Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, September 27, 2009

Chocolate Moist Cake II

Kalau yang tadi tu untuk MIL, ini untuk my mom pula. Second time ni, agak cepat dan mudah untuk dideco..tapi bancuhan coklat untuk rose tu masih lagi agak lembut sebab tu, ia agak melepek. Walau bagaimanapun, aku cukup bersyukur kerana dapat menyiapkannya sendiri walau tidak secantik dan sekemas orang yang pro.. Semoga mummy happy dengan hasil tangan anaknya ini.Untuk bahagian tepinya, aku buat rossette dari white chocolate. Agak sukar untuk deco dengan white chocolate kerana aku masih tidah mendapat bancuhan yang tepat..hasilnya white chocolate itu jadi pecah minyak.

Very simple design..sebenarnya aku lebih suka yang ni, simple saje. Tetapi, untuk MIL tu terpaksa ku penuhkan dengan saratnye sebab nak tutup kecacatan kek itu sendiri. huhuhuuu...

Wednesday, September 16, 2009

Chocolate Moist Cake

Buat Love, inilah deco yang tak seberapa dari seorang amatur seperti ku. Sebenarnya aku kurang berpuas hati dengan hasil ni kerana masa yang terhad membuatkan hasilnya kurang memuaskan hatiku. White chocolate tu pun terpaksa aku cairkan dengan tidak mengikut piawaian kerana masa yang tidak cukup untuk ia mengeras...masa ku paipkan ia keras so hasil text tu tak berapa cantik. Walau bagaimanapun aku bersyukur kerana apa yang ku impikan dapat dilaksanakan. Semoga MIL ku gembira dengan hasil tangan menantunya ini. Amin..
Aduihhh...letih dan mengantuk pula rasanya hari ni..Malam tadi tak tidur aku dibuatnya..Kalau tak tidur beribadat tu baguslah jugak ni tak tidur sebab buat cake..huhuhuhuuu...apaleh buat masa tak cukup untuk aku siapkan semua. Oleh kerana kesiankan MIL, aku buatkan jugak chocolate cake kegemarannya. Malam nanti nak dihantar ke rumah SIL kat Semenyih pula..besok pagi aku dah nak balik kampung aku..huihhh..seronok tak terkira.hehehe...
Untuk Chocolate Moist Cake kali ni, aku try deco guna ganache..dah puas ku survey macamana nak buat roses dari coklat.,yang penatnya, chocolate ganache tu kena tunggu keras sendiri then baru leh buat rosnyer..dahlah pagi ni aku masih lagi berkerja..masa untuk aku main2 dengan ganache ni kurang..so, tengoklah apa yang jadi. Tu pun tak siap sepenuhnya lagi sebab tak sempat, bahagian atas cake aku belum siap deco...nak take picture pun tak sempat tadi.
Kepala sekarang ni pun dah terasa weng..wengggg...kat office nih.huhuhuh...
Balik kang nak siapkan bahagian atasnya then nak buat lagi kek untuk Mummy ku yang tercinta.. special cake for her aku buat Peanut Butter Cake sebab my mom sukakan peanut butter.hehehehe..dan tambahannya 2 biji chocolate moist cake dan 2 biji marble cake..Ntah ler sempat wat ke tak ni.
Aduihhh...jenuh aku mencairkan coklat untuk dapatkan bancuhan yang ideal..ni pun coklat tu masih kurang pekat lagi untuk mendapatkan kelopak yang cantik elok. Dahlah tak pernah attend sebarang kelas deco..aku main taram jer.
Ni dah siap dalam kotak untuk delivery.......

