Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, July 16, 2013

Butter Prawn

Iftar Ramadhan 2013
BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. 
  2. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  3. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  4. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. 
  5. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
* Tun tak matikan api, tuang kuning telur (Tun tambah sedikit putih telur), angkat tinggi masa tuang tu sedikit demi sedikit, sambil tangan kanan kacau secara pusingan di dalam 1 arah sahaja. Guna belakang senduk. Pastikan menggunakan minyak yang  agak banyak. Apabila dah bertali, henti kacau ngn senduk cuma kaup balik/ kuis2 dengan chopstik supaya ia garing serata. Then, toskan minyaknya.

2 comments:

Pn.bayu said...

Sedapnya.... hampir tertelan air liur..heheheheh

Unknown said...

my faverettttt hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...