkan kacang buncis. Kacau seketika, masukkan air.
4). Rasakan kuahnya, jk dah ok, baru masukkan cendawan dan cili merah..kacau sekejap dan jangan terlalu lama..terus angkat.

Sunday, November 28, 2010

Muffin Choklat Pisang

Last Friday buat muffin Coklat Pisang resipi dari Yani MYR. Godek2 koleksi resipi dalam simpanan, jumpalah beberapa resipi muffin pujaan. Check kat dalam fridge, ada nampak pisang yang belum terusik pemberian MIL masa balik kampung hari tu. Dari terbiar jer rosak, baik ku godek jap..hihihi.. At last, pilih resipi dari Yani ni harr..Aku buat 2 adunan..baru puas hati makan. Keesokannya pun muffin ni makin sedap tauu..thanks Yani.

Muffin Coklat Pisang

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional) - lupa nak letak

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  8. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.

Awis Concert- Smart Reader Kids Ukay Perdana



Picture ni sebelum concert..tunggu ibu bersiap..anak2 mesti kena siap dulu..kalu tak sibuk jer duk tanya nak pakai baju aper..huhuhu..
Awis in actions. Persembahan Awis dan kawan2 dengan tema The Twist gabungan lagu Bunyi Gitar dan lagu Pop Ye yeh..
Kesian juga, penat. 2 kali kena buat persembahan..diulang sekali lagi masa nak tunggu budak2 6 tahun siap pakai jubah graduation.
Ada 3 persembahan yang Awis involved hari tu sampailah habis concert. Penat juga anak ibu duk nyanyi dan menari. :-) Takper...next year turn Awis pula terima sijil yer. Buat masa ni Awis kena belajar bersungguh2 semoga menjadi anak yang cemerlang dalam segala bidang. Amin.

Ayam Masak Merah Berkicap

Ayam Masak Merah Berkicap
bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong dan dibersihkan, perap dengan garam kunyit.
1/2 labu bawang besar- dipotong bulat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia - dihiris
4 - 5 tbsp cili kisar
2 tbsp kicap manis
1tbsp sos tiram
sedikit air
1 biji cili merah - hiasan
garam secukup rasa.

Cara:
1). Goreng ayam hingga masak, tapi jgn terlalu garing. Ketepikan.
2). Blend bawang merah, bawang putih dan halia.
3). Tumis cili kisar hingga agak masak, masukkan bahan kisar. Kacau.
4). Masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air. Biar agak mendidih.
5). Setelah kuah agak pekat, rasakan masin dan manisnya kuah.
3). Masukkan ayam, bawang besar dan cili merah. Kacau rata.

Hati Ayam Goreng Kunyit


Hati Ayam Goreng Kunyit
Bahan:

1 mangkuk hati ayam + pedal - dicuci dan diperap garam kunyit
4 batang kacang panjang - dipotong sedang
2 ulas bawang putih-dimayang
1 ulas bawang merah-dimayang
1/2 labu bawang besar-dopotong bulat
1 biji cili merah-dihiris serong
minyak utk menumis
Cara:
1). Tumis bawang hingga wangi.
2). Masukkan hati ayam yang diperap tadi. Goreng hingga masak.
3). Masukkan kacang panjang. Kacau hingga layu.

Apam Pelangi

Musim cuti sekolah ni memang ler membuatkan tugas makcik kantin bertambah2 bznyer..nak2 dengan anak lelaki yang sedang membesar ni..hehehehe...lapor memanjang. Boleh kata setiap petang makcik kantin duk kat dapur ajer..buat kuih ataupun muffin.huhuhhu...tak kisah ler kan..asal anak2 dapat makan..daripada duk membeli jajan kat babu tu, baik ler memakan sesuatu yang dimasak ibu. Duit poket maknyer pun save sikit..hahaha..
Okies, berbalik pada kuih yang dibuat last week sebenarnya.. apam pelangi...amik resepi ni dari rumah Kak Nor. Sedap juga, lembut dan gebu. Kejap jer abis.hehehehe..Resipi asal dari rumah Ilah Jy, dah merantau jauh ke Japan, umah Hana, umah Izah..tapi yang pastinyer ku amik dari rumah Kak Nor Ganu nun..hihihi..mintak izin C&P ye kak..mekasih daun keladi.

APAM PELANGI
sumber : Kak Nor

Bahan-bahan
2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
125 ml santan kara ~ k.nor guna susu cair
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna

Cara-cara
Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

* Noteku:
Muat loyang 7" baru tinggi elok.

Sunday, November 14, 2010

Previous Enrty- Ayam sos Istimewa



Mango Cheese Cake




Resipi akan diupdate kemudian ye..nantuk plak..











Previous Entry- Sotong Oriental

Enrty yang tertangguh..apapun letak jugerrr ler supaya tak lupa resipinyer. Resipi yang diceduk dari umah kak Nor tercayang. Mintak izin nak paste resipinya kat sini lak ye akak.