Frambozen Kenari

Jadi ke ni? Ntahlah, tapi yang pasti rasanya sodap...Bila tengok hasil Yani, teringin pulak aku menerai nak2 dengar cerita dari kenkawan semua especially Kak Bee. sumer kata sodap. Thanks kak Bee introduce kat kita kukis ni..memang marbeles gituwww....
Untuk resipinya, aku kurangkan gula jadi 80g sebab aku menggunakan milk powder yang memang sudah manis...nasib baik jugak aku terfikir, kalau tak rasanya mesti manis jadinya. Aku amik resipi ni kat resipi.net.
Semalam ada bagi jiran (my son's sitter) 1 balang kecik. Pagi ni bila hantar Muwri Uzair tadi, dia kata sedap biskut ni. Aku kata, "nanti bolehlah akak try buat pula kalau anak2 dah suka. :). "Alhamdulillah..walaupun takdelah menjadi sangat rupa biskut ni, tapi rasanya sedap bagi ku. En Hubby pun cakap sodap. Aku sengih jer ler.hehehee..

Marble Shortbread II

Seperti yang dijanjikan, ini aku postkan Marble Shortbread yang kedua kalinya aku buat. Hehehehe...alhamdulillah, menjadi juga akhirnya. Bila dah tahu caranya, senang pulak buat biskut ni, cepat sekali wat pun dah dapat 2 balang sedang...jimat masa.
Alhamdulillah, cukup jugaklah untuk MIL, Mummy dan juga 1 balang untuk diri sendiri...cukuplah tu kan.hehehe..lagipun masa dan keadaan tak mengizinkan untuk buat lebih2, tunggulah bila aku sudah balik dari kampung, leh lah buat lagi untuk dibeli pada jiran tetangga pula kan.hehehee....

Monday, September 14, 2009

Semalam tak tahu apa nak masak so redah jelah kan..lagipun memang nak cepat jer memanjang. Belek2 resipi dalam simpanan, terjumpa resipi cecahan telur rebus ni dari Kak Nor. Memang dah lama dalam list, cuma belum pernah try jer.
Sedap jugak rasanya, lain dari biasa2 kita makan..biasanya aku buat letak belacan..yang belacan ni resipi turun temurunlah masa kat kampung dolu2. mummy aku selalu gak wat seakan resipi ni kan.hehehe
Mintak izin kopipes yer kak Nor. Thanks sudi share resipi yang simple mimple lagi sodap camni.

CECAHAN TELUR REBUS ~ Nam-prik Khai Tombahan2:
2 bj telur rebus
5 - 6 biji cili padi merah dan hijau
2 sudu besar udang kering ~ dicincang kasar
5 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan2 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh gula pasir

Cara:
Layur cili api atas frying pan.Carikkan dgn garfu (ikut kak Nor gak-hiris2 dgn pisau jer)
Campurkan kesemua bahan2 lain termasuk cili td.
Curahkan atas telur rebus dan sedia dihidangkan.

Marble Shortbread

Malam Ahad lepas buat Marble Shortbread ni.. mudah rupanya buat biskut ni. tapi walaupun mudah, mula2 nak melorek marble tu terketar2 lah jugak kan. Dahlah aku tak study dulu resipi ni, macamana nak melorek sumer tak tahu. Sebab tu marble aku tak cantik, dah siap asingkan baru perasan marblenya kurang cun..baru aku gi study balik kat forum macamana nak melorek kasi cantik.muahahahaha....
Sudahnya, pagi ni after sahur, aku buat lagi 1 adunan Marble Shortbread ni. Nanti aku, pastekan resultnya yer.hehehee...
Thanks, kepada semua yang banyak membantu, share tips dan semuanyer.

Biskut Almond

Hari Sabtu dari pagi lagi aku buat biskut ni..sebenarnya biskut ni biskut Anpanman resipi dari Yani... tapi aku takde acuan kartun anpanman tu, yang ada vinnie the pooh, tiger, chips n' dale, dan beberapa cookie cutter kartun yang lain. Hari tu makcik hubby ada mintak buatkan biskut rupa kartun ni. Buatlah jugak 1 balang untuk makcik.
Dah banyak kali jugak buat biskut ni..sedap!. Anak2 pun suka, lagipun biskut ni kurang manis..tu yang sedapnyer tuh.hehehe
Pada mulanya nak deco dengan royal icing, pastu tengok2 dah cantik rupanya tu nak deco pun dah kesuntukan masa..yelahkan, Khamis dah nak bertolak balik kampung. hmmmm...nampaknya buat jelah apa yang sempat.huhuhuh...

