Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, April 20, 2011

Kuih Seri Muka

~Assalamualaikum~

Malam tadi Tun menggodek Kuih Seri Muka, pernah sekali dulu Tun try buat resipi dari NanaSham MyR...tapi resipinya ntah kemana Tun letak, lupa dah pulaknyer..aiiiiihhh. Nak kena gi sekodeng MyR dulu ler nampaknyer nih, akhirnya dapat ler resipinya.
Tun tunggu selesaikan anak2 yang ada kelas malam dulu termasuk tolong mereka buat ulangkaji, bacaan Iqra' dan Al Quran serta bagi anak2 makan dinner awal. Anak2 Tun keluar gi kelas, pukul 8 - 9.30 mlm. Selalunya Muqri ikut sama makan dengan abang2nya, tapi oleh kerana, dia tidur waktu petang, mood nak makan awl tu kureng ler agaknyer..hihihi..Si abang dah keluar, baru ler dia nak makan..huhu..Selesai bagi Muqri makan dinner dan kemas2 pinggan mangkuk serta dining table, barulah senang hati nak menggodek benda lain. Kalau tak, Tun jenis tak boleh nak buat kerja kalau keadaan semak, kang kepala pun turut jadi semak..hehehehee..

Okies, balik ke pangkal jalan ehhh...hehehehe..Pasal kuih ni, Tun sediakan air kukusan dulu dan rendam beras pulut. Sambil2 didihkan air dalam periuk kukus, Tun sediakan bahan untuk pulut. Sementara tunggu pulut yang dikukus tadi masak, Tun sediakan terus bahan untuk lapisan atas pula. Jadi, bila pulut tu dah masak, bahan untuk bahagian atas tu dah ready untuk diletakkan ke dalam loyang..hihihi..
Rasanya sedap, cuma bagi Tun, kalau nak agak senang potong, lain kali Tun nak kurangkan sedikit air daun pandan tu kepada 200ml sahaja. Insya-Allah...
Terima kasih banyak buat Nana di MyR nunnn..memang dah berderet yang hantar report ni tauuu..hehehe..Mohon C&P resipinya kat sini pula yer Nana, terima kasih..

Kuih Seri Muka / Puteri Salat
sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  8. Untuk lapisan atas:-
  9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  10. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  12. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  13. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
Alhamdulillah, anak2 Tun pun suka dengan resipi ni. ^__^



2 comments:

Mas said...

akak..sedappnya serimuka....
nak sikittt...
cantik jerk serimuka akak tu...

Rabiatun said...

amik ler Mas cayang..hihihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...