Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, May 31, 2011

Project Muffin

Project muffin yang diorder oleh Officemate Hubby, Zureen untuk dijadikan buah tangan keluarga tunang, katanyer..Tak banyak cuma 50pcs ajer..$40 hengget untuk 50 pcs tuh. Alhamdulillah syukur. Terima kasih banyak yer Zureen..lain kali boleh order lagi ekkk.. ^__^



Strawberry Cheese Tart

Assalamualaikum
Hari ni takleh nak pot pet banyak2 yer..ala kadar ajer ni..hihihi..ada tugas menanti yang perlu desettlekan. Apapun Tun nak letak N3 cheese tart yang dibuat last week...untuk seorang teman disamping untuk ngap sendiri.hehehee... Resipi nya Tun ambik dari rumah Hasue dan resipi asalnya dari kak Azita. Terima kasih buat semua yer. Mita izin kopipes resipinya kat sini untuk rujukan next time. Insya-Allah akan buat lagi dan lagi.

Cheese Tart


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
 Tart shell yang tunggu turn untuk dibakar. Tun buat shells ni pada malam hari..esoknya sebelum keluar kenduri, baru letak filling. Agak kelam kabut juga sebab hari tu adalah hari kenduri cousin hb dekat Pandan,.nasib tak jauh mana..hihihi..singgah rumah kawan kejap untuk pass cheese tart ni...tu pun sampai2 sana, family hubby tengah menjamu selera..hehehe..
Cheese tart ni small size..memang takleh nak lorek2 sangat..ala kadar ajer ..hihihi..apapun terima kasih banyak2 buat Hasue dan kak Azita yang telah share tips. Huhuhuh..malu sebenarnyer nak tunjuk sebab tak lawa mcm sifu berdua kat atas nunnn..Malu ahhhh..hehehe


UPDATED : Buat Yaya, ni ler contoh filling yang saya guna. Yang kanan Strawberry Filling dan yang kiri tu blueberry filling.

Ikan Rangup dengan Sambal Bunga Kantan Lagi...


Menu ulang tayang ajer ni..Thanks buat AlongRoz di atas resipi yang sedap ni. Kali ni Tun buat menggunakan ikan Talapia Merah plak...sedap! Rangup jer ikan ni..sangat sedap digandingkan dengan sambal bunga kantan..wangiiii sesangat. Minta izin kopipes resipinya sekali lagi yer. Mekasih.

IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN

Recipe By: Roz@HomeKreation

Source : Rabiatun @ Sweettouch
Hidangan 5 orang

BAHAN2:
1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat)
Tpg Jagung
Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak) ~ Tun letak 5 bijik cili api hijau
2 biji Cili Merah*
2 biji Cili Hijau*
1/2 biji Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
1 btg Serai*
1 btg Bunga Kantan* (* blender)
1 Tomato - potong2
1/2 biji Bwg Besar - hiris
1 biji Limau Kasturi
Garam

CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas.
Ratakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.

2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.
Masak sebentar sehingga bwg layu.

Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.

Monday, May 30, 2011

Apam Kentang

~Assalamualaikum~

Resipi Apam kentang ni Tun amik dari rumah kak Nor. Ni N3 bersiri ni yer..kalau ada yang berkenan tu, memang dah lama selamat dah kuih apam ni..nnt kiter buat lagi ekk. Tak boleh nak cerita panjang2 malam ni..sebab ada banyak benda menanti yang nak kena buat.
Minta izin dari Kak Nor untuk Tun letak resipinya kat sini. Terima kasih juga buat Seri atas resipi ni. Insya-Allah, Tun akan buat lagi apam ni. Best! Mekasih ^__^ 

APAM KENTANG

Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67

Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste *kite taruk pandan paste
* 250 ml santan


Cara-cara:

1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)

2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

Yang ni mula2 kukus, agak kurang gebus dan agak padat sikit. Dah dekat last2 tu baru Tun dapat agak sifat2 apam kentang ni..hehehe..


 Cara yang Tun buat:

  1. Tun ikut sampai cara2 no 5 kat atas tu..peram adunan selama 1 jam.
  2. Pastu, isikan adunan tadi 3/4 penuh bekas yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  3. Then, Tun biarkan seketika adunan dalam bekas tadi lebih kurang 10 minit (adunan akan nampak berbuih2 sedikit)
  4. Pastu, baru Tun kukuskan adunan sehingga ia masak.