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke-23

Oleh kerana aku amat kepenatan buat biskut raya, aku cuma masak ala kadar jer. Semalam buat bihun sup, air kurma bersusu dan kuih serimuka. Masaklah jugak lauk untuk sesaper yang nak makan nasi. Aku masak cecahan telur rebus (amik resipi ni kat rumah kak Nor), Honey Prawn (resipi kak Dayang) dan maid aku goreng ayam.
Abaikan jelah gambar yang tak cantik ni yer. Tengoklah udang tu pun penuh pinggan malas aku layan tak larat dah ni.huhuhuhu...sakit 1 badan rasanya.

Friday, September 11, 2009

Kedai Runcit Mummy dan Abah

Akhirnya tercapai juga hasrat mummy dan abahku untuk membuka sebuah kedai keperluan harian. Kedai ni baru jer beroperasi pada permulaan bulan puasa baru2 ini. Sebenarnya, kedai ni adalah merupakan persediaan awal untuk abahku bila dia pencen nanti.
Walaupun kedai ni takdelah besar mana, tapi cukup membuat hati kami gembira dan bersyukur kerana menandakan kesungguhan abah bersusah payah tercapai jua.
Dengan gandingan kami adik beradik tolong abah sikit2 sebab abah bukannya selalu ada kat rumah, ulang-alik dari Gua Musang ker Machang. Jauh gak tu...ambil masa 2-3 jam untuk sampai ke tempat kerja. Sebab tu kenkadang abah stay kat quarters kat Taman Wangi, Gua Musang bersama seorang lagi adik lelaki (Hafiz) yang juga bekerja kat sana.
So, adikku yang 3rd. (Saidatul Hamimah) kat kampung yang banyak membantu memborong barang2 runcit dan perjalanan kedai ni juga dibantu oleh 2 orang lagi adik lelaki (Halim dan Hakim) yang telah tamat belajar. Semoga kedai ni menambahkan rezeki dan juga menjadikan kami bersyukur serta semoga ikatan kekeluargaan kami makin kukuh bersatu. Insya-Allah.

Kad Raya Dari Teman2 Bloggers

Tadi tengah ym dengan hb, tetiba masuk file suh save kut skype pula. Tanpa tengok file apa terus jer save then open. Larrrr...dapat card raya ni dari hubby...dahlah kita tengah cakap dengan dia kat ym tetiba dia send lak kat skype. terkojut den. hehehehe...but, anyway, thanks Laling!!! Lebiuuu...muahhhh!!!
[rayacard2.jpg]
Kad Raya dari Love. Thanks my dear friend for the nice card.

[ramadhan2.jpg]

Ini pula dari Ann yang tengah rancak buat bizz kuih raya tu. Thanks Ann. Selamat Hari Raya buat Ann sekeluarga. Maaf Zahir Batin yer.

Sosej Roll II

Roti Sosej lagi..ni jer menu yang senang dan cepat..buat awal2 then simpan kat fridge petang kang balik goreng. Kepada sesiapa yang nak cuba leh tengok sini (MyR)...atau resipi kat bawah ni yer.

Sosej Roll
Bahan:
6 batang sosej
6 keping roti sandwich
1 biji telur
1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh
1 1/2 cawan nestum (boleh juga guna cornflakes yang diramas skit)

Cara:
1). Celur sekejap sosej dan toskan.
2). Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis. Jika menggunakan roti yang agak kering, elok roti itu dikukus sekejap, kerana roti yang kering agak kurang cantik bila digulung. Aku selalu menggunakan roti Gardenia.
3). Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
4). Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (jika sosej itu sudah masin, tak perlu tambah garam)
5). Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
6). Kemudian masukkan pula roti itu ke dalam nestum. Biar semuanya diselaputi dengan nestum. (Jika suka tebal, boleh diulangi dengan mencelup ke dalam telur, then ke dalam nestum lagi sekali). Ulang hingga habis.
7). Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan nestum diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.

