Snow Effect
Tq To My Dear Followers
Thursday, March 31, 2011
Wisk
Roti Kentang
sumber: SecubitGaramNor67
Bahan Doh :-)135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:-)
UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang.
Wednesday, March 30, 2011
Puding Strawberry
10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
1/3 cawan jus / inti bluberi ~ Tun guna strawberry filling3/4 cawan gula pasir (-/+) ~ Tun kurangkan sikit
4 sb susu pekat manis
1 cawan air (250 ml) ~ Tun tambah lagi 100ml
2 cawan susu segar (500 ml)
1 sb mentega
2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)
Cara-cara :
Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat.
Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati.
Tuesday, March 29, 2011
Cili Hijau Goreng Telur
Bahan2:
- 10 btg cili hijau
- 1 btg cili merah
- 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak)
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji telur ayam
- Garam n perasa/gula secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
- Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
- Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
- Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
- Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
- Masukkan garam n perasa/gula.
- Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
- Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.
Singgang Bendi
Wednesday, March 23, 2011
Custard TeaCake
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-Tun guna tepung gandum ajer + 1 1/2 tsp baking powder
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
1/4 cawan susu segar ~ Tun tambah
BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla
1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Pa
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan p
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!
Saturday, March 19, 2011
Pancake dan Roti Rangup lagi..
Friday, March 18, 2011
Bun Oat Milo Chocolate Chips
Asalnyer Tun nak buat bun sweet corn, tapi cari2 resipinyer tak jumpa plak..sweet corn ada sikit lagi tu dalam esbox..ada nampak kat rumah Ros Onigiri, ntah naper takleh nak masuk plak..ditambah lagi line tenet tak berapa nak ok skang ni..Semalam nak tinggal komen kat blog kak Nor, atau nak link pun tak boleh..huhuhu..seksa betoiii lah.
Okies, berbalik kepada bun Oat Milo ni, memang sedap betui, gebus sunggusss di tambah lagi ada chocolate chips tu, perghhhh..Tun duk ngadap lappy ni pun tak sedar dah habis 3 ketui tauuuu..ishhhh... >___<
Untuk yang ni, Tun tak guna Milo, sebab kat rumah ni memang takde Milo, lagipun kami kurang gemar minum Milo..adalaa sesekali kalau teringin, baru beli..itupun kalau nak buat kuih, cookies, kek ataupun Milo ais..harrrr baru ler gi cari kat kedai. Kay, untuk resipi ni, Tun gantikan Milo tu dengan Ovaltine. Hasilnyer memang sodapp!
Jemputlah, panas2 lagi ni..hidang dari atas redaiii.. ^__^
Jom cek resipi..Mintak izin kat Ros Onigiri untuk akak letak resipinya kat sini buat rujukan lain kali pula yer..Insya-Allah akan guna lagi resipi ni. Terima kasih banyak di atas resipi yg mabeles. :D
Dah siap di gliss dan ditabur dengan choc. chips
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya ( Untuk Doh)
350gram tepung roti
40gram Oats segera ( ros guna jenama quaker oats plastic warna biru tu)
2 sudu besar water roux
3 sudu besar milo ( dibancuh dengan 2 sudu besar air panas) ~ Tun gantikan dengan Ovaltine 3 1/2 tbsp.
3 sudu besar gula
sedikt coklat chip
2 sudu kecil yis
180 ml susu segar suam@ air suam
* untuk gliss*
2 sudu besar susu segar +beberapa titik madu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat chip dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh kecuali coklat chip di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Masukkan coklat chip dan uli sebentar, selepas itiu bahagi doh pada 14 bahagian kecil , dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat . Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan bancuah madu+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutannya. Selamat Mencuba.
Sedap dijadikan sarapan dan dimakan begitu sahaja.
Egg Paratha Roll lagiii...
