Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, April 18, 2011

Carrot Oat Cake


Resepi Carrot Oat Cake ni Tun ambil dari dapur Kak Ita. Menurut Kak Ita resipinya dari rumah Kak Jee yang diolah dari resepi Heavenly Carrot Cake dari dapur CMG. Seperti juga kak Ita, Tun cuba buat resepi yang telah diolah oleh kak Jee sebab ada kelainan sedikit kerana kak Jee menggunakan oat. Kak Jee juga gantikan kacang walnut kepada gajus. Tun pula remain yang asal iaitu menggunakan walnut yang dipanggang.

Sebelum ni, Tun selalu buat resipi carrot pound cake dari CMG juga, tu yang nak try resipi ni pula sebab ada kelainan penggunaan dari segi bahan2nya. Mintak izin letak resipinya kat sini pula yer. Terima kasih banyak2 ^__^

CARROT OAT CAKE
Sumber : Dunia Dari Dapur Kak Jee
Sumber : Kak Ita

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder * ita guna double action BP(atas saranan kak Jee)
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala ~ Tun tak berani letak banyak, 1/2 tsp ajer)
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak) ~ (Tun letak 1/2 tsp juga)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung (kjee guna canola)
¾ cawan gula halus (kjee guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus - ita guna pistachio (bakar sekejap) ~Tun guna walnut

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icin
2 sudu besar whipping cream - ita tambah
Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yan
g telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.

* cara kak ita (Tun ikut cara kak Ita):
Setelah kek masak sejukkan dahulu. Potong kek kepada 2 bahagian. Letakkan Cream Cheese toping atas lapisan kek yg telah dipotong. Kemudian tindihkan dgn satu lapisan lagi. Untuk kek ni, Tun ikut Kak ita buat 2 adunan cream cheese kerana tak cukup untuk satu adunan dalam resipi ni.


2 comments:

Azlita Aziz said...

cantiknyer kek tun ni... sweet aje nampak... pandai tun deco2...

ni aniversary apa ni Tun... blog ke?? atau ulang tahun perkahwinan...

walauapa pun... Happy Aniversary... dari akak di Masam Manis... semoga ceria dan bahagia selalu hendaknyer...

Rabiatun Adawyah said...

Kak Ita : terima kasih kak..Tun pun masih belajar lagi bab2 mendeco ni kak..amatur lagi..hihihi.
Takde sambut apa2 kak, tulis sesajer ajer tue..meh kita wishkan kpd sesaper yg menyambutnya. tq kk cayng..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...