Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, May 15, 2011

Plain Naan

 ~Assalamualaikum~

Selamat pagi semua..pagi ni Tun nak letak N3 tertangguh semasa blog dalam keadaan read mode hari tu. Resipi Plain Naan ni, Tun buat based on resipi asalnya iaitu Peshwari Naan yang mana resipinya Tun ambik kat Foodbuzz. Tapi, Tun tak letak semua bahan sampingannya memandangkan Tun hanya buat roti naan plain ajer kan. Sesiapa yang ingin ikut resipi asal, boleh tengok resipinya yang Tun sertakan sekali di bawah ni.
Mengimbas kembali semasa Tun buat roti ni. Tun target nak bangun awal dalam pukul 5 pagi untuk mengadun dan perap doh ni. Tapi kita hanya merancang, semuanya dah direncanakan oleh Allah swt. Agaknya Tun lupa berdoa masa nak tidur tu kot. Selalunya, Insya-Allah senang tersedar tanpa kunci jam. huhuhu..
Tun bangun dalam pukul 6.30 pagi. Siapkan diri, solat Subuh dan kejutkan Nabil untuk ke sekolah. Dalam pukul 6.45 pagi, baru Tun mula bancuh adunan. Pukul 7 pg barula nak perap. Oleh kerana lewat dan risau hb tak sempat breakfast, Tun basahkan towel dengan air panas dan alaskan di bawah mangkuk adun, manakala di atasnya, Tun buat cara yang sama. Lagipun pagi2 memang sejuk, manala adunan tu nak cepat naik, kan.
At Last, Alhamdulillah...Tun tak tunggu 1 jam pun. Dalam 45 minit, adunan pun dah naik 2 x ganda..Tun terus bahagikan kepada 9 bahagian dan bentukkan. Setelah siap semua, Tun hidangkan dengan kari ikan semalamnya tuh.. PERGHHHH!! SEDAP! dan hubby serta anak2 makan dengan berselera sekali. Alhamdulillah, terasa sungguh gembira mereka semua suka.
Cik abang makan 3 bijik, Tun sebijik, Nabil 2 bijik, Darwis 2 bijik dan adik Muqri sebijik. Alhamdulillah, kenyang hingga ke tengahari. Ngam2 9 bijik. hehehee..Insya-Allah, lain kali Tun cuba buat versi lain plak.
Kepada yang nak mencuba, try buat 1/2 adunan dulu yer..sebab ianya agak mengenyangkan. Terima kasih kepada Foodbuzz dan izinkan Tun letak resipinya kat sini ntuk rujukan lain kali. Terima kasih ^__^


Plain Naan (versi asal Peshwari Naan)
Credit for original recipe : Foodbuzz
Edited and Translations : Rabiatun @ Sweettouch


Bahan: (8-10 keping roti)
  • 475g tepung roti (tambah sedikit untuk digunakan semasa mencanai)
  • 270 ml susu segar
  • 130 ml minyak masak
  • 7 g yis
  • 30 g susu tepung (Optional - tak letak pun takper) Tun tak letak pun
  • 1 1/2 tsp garam
  • 1 tsp gula kastor
  • sedikit butter (optional) - Tun tak letak pun
Cara Tun:
  1. Panaskan seketika susu segar kepada 32 C. (Jika panas sangat, sejukkan seketika dan biarkan ianya suam). Masukkan yis dan juga gula kastor. Kacau sebati. Biarkan 5 minit.
  2. Campurkan semua bahan, kecuali minyak masak. Kacau dengan wisk supaya ia sebati.Buatkan lubang ditengahnya dan tuang minyak masak.
  3. Tuang pula bancuhan susu segar serta yis tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh ni mungkin melekat2 kat tangan ( tp masa Tun buat takde melekat). Teruskan uli lebih kurang 5-8 minit. Boleh tambah sedikit minyak masak jika perlu.
  4. Apabila ia dah licin dan elastik, bulatkan  dan letak doh tadi ke dalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab. Jika perlu, boleh greased dulu mangkuk tadi. -Tun tak griss. Biarkan ia naik 2 kali ganda, lebih kurang 1 jam.
  5. Panaskan oven 180 C - 200 C. Ikut kepanasan oven masing2. (ini penting untuk menjadikan rotinya lembut dan naik menggelembung).
  6. Tumbuk2kan adunan dan bahagikan kepada 8 - 10 bahagian. Bulatkan.
  7. Taburkan sedikit tepung roti atas papan pencanai dan canaikan doh tadi nipis lebih kurang 1/2 cm tebal. Taburkan sedikit tepung di kedua2 bahagian.
  8. Alaskan aluminium foil ke atas loyang pembakar. Letak doh yang telah siap digelek tadi. Bakar di bahagian tengah oven sehingga ia nak menggelembung dan keperangan. Balikkan jika perlu. (Tun nak cepat, jadi bila ia kembung, Tun letak dirak paling atas untuk cepat perang).
  9. Setelah masak, bolehla dihidang dengan menyapu sedikit butter. (Tun tak letak sebab kurang gemar).
Tengok tue..menggelembung tak hengat punyer! hehehe..seronok sangat bila berjaya buat roti ni.
Peshwari Naan 
by: Foodbuzz

(makes 8-10)
Ingredients

  • 475g bread flour, plus more for rolling 
  • 270ml milk 
  • 130ml oil 
  • 7g instant yeast 
  • 50g sultanas 
  • 30g coconut powder 
  • 30g desiccated coconut, plus more for sprinkling 
  • 1 ½ tsp salt 
  • 1 tsp rosewater 
  • 1 tsp sugar 
  • Butter to serve
Method
  1.  Heat the milk to 32°C and whisk in the yeast and sugar. Allow to stand for 5 minutes. 
  2.  Mix together all of the other ingredients except the oil. Make a well in the centre of the dry ingredients and add the oil. Mix in the milk and yeast mixture and bind to a dough. The dough will appear sticky at first but continue kneading for 5-8 minutes, adding another tbsp oil if necessary. When smooth and elastic, place the dough in a large, greased bowl and cover with a damp tea towel. Allow to rise in a warm place for 1 hour. 
  3.  Knock the risen dough back and knead for 2 minutes. Divide into 8-10 pieces. 
  4.  Flour a clean, smooth surface and roll the dough to around ½ cm thickness and pull into a teardrop shape. Sprinkle one side with more coconut and gently roll a rolling pin over to press the coconut into the surface. 
  5.  Place the naan, coconut side down on a piece of foil and grill until golden. Flip and cook the coconut side for a further minute until the coconut is lightly toasted. Butter and serve.
Sedap dimakan dengan kuah kari. Tapi resipi asal di makan dengan Indian kari..tu kena check dengan LOVE..Kari apa yang sesuaiii!..hihihi...






4 comments:

izahdaut said...

eh cantiknya menggelebung naik kan... suka la tengok.. uishh meronta2 nak rasa roti neh.tapi nak buat... kena seru lagi lah neh..hehe

Rabiatun Adawyah said...

Izah : bagi Tun, suker la roti ni.hehehe...cubala, tunggu seru baru bersemangat, Izah. :)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum dan selamat pagi tun...
waaah!! cantiknyaaa.. betul kata izah tu kan izah... suka tgk... x perna lg membuat nya..

Anawahid said...

lama x wat roti nan ni kaktun... ada lg dokkk... hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...