Assalamualaikum, tuan rumah kembali bersiaran setelah tinggalkan rumah ni kosong tak berpenghuni...adalah juga singgah2 dan buka blog ni serta baca komen kat shoutbox mahupun kat N3, tapi tak berkesempatan nak membalas. Mohon ampun dan maaf yer. Terima kasih juga di atas kesudian semua singgah di sini.
Last 3 days, tuan rumah hadiri kenduri kawin sepupu kat Kerteh, Terengganu...disamping itu buat gader2 family Mohamed Din bin Deraman aka my loving father. Yelahkan, bukan senang dapat kumpul bercuti sama2, kan..kecuali musim perayaan jer lah.
Nantilah kiter citer N3 seterusnya gader2 tu yer. Ni nak letak salah 1 resipi kegemaran semasa kecik2 dulu. Masakan simple ajer tapi cukup bermakna nak2 bila kita dah besar panjang dan berjauhan dari family s'pecially parents yang tersayang. Winduuuuu....
Sotong Rebus
Bahan:
10 ekor sotong size sedang
1 - 2 btg serai ~ dititik
3 ulas bawang merah ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dimayang
air secukupnya
garam
Cara:
1). Cuci sotong, buang kulit, dakwat dan sebagainya. Toskan.
2). Masukkan semua bahan kecuali garam kedalam periuk. Didihkan dengan api yang perlahan.
3). Bila dah hampir nak angkat, masukkan garam.
Note Rabiatun:
* Jika suka kuahnya agak kehitaman sedikit, boleh masukkan sedikit dakwat sotong.
No comments:
Post a Comment