Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, February 3, 2012

AYAM MASAK PADANG

Assalamualaikum...selamat malam..dah makan malam ker belum...? hehehehe..mesti tengah menjamu selera kan..ni nak citer menu malam ni..Ayam Masak Padang..Alkisahnyer siang tadi nampak kak Dayang post picture kat fb..tergudaaa wehhhhh!!!
Tun keluarkan ayam dan bahan memasak awal pagi lagi..Bangun pukul 5.30pg atau 6pg.Selalunyer hubby dan abg Nabil akan bersiap ke surau dulu untuk solat Subuh berjemaah. Balik terus bersiap utk ke pejabat pula .

Setelah selesai uruskan anak2 dan suami nak ke sekolah dan ke tempat kerja dalam pukul 6.45pg. Tun akan uruskan pula kain baju ..sumbat dlm mesin basuh..hehehe...sementara tu, Tun kemaskan tempat tidur, sapu lantai dan kemas apa yang patut. dan keluarkan lauk untuk dimasak pd hari itu.
Sementara tunggu sikecik (yang tak berapa kecik dah tu..ekekeke) bangun..Tun sediakan dulu sarapan untuknya. (Selalunya dia bangun dalam pukul 10pagi.) Kemudian sidaikan kain yang telah siap dicuci. Siram pokok2 bunga dan belek2 pokok ..ekekeke...dah puas hati hirup udara segar.,,tiba masa bab yang kat dalam rumah ler plak..termasuklah ngadap lappy.. :)..sambil cari menu yang sesuai...

Pukul 10.30pg Tun akan mula mencari menu yang memikat hati...ekekeke..dan sediakan bahannya ..utk memasak ler kan..ekekeke.

Okies..tu serba sedikit rutine baru Tun semenjak pindah ke rumah baru.Tinggal situ jer dulu yer..insya-Allah lain kali kiter sambung lagi.. Berbalik kepada menu malam ni..Ayam Masak Padang..Mula2 Tun nak masakkan Ayam Kurma..tergendala woooo..bila tengok Kak Dayang post ayam ni..ekekeke..Teruja nak menerai. Memandangkan bahannyer dah sediada..terus la godek dan siapkan bahan2...
Aissseeehhhhh...tik tok..tik tok..jam dah hampir pukul 11 ler plak..Terpaksa hold ler dulu nampaknyer..Kena ambik Darwis kat Keramat dulu. Dia keluar pukul 12tgh pada hari Jumaat manakala hari biasa sekolah habis pukul 4 petang. 11.35 pagi, Tun dan Muqri serta Abg Nabil (tak ke sekolah hari ni..cuti sebab semalam ada Road Run) keluar menuju ke Keramat meredah Highway hingga ke DUKE sehingga sampailah ke susur ke Keramat. Fuhhhhh!!! tiba ke sekolah Darwis pukul 12.10 tgh.

Dah ambik dia, terus melalui Lembah Keramat dan..bila ditanya pendapat anak2..semua cakap dah lapor..Singgah kedai makan yang dikenali Atap Biru oleh kenkawan ( area Lembah Keramat tu la jugak)...untuk lunch. ..alhamdulillah..kenyang..Selesai mengisi perut..kami bertolak balik ke rumah ikut Batu Cave, Kepong dan terus ke Sungai Buloh..pukul 1.30tgh sampai Subang..wahhhhhhh!!!! Memang lengkap 1 bulatan kalau diikutkan....huhuhuhuhu.....Kelam Kabut lagi kan..rutine Tun..huhuu..

Balik rumah..rest dan solat Zuhur... layan anak2 sambil tengok tv. Hari hampir petang..Tun masuk dapur sambung masak ayam yang tergendala siang tadi..huhuhuhu...Akhirnya..malam ni dapatlah merasa..ekekeke...Sedap tau masakan ni..Rasanya hampir dengan Tumis Nasi Kerabu.,...bezanya ia letak cili api dan agak pedas.. :) Terima kasih buat Kak Dayang yang buat hati Tun teruja nak mencuba..Memang berbaloi.. Bukan setakat ianya sedap malah mudah dan senang untuk dimasak...menjimatkan masa..ekekeke...

Minta izin share resipinya sini pula yer kak..Terima kasih banyak...Dan minta maaf pada yang sudi singgah...panjang lebar N3 malam ni..hihuhuhu..

Ayam Masak Padang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : Rabiatun @ Sweettouch


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka) 
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang) 
  • 100 ml susu cair 
  • garam dan sedikit gula 
  • 1 batang serai (diketuk) ~ Tun letak 3 batang
  • 2 keping asam gelugur 

Bahan-bahan kisar :
  • 6 tangkai cili merah (dibuang biji) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • 2 batang serai 
  • sedikit kunyit hidup 
  • 10 biji cili api ~ Tun letak 5 biji jek sbb anak2 kurang makan pedas 
  • 2 sdb cili kisar ~ Tun tambah 
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. 
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar. 
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak. 
  4. Hidangkan. 

1 comment:

Susan said...

This type of looks entirely finest. These tiny details are usually made along with a lot of foundation details. I prefer in which a lot. Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...