Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, August 23, 2011

IFTAR DAY 22 ~ DURIAN PANNA COTTA

 Assalamualaikum. Dessert untuk berbuka semalam...Durian Panna Cotta. Resipi asal dari AnnCoo tapi Tun kopipes dari rumah Kak Nor. Dessert ni sedap dan manisnya pun sedang elok ajer. Nice! Tun takde isi durian, jadi Tun gantikannya dengan Kordial Durian Paste sebanyak 3 sudu besar, dan guna susu segar sepenuhnya sebab ketiadaan whipping cream kat gobok rumah ni..hihihi..Kalau guna isi durian betul, mesti lagi sedap nih. Walau bagaimanapun rasanya tetap sedap, biarpun Tun hanya guna perisa ajer..Insya-Allah, klu ada isi durian lain kali nak buat lagi ..Yummy..yummyyy....
Hari ni tak boleh nak potpet panjang...nak BW pun belum berkesempatan sebab mengukis belum siap lagi ni. Kepada yang sudi singgah dan meninggalkan komen, insya-Allah Tun akan reply nanti..
.Jap lagi nak keluar ambik anak plak. Layan dessert best ni dulu yer. Thanks a lot for Ann for this special recipe dan juga terima kasih buat Kak Nor yang selalu mencuba resipi yang terbaru, dan share pula dengan kami semua. Terima kasih banyak. Minta izin share sini pula yer.. Mekasih...

DURIAN PANNA COTTA(adapted from Dessert's Temptation)
source : AnnCoo
source : K.Nor@SecubitGaram


600ml Fresh milk
80g Whipping cream
60g Sugar

15g Gelatine powder
60ml Water
200g Durian puree (blend durian to smooth)

Method:
  1. Add gelatine to water to soak for 5 minutes.
  2. Combine fresh milk, whipping cream and sugar in a pot, put under medium heat and stir until sugar dissolved. Bring the liquid mixture to light boil.
  3. Then add in soaked gelatine into it and stir until gelatine dissolved.
  4. Lastly add durian puree and mix well, do not boil but keep stirring it for 5-8 minutes at low heat. Strain and pour mixture in cups or moulds.
  5. Refrigerate for at least 2 hours and serve.
Set ni special untuk hubby..@___<


Monday, August 22, 2011

IFTAR DAY 15 ~ BINGKA ROTI


Assalamualaikum.. meh layan Bingka Roti yang Tun ambik resipinya dari rumah Izah nun...tergoda dek kecantikan rupa parasnya hasil air tangan Izah. Memang tak mengecewakan, sedap rasanya. Tun ikut saranan Izah supaya menggunakan santan. Memang tepat sekali kata Izah..baunya wangi dan lebih terasa lemak2 gituew..kena dengan nama "Bingka".
Resipi asal dari Riaputih MyR, Tun kopipes dari rumah Izah.. Terima kasih banyak keduanya di atas resipi dan juga sudi meng'share'kan kepada semua. Minta izin untuk letak resipinya disini pula yer. Minta izin juga dari Izah, untuk share note yang telah dibuat oleh Izah. Terima kasih banyak...Muahhhh...
BINGKA ROTI
sumber : Izah
Bahan-bahan ( 4 orang )
2 bj telur 'A' * izah guna B
5 keping roti gardenia
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 camb planta *izah guna butter
1/4 camt garam
500ml susu cair (1 tin 400ml + 100ml air) * Izah guna santan
Bijan
1 camt esen vanila
Cara-cara
  1. Kisar gula dan telur(guna blender je). Kemudian masukkan planta. Kisar lagi.
  2. Masukkan susu cair dan roti, biar sekejap dan kisar.
  3. Akhir sekali masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kisar lagi sampai sebati.
  4. Tuang ke dalam loyang bingka yg telah dilengser, tabur bijan (sangrai terlebih dahulu) dan bakar atas api perlahan selama 1 jam. 
Note dari Izah: (minta izin share yer Izah, tq)
  1. Izah bakar pada suhu 180 C lebih kurang 1 jam atau sehingga permukaan bingka berwarne perang.
  2. Dilink di atas ada ditunjukkan cawan yang biasa tuan resepi guna. Cawan tea tu, tapi saya guna cawan ukuran metriks 250ml secawan, dan saya kurangkan satu sudu setiap ukuran. Iaitu tepung dan gula, saya kurangkan sesudu besar lebih kurang.
  3. Izah recommend kan gunakan santan baru bingka ni berbau lebih wangi dan terasa 'kebingkaannya'.
guna acuan lap lap..gituewww..hihihihi...

