Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, October 25, 2011

Apabila Nasi Terasa Seperti Pasir .......Part 2

Assalamualaikum...kisah ni sambungan Part 1. Bermulalah episod Nasi yang dimakan terasa seperti pasir.....
Ahad ( 23.10.11) Pukul 12 tgh, kami keluar rumah untuk hantar tier wedding kek ni. Sebelum keluar rumah, sekali lagi Tun ambilpanadol 2 bijik. Selesai di tempat kenduri, kami bertolak balik dan hantar down light serta lampu ke Subang. Balik dari sana, dah hampir jam 6 petang. Badan Tun tuhan jer yang tahu...begitu penat tak terkata. Semasa di dalam kereta lagi dah tak tertahan lagi seram sejuknya.

Balik tu, bukak jer tudung, capai bantal dan selimut terus tertidur. Beberapa kali hubby kejutkan untuk makan ubat dan juga makan malam..tapi antara sedar dan tidak Tun seolah2 seperti orang yang koma layaknyer. huhuhuh..Dengar keadaan sekeliling, nampak semua ahli keluarga, tapi tidak berkemampuan untuk berbuat apa2. Pejam mata seolah2 dalam tidur, cuma celik seketika kemudian pejam balik. Tak mampu Tun nak bertahan..tak pernah Tun kena seperti ni. Memang terasa begitu lemah dan tak bermaya. Sebiji nasi pun tak dapat diterima. Malam tu yang Tun perasan, Tun dalam sedar tak sedar tu, cuma jus asam jawa dan 100plus ajer yang Tun minum. Panas badan dan demam lagi time tu. Ntah berapa kali hubby keluar membeli ubat dan juga makan malam untuk anak2 Tun tak pasti. Hubby ada belikan nasi untuk Tun makan, tapi sedikit pun Tun tak jamah. Memang tak bangun langsung. Menjelang pagi, baru Tun bangun bersalin pakaian. Dah tu, sambung tido balik. Nasiblah juga cuti bendera merah..huhuhu....
Esoknya, Isnin (24.10.11) ..pagi2 lagi hubby belikan Nasi lemak untuk anak2. Nasib baik juga si Abang tak bersekolah hari tu, jadi adalah yang boleh disuruh ambilkan air ker aper. Itupun bagusnya anak ibu ni jaga Ibu time ibu tak sihat. Beberapa kali sua makanan, bertanyakan ibu mahu air ataupun nasi. Terharu di sudut hati kecil seorang ibu. Alhamdulillah Abang Nabil boleh menjaga adik2 dan menyuap makanan pada adik time ibu kurang sihat. Darwis juga boleh diharap menjaga adiknya. Alhamdulillah.. Semoga Abang Nabil, Darwis dan juga Adik Muqri menjadi seorang anak yang baik dan mendengar kata ibu bapa dan berjaya serta diberkati oleh Allah swt.Ameen pada Mu ya Allah...

Hanya dah hampir 3ptg, baru perut terasa lapar, itupun hanya 2 sudu yang boleh diterima paksa. huhuhu...Rumah jangan kirala time ni..tunggang langgang la jugak..apa boleh buat, nak arahkan anak pun tak berdaya. huhuhu...Dengan dining table, penuh makanan, botol sos dan kicap, Living penuh cushion dan bantal serta kain, bilik dengan kain baju anak2..memang tak terkawal. huhuhu...apalah daya ku.... At last hubby sampai rumah jam 9 mlm. Tun tak tersedar langsung. Cuma yang tersedar apabila Nabil kejutkan untuk Tun makan ubat. Terkejut dengar seperti orang masak2 di dapur, lantas Tun bertanya "Siapa masak tu?" Risau juga..kenkadang si Abang ni suka memasak tapi belum pernah la dia memasak tanpa pengawasan ibu ayah. "Ayah". Nabil menjawab pendek. Terasa sedikit lega. Hubby mendapat kerjasama anak2 kemaskan dining table dan juga pakaian yang belum bercuci. Kemudiannya menyiapkan anak2 dinner.
Tun cuba bangun dan teman hubby makan malam, tapi tak boleh juga masuk perut..2 suap ajer dah terasa tak boleh nak terima. huhuhu...Terasa begitu boring asyik berbaring tanpa boleh melakukan apa2 kerja dan terasa begitu rindu nak berada di dapur..menyiapkan makanan untuk anak2 dan juga hubby. Kasihan sungguh buat anak2 yang makan apa yang dibeli. huhuhu...tapi apakan daya, Ibu tak mampu berbuat apa2...Di dalam hati Tuhan sahaja yang tahu..betapa Ibu mahu cepat pulih....

