Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, July 19, 2009

Baby Kailan With Oyster Soy Souces

Masakan simple jer dinner malam ni. Baby kailan ni memang favourite family ku. Anak - anak yang kurang gemar makan sayur pun, akan makan sebab rasanyer yang manis. Resipi ni aku create sendiri jer sebab aku suka masak masakan yang cepat, mudah tapi sedap (bagi aku ler). Kepada yang nak mencuba, aku pastekan resipi tu kat sini.

Baby Kailan With Oyster Soy Souces
Bahan: ( 1 family-5 orang)
6 batang pokok baby kailan
2 ulas bawang putih-dicincang
3 hiris halia-dicincang
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin (kalau takde, boleh masukkan garam)
1 sdb nampla sos (optional-jika suka)
2 sdb sos tiram
1 sdk tepung jagung (dibancuh dengan 3 sdb air)
1/3 cawan air (jika nak banyak kuah, boleh ditambah)
1/4 batang karot (dihiris memanjang)
Sedikit minyak masak

Cara:
  1. Cuci baby kailan dan potong sedikit pangkalnya. Kemudian jerang air dalam periuk dan tambah 1 sudu besar minyak masak, biarkan ia mendidih.
  2. Susun baby kailan ke dalam penyejat aluminium, dan masukkan ke dalam air mendidih. Bila daunnya sudah agak layu, celup bahagian batangnya lebih sikit manakala bahagian daun diangkat ke atas sedikit. (Ini untuk jadikan sayur tadi masak sekata). Masukkan pula karot beberapa saat dan angkat. Buat asing2 karot dan kailan.
  3. Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk sekejap. Kemudian toskan. Susun dalam pinggan.
  4. Tumis bahan cincang dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan wangi. Masukkan sedikit air, kicap manis, sos tiram, kicap masin dan nampla sos. Kacau seketika.
  5. Bila mendidih, masukkan air tepung jagung dan rasa masin manisnya. (Untuk resipi ni saya tidak tambah garam sebab ia sudah seimbang dengan gabungan pelbagai sos tadi).
  6. Kemudian tuang kuah di atas kailan yang telah disusun dalam pinggan tadi. Siap dihidang.

Ini salah satu cara yang aku buat untuk anakku makan sayuran..anak-anakku suka makan batang kailan ni, sebab ia manis. Kalau nak cuba, leh la ikut resipi kat atas tu yer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...