Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, April 29, 2011

Sambal Sosej

~Assalamualaikum~

Selamat pagi Jummat semua..hmmmmm..dah berapa hari tak letak N3 kan..Bukan tak masuk rumah ni..tapi mood kureng sikit la...kurang bersemangat..hati pun terasa macam nak majuk ajer...hihihihi...bukan ada isi yer...hehehehe..
Nak tayang menu simple untuk lunch..request by kids.... Sosej Sambal..

Sosej Sambal
by Rabiatun

5-6 batang sosej (dicelur seketika, toskan dan dipotong 2)
4 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
4 sudu besar cili kisar
sedikit kicap manis - untuk warna sambal yang menarik
beberapa hirisan bawang besar
1 biji cili hijau- dipotong
sedikit air
garam dan gula
Cara:
1). Tumis cili kisar hingga naik minyak dan masak. Masukkan bahan tumbuk. Kacau.
2). Masukkan sedikit gula dan kicap manis. Jika terlalu kering, masukkan air.
3). Perasakan dengan garam. Masukkan sosej, cili hijau dan juga bawang besar. Kacau hingga semuanya sebati. Angkat dan hidangkan.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...