Selasa (25.10.11) Pagi2 lagi hubby dah siap masak nasi dan goreng ikan di dapur. Cuba sekali lagi makan nasi..Terasa nasi yang masuk anak tekak seolah2 seperti pasir. Ya Allah! beginikan rasanya ..tak pernah lagi seumur hidup terasa seksa begini walaupun baru sedikit sakitku. Sudahnya tak dapat telan dan makan. Air masak yang diminum terasa seolah2 ada duri tajam di anak tekak..tak boleh nak telan. Tun percaya, semuanya ada hikmah disebaliknya.. Sebagai hamba Allah, Tun redha dan bersabar ketentuan dariNya.. Apapun Tun bersyukur.
Alhamdulillah, petang Selasa tu Tun dah boleh bangun dan kerana kesiankan anak2 yang nak minum petang, Tun gagahkan jugak buat cucur jagung. Alhamdulillah..Siap cucur, terdengar FIL kat luar memberi salam. Malam tu hubby balik lewat, jadi FIL tak balik ke PJ sebab memang niat FIL nak hantar kereta hubby yang diambil weekend baru ni..sebab kereta FIL ada kat bengkel...kena langgar. Dinner malam tu FIL bawa anak2 Tun beli makanan kat luar..Tak daya menantunya nak memasak..huhuhu....Tengah malam, hubby sampai rumah...Esok pagi (Rabu 26.10.11) after breakfast (beli kedai lagi..Nasi Kerabu peberet MIL..huhuhu..), hantar FIL ke PJ. Balik dari PJ, singgah kat Klinik Ukay Perdana. Doc. suh refer kat hospital kerana syak Tun kena denggi...mentelah lagi badan, muka dan lengan naik ruam2 merah.

Seharian kat Emergency Hospital Ampang. Setelah result didapati ada virus dalam darah Tun. Nasib baik juga tak di warded. Doc. cakap virus ni tak berbahaya..banyakkan minum air dan makan ubat ikut time..pastikan habis...huhuhu...Menjelang 6 petang, baru kami keluar dari Hospital Ampang, terus menghala ke Flamingo Hotel. Hubby sebolehnya menunaikan untuk bawa kami sekeluarga stay kat situ...walaupun Tun hanya rest dan tidur di bilik...huhuhu...keadaan tak mengizinkan untuk bergerak cergas...huhuhu....

Tetapi....makan masa juga seminggu after that untuk heal segalanya. Dalam tempoh makan ubat tu, ruam, ulcer penuh mulut dan juga lelangit..Nasi pun tak boleh di makan. Ruam naik sampai ke kaki, baru Tun mintak minum air kelapa. Setelah seminggu, Alhamdulillah nampaknyer berhasil. Alhamdulillah syukur pada Allah swt...yang menyembuhkan dan mengizinkan sakit Tun sembuh.



Apabila Nasi Terasa Seperti Pasir .......Part 1

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah..dapat Tun coretkan secebis kisah dua tiga hari lepas.. Sabtu, hari yang begitu hectic buat Tun. Tun kena siapkan tier wedding cake yang memang sepatutnya pagi Sabtu, Tun dah siap bake dan tunggu untuk mendeco sahaja. Tapi itu tak berlaku..yelah, kita hanya mampu merancang, namun segalanya Allah sudah tentukan. Tanpa Tun sedari, bahan asas untuk membaking telah kehabisan. Nak tak nak Tun kena keluar pagi2 Sabtu tu.
Nak dijadikan cerita, Tun dan hubby memang tak cukup tidur, coz Jumaat malam Sabtu tu, gatai2 sangat nak ikut hubby pergi join kelab bizz dia kat Shah Alam..balik rumah dah hampir jam 4 pagi.Sudahnya, memang tak cukup tidur.
More cake picture, kindly visit here. tq

Ingat2 nak keluar beli barang baking awal esoknyer terpaksa tergendala juga. Time Tun dah siap2 nak keluar, ada anak jiran pula datang rumah minta tolong ajarkan buat design. At last, Tun suruh ajer hubby yang ajarkan. Budak ni baru 1st year, ambik Interior Design. Tapi kami bukanlah dari line ID, cuma bolehla memberi sedikit tunjuk ajar dari pengetahuan yang ada. Kesian pun ada sebab dia agak tertekan juga time tu. Dah pukul 3 ptg baru keluar rumah. Ke sana sini pergi beli barang dari BWY ker Bagus kemudian ke pasar pula. Sampai rumah dah lewat petang.

Terus jer Tun masuk bilik baking dan baked 1 biji kek dulu, kemudian sediakan icing. Dah masak kek, sejukkan dan terus crumb coat kek tu. Kemudian baked 2 nd cake, dan sejukkan. Sementara baked 2nd cake tu, Tun iced dan letak topping 1st cake tadi tu. Then, sambung crumb coat 2nd cake. Begitulah akhirnya siap 2 biji kek disapu frosting. Hampir pukul 3pg, semuanya siap. Baru Tun boleh lelapkan mata.
Pukul 5.30 pg Tun bangun, dan sambung untuk mendeco. Tapi masa tu Tun dah terasa seram sejuk dan agak termangu-mangu. Telan 2 biji panadol  dan sarungkan stoking serta jacket...tapi masih tak boleh nak teruskan kerja. Akhirnya pukul 7pg baru boleh sambungkan tugas. Akhirnya kerja mendeco selesai jam 10pg.Alhamdulillah syukur dan terasa begitu lega sekali.

Kisah Bersambung........

Saturday, October 22, 2011

ROTI ARAB


Assalamualaikum..selamat pagi semua. N3 tertunggak lagi ni..huhuhu...That day Tun ada cuba buat roti Arab resipi dari Kak DayangJack. Terasa sungguh lama tak makan dan buat roti arab. Sebelum ni Tun ada juga buat resipi dari Sofinar MyR. Apabila nampak Kak Dayang post, teringin plak nak mencuba resipi kak Dayang pula. :)
Hasilnya, sungguh tidak mengecewakan..Sedap woooo..Alhamdulillah semua suka dengan roti arab ni. Hubby pula membuat pilihan dimakan dengan Sambal Sardin sahaja instead of Kari Sardin atau Kari Ayam..Hohohoooo...Lagi senang kerja isterinya nih..heheheheee....

Termasuk ni, dah 2 kali Tun buat resipi dari Kak Dayang. 2nd time, anak teruna mintak tengah2 malam (for dinner) nak makan roti ni..Tapi nasi tetap Tun masak la for those. Tauuuu taulah budak2 bila nak mkn malam2..bukannya makan banyak, jadi roti ni ada balance sikit..Tun memang dah tak boleh nak masuk lagi dah sebab kekenyangan..huhuhu..Dek terasa sayang (sebab roti ni sedap dan Tun amat suka dengan texture dalamnya), pagi esoknya Tun panaskan balik. Walllaaaahhhhh...roti ni kembung balik dan begitu rangup diluarnya.. Lagi sedap..hihihihiii....

Okies, takmo citer banyak, Tun nak letak resipinya kat sini, buat rujukan next time. Minta halal yer kak Dayang..Jangan majuk2 tau..hehehehe...

Roti Arab
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum/tepung superfine/high protein
1 sudu besar mentega/marjerin
sedikit garam halus
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu makan yis mauripan
air suam secukupnya

cara-cara :
  1. Satukan yis, sedikit air suam dan gula di dalam satu bekas dan rendamkan hingga yis berbuih.
  2. Tepung, garam dan mentega disatukan di dalam bekas yang agak besar.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul dan uli doh hingga kental dan licin (untuk mendapatkan kulit yang licin dan gebu...hehe)
  4. Simpankan doh ke dalam bekas besar tadi dan tutupkan dengan kain lembab. Biarkan ia naik selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam. Setelah itu, uli semula doh tadi.
  5. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian (mengikut saiz kesukaan masing-masing) dan bulat-bulatkan.
  6. Sediakan torak. Canaikan doh tadi tetapi jangan terlalu nipis. Kemudian rehatkan sebentar selama 15 minit.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas (tetapi jangan sampai berasap), gorenglah doh tadi satu demi satu. Jangan lupa siramkan roti dengan minyak supaya ia kembong dengan cantik.
  8. Setelah masak keperangan, angkat dan toskan.
  9. Hidangkan panas-panas bersama kari sardin atau kari ayam.

Di sini juga Tun letak resipi yang pernah Tun buat sebelum ni...dan dah hantar laporan kat MyR nun....Dari Sofinar MyR. Sedap juga tau Roti Arab ni..pasti kembung apabila digoreng. Kepada yang nak mencuba, ada 2 resipi di sini..pilihla yang mana berkenan di hati yer..hihihi..

Okies, tuan rumah nak kena out dulu. ..nanti sambung balik ehhhh..Hari ni kena Marathon betul..sebab esok ada 1 order tier wedding cake untuk Tun siapkan. Jap gi nak kuar beli barng baking dulu dan few things yang diperlukan..Balik tu nak kena godek apa yang patut...Okiesss ..Wassalam.....Daaaaaaa....
Roti Arab 
by Sofinar MyR
Sumber : Rabiatun @ Sweetouch

Bahan-bahan ( 10 org makan )2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Friday, October 21, 2011

Wednesday Story....

Assalamualaikum...Last Wednesday, Tun ada order birthday cake sebijik jer..hehehe..Tapi kat sini Tun nak cerita di sebalik the making of cake tu..hehehee.... Sebenarnya, jika order tu nak esoknyer, Tun akan baked kek tu pada malam hari, dan pagi esoknya Tun akan mula buat topping dan juga mendeco.
Tapi, Wednesday baru ni, order tu nak petang Rabu tu..jadi Tun dengan tawakkal baked kek tu di awal pagi. Lagipun malam tadi tu keletihan, dengan anak2 yang takmo tidur duk main...jadi niat nak tidokan anak2 dulu.hehehe..Alih2 dengan maknyer sekali tertido. Apa lagi, pagi2 tu kena la godek kek Chocolate Moist sebijik. Dah siap tu, Tun letak topping dan masuk peti ais. Keluar jap ambik Darwis balik school. Balik tu, siapkan anak2 lunch, then sambung kerja. Pukul 3 kek dah siap. Dalam hati, uikkssss...boleh tahan juga yer..Alhamdulillah..siap juga kek ni. Betul2 Baked Freshly from The Oven..hihihihi...
 Rest kejap hingga ke petang. Nak2 plak hari tu mendung serta hujan hingga ke petang. Dalam pukul 4.30ptg, masuk dapur sediakan lauk untuk makan malam plak. Budak berdua tu tertido dari pukul 3ptg td..Darwis pula demam. Balik dari School td dah nampak mukanya merah semacam jer. Selesai memasak, kul 5.45ptg keluar hantar kek kat meet point di Petrol Station MRR2 menghala ke Zoo Negara. Anak2 tetap ku bawa..punggah masuk kereta dalam kehujanan yang agak lebat juga time tuh. Note untuk si abang, Tun lekatkan kat pintu rumah.. Biasanya dia dah balik sekolah 6.30.
Alhamdulillah, semuanya selesai. Terima kasih banyak buat Zue Lam yang kecik comeyyyy yang sudi order kek buat belated birthday hubby serta adik2ya. Terima kasih banyak...minta halal yer. ^_____^. Alhamdulillah, familynya suka dengan kek tu. TQVM. Detail mengenai kek ni..boleh tengok sini.