IFTAR DAY 21 ~ KUIH LOPES

 Asslamualaikum. Lamanya tak bersiaran.  Mohon ampun dan maaf sekiranya segala komen lambat benar nak direply. Kepada yang sudi bertandang dan sudi menjadi follower, terima kasih banyak. Yang Unfollowed pun ader juga. Takperlah kan.

Okies meh layan Kuih Lopes yang Tun buat semalam untuk juadah berbuka puasa. Mula2 tu tergoda dengan  Kuih Lopes Dik Ika resipi asal dari Dik Iza kiter nun..cun ya amat posing dalam daun pisang tu. Alamakkk...daun pisang plak takde nih..terbantut sedikit hasrat di hati. Takper..jgn berputus asa..hehehe...gi sekodeng jap kat MyR, akhirnya nampak Lopes versi Mudah resipi dari Tulips..Baca dan buat research sikit kedua2 resipinya, pastu Tun ambil keputusan buat resipi Tulips. Bukannya apa, setelah dite'nang2..sekarang ni jadual Tun amat padat, mana nak mengukis, nak buat order cuppies lagi jadi masak ajer la juadah yang mudah dan cepat..Terpulanglah kepada masing2 yer..nak pilih resipi yang mana satu.. Kedua2nya Tun letak di sini untuk rujukan di lain kali...yang pastinya kedua2nya sodap dan menjadi. Insya-Allah. Andai ada stok daun pisang, nak try versi Iza plak.
Apapun, meh kiter tengok resipi yang Tulips kat MyR nun. Minta izin yer Tulips, kiter tayang resipinya sini plak...Terima kasih banyak.

KUIH LOPES I
resipi oleh : Tulips MyR
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air

Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
Note Tun: 
1). Jika nak kuih agak berderai bila di makan dan tak terlalu padat, boleh letak 2 cawan air sahaja. Maksudnya 1 1/2 cawan santan sederhana pekat dan 1/2 cawan air pandan.
2). Bagi mereka yang suka kuihnya lembut dan padat sikit, bolehikut resipi di atas.

Untuk rujukan Tun di lain kali, Tun letak juga resipi dari Che'iza..memang dah terpaut dengan hasil tangan Ika buat. Insya-Allah lain kali nak cuba resipi ni pula. Mintak izin yer kedua2 adik cayang.

KUIH LOPES II 
Resepi Asal : CHE'IZA
Sumber : Ika

Bahan-bahan
300 gm beras pulut (boleh dpt dlm 10- 12kpg)
1/2 sk kapur
kelapa parut
sedikit garam
daun pisang
~ *Utk air gula*
1 buku gula melaka (dlm 150 gm lah)
100 gram gula merah
beberapa helai daun pandan

Cara-cara

  1. Rendam pulut dgn air kapur selama 2-3 jam ( Satu jam pun okey ). Toskan beras pulut yg telah direndam.>>Untuk yg ni kita rendamkan dgn air daun pandan 
  2. *Utk air gula* masak gula melaka dan gula merah, masukkan daun pandan yg disimpul. Masak sehingga pekat. Biarkan air gula sejuk.
  3. Siat/potong daun pisang selebar 3 inci.... Ikut sukelah lagi lebar, lagi besar kuih lopes yg akan kita dapat.
  4. Layurkan daun pisang..... Sbb saya tak rajin, saya celur jer sikit ngan air panas....
  5. Buat bentuk segitiga pada hujung daun pisang dan masukkan beras pulut (dlm 2 sb) dan bungkus.... Buat 2-3 kpg dan ikat ( saya ikat pakai getah gelang jer)... Buatlah hingga habis. Pastikan bungkus pulut padat2... kalau tak pulut akan terkeluar atau pecah.....
  6. Rebus kuih yg dibungkus selama 2 jam.... Lagi lama lagi baik.... kueh yg terhasil lebih cantik dan tahan lebih lama....
  7. Bila siap rebus..... toskan kuih lopes dan biarkan sejuk......Dah sejuk buang ler daun pisang tu.... balut ngan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.... makan dgn air gula....

