Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, August 9, 2011

IFTAR DAY 8 : PUDING SAGU GULA MELAKA

 Assalamualaikum.. ni menu berbuka semalam..Alhamdulillah pejam celik dah seminggu kita menjalani Ibadah Puasa yer. Semalam sempat gi sekodeng ke rumah Ika. Sebenarnya list nak buat menu dessert lain, tapi last2 berkenan pula yang ni...Sagu Gula Melaka resipi daripada AlongRoz. Tun tak pernah makan sagu yang agak seketul2 camni dan agak peroi..sukerrr dan..Sedap betul. Biasa Tun buat ianya agak keras sedikir. Sedap juga, tapi Tun lebih suka yang macam nilah..hihihi..

Terima kasih banyak buat Ika yang berjaya menarik perhatian Tun dan tak lupa juga buat AlongRoz di atas resipi ni. Lebiuuu All..Minta izin kopipes yer. Mekasih.
PUDING SAGO GULA MELAKA
Recipe by: ALONGROZZ
Source : Ika 

Ingredients : Makes 5 glasses
160g Green Sago - soaked with water 30min
Water
Coconut Milk
Palm Sugar Syrup

METHOD:
1. Strained sago & place in a pot.
Pour in water to cover sago about 1" above it.
Boil until sago turn translucent.
Strain & run under running tap water to get rid of some starch.
Scoop into glasses.
Chill.

2. To serve, pour few tbsp coconut milk then few tbsp palm sugar syrup.
The sugar syrup will sink to the bottom naturally.

3. To make palm sugar syrup, place 1 piece palm sugar in a pot, cover with water, add 2 tbp white sugar & 1 screwpine leaf. Boil until sugar is dissolved. Cool.
PUDING SAGU GULA MELAKA
resipi : AlongRoz
Sumber dan Terjemahan: Rabiatun @ Sweettouch

bahan: (5 bekas)
160 g sagu hijau (direndam dengan air selama 30 minit)
air santan atau fresh milk
air gula Melaka (Tun guna nisan)

Cara:
1). Tapis sagu yang direndam dan masukkan ke dalam periuk.
2). Masukkan air sehingga menutupi sagu lebih kurang 1" lebih dari aras sagu.
3). Masak sagu dengan api perlahan sehingga ianya kelihatan lutsinar.
4). Apabila sudah kelihatan lutsinar, masukkan ke dalam tapis dan lalukan di bawah air paip supaya kanjinya keluar sedikit. Toskan seketika.
5). Sudukan ke dalam gelas pilihan. Sejukkan.

Cara Menyediakan sirap gula Melaka:
1). Panaskan 1 keping nisan atau Gula Melaka dengan air.
2). Jika nak lebih manis, boleh tambahkan 2 sudu besar gula dan 1 helai daun pandan yang di siat.
3). Masak sehingga semuanya cair dan sebati.

Cara Menghidang:
1). Tuangkan sedikit santan atau fresh milk ke dalam bekas sagu. (Tun guna santan di tambah sedikit garam).
2). Tambah beberapa sudu sirap gula Melaka. Sedia dinikmati.


12 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam selamat bepuasa...sdp mmg cadang pun nak buat petang ni....lawa merah n hijau

Rabiatun Adawyah said...

W'salam. Selamat berbuka puasa juga. silakan..ni pun terasa nak buat lagi. Anak2 mintak lagi pg ni..hihihi..terima kasih yer.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun...
wah cantik...nampak sedap ler tun...

Anawahid said...

alahaiiii... sini pon dh tayang sagu ni... huhuhu.... x bole jadik ni kak tun... heee

Rabiatun Adawyah said...

w'salam. terima kasih. Tun suka dessert camni..dan alhamdulillah anak2 pun gemar nampaknyer. :)

Rabiatun Adawyah said...

AnaWahid: apalagi Ana, boleh buat ler petang ni..hihihi.akak sagu dah habih..klu tak boleh ulang tayang..hihihi

Alamdamai said...

Salam, K Tun...
Alahai, nampak sedappp plak sagu gula melaka tu.... :)

zanafahmi said...

Assalammualaikum n slm ramadhan....saya suka sgt kuih ni, selalu nak ulang2 mkn tp belum ada masa nak buat.

Rabiatun Adawyah said...

Alamdamai: W'salam. cubala..sedap dinikmati sejuk2 ni..terima kasih..

Rabiatun Adawyah said...

Zanafahmi: W'salam dan salam Ramadhan juga. Insya-Allah boleh cuba bila berkesempatan.. :)

LinRosly said...

Assalamualaikum...

Berwarna warni puding tu cantik! sedap bila dimakan masa sejuk2...

ijayuji said...

Salam kak tun!! cantekkkkkk pulakkkk buat 2 kaler gini kita tak rajen hihihi..... sedap!! kita mkn dgn fresh milk pun sedap!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...