Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, June 19, 2012

Roti Puri

Assalamualaikum...pagi ni bekpes dengan Roti Puri resipi dari kak YatieZaini. Sedap..Dulu pernah buat guna resipi Sofinar tapi dengan nama Roti Arab..Rasa lebih kurang jer..hehehe...
Roti ni kami makan dengan Kari Ikan..perghhhh...memang sedap..Anak2 Tun memang gemarkan pelbagai roti sebegini..buat la naan ker atau dudal ker..memang laju dorang makan..Petang ni kena buat lagi sekali untuk minum petang..Dah mintak tadi..hehehe...Kalau Muqri, 4 bijik pun dia boleh habiskan sekali makan jer..hehehe....
Terima kasih kak Yatie share resipinya. Jom tengok resipi...

Roti Puri
Resipi: kak yatiezaini@myresipi.com
Sumber : Rabiatun@Sweettouch


Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)~ Tun letak 1sdb
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Cara-cara
  1. Satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api . 
  2. Satukan tepung dan yis .. gaulkan 
  3. No.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja 
  4. Dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~ 
  5. Tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh 
  6. Perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil 
  7. Canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen (Tun canai nipis lebih besar dr 50 sen)
  8. Siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Saturday, June 16, 2012

Red Velvet

Assalamualaikum...hr ni taknak pot pet boleh? hehehe...Tak berapa nak sihat...sakit kepala, hidung sebu. tekak tak selesa dan juga batukss....Jerebuuuuuu cuaca di luar tuhhh..huhuhuhu.....Out dulu naaa..Daaaa...
RED VELVET CAKE
Resipi : Rima
Sumber : kak Nor


Ingredients:
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.
RED VELVET CAKE
translate dari resipi Rima : Rabiatun@Sweettouch
Bahan:
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk @ (1/2cwn susu segar + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam di dalam 1 bekas. Ketepikan
  3. Satukan serbuk koko dan pewarna merah dalam 1 mangkuk kecil dan kacau rata hingga menjadi paste. (Boleh tambah sedikit air).
  4. Pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan dengan menggunakan mixer. Masukkan pula telur dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan esen vanila dan juga campuran koko dan pewarna merah tadi. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir sekali tepung). Ketepikan.
  7. Satukan cuka dan baking soda di dalam 1 mangkuk kecil, dan terus masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul sempurna dengan menggunakan spatula.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 6".Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan di atas redai. Setelah sejuk,bolehlah potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
  10. Sapu Cream Cheese ke atas setiap lapisan dan lapiskan setiap layer.
  11. Salutkan kek dengan cream cheese. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan:
125g cream cheese
50g butter tanpa garam
110g gula icing
1 cwn fresh cream - dipukul hingga kaku

Cara:
  1. Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan whipped cream gaul adunan dengan menggunakan spatula 

Friday, June 15, 2012

Ayam Lemak Cili Padi Berkeresek

Assalamualaikum..Quick update! Meh layan Ayam Lemak Cili Api Berkeresek resipi dari Kak Ummi nih...Sedap betul..Dah lama tak merasa ayam lemak cili api..Sesekali kena masakan begini, bertambah2 nasi..hehehe..Terima kasih banyak Kak Ummi..Minta izin share sini pula yer. Macehhh :)

AYAM LEMAK CILI PADI BERKERISEK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Sumber : Rabiatun @Sweettouch

Bahan Utama:-
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 sudu besar kerisek
1 keping asam gelugor
sedikit serbuk kunyit (jika perlu)
2 - 3 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dibelah/disimpul
garam secukup rasa

Bahan Ditumbuk :-
12 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
2 ulas kecil bawang putih

Cara Memasak:-
  1. Masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit (jika kuah nampak pucat) dan santan cair ke dalam periuk. Didihkan sebentar. 
  2. Masukkan ayam dan serai dan diikuti dengan asam gelugor dan daun kunyit, masak hingga ayam masak dan kuah sedikit surut. (*santan cair jgn banyak sangat sebab air ayam akan keluar masa memasak) 
  3. Masukkan garam secukup rasa dan santan pekat diikuti dengan kerisek. Kacau dan masak ayam hingga kuah nampak sedikit pekat. Seimbangkan rasa dan tutup api sambil dikacau-kacau sekejap agar kuah tidak berkepala. Sedia untuk dihidang

Sayur Campur..

Assalamualaikum...ni hidangan lepas dah ni...tb baru nak post..biasalah..agak kebizian..tu yang slow sikit perjalanan blog ni..huhuhuhu...Ya Ampunnn ya...

Hidangan simple, tapi memang manjadi kegemaran anak2..Ni masak campak2 jer..tiada sukatan yang khusus..Layan gambor jer nampaknyer..Leh kan...

Wednesday, June 13, 2012

Cucur Jagung

Assalamualaikum...selamat petang..Petang ni Tun buat Cucur Jagung resipi dari Kak Nor SG yang baru balik dari Jordan nun..Tahniah buak Kak Nor sekeluarga di atas kejayaan Along (anak Kak Nor) yang kini dah bergelar Doctor..Tahniah..Tumpang gembira dan berbangga..hehehe..
Okies, berbalik kepada resipi Cucur Jagung ni..Rasaya memang tak payah nak dipertikaikan lagi lah kan..memang sedap dinikmati petang2 hari begini..Ditambah lagi dicicah dengan sos..Fuhhhh..Garing di luarnya, namun ia tetap lembut di dalamnya. Cuma kali ni Tun menggunakan jagung yang telah direbus balance dari si anak2 yang takmo habihkan..dah muak agaknya makan jagung rebus ni yer..huhuhu..
Terima kasih kak Nor minta izin share resipi kat sini pula yer. Macehhh :)

CUCUR JAGUNG
resipi: Kak Nor
Sumber: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
6. Selamat mencuba...






Wednesday, June 6, 2012

Kuih Sagu


Assalamualaikum..Lama menyepi kan..huhuhu..Okies, meh layan kuih sagu yang Tun buat untuk minum petang.Resipi ni hasil sekodeng dari dapur Tun Telani.Resipi asalnya sari MamaKastam @ MyR.Terima kasih keduanya..

Kuih ni dah sedang elok manisnya. Just nice..Kegemaran anak2 dan juga hubby Tun.Alhamdulillah.Meh tengok resipinya plak.

Kuih Sagu/ Bronok
Resepi: mamakastam@myr
Sumber: Kak Ika, Kak Izah, tun telani


Bahan2:
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah ~ (Tun tak letak sbb dah guna Sirap Ros)
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose ~ (Tun tak letak sbb guna sirap Ros jer)

Cara2:
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya - me kukus setengah jam
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...