Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, January 31, 2011

Egg Paratha Roll

Salam, Tun nak citer sikit mengenai paratha roll ni dan boleh kata selalu juga buat menu ni..s'pecially kalau nak cepat dan selalu juga dijadikan bento si anak bujang ker sekolah. Selalu tak makan dengan kari pun, just makan dengan mayonies dan sos cili ajer. Sedap!

Resipi asal dari rumah Gert, tapi Tun amik dari rumah kak Nor. Terima kasih keduanya. Minta izin letak resipinya kat sini pula yer. tq.
EGG PARATHA ROLL
by Gert
source: Rabiatun
Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)
  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.
Note Rabiatun:
* Tun buat versi mudah, lepas telur tu masak (step 4), Tun terus pipekan mayonies dan juga sos cili di atas telur tadi tu, then gulung..leh terus dinikmati.
* Kalau Tun nak makan dengan curry, Tun tak letak mayo dan juga sos cili.

1 comment:

Nieza said...

sedap ni...ada cheese lagi tu...memang menarik resepi ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...