SOTONG ORIENTAL by Kak Nor
(sumber Madiha)

Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos- (saya tak celur )
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas ~ (k.nor tak letak air sbb sotong tu nanti akan keluarkan airnya sendiri - ikut Kak Nor gak)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.

sambungan lagi...pizza simple

Ni sambungan kisah masakan rushing..hihihihii.. Kalau dulu, ghajin gak le mengadun doh pizza, tapi skang ni asyik nak rush sajer. So, BM ku ituew pun dah lama rest dari bergoyang Inul. huhuhuhu..Masalahnyer bukan BM, tapi tuannyer ni hahhh, dah kureng ghajin..ngeh ngehhh...

Berbalik kepada pizza ni, untuk dohnye beli siap jer kat bakery shop, balik umah letak filing dan taburkan cheese terus boleh bakar. Senang bangettt. Ni style aku ler.

Pizza Simple
bahan:
3 keping roti untuk pizza
1 keping dada ayam- dipotong nipis dan diperap sedikit garam + kunyit (boleh digantikan dgn seafood spt udang dan juga sotong)
3 batang sosej - dihiris nipis
3 batang crab meet
1 biji bell pepper - dipotong dadu
1/2 tin nenas kiub- dipotong kecil
mozzarela cheese dan parmesan - untuk di tabur
tomato sos Life - untuk spread

Cara:
1). Sediakan loyang pizza, letakkan roti pizza dan sapukan tomato sos.
2). Taburkan parmesan dan mozzarela cheese. Kemudian, letak ler filling yang lain.
3). Pastikan isi ayam diletak dilapisan yang paling atas (supaya mudah masak).
4). Taburkan sekali lagi cheese di atasnya. Bakar 180 d Celsius selama 10 minit. Tak perlu lama sangat janji isi ayam tu masak. hihihi..Jika lama, nanti crustnya tu jadi garing plak.

sambungan.....Apple Pie

Apple Pie

Bahan utk Filling:
3 biji apple merah (dikupas kulitnya dan dipotong kiub sederhana kecil)
100g gula pasir
1/4 cwn air
10g tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 tsp jus lemon
30g kismis hitam

Bahan Untuk Kulit Pie:
250g tepung gandum - diayak
100g mentega
1 biji telur - dikacau tp tak perlu kembang
60g gula castor

Cara:
1). Untuk Fillingnyer : gula dimasak hingga cair dan perang (jgn sampai hangus sangat nnt pahit plak), masukkan air dan kacau sebati. Masukkan pula apple dan kismis. Kacau hingga apple agak layu. Masukkan bancuhan tepung jagung dan lemon. Kacau hingga agak pekat. Ketepikan dan biarkannya sejuk.

2). Untuk Kulit Pie:
a). Campurkan tepung dan gula, kacau dengan wisk supaya rata. Masukkan mentega dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit sambil digaul hinggalah adunan tidak melekat ditangan. Bungkus dengan plastik dan rehatkan dalam peti sejuk 30 minit.
b). Keluarkan adunan, dan restkan kat luar sekejap. Canaikan adunan tadi yang dialas dengan 2 plastik hingga 1/2cm tebal dan agak2 lebih besar dari bekas pie. Tanggalkan plastik yang kat atas, dan terlangkupkan adunan yang dicanai tadi ke dalam bekas pie. Ratakan dan tekan2 sedikit supaya adunan tadi sekata. Potong lebihan doh pada tepi bekas pie.
c). Tuang filling tadi ke dalamnya. Kemudian, tutup permukaan pie dengan baki doh dengan mencanai sekali lagi baki doh tersebut seperti cara di atas. Jika ada lebih, bolehlah diterap dengan cookie cutter dan susun di atas pie. Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 170 Darjah Celsius selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan barulah boleh dipotong.

* resipi ni dah lama ada di dalam simpanan, memang tak hingat amik kat mana..huhhuuu..walaubagaimanapun Tun ada olah sedikit resipinya.




Sunday, November 7, 2010

Bila Nak Cepat...

Last week memang boleh dikatakan bz sungguh..dengan order cake, dengan nak buat roti jala untuk kenduri SIL di kampung..Jadi menu simple untuk dinner aku memang main campak2..tapi, aku cuba tulis resipi buat rujukanku lain kali supaya boleh ler dibuat balik..satgi, tengok gambor, tapi dah tak ingat nak buat..huhuhu...bukan sekali tau camni..itu ler aku sebenarnyer..bukannya tak mau update tapi masa seharian ku penuh dengan rutine yang padat..hihihi..bz benor ler kenkununnyer tu ekkk..huhuhu..

