Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, September 13, 2011

GULAI IKAN

Assalamualaikum...

Selamat tengahari..Hari ni masak aper tu untuk lunch? Mesti dah siap sumer kan...tinggal nak makan ajer yer...Hari ni Tun masak Gulai Ikan Style Mummy Tun.
Gulai Ikan ni agak nostalgia bagi Tun..Lagilah plak...teringat semasa kecik2 dulu, Mummy Tun selalu juga masakkan Gulai Ikan macam ni tapi guna ikan kembung la bukan ikan yg Tun guna ni. Pastu, mummy akan bungkuskan nasi 1 bungkus seorang dan makan di atas "dangau" (pangkin).  'Dangau' atau "Gere" ni kat bawah pokok dan kami selalu duduk2 di waktu petang sambil menikmati minum petang. Seronok betul.. Pastu pulak, Mummy bungkus nasi menggunakan daun pisang..Aduhhhhhh!!! wangi sungguh aroma nasi bungkus beserta gulai Ikan dan juga Sambal apabila beralaskan daun pisang.
Gulai Ikan ni sesuai di makan dengan Sambal Nasi Berlauk yang Tun post sebelum ni. Gulai ni sama dengan gulai  Ikan Nasi Berlauk sebab penggunaan bahan yang sama cuma ikannya Tun guna ikan segar sedangkan untuk nasi berlauk selalunya ikan di rebus terlebih dahulu sebelum di buat gulai. Selalunya takde letak cili api, tapi Tun tambah cili api sebab nak sesuaikan dengan selera my hubby yang gemarkan masakan pedas. Apapun, meh kita nengok resipinya..

Gulai Ikan TokMi
Resipi : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
2 keping ikan tenggiri size agak besar ( resipi asal selalunya Tun guna 3 - 4 ekor ikan kembung)
200 ml santan pekat
3 +- cawan air (ikut kepekatan yg sesuai)
1 batang mentimun - dibelah dan dipotong serong
3 ulas bawang merah
1/2" lengkuas ~ dihiris
1" kunyit hidup
2 biji cili merah @ hijau (dibelah)
1 keping asam keping
1 tbsp gula
garam
* 4 biji cili api ( resipi asal tak letak)

Cara:
1). Tumbuk atau blend bawang merah, cili api, lengkuas dan kunyit hidup hingga hancur.
2). Masukkan bahan blend ke dalam periuk bersama santan dan juga air.
3). Didihkan santan dan sentiasa dikacau. Masukkan gula.
4). Masukkan ikan, mentimun dan juga asam keping. Kaau kuahnya..pastikan jgn kena ikan.
5). Perisakan dengan garam dan masukkan pula cili besar. Didihkan seketika. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.

P/S : Tun letak nama ikan tenggiri sebab tak kenai jenis ikan..tp yg pastinya ni bukan ikan tenggiri ehhhh..maaflah..tuan rumah tak kenal jenis2 ikan kecuali ikan tenggiri, kembung, bawal dan beberapa jenis yg lain..Ni hubby ckp ikan seludu..huhuhuuu.tak pernah dengor..huhuhu..jakun...maaf banyak2 yer.. 

3 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tun...
sedapnya tgk ikan tu... diana pun suka makan ikan masak mcm nie... mmg sedap...

Rabiatun said...

Diana: W'salam dear!samalah selera kita..Tun pun suka juga masakan mcm ni.. :)

mizwa said...

salam kak tun..
wah sedap nmpk gulai nie..ermmm sama kan gulai kunyit lengkuas...sy lau beli ns berlauk nak gulai nie aje xmo gulai ayam hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...