Thursday, August 11, 2011

IFTAR DAY 10 - NASI KARI AYAM

Assalamualaikum..Alhamdulillah, dah 10 hari kita dan umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh Barakah ini. Untuk hari yang ke 10, Tun sediakan nasi kari ayam ni buat santapan berbuka puasa. Alhamdulillah..sedap juga nasi ni. Sebenarnya dah tergoda semasa Kak Nor letak N3 menu di hari pertama berpuasa, dah masuk list. Tetapi terpaksa ditangguhkan dan beri laluan kepada menu lain disebabkan kesibukan tugas harian. Pastu, esoknya Ika plak masak nasi kari ayam ni..Cantik dan sungguh menyelerakan nasi yang Ika masak..Ishhhhh...makin la berkobar2 dibuatnya....tapi saborrr..hehehe...
Okies, terima kasih banyak buat Ibundo di atas resipi yang sungguh sedap ni..tak lupa juga buat kak Nor yang menyuntik inspirasi buat Tun serta adik Ika tersayang yang memberi idea untuk juadah hari ini..Lebiuuu all dear friends!

NASI KARI AYAM
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram dan Ika


Bahan:
  • 3 cawan beras basmathi 
  • 1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa 
  • 4 sudu besar butter atau majerin 
  • 8 cawan santan dari sebiji kelapa>>Untuk santan kita tak semuakan ya, guna air 2 cwn 
  • 3 sudu besar rempah kari 
  • 4 ulas bawang merah dihiris 
  • 2 ulas bawang putih dihiris 
  • 1 inci halia dihiris panjang 
  • rempah tumis empat sekawan 
  • 1 cube stok ayam kalau suka 
  • sedikit daun ketumbar 
  • daun kari ~ yg ni k.nor tambah 
  • 1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak) 
  • garam
    Cara:
    1. Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan. Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu.
    2. Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti. 
    3. Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.
    4. Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan. 
    * Utk lebihan kuah kari tu, K.Nor panaskan balik dan masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap dan bolehlah dipadamkan api.
    ** Nasi Kari Ayam ni K.Nor gadingkan bersama Simple Salad With Cajun dan Air Asam. Tun tak buat, just terus hidang dengan daun salad, timun dan Air Asam.Nasi ni kalau di makan begitu sahaja pun dah sedap sebenarnya..betul cakap Kak Nor dan Ika.

    AIR ASAM
    resipi : Ika@Arah
    sumber : K.Nor@SecubitGaram


    Bahan A
    • 4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
    • 1 biji Lada Merah Besar
    • 1 ulas Bawang Putih
    • 1 inci Belacan yg di bakar
    • 1 sb sos tomato
    • 1 sb sos cili
    • 1 sb sos ikan
    • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
    • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
    • secubit garam

    Bahan Hiris

    • Sedikit hirisan bwg merah
    • Sedikit tomato di hiris dadu
    • Daun ketumbar di hiris halus
    • 1 biji cili di hiris bulat
    Cara:
    1. Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. 
    2. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.

    Wednesday, August 10, 2011

    IFTAR DAY 9: BADAK BERENDAM

    Assalamualaikum. ..untuk dessert berbuka semalam. Badak Berendam hasil sekodeng dari rumah Ika. Resipi asal dari Kak Besah. Terima kasih semua. Tun letak inti kacang merah di dalamnya. Kecik2 Tun buat ni..hihihi...Ghajin sikit semalam..hehehe..Jom nengok resipinya plak.
    BADAK BERENDAM
    Resepi Asal : Kak Besah MyR
    Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

    Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
    2 cawan tepung pulut
    lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
    1/2 sudu teh garam
    inti kelapa secukupnya - cara mmbuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde

    utk dadih;
    21/2 cwan santan, 
    2 sudu tepung beras (Tun tak letak)
    1/2 sudu teh garam>&gt;Kita tambah 1sb gula
    3 helai daun pandan

    Cara-cara
    1. campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit - ketepikan.
    2. bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
    3. campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
    4. ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
    5. bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
    6. terus masukkan kedalam dadih tadi..
    7. siap utk hidangan family tersayang..

    IFTAR DAY 9 : JUADAH SIMPLE

    Assalamualaikum..ni antara menu simple untuk berbuka puasa semalam...Telur Sambal, Kari Ayam dan juga Cencaru Goreng Sumbat Cili
    Telur Sambal 

    Ikan Cencaru Goreng Sumbat Cili

    Alhamdulillah..di atas rezeki yang Allah swt berikan. 