Thursday, March 17, 2011
Puding Karamel Lapis Special
resipi : K.Nor@SecubitGaram
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco
Bahan utk gula hangus:
2 sudu besar air panas
Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
Utk membuat gula hangus:
- Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
- Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
- Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.
- Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
- Satukan susu, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
- Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
- Bahagi dua adunan.
- Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
- Kacau sebati dan tapis.
- Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
- Kukus lebih kurang 10 minit.
- Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
- Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
- Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.
- Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam.
- Bila adunan agar2 dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.
- Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
- Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti)
- Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.
- Sejukkan kembali dalam peti ais.
- Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..
Monday, March 14, 2011
Jom Menjala...
Friday, March 11, 2011
Mee Kari
Bahan2:
isi ayam, udang, isi kerangfish/chicken ball
4 - 5 sudu cili mesin - (Tun letak 3 sb ajer)
5 - 6 sudu besar rempah kari
5 tangkai daun kari
4 liter air - (Tun letak 3 liter ajer sbb tak muat piyuk..hihiih..)
1 - 1 1/2 cawan santan pekat
air asam jawa
1 kiub pati ayamsawi
garam secukupnya
1/2 sudu besar gulaminyak
bahan dikisar:
5 ulas bawang putih
1in halia
bahan sampingan:
mee kuning secukupnyatelur rebus
tauhu ~ digoreng dan dipotong taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
daun saderi ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka
cili merah/cili padi ~ dihiris
limau kasturi/nipisCara2:
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
Masak seketika.
Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari dan kicap.
Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
Padamkan api.
Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)
* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)
Thursday, March 10, 2011
Ayam Harum Thai
Resepi: TryMasak
Dirujuk: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
- 2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
- 4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)
- 2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah)
- sedikit gula dan garam secukup rasa
- 4 sudu besar minyak untuk menumis
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar pes tomyam
- 2 sudu besar kicap cair
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 biji limau nipis - ambil jusnya
- daun sup - dihiris halus-halus
- Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
- Tumiskan bahan A sampai wangi.
- Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
- Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
- Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
- Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
- Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.
Chocolate Chips Muffin
1 3/4 cups Plain flour
1/2 tsp baking soda
2 tbsp quality cocoa powder - I used Valrhona
3/4 cup superfine sugar
1 cup semisweet chocolate chips (put aside 1/4 cup for sprinkling)
Wet Ingredients:
1 cup milk
1/3 cup plus 2 tsp vegetable oil - I used Canola oil
1 tsp pure vanilla extract - I used vanilla essence
1. Line muffin tin with paper cases
2. Preheat oven to 200deg - I used 175C
3. Put all dry ingredients into a large bowl
4. Pour all the wet ingredients into a measuring jug
5. Mix the dry and wet ingredients together (the batter
6. Spoon into the prepared muffin cases
7. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top
8. Bake for 20 minutes or until the muffins hv risen and are springy
Cencaru Sumbat Cili
Resipi ni sesuai untuk orang yang dalam pantang..
Tuesday, March 8, 2011
Ayam Herba Lada Hitam
by Kak Dayangjack
bahan-bahan :
- 1 ekor ayam (dipotong 4)
- 1 sudu makan dried oregano
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu makan mustard atau mayonis
- 2 sudu makan sos cili
- 1-2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
- garam dan gula secukupnya
- 2 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak
- 7 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Toskan dulu dan biarkan sejuk.
- Gaul-gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih. (sukatan gula dan garam boleh adjust sendiri)
- Sediakan dulang pembakar. Alaskan dengan kertas foil. Susunkan ayam di atasnya. (Lebihan bahan perencahnya jangan dibuang) Kemudian bakar/pangganglah selama 30-40 atau sehingga masak. (DJ guna suhu 180C dan bakar selama 15. Terbalikkan ayam, tuangkan baki perencah tadi dan bakar lagi selama 15 minit).
- Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi ayam.
Roti Goreng Rangup
Bahan-bahan:
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya ~ Tun guna inti kacang merah
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
Nota biru: