Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, December 20, 2013

Sambal Goreng Jawa


Sambal Goreng Jawa
resipi :Wana

3 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( potong dadu dan di goreng )
1 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
5-6 batang kacang panjang ( hiris menyerong nipis nipis)
8-10 biji cili kering ( digunting nipis2) -tak letak
1 paket kecil suun – ( rendam dan di potong sedikit )
1 paket kecil tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1/2 cawan udang ( buang kepala dan kulit )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis – saya tak letak
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
Minyak secukupnya
serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering hiris yang telah direndam hingga wangi.
2. Kemudian masukkan udang hidup, santan, sayur-sayuran, suun, tauhu kering dan bahan2 yang telah di goreng tadi!!
3. Masukkan garam, lada sulah dan perasa dan kacau rata.
4. Bila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** sesuai di makan dengan nasi panas, ayam kicap atau ayam masak merah!!

Thursday, December 19, 2013

Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Pucuk Ubi Masak Tempoyak
resipi : Maklang

bahan:
2 cekak pucuk ubi.. rebus hingga lembut
3 ulas bawang merah*
10 biji cili api merah*
1/2 inci kunyit hidup*
segenggam ikan bilis*
3 sudu tempoyak
1 cawan santan
garam & aji
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dipotong kecil2 (tak letak)
2 papan petai ( tambah)
cara:
  1. tumbuk bahan2 bertanda (*)
  2. masukkan semua bahan didalam kuali dan masak hingga sebati.. gunakan api kecil..
  3. rasa garam dan aji.. bila dah ok angkat..
  4. bolehlah dihidang..


Jemput-Jemput Pisang


Jemput-jemput pisang
resipi: choppy@myresipi

Bahan-bahan ( 4 orang )
1 cawan pisang yang dilenyek
11/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
sedikit esen vanila
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  1. Campur semua baha-bahan kecuali minyak. Kacau biar rata/ sebati
  2. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik sudu dan basahkan dengan air. Ceduklah sikit-sikit masuk ke dalam minyak panas.
  3. Goreng sampai perang. Lapik jemput-jemput dengan kitchen paper apabila keluar dari kuali.
  4. Siap untuk dimakan

Wednesday, December 18, 2013

Rendang Udang Goreng


Rendang Udang Goreng
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :

12 ekor udang sederhana
sedikit serbuk kunyit
tepung goreng serbaguna secukupnya
200 ml santan
1 helai daun kunyit (diracik)
2 helai daun limau purut
1-2 sudu makan cili giling (boleh juga guna cili padi)
sedikit air asam jawa
garam dan gula melaka/gula pasir secukupnya
bahan-bahan dikisar bersama :

1 labu bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

cara-cara :
  1. Udang dibersihkan. Kemudian gaul-gaulkan bersama kunyit, tepung goreng serbaguna dan sedikit air. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gorenglah udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
  2. Kemudian tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis lagi sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau sebati. 
  4. Apabila kuahnya kelihatan hampir kering, bolehlah ditutupkan api.
  5. Kemudian tuangkan kuahnya ke atas udang goreng tadi. Boleh juga digaul-gaulkan bersama. 
  6. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak atau apa-apa sahaja jenis nasi. Sangat sedap!


Cili Jeruk



CILI JERUK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
7 -8 bj cili hijau ~ boleh guna cili merah/hijau
1 cawan air
1 cawan cuka
2 -3 sudu besar gula

Cara :
  1. Basuh cili dan toskan.
  2. Kemudian hiris tp jangan terlalu nipis.
  3. Masak air bersama cuka dan gula hingga mendidih. Biarkan hingga sejuk.
  4. Masukkan cili ke dalam botol yg bersih dan tuangkan air cuka yg dimasak tadi.
  5. Tutup botol dan biarkan sehingga 2 - 3 hari baru lah sedap dimakan bersama mee rebus/goreng dan sebagainya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...