    IFTAR DAY 9 : AIR NENAS

    Assalamualaikum, untuk melengkapkan lagi juadah semalam Tun buat Air Nenas ni. Lagipun ada 1/2 biji nenas balance dari masak gulai ikan masin beberapa hari lepas. Dah terbayang nak buat air nenas sebab nenas tu agak dah masak juga.
     Air Nenas ni sedap juga diminum..buahnya pula terasa seperti buah nenas dalam tin. Sedap. Resipi dari Kak Nor. Minta izin letak sini yer kak. Terima kasih banyak di atas resipinya. Halal yer kak.

    Air Nenas
    resipi : kak Nor
    sumber : Rabiatun @ Sweettouch

    bahan:

    • sebiji nenas ~ dipotong kiub kecik2
    • 1 1/2 cawan gula
    • 1.5 liter air
    • 3 helai daun pandan
    • sedikit pewarna kuning

    Cara:

    1. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan masaklah hingga mendidih.
    2. Masukkan pewarna dan masak lg hingga sedikit pekat hingga menjadi air gula.
    3. Biarkan sejuk.
    4. Bila nak minum, masukkan sebahagian air gula nenas dan juga nenas ke dalam jug.
    5. Masukkan air masak dan ais.
    6. Rasalah kemanisan air ni mengikut selera masing2.
    7. Siap!

    Tuesday, August 9, 2011

    IFTAR DAY 8 : MEE KARI

     Assalamualaikum...menu berbuka semalam..maaflah yer lambat nak letak N3 skang ni..kesibukan melanda...huhuhu...nak BW pun tak berapa nak lepas ni..Kalau ada pun masuk2 sapa hi..hi ajer..Maafkan Tun yer. Lagipun skang ni dah nak start mengukis pula. Maklumlah kan...hihihi.. kang tak sempat nak settle kan orang punya kukis tu plak. Kepada yang sudi tinggalkan komen kat N3 ataupun kat shoutbox, amat Tun hargai..Insya-Allah akan Tun reply secepat yang boleh. Tak lupa juga buat my Followers..Terima kasih banyak2 sudi jenguk teratak kita yang tak seberapa ni..Mekasih tak terhingga.

    Apapun jom layan menu berbuka semalam ni. Mee kari resipi Kak Nor Ganu ni..Memang dah jadi peberet family Tun tau.. Banyak kali dah Tun buat, masa makan2 family pun Tun ada guna resipi ni. Leh tengok sini. Sedap dan memang mendapat pujian ramai. Terima kasih buat Kak Nor yang sudi berkongsi resipinya. Minta izin sekali lagi untuk Tun letak di sini ye Kak. Mekasih.
    MEE KARI K.Nor Style
    resipi: kak Nor
    source : Rabiatun @ Sweettouch


    Bahan2:
    isi ayam, udang, isi kerangfish/chicken ball
    4 - 5 sudu cili mesin - (Tun letak 3 sb ajer)
    5 - 6 sudu besar rempah kari
    5 tangkai daun kari
    3 sudu besar kicap (Tun terlupa letak)
    4 liter air - (Tun letak 3 liter ajer sbb tak muat piyuk..hihiih..)
    1 - 1 1/2 cawan santan pekat
    air asam jawa
    1 kiub pati ayamsawi
    garam secukupnya
    1/2 sudu besar gulaminyak

    bahan dikisar:
    3 bj bawang besar
    5 ulas bawang putih
    1in halia

    bahan sampingan:
    mee kuning secukupnyatelur rebus
    tauhu ~ digoreng dan dipotong taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
    daun saderi ~ dihiris
    bawang goreng ~ jika suka
    cili merah/cili padi ~ dihiris
    limau kasturi/nipis
    Cara2:

    1. Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
    2. Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
    3. Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
    4. Masak seketika.
    5. Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
    6. Masukkan daun kari dan kicap.
    7. Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
    8. Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
    9. Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
    10. Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
    11. Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
    12. Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
    13. Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
    14. Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
    15. Padamkan api.
    16. Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
    17. Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)


    Tips dari Kak Nor
    * utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
    * k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)



    IFTAR DAY 8 : PUDING SAGU GULA MELAKA

     Assalamualaikum.. ni menu berbuka semalam..Alhamdulillah pejam celik dah seminggu kita menjalani Ibadah Puasa yer. Semalam sempat gi sekodeng ke rumah Ika. Sebenarnya list nak buat menu dessert lain, tapi last2 berkenan pula yang ni...Sagu Gula Melaka resipi daripada AlongRoz. Tun tak pernah makan sagu yang agak seketul2 camni dan agak peroi..sukerrr dan..Sedap betul. Biasa Tun buat ianya agak keras sedikir. Sedap juga, tapi Tun lebih suka yang macam nilah..hihihi..

