Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, May 24, 2011

Ayam ala Kenny Rogers

 Jom kita layan ayam panggang ala KR ni plak.. Menu bersiri lagi ni..Tun masak untuk dinner last few days. Izah Daut dan Hana Jepun  Kuantan pun dah pernah masak ayam ni..Best tak kenkawan?..hihihi..mesti best, kan.. Alhamdulillah, sedap! Resipi asal dari Sharm1969 Myr. Terima kasih banyak..minta izin letak resipi kat sini pula yer..Mekasih... :)
Updated: Kak Zai pun dah buat gak..tengok sini..

Ayam ala Kenny Rogers

resipi by : Sharm1969
source : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.

8 comments:

izahdaut said...

ayam ni memang best.. terbaikkk.. nak seketul

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun...
sedaaaapnya ayam tu tun... naak jugaaa

Mas said...

ayam panggang yang terbaik..
sedappp...

Rabiatun Adawyah said...

Izah : sedap kan, Izah. hihihi..amik ler..ada 2 ketoi tu. :)

Rabiatun Adawyah said...

Kak Diana : W'salam kak..sedap ler kak ayam ni..bak kata Izah...terbaikkk.hehehe.. amik ler kak.

Rabiatun Adawyah said...

Mas: yer..Mas cayang..cedap..hihihi..terima kasih jenguk akak yer.

Anonymous said...

I dah try, mmh sedap. Anak I yg xbeberapa nak makan ayam (kadang2), siap request bt lg. Anyway, tqvm.

Rabiatun Adawyah said...

Anonymous : (Lain kali sila tinggalkan nama yer ^__^ )
Terima kasih sudi mencuba. Sama2. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...