Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, April 1, 2011

Tomyam Sayuran Campur

Lunch kami hari ni tomyam..memang kebiasaan Tun buat tomyam banyak sayur dari lauk2..hihihi..ntah, dari Tun kecik lagi mak Tun buat camtu juga..kecuali tomyam yang memang khas untuk seafood. :)hihihi....Okies, dah takde citer nak type..hihihihii...layannnn..
Tomyam Sayuran Campur

1 keping dada ayam - dipotong kecil dan digaul dengan sedikit garam
1/2 biji bunga kobis - dipotong
4 batang jagung muda - dipotong
sedikit sawi - dipotong
1/2 batang seleri - dipotong serong
1/2 biji cili benggala - dipotong kiub
1 biji cili merah - hiris
1/2 batang carrot - ptg ikut suka
beberapa biji cili api - ikut suka
1 1/2 kiub perencah tomyam knorr - ni ikut banyak mana air nak letak
1/2 labu bawang putih - diketuk
2 batang serai- dititik
4 helai daun limau purut
baby tomato
4 hirisan lengkuas - diketuk sedikit
1/4 hirisan bawang besar
minyak untuk menumis
garam
air
Cara:
1). Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai dan bawang besar hingga wangi. Masukkan perencah tomyam, daun limau purut dan ayam. Kacau dan biarkan seketika agar ayam separuh masak.
2). Masukkan sedikit air, tambah sayuran seperti bunga kobis, carrot dan putik jagung. Biarkan hingga empuk.
3). Setelah agak empuk (jgn tunggu terlalu empuk yer..nnt tak sedap digigit dah), masukkan semua bahan dan tambah air ikut mana yang diperlukan. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam. Jika suka lebih masam, boleh tambah sedikit jus perahan limau nipis.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...