Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Monday, July 18, 2011

SALAM TAKZIAH


 Assalamualaikum

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' binti Mohd Ghazali. Dr Lo' Lo' merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa. Tun mula mengenali arwah semasa mengandungkan anak pertama (Nabil) kerana selalu buat check up di klinik beliau di Taman Melawati. Arwah jugalah yang menyambut kelahiran anak sulong kami (Nabil) pada tahun 2001. Beliau merupakan seorang Dr. yang lemah lembut dan sangat baik hati. Sikapnya bagaikan seorang ibu bagi Tun. Beliau juga seorang yang tabah. Sebab tu Tun dan hubby amat terasa dengan pemergian Allahyarhamah. Bukan niat nak berpolitik di sini tetapi sekadar memberi ucapan takziah di atas pemergian seseorang yang Tun kenali. Walau apapun mungkin ada yang akan memberi pelbagai tanggapan mahupun yang mempunyai perberbezaan pendapat, namun sebagai seorang Muslim dan beragama Islam, tiada salahnya kita turut sama memberi penghormatan dan juga sekalung Al Fatihah buat Allahyarhamah.

Sejak dengar berita Allahyarhamah dimasukkan ke Hospital Selayang, Tun duk ikuti perkembangan kesihatannya. Terharu, sebak dan sedih berbaur perasaan Tun ni. Walaupun allahyarhamah di dalam kesakitan, beliau melupakan derita penyakit yang ditanggungnya, semata2 untuk membantu semua...hinggakan ke nafas terakhir pun Allahyarhamah berpesan mengenai tugas yang belum sempat disempurnakan sepenuhnya. Allah Maha Mengasihani hambanya ini.

Malam tadi, akhirnya dapat berita pemergian sebutir "Mutiara" yang telah gugur juga akhirnya. Allah swt yang Maha Mengetahui dan lebih sayang padanya. Sebegitu indah namanya "Mutiara", begitulah juga indah dan luhur hati budinya...

Mari kita kenali sedikit sebanyak mengenai Allahyarhamah. Tun ambik petikan ni dari akhbar. Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Dr Lo' Lo' mula aktif dalam Dewan Muslimat PAS sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepada parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya. 
Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009. Namun, beliau tetap tabah. Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.
Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarganya.  
Jenazah Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi tadi.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.
Sewaktu talkin sedang dibacakan, suasana tenang dan sunyi, disusuli awan menutupi matahari sebanyak dua kali, menjadikan suasana redup di tengah-tengah belaian angin sepoi-sepoi bahasa.


“Ya Allah ..Ya Ghaffar..Ya Qahhar.. Ya Tuhanku! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat kediamannya, luaskanlah kemasukkannya, bersihkanlah dia dari segala kesalahan, sebagaimana engkau membersihkan kain putih dari kotoran, gantikanlah dia dengan rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya. Semoga Allah swt mencucuri rahmah dan menempatkan Allahyarhamah di kalangan pada Solehah dan menerima segala amal ibadahnya. Amin..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...