Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, May 31, 2011

Strawberry Cheese Tart

Assalamualaikum
Hari ni takleh nak pot pet banyak2 yer..ala kadar ajer ni..hihihi..ada tugas menanti yang perlu desettlekan. Apapun Tun nak letak N3 cheese tart yang dibuat last week...untuk seorang teman disamping untuk ngap sendiri.hehehee... Resipi nya Tun ambik dari rumah Hasue dan resipi asalnya dari kak Azita. Terima kasih buat semua yer. Mita izin kopipes resipinya kat sini untuk rujukan next time. Insya-Allah akan buat lagi dan lagi.

Cheese Tart


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
 Tart shell yang tunggu turn untuk dibakar. Tun buat shells ni pada malam hari..esoknya sebelum keluar kenduri, baru letak filling. Agak kelam kabut juga sebab hari tu adalah hari kenduri cousin hb dekat Pandan,.nasib tak jauh mana..hihihi..singgah rumah kawan kejap untuk pass cheese tart ni...tu pun sampai2 sana, family hubby tengah menjamu selera..hehehe..
Cheese tart ni small size..memang takleh nak lorek2 sangat..ala kadar ajer ..hihihi..apapun terima kasih banyak2 buat Hasue dan kak Azita yang telah share tips. Huhuhuh..malu sebenarnyer nak tunjuk sebab tak lawa mcm sifu berdua kat atas nunnn..Malu ahhhh..hehehe


UPDATED : Buat Yaya, ni ler contoh filling yang saya guna. Yang kanan Strawberry Filling dan yang kiri tu blueberry filling.

8 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun...
diana x perna lg buat tart nie... teringin gak nak cuba buat tp x reti.. Insyaallah suatu hari nak juga buat.. :)

Anonymous said...

salam kak,
mcm mn akak tkan shell 2 kt acuan die ek?cntk je..sy wt x jd cntk cam 2..

Rabiatun Adawyah said...

Diana: W'salam. try ler..mesti jadik..hiihihih

Rabiatun Adawyah said...

Anonymous : saper nama ehhh..
akak cuma amik secubit doh, dan tekan2 adunan tadi ke dalam acuan guna ibu jari. camtu ajer lah.

HaSue said...

kak tun nih malu2 lak..dah comel amat dah tuu..kite pun main belasah jer buat kak..hihi.
banyak gak akak buat tu..brp adunan ye?buat sorg2 rasa cam nak abiskan cepat je kan..hehe

YAYA AZURA said...

salam..yaya teringin nak buat..buat kat kedai filling tu sikit je..mahal pulak tu..tapi nak buat takut tak jadi..kalau guna oven elektrik je jd tak ? adunan atas tu kalau small size tu dapat berapa biji ? lepas tu bahan nak buat lorek strawberi tu ape ye ? ada jual filling siap ke macam mn? maaf..banyak pulak soalan ...

Rabiatun Adawyah said...

Hasue: past ker tak ni Sue.hehehe..akak buat 1 adunan jer dapat banyak gak la..sebab small size..hihihi ..mekasih banyak yer Sue.

Rabiatun Adawyah said...

w'salam. try dulu Yaya, klu tak cuba belum tahu..hihihi.. yup, sy juga guna electric oven. klu 1 adunan leh dapat more 32pcs tart shell. Bahan untuk lorek atas tu, boleh terus guna filling atau ambik 1 tsp adunan cream cheese + campurkan sedikit pewarna. Guna pencungkil gigi letak adunan yg bewarna tu sikit2 pd adunan yg dah siap diletakkan dlm tart shell. kemudian lorekkan dengan pencungkil gg bersih. tp sy guna strawberry filling tu jugak untuk buat lorekan..tak guna pewarna. Insya-Allah sy akan update filling yg sy gunakan...dan ianya ada dijual di bakery shop.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...