Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, December 13, 2011

Butter Prawn

 Assalamualaikum....kemalasan ker apa lately..huhuhu...naik lemau nak mengupdate blog. Apapun meh layan meu dinner malam tadi..Butter Prawn. Kali ni Tun cuba resipi yang dikopipes dari rumah Kak Nor. Kak Nor ambik dari rumah Nita.  Terima kasih semua. Minta izin Tun letak sini pula yer. Mekasih :)

Butter Prawn
Resipi: Nita
Sumber: Kak Nor 

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. 
  3. Bila dah msak,ketepikan. 
  4. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. 
  5. Panaskan minyak dan masukkan butter. 
  6. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  7. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  8. Matikan api bila minyak tu panas2. 
  9. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. 
  10. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. 
Tips Dari Kak Nor:
  • Jika guna acu jala yang biasa tu yang lubang halus kena tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
  • boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kenasentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
  • buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
  • jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

2 comments:

Liza said...

salam tun...dah lama Liza teringin nk buat butter prawn ni tp takut xjadi....hihihihi

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

WOW akak suka nie...tahu tak macam mana nak jadikan serbuknya lebih halus?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...