Sampai rumah, si abang Nabil dah tunggu tercongok kat bangku..Alahai..kesian anak ibu. Kaluttt kan?Namun alhamdulillah, Tun bersyukur sangat..Semuanya dari Allah swt yang memberi kesempatan dan di atas izinnya dapat Tun siapkan segalanya dengan baik dan tersusun. Bukan kelebihan Tun..bukannnn...itu Tun akui..sebab Tun hanya insan biasa yang banyak kekurangan.. Jangan tersalah sangka. Cuma semua kebaikan tu datangnya dari Allah swt dan segala kekurangan tu adalah dari Tun sendiri. Cuma di sini Tun mahu katakan, Tun cukup sedar semuanya adalah kekuasaan Allah yang mengizinkan segala sesuatu.. Amin dan Alhamdulillah....Syukur PadaMu Ya Rabb.

Thursday, October 20, 2011

Sambil-sambil Menyelam....

Assalamualaikum...last Saturday morning, Tun dan family berangkat ke Seremban. Dah 2 minggu berturut2 ke sana..hihihi...Skang ni Tun nak tambah product untuk bizz kek ..tu yang sanggup berkampung ke sana. Dari minggu sebelumnya lagi, hubbylah yang melayan anak2 kat Taman Tasik sambil bermain layang2 serta meronda 1 Seremban..heheheh.. Sebab minggu sebelum tu, kelas hari Ahad, klu nak tido sana, agak rugi juga sebab esoknya dah school. kan...Last2 Tun ckp kat hb takyah stay hotellah...Itupun hubby dah booked dan dah bayar Hotel kat sana, Check In pukul 1tgh, tapi time tu, kami tak dapat nak bertolak awal, sbb Tun kena siapkan figurine kek yang hari tu..(Leh tengok sini dan Sini)..Burn dah kat situ...Ohohohooooo..banyak pengorbanan hubbyku buatku..Hanya Allah swt yang boleh membalasnya dan semoga Allah memberkati dan memberi penuh kebahgiaan hingga ke akhir hayat buat kami.. Amin......TQVM buat hubby yang amat memahami serta sanggup melayan minat isterinya ini. Lebiuuuu Dear! Luv u Wholeheartedly !!!
 Our Room at Klana Resort, Seremban
Kemana shj pergi, kerja tetap jalan...huhuhuhuhuhuuu....hb terbongkok2 set up lappynya..
Okies, citer last Saturday.. Tun bertolak lambat juga that day..dah pukul 9pg, kelas mula pukul 11pg tapi selalunya dorang sampai awal. Kesian juga hubby sebab hb balik lewat mlm tadi..Ehhh..bukan malam..dah pagi kul 6pg baru hubby sampai rumah. Tun biarkan hubby tido sekejap hingga pukul 8.30pg ..baru kejutkan dia.  Dari malam Sabtu, Tun dah siap packing baju anak2 semua, dan dah get ready baju untuk anak2 dan juga hubby pakai paginya. (Tun memang jenis camni ehhh..hihihi...) Cuma kali ni takdan nak siapkan kuih untuk anak2 makan dalam perjalanan. huhuhu....beli ajer breakfast kat Petrol Station Shell. Dalam perjalanan, hubby dapat call dari Selangor FM..last hubby dapat keudara di radio itu setelah lebih sebulan dan setiap pagi muncul di radio itu. Kedengaran suara terharu DJ yang bertugas dan sayu suara hubby menutur kata...huhuhuuu..Tun dapat selaminya...Sebelum ni setiap Rabu malam, hubby akan ke Station Radio Angkasapuri untuk keudara 1/2 jam bagi memberi info mengenai Bizz yang hubby buat dah lebih 2 tahun.

 Anak2 yang seronok dan tak sabar2 nak main air.
 Si abang yang seronok berenang...
 Mr. Hubby yang melayan anak2 petang tue..hihihi...tqvm Dear!
Darwis berlari mendapatkan si ayah..Muka macam nak nangis sebab terjatuh dan terkopek kulit kat lututnya.

