Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, February 8, 2011

Happy Besday specially For My Hb & Son

Happy Birthday buat my Laling yang tercinta dan juga buat anakanda tersayang. Buat Hubby yang lahir pada 8 February~Semoga sihat ceria, dipanjangkan umur, mendapat keberkatan dan mendapat Rahmah-Nya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala apa yang dicitakan dan mendapat kejayaan serta kebahagiaan di Dunia dan di Akhirat. Amin...Amin..Ya Robbal A'lamin..
Buat Anakanda Muqri Uzair yang lahir pada 8 February 2007, semoga Sentiasa Sihat Ceria, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, mendapat kefahaman, daya ingatan dan kefasihan dalam berilmu dan beramal ilmu tersebut utk sekalian umat, Cintakan agama Allah s.w.t dan dipermudahkan segala apa yang dicitakan serta mendapat kejayaan di Dunia dan Akhirat dan juga semoga diberkati oleh Allah s.w.t. Amin..Amin...Ya Robbal A'laminnn..
Sempena Birthday hubby dan anakanda Muqri Uzair pada 8 February, Tun hanya berkesempatan menyediakan Strawberry Cheesecake. Hajat di hati nak buat serentak 2 biji kek - 1 biji lagi kek (Red Velvet) untuk Muqri Uzair...tapi nak wat camner..keadaan tak mengizinkan. Insya-Allah akan menyusul kemudian. Ibu minta maaf banyak2 ye cayang. Lagipun minggu ni saja dan 3 biji kek dibuat.. larat ler tu nak ngadap kek aje pulak, kan..kang naik muak pula.. huhuhuhu...

Apapun, ni cheesecake yang Tun main bancuh ajer..sebab cheese pun ada balance dari last order..Tun habiskan kesemua cheese yang berbaki..memang jenis tak boleh tengok bahan2 bakery tersimpan lama...tu yang membuatkan Tun jadi susah hati..heheheheee..

Strawberry Cheesecake
by Rabiatun @ Sweettouch

Bahan Base:
250 g Digestive biskut
120g mentega ~ dicairkan

Cara:
1). Sediakan springform pan 8". Hancurkan biskut dan campurkan mentega yang dicairkan tadi.
2). Tekan rata ke dalam springform pan. Chilled sehingga perlu digunakan.

Bahan Filling:
270 g cream cheese
100 g gula icing
160 g sour cream ~ Tun letak ajer sebab nak habiskan stok
120 g whipped cream ~ (Klu takde, boleh ajer guna fresh cream sepenuhnya)
120 g fresh cream
13 g gelatin
80 ml air

Cara:
1). Taburkan gelatin ke dalam air. Biar seketika dan double boiled kan hingga ia larut.
2). Pukul cream cheese dan gula hingga sebati.
3). Masukkan gelatin, pukul lagi agak2 sebati.
4). Dalam mangkuk lain, pukul kedua2 whipped cream dan fresh cream hingga pekat. Guna wisk shj.
5). Masukkan no.4 ke dalam no.2. Kacau sebati.
6). Tuang ke dalam springform pan separuh, dan letakkan sedikit strawberry filling (nak letak fresh fruit pun boleh). Letak lagi baki adunan. Chilledkan semalaman.
7). Bila dah nak makan, tuang sos topping di atasnya.

Bahan Topping:
5 tbsp Strawberry filling
1 tbsp gula pasir
1/2 tsp gelatin ~ Tun tak letak sebab tak bawa kek ni keluar travel
1/4 cwn air

Cara:
1). Masak ke semua bahan hingga sebati. Tunggu suam2, baru tuang atas cheese cake tadi.
.... Ni Tun guna loyang 8"...
Note Rabiatun:
** Resipi ni sesuai untuk semua buah termasuk blueberry, strawberry, mango, kiwi dan sebagainya.
** Apapun, Tun ada 1 lagi resipi chilled cheesecake yang pernah Tun buat sebelum ni iaitu Mango Cheesecake.
** Resipi ni hasil dari pemerhatian dan hasil banyak try n error Tun dalam pembuatan cheesecake ni.

2 comments:

K.Nor said...

happy belated birthday buat en suami dan anakanda tun.. semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan keberkatan dlm kehidupan.. amiin..

syok ya berkongsi tarikh birthday, senang nak celebrate.. :)

Rabiatun said...

Kak Nor cayang: Amin...terima kasih banyak kak, wish yg bermakna tue.
betul kak, senang wat sekali, janji kek yang menjadi peberet keduanya.hihihi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...