Ok, berbalik kpd menu hari tu yer..ikut bahan yang ada dan dah tersedia..lepas tu baru ler munculnye idea plak..heheh..caranya...mula2 tu tengok2 dalam peyuk nasi ada nasi sikit, baik aku buat nasi goreng..pikir2 macam dah bosan nasi goreng biasa2 yang aku buat tu..teringat pernah terbaca pasal nasi goreng tomyam..oklah aku gamble jer lah wat nasi goreng tu.
Pikir2 lagi, sikit jer nasi, kang tak cukup lak utk 5 org nak makan..kang tak kenyang plak kang..takkan nak masak maggi..tak kuasa aku..bukak peti ess, klu wat pizza pun ok jugak ni..bahan sumer ada..ok, jalannn.
Belek2 peti ess lagi, nampak apple ada lagi dalam 6 bijik, malas plak nak bawak balik kg, nak tinggai dlm peti ess, mcm tak best..dah lama teringin nak wat apple pie..ok, set..kita wat apple pie jer ler..

Okies, taknak bebel bebanyak, baik aku update resipinyer cepat ..ye dak..hihih..

Nasi Goreng Tomyam

Bahan:
2 mangkuk nasi putih
7 ekor udang sederhana besar-dibuang kulitnya, tinggal bhgn ekornya
2 ekor sotong-diptg ikut suka
1 keping isi ayam-dihiris nipis
5 ulas bawang merah-dihiris halus
3 ulas bawang putih-dihiris halus
3 tbsp perencah tomyam knorr
4 biji cili api (diketuk)
1/4 btg carrot- diptg memanjang
sedikit kobis
1/2 btg seleri-dihiris serong2
1 btg serai-diketuk
1 biji telur- dikacau terlebih dahulu
minyak untuk menumis

Cara:
1). Tumis bawang, serai hingga wangi.
2). Masukkan perencah tomyam (boleh tambah sedikit air takut ia cepat hangus pula), masukkan pula ayam dan cili padi. Kacau.
3). Masukkan udang dan sotong, serta sayuran lain. Gaul.
4). Masukkan nasi, kacau sebati dan rata. Alihkan nasi ketepi, tuang telur dan biarkan sekejap dan kasi telur tu hampir beku, barulah dikacau keseluruhannya. (ini utk mengelakkan ianya hanyir).

Maaf yer..ni versi kosong, sbb tak cukup seaput..hihihihi..

Thursday, November 4, 2010

Fillet Fish with Ginger

Salam Sejahtera..lama sungguh tak mengupdate blog ni..insya-Allah, nanti akan menyusul sambungan menu last Ramadhan..Gambar berderet kat camera, tapi tak berkesempatan untuk upload, touch up..nak2 photoshop pun buat hal sehari dua ni.
Untuk menu yesterday night, aku update jugak sebelum terlupa apa yg aku masukkan dalam resipi kali ni..hihihi..biasalah...bahan mungkinlah tak lupa tapi amount tu yang buat aku lupa..maklumlah, main campak sesuka hati dan sesedap rasa. Okies untuk resipi Fillet Fish With Ginger ni aku cuba ingat balik apa yang aku letak ehhh...rasanya memang sodap dan aromanya wangi tau..bukan nak puji tapi sesuai ler ngn tekak kami anak beranak. Rasanya hampir sama semasa aku makan di Shanghai dan juga Beijing, China...camtu jerlah yang boleh aku ungkapkan.

Fillet Fish With Ginger

Bahan:
1 keping ikan fillet ( leh guna dory-saya guna Sutchi)
1 inci halia muda - dihiris nipis
2 ulas bawang putih- diketuk
1 labu bawang besar- diptg dadu besar2
1 biji cili bell pepper - diptg dadu besar2
sedikit tepung jagung
1 tbsp tepung jagung - dibancuh dengan air
2-3 tbsp sos tiram (leh tambah ikut size ikan)
1 cawan air (leh kurangkan klu taknak kuah banyak)
1/2 tsp lada hitam- dipecah2 kasar (jgn terlalu banyak sbb taknak rasa lada hitam tu lebih kuat dalam 4-5 biji dah cukup)
2 tsp kicap manis

Cara:
1). Cuci ikan dengan air limau dan toskan. Potong kiub sebesar 2-3 jari. Perapkan sekejap dengan secubit garam dan tepung jagung.
2). Panaskan minyak, goreng ikan tadi jangan sampai garing, cukup setengah masak jer..sbb tak nak isi ikan tadi kering di dalamnya. Angkat dan ketepikan.
3). Tumiskan pula bawang putih dan juga halia hingga wangi, masukkan bawang besar..balik2kan. Masukkan lada hitam.
4). Masukkan pula sos tiram dan kicap manis..kacau seketika.
5). Masukkan ikan dan juga bell pepper, air tepung jagung ..kacau. Jika kuah terlalu pekat dan kekurangan kuah..boleh tambah air yang secawan tadi tu. Rasakan masin manisnyer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...