Kali ni Tun guna loyang saiz 7" ajer sebab tu nampak tinggi sikit...dan dimakan dengan Jalapeno Cheese..seperti biasa Tun order dengan Ummi's Cheese House.
Lapis Roti Berdaging
by Kak E
Sumber : Rabiatun@Sweettouch
Bahan-bahan ( 6-8 orang )3 biji kentang di potong dadu (Tun suka guna ubi keledek)
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)- Tun guna slice cheese jer
Sedikit margerin untuk melenser
2 pokok daun sup dan daun bawang -(Tun tambah)Cara-cara
- Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang Tun tambah)
- Satukan Susu+telor+secubit garam
- Pukul susu+telor+garam hingga sebati
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (Tun tak ramaskan pun, just guna wisk atau kenkadang guna garfu jer ).
- lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
- Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
- Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
- Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
- Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos
8 comments:
Yummy....datang jamu mata
Assalam Tun,
wah nampak sungguh menyelerakan lapis roti Tun ni..yang kuning2 tu cheese powder jalapeno tu ke?..or mustard?..bolehlah masuk list ni..
Sue : yummyyy...thanks sue sudi singgah.
Kak Ayu : W'salam kak. yer kak, yang kuning tu Tun letak Jalapeno Cheese..Tun belum pernah cuba dgn mustard, maybe lebih yummy kot kak.. :) thanks yer akak.
salam Tun...
Sedap kan kuih ni...dulu masa tak der blog akak pernah try juga...mmg sedap kan...sedap yer makan dgn jalapeno cheese tu..
Kak Ezadlieza :W'salam kak. sedap kan kak..^__^
Lamanya kak e tak buat roti berlapis daging tu -fav anak2...
Kak Umie: Kak E, Tun pun mcm lama dah tak buat kak..hihihi..fav. anak2 Tun jg ni kak..Terima kasih banyak atas resipinya..ye kak.
Post a Comment