Banana Chocolate Chiffon Cake Again....

Permintaan dari dak kecik nak makan Kek Lembut katanya..hehehee..rupanya menjadi kegemaran dak kecik kat rumah ni..hmmmm...Pernah buat sekali sebelum ni. Apalagi, Tun godek sekali lagi Banana Chocolate Chiffon Cake ni..tak sampai sehari, kek ni dah  licin..siibu dan siayah sempat makan sekeping sorang ajer..hihihi...takpelah, asalkan anak2 suka dan tak membazir buang merata2..tak kisahla kan. Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih kepada Kak Ita yang telah introduced dan panjang2kan share resipi Kek ni kat FB, dan terima kasih juga kepada kak Rima untuk resipi yang mabeles ni. Insya-Allah, akan Tun buat lagi untuk kesekian kalinya. ^__^  Mintak izin C&P resipinya sekali lagi di sini. Mekasih ya.


BANANA CHOCOLATE CHIFFON CAKE
by: Rima
Source : Kak Ita
source : Rabiatun @ Sweettouch
  • 20g cocoa powder (I used koko black)
  • 60 ml hot water
  • 100g banana - mashed/ blender smooth
  • 35g of cooking oil
  • 1/2 tsp chocolate paste
  • 85g low protein flour (cake flour)
  • 1 tsp ground cinnamon (i used 1/2 tsp.. will use 1/4 tsp next time)
  • 1/2 tsp baking powder (I used double action baking powder)
  • 75g caster sugar
  • 5 egg yolks
  • 5 egg whites
  • 1/4 tsp salt
  • 75g caster sugar
Dissolve cocoa powder in hot water. Add bananas, cooking oil, chocolate paste. Stir well. Set aside.
Sift flour, cinnamon and baking powder (i sifted it 3x). Add sugar. Stir well. Pour the cocoa powder mixture a little at a time into sifted dry ingredients. Add in egg yolks. Stir well. Set aside. (I whisk sugar and egg yolks using stand mixer till pale.. add in cocoa powder mixture, bananas, oil and chocolate paste and continue to whisk at low speed.. Add batter into sifted dry ingredients)
Beat egg whites and salt until half inflate. Add sugar a little at a time and continue to whisk till stiff peak.
Add like 1/3 of egg white into chocolate batter and fold in gently and lightly.. add the rest of chocolate batter into egg white and continue to fold in gently.
Pour into 20 cm diameter ungreased chiffon pan (I used 22cm)
6. Bake in preheated oven of 170C for 70 mins

 Ni plak Versi Cara2 Kak Ita buat..

KEK CHIFON PISANG COKLAT
sumber : Kak Ita
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan A
20 g serbuk koko - ita guna Tudor Gold
60 ml air panas - Tun guna air sejuk ajer
100 g pisang - dilenyek atau kisar halus
35 g minyak masak - ita guna Mazolla
1/2 sudu kecil paste coklat - ita guna coklat emulco
75 gm gula caster
5 biji kuning telur

Bahan B
85 g tepung kek
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - ita tak letak (Tun tak letak gak)
1/2 sudu kecil baking powder 

Bahan C
5 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam halus
75 gm gula caster

Cara:
  1. Larutkan serbuk koko dgn air panas. (Tun blend semua bahan A dan tak larutkan dulu pun serbuk koko tu..Tun masukkan ajer semua Bahan A dalam blender dan blend halus).
  2. Bancuh bahan A hingga sebati. Masukkan B yang telah di ayak dan gaul hingga sempurna.
  3. Pukul putih telur dan garam di C hingga kembang. Kemudian tambahkan gula castor dan pukul lagi hingga kental dan bertanduk.
  4. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan gaulkan dgn adunan kuning telur dan sebatikan hingga rata.
  5. Masukkan semua baki putih telur dan gaulkan lagi adunan hingga rata semuanyer.
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek angel pan berdiameter 22 cm. bakar pada suhu 170C selama 70 minit. Ita bakar selama 1 jam suhu 160C mengikut kepanas oven. 
Gebus betul kek ni..lembab2 sikit. Jangan risau kalau kek seakan-akan basah diluarnya..Insya-Allah kat dalamnya masak.



