Lala Tumis Tiram Bertelur
resipi: RASA
dicuba: Rabiatun
- 500gm lala | diberskihkan
- 4 biji bawang merah l dikisar
- 3 biji cili merah l dikisar
- 2 ulas bawang putih l dikisar
- 2 tangkai daun bawang | dihiris memanjang
- 2 biji telur
- 2 batang serai | diketuk (tak letak)
- Sos tiram secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1 Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis serai dan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan berbau wangi.
2 Selepas itu masukkan sos tiram secukupnya, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
3 Masukkan lala dan dikacau rata.Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
4 Selepas itu pecahkan telur dan kacau sebati melitupi lala. Biarkan lala masak sebentar.
5 Angkat dan sedia dihidangkan.
3 Masukkan lala dan dikacau rata.Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
4 Selepas itu pecahkan telur dan kacau sebati melitupi lala. Biarkan lala masak sebentar.
5 Angkat dan sedia dihidangkan.
2 comments:
Salam. Sedapnya tengok lala tu...
Kat sini jarang jumpa.
Zana,
W'salam. Zana kat mana? mungkin bermusim juga lala ni agaknya..sesekali juga ada jual ni.. tq sudi singgah
Post a Comment