Monday, September 7, 2009

Kerabu Sotong

Kerabu Sotong dan mangga muda. Resipinya Insya-Allah akan ku masukkan bila berkesempatan.

Badak Berendam Inti Kacang Merah

Aku tak pernah buat Dessert ni..tapi aku suka makan dan aku tak tahupun resipi asal badak berendam ni macamana. So, aku main taram jelah letak inti kacang merah...Alhamdulillah...nasib baiklah juga semua suka, takdelah membazir, kan.
Nampak tu intinya...kacang merah. Hari tu ada makan MIL buat, dia letak gula melaka..kali ni aku letak isi lain..sajer nak test...hehehee...

Juadah Berbuka Puasa Hari ke-11

Ntahlah...apa benda yang aku buat hari ni...melanguk ker per akhirnya masak jelah yang mana senang. Ni salah 1 dish yang aku masak selain ketam bercili.
Nak cepat apalagi kalau bukan masak sardin kan. Aku dan family memang suka Sardin Masak Kicap ni...kalau anakku yang sulung tu memang makan bertambah2. Resipi ni sama dengan resipi Hana MyR. Boleh tengok kat sini.

Ketam Bercili

Masak Ketam lagi...ni permintaan anak sulong. Dia memang suka sangat makan seafood ni, nak2 ketam dan sotong. Lagipun nak habiskan stok ketam dalam esbox. Kalau lama2 nanti hilang manis pulak kan...
Untuk resipi ni, nanti aku letak sebab takdan sangat nak ngadap computer ni lama2 hari ni, banyak kerja duk que untuk disettlekan. Insya-Allah, aku akan pastekan resipinya.

Juadah Berbuka Puasa Hari ke-10

Nilah baru nak update blogku ini..takde masa sekarang ni. Biasalah kan, bila time2 dekat nak cuti beraya ni, kerja office pun kenalah beres juga...barulah senang hati sikit nak bercuti kan.
Hari ni malas nak buat kuih, yang senang suruh maid goreng semua benda yang kat atas ni, kenalah dengan tema dish aku hari ni kan..Western Food. hehehe

Jus Kurma Bersusu II

Walaupun aku masak western food, tapi jus yang 1 ni jarang2 aku tinggalkan...lagipun nak habiskan stok fresh milk dalam esbox, kan. Hari tu hubby beli banyak 2 botol besar fresh milk. 1 botol memang budak2lah yang habiskan...memang favorite diorang tu.
So, untuk mengelakkan expired, aku buatlah jus ni dan apa2 yang menggunakan fresh milk. Sesiapa yang nak try leh tengok kat sini yer.
Atas permintaan, aku paste kat sini sekali lagi resipinya yer.

Jus Kurma Bersusu
Bahan:
1/2 kotak susu segar Magnolia
10 biji buah kurma - dibuang biji dan dibersihkan
1 cawan air panas
beberapa ketul ais
sedikit gula - optional

Cara:
1). Rendam buah kurma dalam air panas 15 minit.
2). Kisar buah tersebut bersama airnya tadi hingga hancur. Masukkan pula ais dan kisar lagi.
3). Masukkan susu segar dan kisar sebati.
4). Sedia dinikmat.

Pasta Goreng Dan Jagung Stim

Habis, kalau dah hubby mintak nak makan creamy chicken soup, takkan aku nak gabungkan dengan nasi dan lauk2 pulak, kan. So, buatlah dish yang sudah lama aku tak buat ni. Pasta Goreng. Pasta goreng ni lebih kurang gak dengan resipi bolognese sebab sosnya adalah sama, cuma aku goreng jer. Untuk melengkapkan dish ni, aku tambah sepotong sweet corn yang telah di stim.

Creamy Chicken Soup


Hari ni kita berbuka dengan Western Food pulak. Bosan gakkan asyik makan dish yang agak sama jer setiap hari. Ni permintaan hubby dari semalam, hari ni terpaksalah aku penuhi hasrat laling aku tu.hehehee....

Biasanya aku buat sendiri soup ni, tapi oleh kerana nak cepat aku beli jer yang dalam tin. Balik tuang dalam kuali, tambah air dan masak hingga mendidih dan sebati. Dah siap..hehehee...