Friday, May 27, 2011

Project Last Week



Ni project last week..dugaan betul buat Tun last week.. anak2 ketiga2 sekali demam pastu dengan order lagi..Alhamdulillah, semuanya selamat dan dapat disiapkan juga akhirnya.. Syukur padaMu ya-Allah.. Semuanya dugaan dari Allah swt , kita sebagai hambaNya kena banyakkan bersabar dan berdoa. Terima dengan hati yang redha. Insya-Allah.
9" x 9" Chocolate Moist Cake dengan buttercream frosting + chocolate ganache. 



7" Carrot Cake dengan cream cheese frosting. Diorder oleh kawan adik ipar kat HUKM. Terima kasih banyak2 yer sudi order dengan akak ^__^



Wednesday, May 25, 2011

KEK MARBLE CHEESE

~Assalamualaikum~
Malam tadi Tun buat kek ni untuk habiskan cheese, baki dari buat cheese tart hari tu sebenarnya..N3 untuk cheese tart Tun belum berkesempatan lagi nak masukkan. Insya-Allah nanti yer..hihihi..

Pada mulanya Tun hanya nak buat 1 adunan sahaja, pastu tengok2 adunan untuk cheese tu banyak juga yang berbaki..At last tanpa buang masa, Tun bancuh 2 adunan kek ni..Untuk adunan cheese tu, Tun tambah fresh milk ikut resipi ni. Alhamdulillah..menjadi elok..hihihi.. Memang sedap tau kek ni..tak rugi kepada sesiapa yang nak mencuba.
Resipi ni Tun ambik dari rumah Kak Nor..resipi asalnya dari Umi Feeza MyR..Terima kasih banyak buat Umi Feeza yang telah berkongsi resipi yang best ni..dan terima kasih juga buat Kak Nor yang telah panjang2kan share dengan kami semua.  Minta izin kopipes resipinya kat sini pula yer. Mekasih.

KEK MARBLE CHEESE 
by Umi Feeza MyR
source : Rabiatun @ sweettouch


Bahan A
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 biji telur ~ k.nor guna 5bj utk 2 adunan
  • Tun ikut k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat ~( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist) ~ utk 2 adunan k.nor letak 2/3 cawan

Bahan B
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 cwn fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara:
  1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
  5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. 
Bertambah sedap dimakan dengan sos chocolate dan juga strawberry filling ^__^

PLAIN NAAN LAGIII..

 Menu ulang tayang jer ni..Plain Naan permintaan dari dak kecik yang baru baik demam. Sebenarnya Tun masak kari ikan kembong tu malam tadi untuk dicicah dengan Plain Naan ni ler..sebab tu kari simple ajer..hihihi... 
Nak resipi ker? Leh tengok sini ekkk..hari ni tuan rumah agak sibuk sikit dengan ovennyer jadi belum berkesempatan nak kopipes resipi. 
Kepada tetamu yang sudi singgah, Tun alu-alukan dan silala jenguk2 yang mana berkenan di hati. Kepada yang sudi tinggalkan jejak dan komen, Insya-Allah Tun akan reply nanti. Ampun jika terlewat reply yer. Tak lupa juga kepada my dear follower tersayang. Terima kasih banyak2..

Menu Dinner Malam Tadiii...

 ~Assalamualaikum~


Resipi untuk kari ikan kembung ni akan diupdate nanti yer..


Selamat pagi..hari ni Tun nak letak N3 menu dinner malam tadi..simple ajer...Tun masak kari ikan kembung, sayur brokoli goreng dan telur dadar ajer. Alhamdulillah kenyang. hihihi...Untuk resipi kari ikan, akan di update kemudian yer..ada kerja nak buat hari ini, esok dan lusa..Insya-Allah. Ok kan, layan picture yang tak seberapa dulu ni  ^__^


Brokoli Goreng peberet anak2 Tun ^__^

Tuesday, May 24, 2011

Ayam ala Kenny Rogers

 Jom kita layan ayam panggang ala KR ni plak.. Menu bersiri lagi ni..Tun masak untuk dinner last few days. Izah Daut dan Hana Jepun  Kuantan pun dah pernah masak ayam ni..Best tak kenkawan?..hihihi..mesti best, kan.. Alhamdulillah, sedap! Resipi asal dari Sharm1969 Myr. Terima kasih banyak..minta izin letak resipi kat sini pula yer..Mekasih... :)
Updated: Kak Zai pun dah buat gak..tengok sini..

