Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, May 23, 2012

Ikan Celup Tepung

Ikan celup tepung...memang peberet.Teringat dulu maa kecik2 mummy selalu buat untuk ganti minum petang..buat ratah2..Cicah sos cuka buatan hasil air tangan si emak...Sedapnya...Tun dan adik2 jenis kurang suka makan ikan..kecuali yang dimasak oleh mummy..Kalau makan kat mana2 kedai pun, kami elakkan makan ikan...tapi kalau Thai Rest. atau masakan Thai jer kami makan ikan..Ni jenis phobia sebenarnya..Sebab pernah terkena makan di luar, masakan ikan yang hanyir..Lepas tu memang tun dan adik beradik jadi phobia..huhuhuhu...

Alhamdulillah, apabila dan meningkat remaja, nak2 terpaksa pula hidup berjauhan dari ibu ayah kerana menyambung pelajaran, nak2 taknak perasaan phobia tu kena kikis juga..Alhamdulillah..sekarang ni Tun boleh terima walau makan dimana2 dan apa2 jenis masakan dari ikan..Hehehehee..tu kisah Tun dan adik2 yg phobia dengan masakan ikan..hihihihi....

Okies, berbalik resipi campak2 Tun semalam ni..Sebenarnya, ikan celup tepung ni request dari Mr. Hb..tp alhamdulillah..bila dibuat, anak2 pun suka buat ratah2 dan dicicah dengan sos cili Thai...
.Jom kita check resipiya...

Ikan Celup Tepung
Resipi: Rabiatun@Sweettouch

Bahan:
10 ekor ikan kembung saiz sederhana kecil
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 tsp +- garam ( kena masin sikit sbb ikan tak letak garam)
1/2 tsp serbuk kunyit
Air secukupnya (agak2 untuk mendapatkan bancuhan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng


Cara:
  1. Ikan dibersihkan dan dicuci dengan asam keping dan juga jus limau nipis. Toskan.
  2. Bancuh semua bahan lain hingga sebati.
  3. Panaskan minyak masak, celup ikan tadi 1 persatu dan goreng seperti goreg pisang.
  4. Goreng hingga keemasan. Toskan minyaknya.
  5. Sedia dihidang bersama sos kegemaran.

Tuesday, May 22, 2012

Getas-Getas

 Assalamualaikum....Selamat beribadah di bulan Rejab. Hari ni Tun nak post kuih yang Tun buat untuk minum petang semalam. Kuih ni dah banyak kali Tun buat..resipi siapa lagi klo bukan adik kita yang sorang nun yang baru mendapat cahaya mata...Che'Iza. Tahniah.
Tun buat lebih sikit dari resipi asal, sbb ada kelapa parut tu lebih jadi Tun habiskan terus..Nak simpan kang, sikit sangat..hehehe...Jadi base on resipi ni, Tun tambahkan sikit bahan2 lain..ikut quantity kelapa parut tadi tu. Terima kasih atas resipinya. Tun kopipes dari MyR. Jom tengok resipi.

Getas - Getas
resipi : Che'Iza
oleh: Rabiatun@Sweettouch

Bahan-bahan ( 16-18 biji )
250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut
130 ml air
secubit garam

Bahan untuk sira:
* 3/4 cwn gula ( Tun letak 1/2 cawan)
* 1/2 cwn air ( Tun letak 1/4 cawan air)
* sehelai daun panadan

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
  2. Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
  3. Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
  4. Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.
Sedap dimakan...dan yang penting ianya tak meletup ketika digoreng..hehehe..tqvm Che'Iza.

Monday, May 14, 2012

Kerisi Goreng Bersambal Tomyam

Assalamualaikum..Lauk lunch hari ni..Kerisi Goreng Bersambal Tomyam..Pagi tadi ada singgah dapur Kak Nor, nampak resipi mudah ni..Tun takde ikan tongkol, then masak jelah dengan ikan kerisi..bezanya cuma Tun goreng ikan kerisi, sebelum dituang sambal tomyam ke atasnya..Walllahhhh..memang sedap resipi dari kak Nor ni..Macih kak Nor
IKAN TONGKOL PANGGANG BERSAMBAL TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 keping ikan tongkol
secubit garam halus
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
2 btg serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar pes tomyam
1/2 sudu kecil gula
daun ketumbar
1/4 cawan air
minyak

Cara:
  1. Ikan dibersihkan dan ditabur dgn sedikit garam halus. Biarkan seketika.
  2. Panggang ikan hingga masak.
  3. Letakkan ikan ke dalam pinggan dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
  5. Masukkan serai dan goreng lagi hingga wangi.
  6. Masukkan cili mesin dan goreng hingga sedikit garing dan masukkan pes tomyam.
  7. Kacau goreng dan biarkan seketika dan masukkan gula dan air.
  8. Masak hingga kering sedikit dan padamkan api.
  9. Maukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau rata.
  10. Tuangkan ke atas ikan yg telah dipanggang tadi dan sedia utk dihidangkan panas2 bersama nasi putih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...