Sesampainya kat sana, hubby drop Tun kat kelas then bawa anak2 ke hotel di Klana Resort, Seremban untuk Check in dan rest kat sana. Mula2 hubby nak book kat The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, tapi time tu tak boleh nak book pulak. Jadi pilihan kedua, choose ajelah Klana Resort. ..nice place..Anak2 pun happy ..siap mintak nak datang lagi..hehehe...(Sebenarnya, Tun tak ambik tahu langsung mana hubby nak book yer...gitulah selalunya..Semuanya hubby yg settlekan..Tun tak kisah sangat asal tak menyusahkan hubby dan tak mahu memberatkan hubby hal2 yang remeh temeh.kat mana nak stay dan sebagainya...)
 Breakfast di sini :)  ...nice! suka deconya..


Pukul 4 petang hubby jemput bersama dengan anak2 yg masih berswimming suit dan bertowel..huhuhuhu..Tengah mandi pool rupernyer td yer.. Darwis plak, tunjukkan lututnya yang berdarah dan terkopek kulitnya akibat jatuh kat pool. Katanya sebab nak take care adik..Kesian dia.

Ni ada few pictures yang Tun upload...malas sebenarnya nak resize aper..uhhuhuhu...Layannnnn...hihihi..

 Abang Nabil senang dapat kawan :) Kelihatan Muqri jauh di pool belakang sana.
Malam after dinner, kami rest kat bilik ajer..till 11 pm. Lepas tu kami keluar untuk ke Kuala Pilah pula. Nasib baik kejap jer dah smpai Kuala Pilah.Sebenarnya, hubby book dengan Ust. untuk rawatan so turn kami yang ke 5.  Sebab Ustaz mulakan rawatan lepas Maghrib pukul 8 mlm. Dah banyak kali juga kami menerima Rawatan degan Ustaz ni.
Anak2 jangan cakaplah, sampai tertidur2 dan sambung tidur lagilah..sebab mengantuk kan.. Akhirnya tiba juga turn kami, time tu dah lebih pukul 2 pagi. Rawatan berakhir hampir jam 3.30pg. Terus kami bertolak balik ke Klana Resort.Hampir jam 5.30pg, kami tiba di bilik hotel. Itupun lambat sampai sebab kami stop kat Petrol station cari ubat demam..sebab risau anak2 demam..Lagipun sebelum bertolak ke Seremban, Muqri dah demam. Sampai bilik, sambung tido..Terasa sungguh sekejap jer tido..6.30pg dah bangun balik utk solat Subuh,...then sambung tido lagi..huhuhuhu...Anak2 plak bangun awal dan bising2 nak mandi dan juga breakfast..Nak tak nak..kena bangun jugak..hehehehe...After breakfast dan layan anak2 mandi pool, kami bersiap untuk check out dan balik ke Kuala Lumpur.
Singgah Yummie kat Bangi ...kopak jugak la..Tun beli tier stand untuk digunakan tier Wedding Cake hujung minggu ni..Harap2 semuanya berjalan dengan lancar..Amin..Insya-Allah.

~Betul - betul menyelam Sambil Minum Air...Kan..hehehehe~

Tuesday, October 18, 2011

CUCUR BOM MANIS

Assalamualaikum..Morninggg!!! Dah breakfast ker? Hari ni Tun breakfast dengan menu lain..tapi, Tun nak letak dulu Cucur Bom Manis yang Tun buat semalam untuk minum petang. Resipi hasil sekodeh dari rumah Izah Daut...hehehe...Sedap..rangup diluar, crispy didalamnya. Memang dah lama cari resipi cucur manis sebegini.
Semalam, Tun bancuh adunan dalam pukul 3ptg, tunggu diperap 1 1/2 gituew. Dalam duk tungguh tuh, Tun siapkan kerja2 meng'iron baju2 hubby dan juga anak2 sumer dulu. Pastu baru Tun sambung menggodek. hehehe...Tun ikut Izah buat 2 adunan.
TQVM Izah dan juga Anna untuk idea cucur ni. TQVM juga buat penyumbang resipi.

CUCUR BOM MANIS
Sumber : daun_kesum@Jurnal Alkiram
sumber:  Izah Dautannaqawina

Bahan :
1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

  1. Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
  2. Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
  3. Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
  4. Panaskan minyak masak.
  5. Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
  6. *Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng. (Tun ikut Izah)
  7. Hidangkan.

*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua). ~ Tun ikut Izah
Insya-Allah, lain kali boleh buat lagi ^___^

Monday, October 17, 2011

RENDANG AYAM GAHARU

Assalamualaikum...ni N3 tertunggak tau..Tun masak ni last Friday sebelum bertolak ke Seremban pagi Sabtu last weekend. Setelah tergudaaaa dengan rendang Adik Ijah yang nampak sungguh sodap. Resipi asal dari CMG tapi Tun kopipes dari rumah Izah Daut. TQVM CT Zaliedana dan Izah yang mencetus idea buat Tun untuk mencuba rendang ayam sodap ni. TQVM CMG di atas resipinya..Sedap..nnt raya boleh buat lagi rendang ayam ni..
RENDANG AYAM GAHARU
resepi: CMG

BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam *izah lebihkan
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Present...?