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke-9

Ketam ni beli kat kampung jugak, maklumlah kampung hubby dekat pantai. Besar sungguh ketam ni. Aku gamble jer masak ni, tak sempat nak survey resipi yang selalu aku buat. Nasib baik sedaplah jugak rasanya pada tekak kami sekeluarga. Alhamdulillah.
Untuk resipinya. nanti aku pastekan kat sini..

Asam Pedas Ikan Duri

Asam pedas ni resipi dari MIL. Setiap kali balik kampung mesti minta MIL masakkan kami.hehehehe...nak2 kalau ikan duri yang tengah ada telur. Aduhhhh...sedapnyer.

Bubur Jagung


Hari tu ada balik kampung kan, tengah jalan dari kampung hubby memang banyak orang jual mangga, jagung dan karangan laut. Aku memang tak lepaskan peluang memborong sweet corn ni. Balik tu buat bubur jagung. Oleh kerana jagung manis ni lembut, sekejap jer atas dapur, dah boleh dinikmati.

Tuesday, September 1, 2009

Juadah Berbuka Hari ke-8 Berpuasa

Nasi Lemak - rasa2nya semua orang tahu kot masak nasi lemak, kan. Lagipun banyak resipi nasik lemak ni, mana2 pun leh dapat. Hari tu lagi aku tergoda tengok nasik lemak kat rumah Che'iza, Kak Dayang Jack dan beberapa rumah lagi yang aku memang dah tak hingat nak tulis kat sini.
Untuk nasik lemak ni, aku cuba tambah sedikit halba...sedap jugak. Wangi dah macam bau nasik dagang pula. hehehehe...

Cucur Sayur Ikan Bilis

Last weekend, balik berbuka puasa dengan family my hubby. Yelah, kan..cuti merdeka day, time nilah amik peluang nak beramah mesra dengan keluarga belah hubby pula. Lagipun nanti beraya kat kampung aku this year. Rasa2nya dah banyak kali balik kampung hubby..maklumlah dekat jer.
Balik sini semalam, bertolak dalam pukul 11 a.m, singgah Sungai Besar jap..ronda2 cuci mata. Sampai rumah dah pukul 3 petang. Hubby pulak berkejar pergi site. Apalagi, nak senang aku cuma masak nasik lemak, drummet salut tepung goreng, cucur sayur ikan Bilis dan air bali. Resipi ni juga boleh didapati di sini.

Cucur Sayur Ikan Bilis
Bahan: 1 family - 4-5 orang
1 1/2 cawan tepung gandum - boleh ditambah
2 pokok kangkung - potong kecil2
2 pokok daun bawang dan daun sup - potong halus
1 biji kentang - dipotong jejari
1/2 biji bawang besar
1/2 biji capsicum (boleh ditambah dengan cili merah atau hijau)
1 genggam ikan bilis - dibersihkan dan ditoskan
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam secukup rasa
air secukupnya

Cara:
1). Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Tuang semua bahan kecuali air.
2). Kacau sebati. Pastikan sayur nampak banyak dari tepung.
3). Tambah air dan kacau sebati. Agak2 pekat dan tidak terlalu cair.
4). Panaskan minyak dan goreng dengan api yang agak besar supaya ia rangup. Tapi jangan sampai tidak masak pula.
Inilah Sos Istimewa ku ituewwww..boleh juga dilihat di sini.
Sos Istimewa
Bahan : 1 mangkuk
5 tbsp cili kering yang dikisar
4 tbsp cuka
6 tbsp gula - agak2 klu manis kurangkan
1/4 tsp garam
1/4 cawan air
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus

Cara:
1). Masukkan semua bahan dalam pot, dan panaskan hingga gula hancur.
2). Kacau sentiasa supaya ia sebati.
3). Rasakan manis dan masamnya. Jika sudah ok, tutup api.

Memang aku selalu buat sos ni. Ini pun aku create sendiri masa bujang2 dulu. Time nak makan dengan popia. Inilah pertama kali aku cuba sendiri masa zaman anak dara - pandai2 jek.muahahaha...

