Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, July 25, 2011

KUIH LAPIS KACANG

Assalamualaikum...selamat pagi. Pagi ni sarapan aper tu? Mesti semua dah selesai berbekpes yer. Pagi ni Family Tun bersarapan dengan Kuih Lapis Kacang. Tun buat malam tadi. Alhamdulillah sedap jugak rasanya.  Resipi asal dari Kak Wan (Citarasawan @ MyR). Tun kopipes dari rumah Ika....yelah kan, hari tu cukup tergoda dengan hasil tangan Ika melapis...halus betul....kemas.
Abaikan jelah yer...ada tanda buih2 kat atas tu...huhuhuhu..
 Dari segi rasa, memang berbaloi jugalah mencuba... Betul cakap Ika, rasanya tak tumpah seperti kuih Kole Kacang...cuma yang ni versi kukus dan takde taik minyak ajer...Kalau kole kacang, kan ada taik minyak..Kuih peberet Tun jugak tu.

Jom tengok resipinya plak...Mintak izin share sini plak yer Kak Wan..dan tak lupa juga buat Ika. Terima kasih semua... >__<

KUIH LAPIS KACANG
Resepi Asal: CITARASAWAN @MyR
Sumber : Ika
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan A 

  • 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji>>Tepung Ubi>>Tapioca starch
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau
Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi

Cara-cara
  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.
Sedap kuih ni....wangi ajer..bau kacang Ijau.....Best!


5 comments:

Gee® said...

Sedapnya Tun.... mai la sepotong dua nk merasa...terlioq dh ni...

Cheq Sue said...

aiiii...pantang sungguh la resepi yang ada kacang2 nih...pantang ada!

Rabiatun Adawyah said...

Gee : boleh..ada lagi ni...hihihi..terima kasih

Rabiatun Adawyah said...

Cheq Sue: sedap kan Sue, samalah kiter...suka yang berkacang...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Tun..
lama nyer mama tak mkn kuih lapis kcg hijao.. bln pose pasti akan ada kuih nih..selamat berpose Tun :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...