Assalamualaikum...Petang semalam, selepas kami balik dari Seremban, hubby keluar balik ke Subang sebab ada urusan kerja. Selepas masak2 untuk dinner, anak2 tak mo makan dan terus tidur lepas Maghrib. Akhirnya, pukul 8.30mlm rumah kami dah sunyi sepi, tiada kedengaran suara riuh anak2...tinggal Tun sorang layan lappy dan juga TV...Ishhhh..sunyinyerrr...Lewat juga Tun bersiap2 mandi dah hampir Maghrib, baru selesai..

Lagipun petang tadi, anak jiran datang rumah minta diajarkan buat layout plan (bar layout plan). Kesian juga sebab nampak tension ajer.. Dia ngaku nangis sbb tak tahu nak buat. Kenkawan yang lain sumernya cantik dan dah ready...sebab dorang dah ada pengalaman bekerja. Tun ajarkan apa yang patut, baru dia nampak lega dan tahu apa nak buat..bila berdepan dengan assignment sebegitu.
Okies, itu citer serba sedikit hal petang tadi. Bila mlm2 cam ni sensorang, terasa sunyinyer..Tunggu hubby balik..tadi janji sampai rumah dalam pukul 8.30 mlm..ni belum tiba2 lagi ni..Akhirnya hb tiba juga dalam pukul 9.30 mlm. Di tangannya dijinjing 2 bag plastik putih, apa yg tertera kat bag plstik tu tak Tun pasti. 1 bag diserahkan pada Tun, dan 1 bag lagi di tangannya. "Apa nie?" huhuhu...Bukak2 ...TARAAAAA!!!! Dalam tu ada 1 kotak..Wahhhh...Tun terasa terpinga2 sebab bukan birthday, bukan Anniversary, bukan juga Hari Ibu...Special Day apa pula ni yer.....tetiba dapat PRESENT  ....Bila dibuka kotak tu..ada Handset Baru..yang bestnya sama dengan hubby punya...Cuma hubby nyer warna HITAM manakala Tunnyer warna Hijau..Suka! hihihi...TQVM My Darling! Love U My Dear!!
Handset dulu ada..terjumpa di bawah car seat. Alhamdulillah! Jadi buat pengetahuan semua, no. masih sama yer. Kak Dayang, don't worry nanti kita calling2 ehhh..hehehe...

Walaupun hp ni tak sehebat atau tak secanggih orang lain, Tun tetap bersyukur dan berterima kasih kat hubby tersayang.. Harga untuk hp ni takdelah mahal, tapi hadiah ni amat berharga dan bermakna buat
Tun...yang paling bermakna, hp ni pemberian hubby, akan kusimpan baik2. Yang sebelum ni pun Tun masih lagi simpan walaupun dah rosak dan walaupun sudah tidak digunakan..Sayang woooo...!! Lebiuuu Darling!


Friday, October 14, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona

 Assalamualaikum..Salam sejahtera semua. Hari ni Tun nak letak resipi Kek Lapis Cheese Pesona resipi dari anak muda nun jauh kat Miri..hehehehe...Sedap woooo...kek ni..buatnyer pun senang sungguh, hasinya pun yummyyyy...Duk tengah buat N3 ni pun, dah 3 potong masuk perut dah ni.. Habihla ...maunyer naik timbangan bulan nih..huhuhu...
Tak heranlah, ramai dah yang mencuba resipi dari Ryo Azhar ni..sebelum ni pernah tengok Izah Daut, Mas, Zaliedana, Kak Ita dan siapa lagi ehhhh...nak kena pi sekodeng dulu kot..Maaf la yer klu ada yang termiss sebut sini, maklum lah few weeks back, Tun sibuk betul jadi tak sempat nak BW ke dapur kenkawan semua..

Updated: Sebenarnyer kan, Kak Nor SG yang mula2 buat ni tau..pastu virus tersebar cepat betul..Maafkan Tun yer Kak Nor, tadi post N3 nak cepat2, type pun main yg terlintas di kepala ajelah...terlupa cerita sebenar pula..huhuhu...Nasib baik dik Ijah kasi tau dan ingatkan..Mekasih dik Ijah..hihihi...
Uihhhh..Kak Ummi dan Kak Yatie pun dah buat juga ni..Macam berjanji kiter kan..hihihi...Sedap tak kak.., sedap kan..? hehehe...Berhantu betul Kek Ryo ni nampaknyer ..meletop2..hehehe...

Okies, meh citer pasal kek sedap ni ehhh...Yang Tun buat ni, tak cun lagipun just guna biskut marie biasa ajer bukan yang coklat..Tu yang tak berapa nampak layer dia tu..Ni pun dah 2 paket pi beli..Dah licin sepeket..hehehe..Maklumlah...terasa lama betul tak beli biskut Marie..sedap pula budak2 ni mengunyahnya..Nasib boleh terlaksana hajat di hati.hehehehe...Tun buat 1/2 dari resipi ni ajer...Lain kali nak kena cari biskut marie yang coklat ataupun yang kopi plak..mesti lagi cun mcm Ryo buat tu ehhh...hihihi...
Kalau nak tengok susun elok, bleh singgah dapur Ryo..cantik sungguh mcm batu bata pun ader..hehehe...Akak minta izin kopipes resipinya sini plak ehhh..Ryo..Mintak halal tau...Mekasih...

