Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, January 31, 2014

Rendang Ayam Gaharu


Rendang Ayam Gaharu
resipi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Tuesday, January 28, 2014

Pavlova

Pavlova.

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Friday, January 24, 2014

Kailan Ikan Masin

Kailan Ikan Masin
resipi: Rabiatun

Bahan:
5 pokok kailan-dibersihkan dan dipotong
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji cili api - dipotong
1 keping ikan tenggiri masin- dipotong kecil
3 sdb sos tiram
2 sdb sos ikan
sedikit air
sedikit air bancuhan tepung jagung
sedikit garam dan sedikit gula

Cara:
  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih serta cili merah hingga hancur.
  2. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga wangi..
  3. Masukkan ikan masin yang dipotong kecil. Goreng seketika. Tambah sos ikan dan sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air...Masukkan pula kailan dan cili api. Kacau lagi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.. Letak sikit jer sbb sos ikan dan sos tiram dah masin..
  6. Masukkan bancuhan air tepung jagung..kacau sebati. Dah mendidih, boleh dihidangkan..

Kailan yang ditanam...beberapa minggu sebelum dituai..



Kailan yang dituai..Alhamdulillah

Thursday, January 23, 2014

Bihun Goreng Ekspres

Bihun Goreng Ekspres
resipi : Rabiatun

Bahan:
1/2 pack bihun - direndam dengan air panas hingga lembut n ditoskan
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sdb cili kisar
1 1/2 sudu besar sos tomato
1 1/2 sdb sos cili
2 sdb sos tiram
sedikit isi ayam - dihiris kecil dan perasakan dengan sedikit garam
2 batang sosej - dihiris nipis
1/4 kobis- dihiris kecil
garam
sedikit air
*daun bawang dan daun sup sebagai hiasan
*sayur dan lauk ikut suka nak guna apa yg ada dirumah..
Cara:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau lagi hingga cili agak masak. 
  4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Jika pekat, boleh masuk sedikit air supaya tidak hangus.
  5. Masukkan isi ayam dan sosej serta kobis. Goreng hingga kobis layu dan isi ayam masak. Perasakan dengan garam.
  6. Kemudian, masukkan bihun..Kacau sebati. Rasakan dulu, dah ngam, boleh dihidangkan bersama taburan daun bawang dan juga daun sup.







Wednesday, January 22, 2014

Gulai Lemak pisang Mudah

Gulai Lemak Pisang Mudah
Resipi: Rabiatun

Bahan:
1 sikat pisang - dibuang kulit nipisnya, dipotong serong dan direndam dengan air. toskan apabila dah ready nak memasak.
1 mangkuk kecil ikan bilis
1" lengkuas
1 batang serai-dititik
1/2" kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping - saiz kecil jer
200ml santan sederhana pekat
2 biji cili hijau
garam dan sedikit gula
* sedikit air jika perlu
* jika nak pedas boleh tambah cili api

Cara;
  1. Tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit. 
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan, pisang, ikan bilis. didihkan sehingga pisang empuk. Jika kuah pekat, boleh tambah sedikit air. (andai pisang yg digunakan jenis yang keras, elok jika pisang tersebut direbus hingga empuk sebelum dimasukkan ke dalam kuah santan).
  3. Apabila sudah empuk, masukkan garam, sedikit gula dan lada hijau. Didihkan seketika.

Monday, January 20, 2014

Rendang Ayam Harum

Rendang Ayam Harum
resepi : DayangJack

bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
daun kunyit secukupnya (dihiris)
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
santan secukupnya
kerisik secukupnya
gula apong/gula melaka/gula pasir/gula perang
2 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
cili giling/cili kisar secukupnya
sedikit serbuk kari daging (optional)

bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Tumiskan rempah 4 sekawan bersama serai, bahan-bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar/cili kering sehingga pecah minyak. 
  2. Kemudian masukkan ayam, daun kunyit, daun limau purut dan sedikit air. Gaul-gaulkan dan masaklah hingga ayam hampir empuk.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya dan masak hingga kuahnya pekat.
  4. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih, lemang, nasi impit, nasi lemak, pulut kuning dan sebagainya. Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...