Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, January 13, 2011

Lapis Roti Berdaging

Family Tun amat gemar dengan resipi ni..Resipi ni dari Kak E Myr..dan Tun akan terus buat ni sebab ianya memang best! hehehe..Thanks Kak E dan mintak izin nak C&P sekali lagi di sini..Menu ulang tayang ler jugak kiranya ni yer. Takpe la kan..

Sesape yang nak mencuba boleh tengok resipinya kat sini. Atau, leh tengok kat bawah ni yer. Dan kalau nak tengok step by step, ada Kak E tunjukkan, leh klick kat sini.

Masa wat ni malam, nampak garing dan mengecut skit, kan....sebab Tun setting oven dan kemudiannya tertido..nasib oven tu auto off dan ikut timer kalau dak..ntah ler aper jadikk..huhuhuhuuu..

Resipinya kat bawah ni haaa...
Lapis Roti Berdaging
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
  • 3 biji kentang di potong dadu (Tun suka guna ubi keledek)
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)- Tun guna slice cheese jer
  • Sedikit margerin untuk melenser
  • 2 pokok daun sup dan daun bawang -(Tun tambah)

Ini yang buat sebelumnyer tue...date lain yer..gambor jer tempek sekali.. :-)


Cara-cara

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang Tun tambah)
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (Tun tak ramaskan pun, just guna wisk atau kenkadang guna garfu jer ).
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

7 comments:

K.Nor said...

tun, dah jadi ya yg share to facebook tu ek... tahniah .. pandai2 :)

dilah said...

a'kum kak... nk tnya klau roti 2 x rmas bleh x? parutan cheese tu ltak last sekali yek?

Rabiatun Adawyah said...

Kak Nor sayang...terima kasih banyak2..tengok ler dulu saper sifu nyer tu..yg pintar sekali.. ;-)

Dilah: w'salam Dillah, roti tu kena betul hancur tak kisah la Dilah nak guna cara macamana..sbb akak pun tak ramas, just guna hancurkan dengan wisk atau carikkan dengan garfu jer.yup, cheese tu kena tabur last sekali sebelum ia dibakar. Klu takut cheese cepat hangus, akak tutup loyang dengan alumn. foil tp kena panjangkan sikit ler masa membakar tu. selamat berjaya.. :)

dilah said...

oppsss.. lupa nk tnya akak... susu nk guna bnyk yek?

Rabiatun Adawyah said...

Yer dilah..1/2 kotak 1 liter tue.

Faiz said...

kak tun, org mcm nak buat. tapi api sederhana tuh agak2 bape DegCel ek

Rabiatun Adawyah said...

Yer Ozzy, selalu akak wat 160- 170 degree ajer. .tp apapun Ozzy kena ikut oven Ozzy yer..sbb lain oven, lain kepanasannya. ada yang jenis cepat panas, ada yang slow sikit..Ozzy boleh cuba 170Degree dulu, tengok cheese atasnya tu, klu cepat tukar warna tu, elok slow kan sikit dan tutup loyang dgn alumn. foil..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...