Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, January 2, 2013

Sup Ikan Merah...

Assalamualaikum..Selamat tahun baru..Lamanya sy tak updated blog..alhamdulillah nasib baik passwordnya masih lagi ingat..huhuhu...
Masakan 1st day persekolahan di tahun baru ini...Sebenarnya dah lama Tun simpan resipi ni..Resipi asalnya dari Chef Joha Hassan (FB). Saya suka cuba resipi2 yang dikongsikan oleh beliau..kerana ianya bukan sahaja mudah, malah sedap..Apatah lagi hidangan ini amat sesuai dengan anak2 yang kurang gemar makan ikan..Insya-Allah, maybe hidangan ini boleh dijadikan permulaan.
White Snapper Fish Soup. (Sup Ikan Kerisi)
Resipi oleh : Chef Joha Hassan
Dikongsikan oleh : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan2nya:
1 ekor ikan kerisi, di belah ikut citarasa (Tun guna ikan merah)
1/2 inch halia di hiris
1/2 batang cili merah & hijau hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1/2 labu bawang besar di hiris atau potong dadu kecil (Tun cincang)
1 lobak merah di potong dadu kecil2
2 biji ubi kentang di potong dadu kecil2
Daun sup/sadri
2 sudu besar bawang merah goreng
Secubit lada putih
1 kuib knorr ayam
Air secukup untuk kuah nya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

* Tun tambah:
4-5 biji cili api- diketuk/dibelah 2
1/4 batang seleri-dipotong serong

Cara2nya:
  1. Panaskan minyak di periok, masukan bawang2, cili dan halia, goreng seketika . 
  2. Bila kelihatan lembut, tuangkan air secukup untuk kuah nya.Letakan kuib knorr ayam, garam secukup rasa. Masukan lobak merah dan ubi kentang yang di potong dadu2, masak hingga ia mula mendidih. 
  3. Letakan daun sup/sadri dan ikan kerisi yang sudah dibersih dan di potong ikut citarasa. 
  4. Sajikan panas2 bersama kicap, cili hiris perahan jus limau kasturi dan nasi putih.
#bole masukkan batang salari, soon, tomato biji..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...