    Terima kasih banyak buat Ika yang berjaya menarik perhatian Tun dan tak lupa juga buat AlongRoz di atas resipi ni. Lebiuuu All..Minta izin kopipes yer. Mekasih.
    PUDING SAGO GULA MELAKA
    Recipe by: ALONGROZZ
    Source : Ika 

    Ingredients : Makes 5 glasses
    160g Green Sago - soaked with water 30min
    Water
    Coconut Milk
    Palm Sugar Syrup

    METHOD:
    1. Strained sago & place in a pot.
    Pour in water to cover sago about 1" above it.
    Boil until sago turn translucent.
    Strain & run under running tap water to get rid of some starch.
    Scoop into glasses.
    Chill.

    2. To serve, pour few tbsp coconut milk then few tbsp palm sugar syrup.
    The sugar syrup will sink to the bottom naturally.

    3. To make palm sugar syrup, place 1 piece palm sugar in a pot, cover with water, add 2 tbp white sugar & 1 screwpine leaf. Boil until sugar is dissolved. Cool.
    PUDING SAGU GULA MELAKA
    resipi : AlongRoz
    Sumber dan Terjemahan: Rabiatun @ Sweettouch

    bahan: (5 bekas)
    160 g sagu hijau (direndam dengan air selama 30 minit)
    air santan atau fresh milk
    air gula Melaka (Tun guna nisan)

    Cara:
    1). Tapis sagu yang direndam dan masukkan ke dalam periuk.
    2). Masukkan air sehingga menutupi sagu lebih kurang 1" lebih dari aras sagu.
    3). Masak sagu dengan api perlahan sehingga ianya kelihatan lutsinar.
    4). Apabila sudah kelihatan lutsinar, masukkan ke dalam tapis dan lalukan di bawah air paip supaya kanjinya keluar sedikit. Toskan seketika.
    5). Sudukan ke dalam gelas pilihan. Sejukkan.

    Cara Menyediakan sirap gula Melaka:
    1). Panaskan 1 keping nisan atau Gula Melaka dengan air.
    2). Jika nak lebih manis, boleh tambahkan 2 sudu besar gula dan 1 helai daun pandan yang di siat.
    3). Masak sehingga semuanya cair dan sebati.

    Cara Menghidang:
    1). Tuangkan sedikit santan atau fresh milk ke dalam bekas sagu. (Tun guna santan di tambah sedikit garam).
    2). Tambah beberapa sudu sirap gula Melaka. Sedia dinikmati.


    IFTAR DAY 7 : JUS JAMBU BATU ASAM BOI

     Assalamualaikum...ni sebenarnya Tun buat beberapa hri lepas, baru nak menayang..tak berapa nak sempat nak letak N3..lagipun weekend memang duk berbuka kat luar...tak masak...memang kena gantung periuk kuali sumer..hihihi...Meh layan air ni jelah yer..hasil dari campak2 untuk menu berbuka..Alhamdulillah syukur.
     Jus Jambu Batu Asam Boi...Tun bukan guna betul2 buah jambu batu yer..Cuma guna kordial ajer ni. Kordial + Air + Gula. Pastu tambah serbuk asam boi dan ais yang diblend. Siap. Rasanya seperti jambu batu slice yang diletak serbuk asam boi..sedap jugak.
    Lain kali boleh buat lagi jus gini...


    Sunday, August 7, 2011

    IFTAR DAY 6: NESTEA JELLY

    Assalamualaikum. Sebenarnya hari ni kiter tak masak apapun tau...berbuka kat luar. Jadi kita letak jugak N3 untuk Menu Berbuka yang telah kita buat beberapa hari sebelumnya ni..takpelah kan..
     Meh layan this simple dessert tapi sedap juga dimakan sejuk2 ni... Nestea Jelly resipi dari Yani. Dah ramai juga yang buat rasernyer ni..tapi, mula2 tengok, kat rumah Kak Nor yang cuba resipi dari Yani ni..
    Sedap jugak rasanya..masam2 manis buah lemon gituew.. Sesaper yang belum cuba lagi, jika berkenan, bolehla try. Sedap juga ni. Terima kasih banyak Yani untuk resipi simple puding camni. Izinkan letak resipinya sini yer. Mekasih dan Selamat berbuka..