Kek Lapis Cheese Persona
by : RyoAzhar

(Saiz 9x9) ~ Tun guna loyang 7" x 7" sbb buat 1/2 ajer

Bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
UPDATED : Ni pun Tun terlupa nak kasi tau..Nasib baik Ryo..dan Kak Ummi pun ada sebut tadi nih..hahaha..Baru teringat :) ..Atas tu Tun letak serbuk biskut oreo..sebabnyer dah tengah malam 2buta nak blend biskut, takut ganggu jiran pula..Jadinya, guna ajerlah biskut yang dah sedia hancur ni..hehehe (balance buat biskut raya sebenarnyer) hahah..


Tuesday, October 11, 2011

Sebab Diam Membisu......??

Assalamualaikum.....terasa lamanya tak mengupdate blog kesayangan ni. Pertama sekali, Tun ingin memohon seribu kemaafan dari kenkawan semua..lambat sungguh nak mereply  komen mahupun nak ber BW. Terima kasih banyak yang sudi berkunjung dan singgah di sini...apatah lagi yang sudi meninggalkan jejak. Tun tahu, banyak lagi komen yang belum sempat Tun nak reply. Mohon ampun sekali lagi yer.
Sebenarnya, sejak kebelakangan ni Alhamdulillah , syukur pada Allah swt..rezeki membaking agak banyak...jadi tak sempat Tun nak update kat sini..bukan tak masak tau...ada gambor masak2, tapi belum sempat nak letak N3 nya. Insya-Allah ..akan menyusul nanti. Ni salah satu project last week...walaupun sebijik jer kek ni, tapi ambik masa jugak time nak buat figurine...tambah2 lagi klu mood tak kunjung tiba..Jenuh duk tunggu nih..huhuhu..Last2 pegang ler jugak..Aikkkk...bila dah mula...lajulah plak..heheheheee....Alhamdulillah..Allah maha Mengetahui kemampuan hambaNya ini. 

Banyak cerita dan kontranya dalam the making kek ni..Yang mana kena hold beberapa kali oleh my Top Customer tersayang...(yang paling banyak buat order dari setahun dua lepas)..Macam2 peristiwa wooo...Kesian ler plak..anak2 yang nak sambut besday ni dilanda demam2 dan muntah2..Kesian sungguh...Tu yang kena hold, sebelum tu dah hold, sebab perkahwinan adik beliau..Ishhh..ishh..ishhh...BUT, Alhamdulillah, anak2nya dah beransur baik dah..Tersentuh juga bila hantar kek ni, Ida sms bagitahu yang anak2nya gembira dengan kek ni walaupun di dalam keadaan yang kurang sihat.. Terasa sayu di hati....

Nak Tengok Gambor2 lain tak? heheheheee..Kalau nak tengok ....jom dan sudi2kanlah singgah sini yer..Rumah Baru Tun...TQVM yang sudi memberi sokongan terutamanya Kak Nor dan juga Diana. BudiMu ku Junjung dan kukenang..CEWAHHHH!!..hehehehe....

Wednesday, October 5, 2011

Kuih Kukus Bawang Goreng

Assalamualaikum..selamat petang. Dah minum petang ker belum tu? Hari ni Tun buat kuih simple dan juga mudah serta cepat untuk dinikmati. Kuih yang menjadi suspen di wall FB Izah Daut semalam..hari ni  terungkai sudahhhh....hehehee...
Kiternyer tak cantik sebab bawang goreng tu garing betul, sebab tadi sambil2 jenguk anak2 main....lain kali kena goreng elok2 sikit..huhuhuhu...tapi ..sebenarnyer bawang goreng tulah yang membuatkan kuih ni sedap..tak berenti suap plak..hehehe..

Jom singkap sejarah kuih Kukus Bawang Goreng dari Izah Daut ni. Menurut Izah, kuih ni dari Kak Long (kakak ipar Izah) yang berasal dari Pekan, Pahang. (Sebut Pekan tu kena ikut sleng orang Pekan yer...hihihihi...) Kak Long Izah ni memang pandai bab2 kuih tradisi dan masakan dari Pekan...sedap2 belaka. 

Resipi asal takde sukat2, sebab biasalah klu orang yang terror masak dan dah biasa masak, tak main sukat2..sebab tengok pun dah tau kan..Macam mak2 kiter jugalah..kann..hihihi...jadi Izah dengan bijaknya telah berjaya membuat kuih ni sendiri..dengan  membuat sukatan sendiri..Wahhhh...bagusnyer.. Tahniah Izah. Bravoooo! 
Kuih ni pada tekak Tun rasanya sedap..Lembut dan kenyal2 iras kuih kasui..tapi ia lebih lembut lagi..kejap jer habis ni. Tinggal sepotong jer untuk Kak Ummi sebab dia masih lagi dayung kolek tu..tak nampak2 lagi bayangnyer nih..hihihi.. Jangan marah yer kak...gurau2 petang ajer ni...

Meh kita tengok resipi mudah tapi tetap menghasilkan kuih yang sedap dan berbeza rasanya dari kuih yang biasa kita nikmati.Minta izin share yer Izah. Terima kasih..

KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by: izah
Sumber : Rabiatun

Bahan:
3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:
  1. Panaskan kukusan. 
  2. Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
  3. Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
  5. Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
  6. Kukus sehingga masak (30-40 minit).
  7. Tunggu sejuk kemudian hidang.
Tips Dari Izah:
*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang palingg kecil. (Tun guna loyang 6")
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu.Lain kali Tun nak letak kurang dari 1/4 cup.

Sunday, October 2, 2011

Sambal Petai Tumis Belacan


Assalamualaikum...moninkkk...moninkkkk....Aduyaiiii..terasa tension betul la dengan tenet ni. Slowww ya amat. semalam nak post N3 lembab gilerrr..Tun duk melayan loading lebih 5 jam duk ngadap lappy, barulah dapat post.huhuhu...Tak boleh nak BW dan tinggalkan komen aper. Nak reply komen pun semput jugak..Ke, tenet ikut keadaan cuaca gak..semalam kan mendung dan hujan,,huhuhuhu....Walau bagaimanapun hubby dah promise nak tukauuu yang lain plak..yang lebih baik dan power..tapi buat sementara ni..guna ajelah yang ni dulu...TQ Darlin' ...lebiuuu...
Okies, tinggal citer pasal tenet semput tu..hihihi...Meh layan menu simple Tun malam tadi Sambal petai Tumis Belacan. Resipi dari Ryo adik kepada Hasue I Love MyLife nunnn... Sedap jugak..penambah selera. Cuma petai yang ada kat gobok ni sikit ajer yang tinggal...tapi Tun godek jugaklah kes terliur sambal Ryo ni..hehehe..Minta izin kopipes resipi yer Ryo..Terima kasih..

Sambal Petai Tumis Belacan
by:Ryo Azhar
Source : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan2:
  • 5 papan petai,setiap biji dibelah 2 dan keluarkan isinya.
  • 1 tbs belacan*
  • 1 genggam ikan bilis*
  • 2 tangkai cili merah*
  • secubit garam dan serbuk perasa,jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
Caranya :
  1. Tumbuk bahan bertanda hingga lumat,tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan petai,kacau sebati
  3. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa jika perlu. (Ryo letak secubit je sebab ikan bilis & belacan tu dah ada rasa masin2 sikit kan.)
  4. Kacau sebati dalam 3 minit.
  5. Dah siap,padamkan api.
Sedap niiii...tak cayerrr...."cuba try test" (kata orang Kelate) la dulu..

Saturday, October 1, 2011

PANCAKE MAYONISE

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu. Pagi ni family Adik Tun dah berangkat balik ke Kelantan. Petang ni mereka akan singgah kat rumah Mom dulu kerana ada makan2 family berBBQ bagi meraikan ulang tahun kelahiran ahli keluarga dalam keluarga kami iaitu Mummy, Masnoniwati (adik 2nd), Saidatul Hamimah (adik 3rd) dan Azrul Izwan (adik ipar ~ suami kepada Saidatul). Cuma....Sayangnyer Tun sekeluarga tak dapat nak turut serta..yelah kan...dah duk jauh gini ..huhuhu...Takpelah kan..nak buat macamana. Kepada Mom, Nonie, Mah dan Azrul sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan di rahmati Allah swt selalu hendaknya. Aminnnn...dannn..Semoga adik Masnoniwati dan keluarga selamat sampai ke kampung. Kirim salam rindu dan sayang serta peluk cium buat semua terutama mom dan abah.
Okies, pagi ni Tun masak ringkas ajer..memandangkan adik Tun nak bertolak awal..jadi masak breakfast seadanya ajer. Bihun goreng dan pancake mayonise ajer yang menjadi hidangan kami pagi ni disamping keropok ikan yang dikirimkan.

Lamanya tak buat pancake ni..dah beberapa hari Tun terkenang2..hehehehe..Pagi ni baru dapat direalisasikan. Kali ni Tun try letak mayonise seperti anjuran Kak Nor. Walllahhhhh....apabila letak mayonise, hasilnya pancake bertambah lembut dan juga gebus sakan. Sukernyerrr...sedap betul. Bertambah2 sedap lagi apabila dimakan dengan madu, blueberry filling dan juga coklat. Pilih mana suka. Tun suka gabungan madu dan bluberry filling. Manis2 madu dan masam2 blueberry memang kena dengan selera Tun.hihihihi...
Tun buat 2 adunan menggunakan resipi dari Hajar MyR. Dah banyak kali guna resipi ni..memang mabeles. Terima kasih buat Hajar dan juga Kak Nor yang share resipinya. Minta izin sekali lagi yer. Mekasih...
PANCAKE MAYONISE
by Hajar
sumber ; Kak Nor
sumber : Rabiatun@Pautan Kasih


Bahan:
3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (saya ikut kak nor tak letak pun)
* 1 1/2 sdb mayonise (Tun tambah)

Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
  3. Biarkan selama 10 minit.
  4. Goreng dlm frying pan hingga masak.
  5. * adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
  6. kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

Note dan Idea : Kak Nor
**utk jdkan pancake mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan.
Maaf...gambar kureng memuaskan..memang nak cepat time ni..huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...