Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, April 21, 2011

NASI AYAM GORENG


~Assalamualaikum~

Dinner malam tadi, Tun masak Nasi Goreng Ayam ni..mula2 ingat macam nasi tu kena goreng dulu, ruper2nyer nasi tak digoreng tapi dimasak macam biaser...Dan yang tak disangkanya, nasi yg simple mimple camni menghasilkan satu hidangan yg cukup enak untuk dinikmati. Alhamdulillah kami sekeluarga menyukainya. Lebih2 lagi anak yang sulung (Nabil) suka sangat dengan hidangan ni.

Resipi ni Tun amik dari rumah Kak Nor..dan kak Nor plak amik dari rumah Ika, tapi Tun tk pasti resipi asalnyer dari siapa namun terima kasih buat semua yang terlibat dalam menghasilkan resipi yang mabeles ni. Dan kepada yang memanjang2kan share resipi yang best ni. .Terima kasih dan Insya-Allah lain kali Tun akan buat lagi dan lagi....Minta izin share yer
NASI AYAM GORENG
sumber
Ika dan Kak Nor
Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.Versi Siam ada sup :)

Sos Pedas
2 green chilies
5 cm knob of ginger
3 stalks of coriander
3 spring onion
1/3 cup of castor sugar1/3 cup of white vinegar
salt to taste
1 tbs of water

Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings.


2 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

hmm..nampak menyelerakan...letak kari tak pedas ker..takut anak2 tak makan plak..nanti yg menghabiskan mak budak ler pulak....

Rabiatun Adawyah said...

sedap ni Naz..2 thumbs up..hehehe...mula2 sy pun risau takut pedas sbb ada letak serbuk kari..tapi bila dah masak..tak pedas pun.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...