    Nestea Jelly
    recipe by: Yani Deco Choco
    Source: Rabiatun @ Sweettouch

    Bahan-bahan:
    • 1 pek nestea- Ice Tea Lemon Flavour (pek keluarga)
    • 8g serbuk agar-agar
    • 4 sudu besar gula
    • 700ml air paip
    • 500ml air masak
    • secubit garam
    • lemon dan daun pudina untuk hiasan

    Cara-cara:
    1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air paip ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
    2. Dalam bekas lain campurkan nestea dengan air masak-kacau sebati.
    3. Masukkan no.2 ke dalam no.1 - kacau sebati.
    4. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
    5. Boleh dihias dengan hirisan lemon dan juga daun pudina
    Sedap dinikmati sejuk...


    Friday, August 5, 2011

    IFTAR DAY 5 : PUDING ROTI CHOCOLATE CHIPS

     Assalamualaikum...hari ni dah hari Ke 5 kita berpuasa yer. Alhamdulillah. ..cuma nak mengentry ajer yang tak berapa nak sempat..hihihi...banyak yang perlu diselesaikan. Dari pagi lagi duk sekodeng ke rumah kenkawan cari resipi puding roti memandangkan ada lagi roti sandwich yang belum terusik..Risau juga sebab x'pired datenya dah berkunjung tiba. Puas duk loading dan searching resipi yang Tun nak. Pernah dulu tengok Puding Roti yang Nigella buat dalam program kat Astro iaitu Nigella Bites, dalam kepala duk ingat2 lupa cara yang dia buat. huhuhu...itulah kalau tak ditulis atau dibuat terus...langsung terlupa plak.
    Pastu, duk search image puding roti..boring plak rata2nya warna sama jer kan. Duk terbayang plak dalam kepala ni apakata kalau kita tukauuu jadi choklat plak..mesti sedap ehh. Dalam Tun duk rangka macam2 bahan nak guna termasuklah guna susu chocolatelah, choc chipslah...kan. Tetiba nampak Kak Dayang plak post N3 Puding Roti Chocolate Chips tp bewarna coklat. Bagaikan Pucuk Dicita Ulam Mendatang...apalagi terus terjah  ke dapurnya. wahhhhh...sukanya kita..apa yang dihajati terpampang di depan mata.. Terus salin resipinya dan ke dapur dan2 tu jugak Tun godek..Walllaaweeehhhh...senang ajer tak banyak hal..main kacau jer atas dapur semua benda, pastu tuang dalam cup pilihan. Sejukkan..dah boleh dinikmati...oooppppssss...belum gi, tunggu Azan Maghrib dulu noooo...

    Untuk resipi dari Kak Dayang ni, Tun buat 1 1/2 adunan dapat 5 soup cups macam ni. Mula2 nak godek 1 adunan ajer, pastu risau kot2 anak tak cukup plak dan tak puas makan..maklumlahkan...coklat..hihihi..tu yg gi tambah 1/2 adunan lagi sekali aduk..Cepat ajer siapnya. Minta izin yer Kak Dayang untuk Tun letak resipinya kat sini pula..Terima kasih banyak kak..Muahhhh...tak sabar nak raser ni..hihihi...
    Puding Roti Chocolate Chips
    Olahan : DayangJack@DapurKu SaYang dari Majalah Sedap, 2011
    Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

    bahan-bahan : 4-5 orang makan
    4 keping roti sandwich (disiat-siat kasar)
    300 ml susu cair
    25 g serbuk koko
    50 g gula pasir
    25 g tepung jagung
    2 biji kuning telur (dipukul ringan)
    1 sudu kecil esen vanilla
    1 sudu besar mentega
    chocolate chip secukupnya


