Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, May 25, 2011

KEK MARBLE CHEESE

~Assalamualaikum~
Malam tadi Tun buat kek ni untuk habiskan cheese, baki dari buat cheese tart hari tu sebenarnya..N3 untuk cheese tart Tun belum berkesempatan lagi nak masukkan. Insya-Allah nanti yer..hihihi..

Pada mulanya Tun hanya nak buat 1 adunan sahaja, pastu tengok2 adunan untuk cheese tu banyak juga yang berbaki..At last tanpa buang masa, Tun bancuh 2 adunan kek ni..Untuk adunan cheese tu, Tun tambah fresh milk ikut resipi ni. Alhamdulillah..menjadi elok..hihihi.. Memang sedap tau kek ni..tak rugi kepada sesiapa yang nak mencuba.
Resipi ni Tun ambik dari rumah Kak Nor..resipi asalnya dari Umi Feeza MyR..Terima kasih banyak buat Umi Feeza yang telah berkongsi resipi yang best ni..dan terima kasih juga buat Kak Nor yang telah panjang2kan share dengan kami semua.  Minta izin kopipes resipinya kat sini pula yer. Mekasih.

KEK MARBLE CHEESE 
by Umi Feeza MyR
source : Rabiatun @ sweettouch


Bahan A
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 biji telur ~ k.nor guna 5bj utk 2 adunan
  • Tun ikut k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat ~( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist) ~ utk 2 adunan k.nor letak 2/3 cawan

Bahan B
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 cwn fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara:
  1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
  5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. 
Bertambah sedap dimakan dengan sos chocolate dan juga strawberry filling ^__^

4 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tu...
wah sedaaapnya kek tu tun... nak jugaaa... sedap!!

Nazrah said...

masuk list dulu

ijayuji said...

Salam kak tun! silap masuk umah td rupanyer masuk kedai kek akak hihihi patut pun scroll dr atas sampai bwh sumeeeeeeee kek hihihi.... Sori kak semalam bz sikit ditambah dgn penat jg budak sakit yg nak dibuat itu ini semunayer huh! Ni dtg nak mintak kek kalau abis akak buatkan lah sbb akak kan ada kedai kek hihihi... lama tak buat kek ni rasanyer :D

Anonymous said...

Assalamualaikum..tumpang tanye..
Nk bakar tu biase nye berapa lama n dlm brape degree???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...