Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, April 8, 2011

Kung Pao Chicken

Menu dinner malam tadi ...Kung Pao Chicken resipi dari Cik Wan tapi Tun amik dari rumah Kak Nor. Sedap! Itu jer boleh kata..hihihi...yang penting anak2 menyukainya. Insya-Allah lain kali boleh buat lagi ni. Minta izin share resipinya kat sini pula yer. Terima kasih.

KUNG PAO CHICKEN
sumber : Cik Wan Taipei
sumber : Kak Nor

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepung jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil

Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepung jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
Cara-cara:
Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu.
Kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng.
Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan.
Sedia untuk dihidang.

## Tun ikut Kak Nor tambah capsicum hijau dan merah yg dipotong dadu.

2 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... singgahla ke blog saya ;)

DJ Dayang said...

wow! nampak sedaappp!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...