    Cara-cara :
    1. Satukan susu cair, serbuk koko, gula pasir, esen vanilla dan tepung jagung di dalam periuk. Didihkan dengan api perlahan dan kacau hingga meletup-letup. Matikan api.
    2. Ambil sedikit rebusan susu tadi untuk dicampurkan dengan kuning telur. Kacau sebati.
    3. Nyalakan api langkah 1 tadi. Masukkan kuning telur tadi ke dalamnya dan kacau semula hingga pekat dan meletup-letup. Angkat.
    4. Masukkan mentega dan kacau rata. Masukkan pula roti dan kacau lagi hingga bersalut (kacau cepat-cepat). Akhir sekali masukkan chocolate chips. Ratakan.
    5. Tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas kecil. Taburkan baki chocolate chips. 
    6. Sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum hidang.
    7. Jika suka, boleh juga hiaskan dengan sirap coklat atau sos karamel.
    Tunggu Maghrib dulu yer  @___<
    UPDATED: Depends on jenis serbuk koko yang digunakan, jika guna imported ataupun koko  powder yang dibeli di bakery shop, elok kurangkan quantity nya antara 15g - 18g untuk resipi di atas..sebab ianya agak pahit sedikit. Jika tambah sos chocolate ataupun sos karamel it's ok dan just nice. Atau boleh juga lebihkan gula sedikit untuk imbang kepahitan chocolatenya.

    Apapun rasanya tetap sedap dan memikat hati..cuma mungkin Tun guna dark chocolate powder tu yang terasa pahit sedikit tapi tak ketara sangatla..



    Thursday, August 4, 2011

    PAU BELANG ~ THE MAKING...

    Assalamualaikum....rasanyer ni pertama kali Tun letak N3 khas untuk "The Making". Untuk kemudahan semua, Tun letakkan cara2 step by step bagi mendapatkan belang pada Pau yang Tun post sebelumnya. Selain tu, step ni boleh juga dijadikan panduan untuk Tun buat karipap pusing kegemaran.. :) Semoga step by step ni memberi manfaat juga buat kenkawan semua.. Amin..Insya-Allah...
    Sediakan doh untuk Pau..Resipinya kat sini.

    1. Apabila doh sudah ready untuk dibentuk, bahagikan kepada 2 bahagian Doh A dan Doh B. Ambil Doh A dan bahagikan 1/4 atau 1/3  dan warnakan dengan warna pilihan. Jika boleh gunakan pewarna yang paste untuk memudahkan ianya sebati. Kemudian leperkan baki daripada yang bewarna tu dan letakkan adunan bewarna di atasnya. GAMBAR 1
    2. Kemudian balutkan adunan bewarna tadi tu. GAMBAR 2
    3. Leperkan adunan yang dibalut tadi supaya menjadi empatsegi. GAMBAR 3
    4. Lipatkan 1/4 daripada doh yang dileperkan tadi ke atas dan kemudiannya lipatkan yang sebelah lagi satu ke atasnya pula supaya jadi memanjang. (Lupa nak take picture yang dah siap ni). GAMBAR 4

    1. Canaikan atau gelekkan doh tadi dari atas ke bawah. GAMBAR 5
    2. Gulungkan doh yang telah dicanai tadi tu dari atas ke bawah sehingga menjadi 1 roll. GAMBAR 6
    3. Golek2kan sedikit agar ianya sekata dan sama besar. Potong Doh yang di'roll' tadi kepada beberapa bahagian. GAMBAR 7
    4. Ambil 1 keping doh yang telah dipotong tadi dan leperkan. Letakkan inti ditengahnya dan tutup kemas. (Hati2 bila leperkannya dan mampatkan ia sedikit agar pau yang dikukus tak terbuka (ternganga ~ sesuai ker). GAMBAR 8
    5. Alaskan atas kertas sebelum dikukuskan. Ulang cara yang sama untuk Doh B. GAMBAR 9

    IFTAR DAY 3 : KUIH 1

    Assalamualaikum....Alhamdulillah, dah 3 hari kita berpuasa yer. Semoga kita terus dapat menjalani ibadah di bulan mulia ini dengan penuh kesabaran dan keikhlasan dan semoga mendapat keredhaan dari Allah swt.

