Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, October 22, 2009

Kunjungan Kenkawan Office dan juga Jiran Tetangga

Last weekend aku dan hubby buat sedikit majlis..nak kata open house tu pun tak juga tapi sekadar memenuhi hasrat jiran tetangga yang mahu berkunjung ke rumah.Dan tanpa dirancang aku menyediakan juadah buat mereka.
Aku juga menjemput beberapa rakan sekerja tapi ada jugalah yang tertinggal, maklumlah sesuatu yang tak dirancang mesti banyak cacat celanya kan...aku memohon maaf sesangat kalau2 ada yang terasa hati...bukan niatku pun nak jadi begitu kan.
Untuk kali ni aku memasak nasi dagang & gulai ikan tongkol, nasi impit with kuah kacang dan bihun tomyam. Untuk dessertnya pulak aku buat agar2 lapis pelangi (resipi Azie), kelapa jelly (k.nor), 2 biji chocolate cake with choc. ganache dan 2 bekas peach triffle.

Salah seorang dari nebour dan anaknya yang datang berkunjung.

Ini pula opismet aku. Abaikan jelah yer keadaan rumah kecil ku ini :)

Monday, October 12, 2009

Salam Siaran Selepas Raya

Salam siaran semua pengunjung dan juga kenkawan blogggers yang disayangi dan dirindui. Lama rasanya tak update, dah bersawang pun rumah ni harrr...ntah, lepas raya macam takde mood pula..kerja masak memasak pun biar maid yang buat..makan jer lah apa yang terhidang.Buat kenkawan yang leave a mesg. kat mesg box, yang bagi komen kat rumah ni yang masih belum ku jawab, aku ingin memohon maaf dan semoga persahabatan kita masih seperti dulu..dan kepada kenalan baru, selamat berkenalan ku ucapkan.

Walaupun agak terlambat, raya pun dah lama lepas namun inginku ucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN jika ada terkasar bahasa atau tersalah kata mahupun yang disedari ataupun tidak. Tak lupa juga buat Love ingin ku ucapkan Happy Diwali dan semoga bergembira selalu hendaknya.

Insya-Allah, akan pun postkan picture sepanjang raya lepas dan activity yang telah berlangsung sepanjang aku ofline. Apa yang dapat ku kongsikan, insya-Allah akan ku cuba membantu dan berkongsi dengan semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...