Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, April 26, 2011

Kuih Dadar Coklat

~Assalamualaikum~

N3 pagi ni Kuih Dadar Coklat..Kisahnyer hari tu gi merempit kat rumah Izah..sumer buat tertarik kalau merempit ke sana nun..cantik2 dan sedap2 belaka...tapi yang lebih tergudanyer yang nih hahhhh..Lagipun sonang yo nak membueknyo tu. Tun cuba buat Inti coklatnya, tp agak cair ler..mungkin sebab Tun panaskan sekejap ajer kot..tp klu tengok hasil dari Kak Wan pun memang agak cair coklat tu....melt...jadi Tun pelbagaikan intinya guna yang readymade ajer..ada yang letak Nutella, filing strawberry dan juga Blueberry..sedap! hihihi..
Resipi asal dari Kak Wan, tapi Tun kopipes dari rumah Izah. Terima kasih yer sumer..Jom check resipinyer..

KUIH DADAR COKLAT

Bahan Inti Coklat

100 ml susu cair
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung - Tun letak 4 tbsp
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam

Bahan Dadar

200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit - (Tun letak sebijik ajer + dengan baki putih telur dalam Inti Coklat)
1/2 sdt garam
2 sdm majerin dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser *saya tak guna.
Cara-cara :

1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

6 comments:

Nazrah said...

dah dua tiga orang akak nampak buat kuih dadar ni...rajin Tun..mintak la seketui tu buat rasa..

Ayu said...

akak kuih ni pun dah lama masuk list, since kak wan tayang baru2 dulu..sampailah sekarang tak buat2..cantik motif dadar tun ni..

izahdaut said...

wahhh lagi cantik tau.. lawa lawa.. sedap jugak kan pelbagai kan inti dia ye...letk nutella sedapkan. tak cair sangat lakan

Mas said...

cantiknya dadar coklat tu....
sedappkan kan...

Rabiatun Adawyah said...

Kak Naz : kena virus ni kak..hihih..berjangkit.hihihi :D

Kak Ayu: betul tu kak..berderet dalam list..Tun pun sama kak..bila tengok Izah buat..terguda dibuatnya. :D

Rabiatun Adawyah said...

Izah: Izah..motif main hentam ajer..hihihi..mula2 tu gabra gak la nak buat. try ler Izah..buh pelbagai ni..leh raser sumer.hihihi..

Mas: yer cayang..sedap..hihihi..Mas dah try ker nie? :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...