Ayam ala Kenny Rogers

resipi by : Sharm1969
source : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.

NASI AYAM GORENG

~ASSALAMUALAIKUM~
Menu ulang tayang lagi ni dan masih lagi menu bersiri...takpe, kan..huhhu... Pertama kali  buat nasi ayam goreng ni dulu, hubby Tun belum pernah merasanya lagi..sbb Tun buat untuk lunch di hari bekerja..jadi hubby  belum dapat rasa keenakan nasi ni.
Hari tu, semasa weekend Tun buat sekali lagi nasi goreng ayam ni. Alhamdulillah..hubby Tun turut menyukainya ...lagipun ada kelainan dengan sos pedas..itu yang membuatkan nasi ayam goreng ni special..cuma Tun kena tambah sedikit cili api ke dalamnya sebab hubby Tun suka yang pedas2. Seperti juga kak Nor dan Ika, Tun turut buatkan sup untuk dimakan bersama nasi ni.
Terima kasih kepada yang terlibat dalam mempromosikan nasi ni tak kira secara langsung atau tak langsung...termasuk Kak Nor, Ika dan sesiapa lagi ler..Maaf kalau Tun tak sebut nama kat sini yer..jangan berkecil  hati tau...hihihi... ramai dah kot rasenyer yang try resipi ni...nak sebut satu, satu..kena gi singgah rumah kawan2 dulu ler agaknyer.. :D
1 set special for my dearest Hubby ^__^



Monday, May 23, 2011

BANANA CHOCOLATE CHIFFON CAKE

Masih lagi N3 bersiri ni..hihihi..maaf la yer..terpaksa duk layan masakan yang bersiri macam ni pula. :D
Last Saturday, Tun ada buat chiffon cake ni..sedap sungguh.. teruja tengok Kak Ita share link kat fb sebenarnya. Alhamdulillah, menjadi...cuma masa Tun terbalikkan baking tin tu, Tun terleka yang cake tadi dah tertanggal dari pan..tu yang kejadiannya agak penyek sikit. Apapun rasanya tetap mabeles dan sedap sungguh..Tak rugi mencuba. Anak2 Tun suka..yelah kan gabungan coklat dan juga pisang, memang ler sedap.

Resipi asal dari Rima...tapi Tun C&P dari rumah kak Ita. Minta izin letak resipinya kat sini yer..Insya-Allah Tun buat lagi kek ni...THE BEST!..hehehe.. Terima kasih semua... >__<

BANANA CHOCOLATE CHIFFON CAKE
by: Rima
Source : Kak Ita


  • 20g cocoa powder (I used koko black)
  • 60 ml hot water
  • 100g banana - mashed/ blender smooth
  • 35g of cooking oil
  • 1/2 tsp chocolate paste
  • 85g low protein flour (cake flour)
  • 1 tsp ground cinnamon (i used 1/2 tsp.. will use 1/4 tsp next time)
  • 1/2 tsp baking powder (I used double action baking powder)
  • 75g caster sugar
  • 5 egg yolks
  • 5 egg whites
  • 1/4 tsp salt
  • 75g caster sugar


Dissolve cocoa powder in hot water. Add bananas, cooking oil, chocolate paste. Stir well. Set aside.
Sift flour, cinnamon and baking powder (i sifted it 3x). Add sugar. Stir well. Pour the cocoa powder mixture a little at a time into sifted dry ingredients. Add in egg yolks. Stir well. Set aside. (I whisk sugar and egg yolks using stand mixer till pale.. add in cocoa powder mixture, bananas, oil and chocolate paste and continue to whisk at low speed.. Add batter into sifted dry ingredients)
Beat egg whites and salt until half inflate. Add sugar a little at a time and continue to whisk till stiff peak.
Add like 1/3 of egg white into chocolate batter and fold in gently and lightly.. add the rest of chocolate batter into egg white and continue to fold in gently.
Pour into 20 cm diameter ungreased chiffon pan (I used 22cm)
6. Bake in preheated oven of 170C for 70 mins

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni plak Versi Cara2 Kak Ita buat..