Air Barli

Ni untuk berbuka puasa pada hari yang ke 8 berpuasa. Ntah macamana semasa godek2 drawer terjumpa stok barli ni. Bila beli pun aku tak hingat, tapi rasanya dalam 2 bulan lepas kalau tak silap. Biasalah aku kalau pergi pasar, aku main grab jer bila terlintas di kepala apa yang teringin, list ikutlah jugak..muahahahaa.. Sesiapa yang nak tengok resipi boleh juga dilihat di sini.

Air Barli
Bahan: 1 family
1/2 peket barli
1 jug air
gula secukup rasa
Ais

Cara:
1). Cuci bali hingga bersih. Toskan.
2). Masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga bali agak kembang.
3). Bila dah kembang dan lembut, ambil 1/3 dari biji bali tersebut dan blend hingga hancur.
4). Masukkan balik bali yang diblend ke dalam periuk tadi. Jika nak banyak boleh tambah air.
5). Masukkan gula secukup rasa. Masak hingga gula hancur.
6). Sejukkan sedikit, barulah dituang ke dalam gelas dan letas ais. Sedia diminum.

Air Bandung Cincau


Air Bandung cincau kegemaran anak2 ku. Sejuk jer tekak minum ni. Hehehehe...

Roti Jala dan Kari Ayam

Juadah berbuka puasa pada hari Sabtu lepas. Aku memang suka menjala, seronok pula rasanya. Untuk kali ni aku buat 1 1/2 adunan. Dapat banyaklah juga. Boleh aku bagi pada jiran2 tetangga yang terdekat.
Aku selalu menggunakan resipi dari Tulip..sebab ianya sesuai dengan saiz family ku. Mintak izin C&P yer matau boleh tengok kat sini. Thanks Tulip.

Roti Jala
Bahan-bahan ( 4 org ) :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning
1 st garam
Cara-cara :
1). Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
2). Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
3). Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.
Yang ni dah siap posing atas meja, tunggu masa untuk berbuka jer.
Memang menjadi kegemaran hubby dan anak bujang sulungku. Thanks Tulip.

Lemon Yogurt Jelly

Hari tu try resipi dari Yani MyR . Lemon Yogurt Jelly untuk berbuka. Saja jelah kan. Asyik dessert yang manis jek apakata kalau cuba buat yang masam manis pula..mesti terangkat. Yer tak..hehehehe....Untuk yang berminat, boleh tengok kat sini. Thanks yer Yani dan izinkan nak C&P kat rumah ni pula.

Bahan-bahan ( 5 )

  • 10g gelatin
  • 100ml lemon jus-dr buah lemon (aku kurangkan jadi 80ml)
  • 6 sudu besar plain yogurt (aku tambah jadi 8 tbsp)
  • 6 sudu besar gula
  • 300ml air (aku kurangkan 250 ml)

Cara-cara:

  1. Campurkan gelatin dgn 1 sudu besar air. Kacau dan ketepikan
  2. Masukkan yogurt, gula dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih. Kemudian padamkan api.
  3. Masukkan pula jus lemon dan gelatin tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas yg sesuai. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.

    Aku ikut resipi ni mula2..rasanya agak masam jugalah bagi ku. Tapi next time nak kurangkan dan tambah ikut yang aku update seperti di atas...tengok apa jadi pula. Tungguuuuu.....

Cencaru Sumbat Bakar


Ni lauk memang senang sangat nak masak, time aku urgent dan sebagai lauk tambahan. hehehehe...sebenarnya malas ler tu kalau masak bakar2 atau panggang2 nih. :)

Tepung Pelita

Tepung Pelita sebagai dessert untuk berbuka puasa yang ker 6. Tak berkesempatan nak update rumah ku ini..dah mula bersawang, baru berapa hari tak balik rumah.huhuhuh..
Untuk resipi ni, aku menggunakan resipi Yani MyR..sedap dan mudah menyediakannya. Thanks Yani, mintak izin C&P yer..

Tepung Pelita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...