    Semalam Tun buat kuih pau ni..resipi seperti dulu juga dari CMG....salah 1 dari resipi pau peberet Tun. Cuma kali ni Tun ikut cara Kak Ita buat. Kak Ita ni memang kretip sungguh bab2 membe'ga rupa kuih ataupun dessert jadi lebih menarik dan sedap..hihihi...kalau singgah rumah dia, memang alamatnya lambatlah nak boleh angkat montot..hihihihi... Rupa pau ni adalah idea dari Kak Ita yang diadaptasikan dari cara2 membuat Karipap Pusing ke doh Pau pula. Tak pernah terpikir pun oleh Tun..hihihi...Memang tabik kat kak Ita ni..ghajin betul....Tips dari kak Ita, kena gelek tu kasi mampat sikit, kalau tak nanti tersenyum manja pau tu apabila dikukus.... TQ for sharing yer kak..
    Tentang struktur pau ni memang tak boleh disangkal2 lagilah..memang gebus dan lembut betul..Jika dibuat seperti biasa pun, kulit luarnya boleh dikopek gituewww..Sedap..Setakat 1 adunan, sekali hidang ajerlah..hihihi..tu tandanya..sedap la..heee....Anak2 Tun memang gemarkan pau...
    Meh Tun letak resipi pau ni sekali lagi.. Mintak izin sekali lagi yer cik Mat.


    PAU KACANG MERAH

    Bahan:
    240 gm tepung Hong Kong - tepung pau pun ok jugak!
    1 camca teh Double Acting baking powder
    1/2 camca teh garam halus
    1 camca teh yis
    25 gm lemak sayuran (shortening)

    Bahan yg disatukan dan dikacau hingga larut:
    100 ml air suam
    30 gm gula halus

    Cara:

    1). Dlm satu bekas, masukkan tepung HongKong, Double Acting baking powder, garam, yis dan lemak sayuran. Gaul dan ramas hingga adunan menjadi lembut dan elastik ( kurang lebih 15 minit jika uli dgn tangan dan 10 minit jika uli dgn mesin) Perap doh selama 45 minit.

    2). Keluarkan doh dan tumbuk2 untuk membuang angin. bahagikan kepada 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan. Sudukan inti dan cantumkan doh sehingga menutupi inti. Bulat2 kan doh tadi dan letak atas kertas 2inc x 2 inc.
    Buat sehingga habis dan susun dlm kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
    Kukus pau dlm kukusan selama 15 minit atau sehingga masak.
     Tun letak inti Kacang Merah sebab anak Tun gemarkan inti ni.

    INTI KACANG MERAH
    By: Chef Zamzami (Majalah Saji)
    Source : Kak Ita

    Bahan:
    250 gm kacang merah - direndam semalaman
    250 gm gula pasir
    secubit garam
    air secukupnyer
    3 sudu besar majerin

    Cara:
    1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega kedlm sebuah periuk dan rebus kacang sehingga empuk dan lembik.
    2. Kisar kacang merah dlm mesen pengisar untuk mendapatkan pes yg halus. (ita kisar separuh aje sebab ita suka yg berbiji2)
    3. Masukkan kedlm sebuah kuali bersama mentega dan masak diatas api yg perlahan hingga berkilat, kental dan tidak melekit. sejukkan sebelum digunakan.
    Untuk cara2 buat belang2 ni, nanti Tun letak untuk N3 yang seterusnya. Insya-Allah.


    Wednesday, August 3, 2011

    IFTAR DAY 2 : NASI MINYAK HUJAN PANAS


    Dah lama tak makan nasi Minyak Hujan Panas ni. Untuk menu berbuka hari kedua berpuasa ni, Tun masak Nasi Minyak Hujan Panas. Resipi dari Makyong MyR. Pernah cuba sekali dulu. Sedap juga nasi ni. Tun gandingkan dengan Dalca Sayuran dan juga Ayam Masak Merah. Acar, Tun tak buat. Terima kasih banyak buat Makyong atas resipinya. Jom tengok resipinya plak.
    Nasi Minyak Hujan Panas
    recipe by: Makyong MyR
    source: Rabiatun @ Sweettouch

    Bahan-bahan ( 5 orang )
    • 4 cawan beras basmati
    • 5 cawan air
    • 2 kiub ayam
    • 2 helai daun pandan
    • pewarna merah, kuning dan hijau
    • [bahan tumis]
    • 1/2 inci halia
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 biji bawang besar
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 3 biji buah pelaga
    bahan hias
    • bawang goreng
    • kismis
    Cara-cara
    1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
    2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
    3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
    4. Masukkan beras dan gaul rata.
    5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
    6. Masaklah nasi sehingga masak
    7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
    8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
    Untuk Nasi Minyak Hujan Panas ni, Tun gandingkan dengan :-

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...