KEK CHIFON PISANG COKLAT
sumber : Kak Ita
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan A
20 g serbuk koko - ita guna Tudor Gold
60 ml air panas - Tun guna air sejuk ajer
100 g pisang - dilenyek atau kisar halus
35 g minyak masak - ita guna Mazolla
1/2 sudu kecil paste coklat - ita guna coklat emulco
75 gm gula caster
5 biji kuning telur

Bahan B
85 g tepung kek
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - ita tak letak (Tun tak letak gak)
1/2 sudu kecil baking powder 

Bahan C
5 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam halus
75 gm gula caster

Cara:
  1. Larutkan serbuk koko dgn air panas. (Tun blend semua bahan A dan tak larutkan dulu pun serbuk koko tu..Tun masukkan ajer semua Bahan A dalam blender dan blend halus).
  2. Bancuh bahan A hingga sebati. Masukkan B yang telah di ayak dan gaul hingga sempurna.
  3. Pukul putih telur dan garam di C hingga kembang. Kemudian tambahkan gula castor dan pukul lagi hingga kental dan bertanduk.
  4. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan gaulkan dgn adunan kuning telur dan sebatikan hingga rata.
  5. Masukkan semua baki putih telur dan gaulkan lagi adunan hingga rata semuanyer.
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek angel pan berdiameter 22 cm. bakar pada suhu 170C selama 70 minit. Ita bakar selama 1 jam suhu 160C mengikut kepanas oven. 
Nak jemput pun dah habis nie....uhuhu..


PAU

~Assalamualaikum~


Hari ni masih lagi Tun nak letak N3 tertangguh yakni bersiri..dah basi pun kiranya ni..takpelah kan.hihihi..Terasa lama sangat tak masuk teratak usang ni..bukan setakat berhabuk dan bersawang - sawang, malah dan bertambang usang jadinyer dah..ni baru nak sapu2 ni..take time lagi....takpelah yer...siput dan kuyer2 nak bekerja..hehehe..Mintak maaf juga kepada kawan2 yang sudi singgah dan meninggalkan komen, tak sempat Tun nak reply lagi ni. Jasa balik kalian amat Tun hargai..Insya-Allah,Tun akan reply secepat mungkin..
Pasal N3 pula, bukannyer taknak update, tapi last 2 weeks ketiga2 anak Tun demam..dahla hampir nak exam, kan. Kesian si abang...Alhamdulillah, dapat cover sebelum tarikh peperiksaan last Friday. Cuma yang bongsu, Muqri paling teruk demamnya..makan ubat tak kebah2..kena tumpu lebih sikit padanya. Makan pun dia tak berselera langsung..hari2 cuma nak hirup sup ajer..tu pun Tun selit2kan letak bubur nasi dan juga pasta kat dalam sup dia. Alhamdulillah, setelah seminggu demam, ubat pun habis dah...dia beransur pulih..skang ni Alhamdulillah dah nak makan.
Okies berbalik kepada N3 menu Tun hari ni pula yer. Tun amat suka buat pau resipi dari CMG dan juga 1 lagi resipi dari Yani. Resipi dari 2 orang yang memang terror dalam bidang masak2 ni, selalu juga Tun buat. Tapi kali ni, Tun menggunakan resipi CMG yang diambil dari MyR...salah 1 resipi pau faberet family Tun. Jadi, untuk memudahkan Tun buat rujukan dilain kali, izinkan Tun letak resipinya kat sini pula..memandangkan sebelum ni, belum pernah Tun post resipi kuih pau walaupun dah berkali2 Tun buat...dengan pelbagai jenis inti termasuk dari inti resipi asal CMG,kacang merah, kari ayam dan inti kelapa. Yang paling Tun suka sebab bahagian kulit pau ni boleh dikopek..best! Terima kasih kepada CMG di atas resipinya yer.



 Yang paling Tun suka...kulitnya boleh dikopek camni..beshhhh!!!





Pau 

resipi by: CMG MyR

sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • UNTUK DOH:-
  • 240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok (Tun guna special pau flour)
  • 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

  • UNTUK INTI:-
  • 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 tin ikan tuna, hancurkan
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
  • 1 tangkai daun kari, dihiris halus
  • 1 tangkai daun sup, dihiris halus
  • Garam, gula dan air secukupnya
  • Cara-cara
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.
  2. UNTUK INTI:- Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yg tlh didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.
  3.  Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
  4.  Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
  5.  Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  6. Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.
Tengah sejukkan atas redai..^__^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...