Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, May 23, 2012

Ikan Celup Tepung

Ikan celup tepung...memang peberet.Teringat dulu maa kecik2 mummy selalu buat untuk ganti minum petang..buat ratah2..Cicah sos cuka buatan hasil air tangan si emak...Sedapnya...Tun dan adik2 jenis kurang suka makan ikan..kecuali yang dimasak oleh mummy..Kalau makan kat mana2 kedai pun, kami elakkan makan ikan...tapi kalau Thai Rest. atau masakan Thai jer kami makan ikan..Ni jenis phobia sebenarnya..Sebab pernah terkena makan di luar, masakan ikan yang hanyir..Lepas tu memang tun dan adik beradik jadi phobia..huhuhuhu...

Alhamdulillah, apabila dan meningkat remaja, nak2 terpaksa pula hidup berjauhan dari ibu ayah kerana menyambung pelajaran, nak2 taknak perasaan phobia tu kena kikis juga..Alhamdulillah..sekarang ni Tun boleh terima walau makan dimana2 dan apa2 jenis masakan dari ikan..Hehehehee..tu kisah Tun dan adik2 yg phobia dengan masakan ikan..hihihihi....

Okies, berbalik resipi campak2 Tun semalam ni..Sebenarnya, ikan celup tepung ni request dari Mr. Hb..tp alhamdulillah..bila dibuat, anak2 pun suka buat ratah2 dan dicicah dengan sos cili Thai...
.Jom kita check resipiya...

Ikan Celup Tepung
Resipi: Rabiatun@Sweettouch

Bahan:
10 ekor ikan kembung saiz sederhana kecil
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 tsp +- garam ( kena masin sikit sbb ikan tak letak garam)
1/2 tsp serbuk kunyit
Air secukupnya (agak2 untuk mendapatkan bancuhan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng


Cara:
  1. Ikan dibersihkan dan dicuci dengan asam keping dan juga jus limau nipis. Toskan.
  2. Bancuh semua bahan lain hingga sebati.
  3. Panaskan minyak masak, celup ikan tadi 1 persatu dan goreng seperti goreg pisang.
  4. Goreng hingga keemasan. Toskan minyaknya.
  5. Sedia dihidang bersama sos kegemaran.

2 comments:

CT Delima said...

As'alam Tun

Sedapnya kalau makan panas2 ikan celup tepung ni, k.ct kalau nak buat pun akan guna ikan kembung atau ikan selar perghhh...

Qasey Honey said...

sedap pulak tgk ikan celop tepung tu...nmpk garing juga tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...