Mintak izin ye Kak Nor, nak C&P resipinya kat sini untuk rujukan Tun di lain kali. Mekasih daun keladi yer....
Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut
by Kak Nor
Sumber: Rabiatun@Sweettouch
Bahan:
2 ekor ikan bawal - kali ni Tun guna ikan talapia
1/4 cwn tepung serbaguna
2 helai daun limau purut-hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak untuk menggoreng
Cara:
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dengan tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut ke atasnya.
Taburkan pula daun limau purut yang dah digoreng atas ikan.
Untuk Sos:
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 biji cili padi hijau ~ dicincang
5 biji cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2-3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam~ Tun ikut Kak Nor, guna air biasa + 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung~dibancuh dengan sedikit air
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dengan daun limau purut yang dah digoreng.
3 comments:
adehhh... kak tun, terliur tgk... huhu
tun, lama gak akak tak buat menu ni.. nak kena buat la sementara along ada lg ni.. tq2 bg idea :)
Ana: sedap kan Ana..nnt akak pun nak buat lagi resipi kak Nor ni..
Kak Nor: tq akak, mmg sedap betul..dah lupa dah ikan msm manis ker, 3 rasa ker..mmg duk wat yang ni ajer. Sama2 kasih yer kak..moga Along dapat merasa air tgn ibunya yg berbakat di dapur ni harr..hihihi...
Post a Comment